Monday, 12 September 2011

The Surrender.

Assalamualaikum.

Hari ini, aku nak bercerita kisah seorang Rasikhah. Rasikhah ni...member aku. For me, she's so resilient. Ceritanya bermula begini, setelah tamat SPM dan berehat dalam lebih kurang sebulan camtu, dia rasa macam nak cari pengalaman bekerja. So, she proceed with her wish. Dengan recommend seorang makcik ni, Rasikhah pun memulakan kerjanya sebagai pembantu kedai di sebuah kedai. Dia menjalankan tugas dengan penuh komited. Seawal jam 10 pagi, dia mengayuh basikal dari rumahnya ke kedai berkenaan. Tugas pertamanya, seperti biasa...menyapu sampah. Korang-korang yang pernah kerja as a navvies sure tau kan rule ni? First task masa mula-mula start keje mesti kena buat kerja cleaner.

Next, dia kena susun-susun barang kat rak supaya kemas, teratur dan menarik. Yelahh, kalau bersepah ...customer pun tak selera nak beli. Then, tik tok tik tok dah masuk waktu lunch. Dia bergegas mencari tempat untuk solat zohor. Puas dia mengelilingi kedai bosnya yang besar itu. Setelah beberapa lama,

"ohh my......Cleaner???" Rasikhah melafazkan rasa terkejut sambil mengeluarkan ayat untuk menyedapkan hati sendiri. Dia terkejut kerana tidak terdapat satu ruang pun yang membolehkannya bersolat. Lantas, dia bergegas ke masjid berhampiran dan menunaikan solat zohor.

Dalam perjalanan kembali ke kedai bosnya, dia berfikir-fikir bagaimana agaknye rakan-rakan sekerjanya bersolat? Setelah dirisik-risik dengan rakan sekerja, mereka hanya mampu mengatakan tempat solat is not provided. Rasikhah mula terbau-bau tenuk. How come they not performing their prayer? Bisiknya ke dalam telinganya sendiri.

However, dia meneruskan kerjanya seperti biasa. Masuk waktu Asar, Rasikhah gelisah kembali kerana dia dibenarkan keluar rehat hanya pada pukul 7 malam. She was so insecure till the clock menunjukkan pukul 7 malam. Dia pun bergegas ke masjid dan menunaikan solat asarnya dihujung waktu. Menunggu waktu Maghrib seketika, dia mencongak-congak...macamana nak fly untuk solat asar sekejap. Dia menemui jalan buntu.

Setelah menunaikan solat maghrib, dia pulang ke kedai bosnya dan bekerja seperti biasa sehingga habis syif. Pulang ke rumah, dia memberitahu masalah tiada ruang solat kepada keluarganya.

Tomorrow, Rasikhah meneruskan kerjanya seperti biasa, di tempat yang sama, masa yang sama namun, berlainan hari. Setelah tamat syif, dia pulang ke rumah dan mendapati bahawa datuknya datang menziarah dari kampung.

Kelusaan harinya, keluarganya tidak membenarkannya untuk bekerja di tempat itu. Dia quit dan menceritakan perihal ketiadaan ruang bersolat kepada datuknya. Dia juga memaklumkan perihal dirinya melaksanakan solat asar pada pukul 7 malam.

" Kau ingat, ALLAH tu bapak sedara kau ke, nak solat lambat-lambat macamtu"
So, dia pun berhenti kerja.

Start keje laen...ade lagi masalah. Dia dibuli dengan rakan sekerja.

Then, dia pergi keje kat tempat laen. Setelah 2 minggu menjalankan tugas penuh ikhlas, dituduh mencuri duit pulak.

Dia berhenti kerja lagi skali.

Well, mengundurkan diri tak bermakna kalah. Kadang-kadang, ia adalah sebuah jaminan untuk kemenangan yang lebih bermakna.

Kebenaran pasti akan menang jua walaupun sedikit terlambat. 

No comments:

Post a Comment