Friday 28 February 2014

Resepi jimat 1: Cucur bilis

Assalamualaikum. Salam Jumaat.
Harini kita bersama Chef jemputan kita, Chef Chilla Manisah! Haaa meriah nama chef ni kan uols? Sejak semua benda dah naik ni kan... GST lagi. Sebagai student, yang meminjam tabung pendidikan nasional haruslah sedar diri dan berjimat cermat. Huhh selama ni pun aku jimat jugak hape? Chef Chilla Manisah ni memang aku datangkan khas dari negara Chillaxsia dan dia mempunyai kepakaran untuk survive dengan duit yang takberapa nak ada.
Mesti korang terfikir, oh kamonlaaa! Cucur bilis je pun. Takpayah pejam mata, pakai kaki pun aku bleh buat. Takperlu poyo cari resepi bagai. Haaa tapi ini versi nak jimat. Haaa. Memandangkan korang dah power sangat dan terror buat cucur bilis, aku direct ke resepi jimat je lah.
'Chef Chilla Manisah, silakan..'
'Mekaseh, emm!'
Ermmm mula mula kupas bawang. Bawang merah boleh, bawang kecik pun okey. Lepastu, kupas 3 biji je tau. Emm!
Ermmm lepastu ikan bilis tu kan, buang kepala, najis dan basuh bersih bersih. Sikit je tau. Dalam 4,5 ekor. Ehh! Sikit sangat tu.. tapi jangan banyak banyak. 30 ekor pun dah cukup. Emm!
Ermm kalau nk letak sayur pun bolehh. Kucai ke... sikit je. Emm!
Ermm kemudian, perasa. Tapi, yang eloknya, takperlu. Nanti kos bertambah. Sudahlah tak sedap kalau letak perasa. Emm!
Amek mangkuk yang digunakan untuk makan maggi, yelah anything yang kecik. Bubuh tepung dan bahan bahan tadi. Emm!
Tambah air, gaul sikit. Okey, kat sini jangan excited sangat gaul secukup rasa. Lek lek je. Emm!
Amek kuali, panaskan minyak. Emm!
Sementara itu, bubuh kunyit, gaul sikit, rasa. Kot kot tak cukup masin, tambah sedikit garam. Sambil tunggu minyak panas tu tambah la 10ekor ikan bilis lagi. Emm!
Okey, kacau sikit je. Then masukkan adunan tepung ke kuali sedikit demi sedikit. Dah agak kekuningan tu angkat buh dalam pinggan. Emm!
Amek sos cili Life yang paket kecik tu, buh dalam piring dan makan! Emm.
Murah senang dan kenyang.
Adieu!

Tuesday 18 February 2014

Sleepless in Kristal

Assalamualaikum.

Sleep, sleeping, sleepy
Lately, asyik takberapa boleh nak tidur. Susah sangat. Penat woah berkalih kiri kanan pusing sana sini. Pegi toilet keluar toilet, paksa mata untuk pejam. Bayangkan tengah pejam mata tu, boleh pulak menguap. Boleh faham tak cemana perasaan aku? Mengantuk. Tapi takboleh tidur. Lena punyalah sekejap, lepastu terjaga. Penat tau? Penat. Bila dah subuh, lagi macam macam sakit. Seolah olah aku tak dapat rehat secukupnya, yelah. Dengan tidur pun takberapa nak tidur.



Banyak fikir ke?!
Katanya, kalau sleepless ni, mesti sebab banyak fikir. Tapi, tengah cuti tapi tak cuti ni, aku mana ada fikir apa apa. Just relax relax sekadar kursus bahasa yang 2malam tu, apelah sangat. Tak membebankan pun. Aku takde pun terfikir benda benda pelik. Takut sikit sikit ye normal lah kan. Tapi, fikiran aku takdelah tersasar sampai burung Merak kat Merbok. The one on the rooftop in the morning, and evening. Dulu dulu aku selalu rasa itu, Merak aku. Hahaha!



Cakap pasal Merak
Teringat pulak zaman Asasi dulu, seronok sangat. Ada yang takseronok pun jadi seronok sebab ada Yana, dengan Fitri. Dan kekadang ada Amir. Tapi bila further degree, semua dah busy. In fact, bukak semester 4 ni diorang semua akan tinggalkan aku. Yang tumbuh takkan sama dengan yang patah. Yang berganti takkan sama dengan yang hilang. That's reality. And reality is ferocious. So true, so hurtful, and so deep. If friendship is your weakest point, you are the strongest person in the world. - Abraham Lincoln



Akibat
Sebagai akibat ketidakbolehtiduran aku ni, aku pun mengalami sakit kepala, sakit perut, sakit badan, dan letih mengantuk sebab malam tadi takcukup tidur. Oleh yang demikian, terhasil lah post ini tanpa tujuan sebab idea nak menaip dah terbang bersama sakit sakit ni semua. Apa pun tak boleh. Cuma kalau nak share peringatan tazkirah 2-3 das bolehlah kot. Tapi kalau nak taip entry panjang panjang macam selalu, tak kot? Walaupun pelbagai perkara yang ingin aku kongsikan, tapi maybe next time. Penangan kesakitan yang bertubi tubi ni. By the way, aku dah makan ubat.

Pernah terfikir tak?
Your life is blessed and it is blissful. Dengan jalanraya yang bersimpang siur kereta banyak. Highway pun dilimpahi dengan lori, banyak terdedah dengan bahaya. Macamana kita boleh sentiasa selamat? Dengan dosa yang kita banyak. Dengan hati ni dipenuhi kekotoran terlalu banyak titik titik hitam. Ape cer pulak kan? Agak agak doa kita ni boleh senang senang makbul tanpa hijab? Sebenarnya, kita mungkin didoakan oleh orang orang sekeliling kita, yang kita taktau. Yang mungkin kita membenci dia, tapi dia sayang kita. Dan lagi satu kene ingat, doa mak abah korang. Kene ingat sikit, kita menjadi orang yang hebat, kerana doa ibu bapa kita. Tanpa mereka, kita ni ntah sape sape je la kan.



Terima kasih
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi, terima kasih, syukran, thanks dan merci kepada semua yang mendoakan aku. Hehehe. Result aku dah kuar. And overall, aku nak amek kesempatan ni nak wish thanks kat korang semua yang tolong aku, bagi semangat kat aku, temankan aku, marah aku, paksa aku suruh study, hmmm. Apa lagi ek? Yang kejutkan aku pagi pagi, roomate aka Mak Tiri guwa, dan semua lah yang doakan aku. Merci beaucoup!



Tetiba
Kekadang, sesetengah orang tak faham... Kereta aku bergerak menggunakan minyak. Dan minyak dibeli dengan duit. Duit pulak datang dari keluarga dan scholarships aku yang tak kerja lagi ni. Parents aku keje teruk teruk tau. Bukan senang lenang je demi sesuap roti dan KFC. Aku ni pun, scholarships yang datangnya daripada study aku. Kalau tak study tak datang la scholarships. Rezeki masing masing kan. Pantang aku laa kalau orang cakap soal pahala, ikhlas, jangan berkira. Lu orang berkira takpe pulak? Time guwa lapar kais pagi makan pagi, kais petang makan petang... lu orang ke bagi guwa duit untuk makan? Takde kan? Abah guwa yang bagi duit. Kalau abah guwa keje cop duit takpe moi. Kalau guwa dah keje jadi jutawan, aku pun tak heran nak sponsor lu orang. Tapi, guwa ni duit makan pun terkial kial der. Jadi kalau lu orang fikir faham dan hayati keperitan guwa before nak tumpang, guwa cukup berbesar hati dan lebih senang hati nak hantar amek korang.

Okeylah, sebelum aku merapu lagi. Dahlah tengah demam ni kan. Kang tak memasal je. Guwa undur diri dulu. Kbai.

Wednesday 12 February 2014

Seize The Day!

Assalamualaikum :-)

Oh, really?!
Harini baru terfikir nak install blogspot kat playstore. Kenapa lah tak terfikir sebelum ni. Okey, sampai mana haritu? Sampai niat aku nak berubah tu kan? Please korang... doakan aku. Hmm, mati itu pasti. I wannabe better, best. Etc. Pastu kann, doakan result aku sekali tau! Nak kuar dah. One more thing, aku tengah cari part time. Just in case uols ada tau mana mana kerja kosong, let me know k? Thanks!

Oh result!
I'm so nervous. Kali ni punya debar, lain macam sikit. Memang tiap tiap tahun aku debar. Tapi tak sedebar kali ni. Macam nak terkeluar jantung aku. Determinant of all ni. Mana tak debar. Aish siap masuk mimpi! You know what... a dream is a wish your heart makes when you're fast asleep. So, segala mimpi yang kau hadap tiap tiap malam tu... Itulah yang kau nak sebenarnya.



Dan sebenarnya.
Since aku dah nekad dan tekad, hmm... aku pun check la jurnal aku. One by one aku check. Orang orang yang pernah aku rejected. Orang2 yang pernah aku sakitkan hatinya. Beb, Allah maha pengampun. Tapi, manusia? Takkan kat akhirat nanti guwa nak merangkak-rangkak cari lu orang? It would be nice if something would make sense for a change. Aku harap korang ampunkan segala salah silap aku dan... hopefully, korang amalkan memaafkan semua orang sebelum tidur.

Semua orang?!
Muhasabah diri, hmm. Aku imbas balik seawal tadika, sekolah rendah..... Time tu innocent. Harini gaduh esok dah elok balik. Yeke? Hmm aku akan mintak maaf once aku nak pergi. Sama gak la macam kat sekolah tu. Sekolah menengah pun. Hopefully, kengkawan sekolah aku maafkan aku. There must be more than this provincial life. Asasi pun camtu. Kawan kawan yang datangnya dari tempat belajar, tempat koko ke apa ke...yang tu senang. Senang bermaaf maafan antara satu sama lain. InsyaALLAH.

But then...
Kawan kawan yang you know... datang kat kita atas satu dorongan hati dan perasaan. Oh yes! That's the hardest part. Harini would be the day. Aku taknak hari hari akan datang masih dibayangi perkara perkara nonsense, mistake yang aku dah buat masa lepas. Heartbreaker tengah nak taubat ni. Kasi can laaa please? Kehkehkeh. No, I'm serious. Dead serious. Haritu aku dah cerita pasal si A kan? Ada B, C, D, E, F, G, H yang aku takcerita lagi. All those alphabet, aku dah mohon ampun dan maaf. Benda dah lepas ye tak? Aku time tu sekolah lagi. Takkan nak berchenta pulak?!



Oh man...
Masa aku dah habis sekolah, aku dah hancurkan hati seorang K yang sangat sangat baik. Sangat perfect dan ideal bagi aku. Yelahh... Time tu aku still takheran dengan benda alah ni. Kawan kawan bolehlah. Sound like friendzone. Tapi... Rasanya, inilah stupid mistake so far. K sangat aku respect. Aku break his heart into pieces. Those very tiny pieces. Tapi, dia maafkan aku. See. Tu yang aku katakan stupid mistake so far. Sekarang dia dah engaged. Tahun ni nikah ler kot. That awkward moment bila muka tunang dia sama dengan aku. Husnudzon, kebetulan lah tu. Taktau lah kot dia nak nganjing aku ke ape ke. Nevermind i'll find someone like you. I wish nothing but the best for you.... PLEASE forget me i beg... I remember you said: sometimes it lasts in love but sometimes it hurt instead.

Lalalala
I, J, M, N, O, P, L, R, S, T, U, V aku dah setelkan. Alhamdulillah. Tapi, Q... Q is another one which is equivalent to K. Better than K i guess. But look at me? Tak belajar dari kesilapan. That's what we call... zaman jahilliyah. Sekarang ni ya Allah.... tolonglah tolonglah aku harap korang doakan aku. Please? Aku hancurkan Q eh tak tak. Cuma kali ni aku lebih bertimbangrasa, i just left him. Mungkin dia cukup yakin dengan aku. 'I'll wait for you and you'll come back' .Tak hancurkan. So, no tiny pieces. This would be stupider mistake. Kot. Astaghfirullah... Dia selalu maafkan aku.

Terfikir
Banyak yang datang. Yang datang dan tunggu. Yang datang dan pergi. Yang datang dan tak akan datang lagi... but who knows? Kita taktau perancangan ALLAH tu macamana. And ALLAH know best. Mungkin harini aku bukan dengan dia. I dump them. Tapi akan datang? We never know. As seen on TV, in real life... Banyak je yang kahwin. Pastu cerai, kahwin dua tiga... pastu isteri meninggal, kahwin lagi. Hmm. Dah banyak aku nampak.

Ada lagi?
Hmmm... yup. Ada. Aku confront, say sorry etc. X, Y, Z, A1, B1, C1 dan D1... Semua dah maafkan aku. Alhamdulillah. May ALLAH ease everything, InsyaALLAH. Okey, cuma satu. W. W ni someone yang baik. Je. Tak baik macam K. Dan jauh sekali macam Q. Tapi W ni... aku rasa kann. Okeyla kalau K tu perfect dan ideal, so... W ni compatible dengan aku. Macam puzzle maybe? Aku dump dia jugak. Hahaha. Ye ye je aku bercerita kan. Compatible laa perfect laa ideal laaa. Tapi happy ending nya mana?!



Karma? No, it's kifarah.
Setelah apa yang aku buat... Allah bayar cash beb. Even aku tak end up dengan mana mana lelaki, tapi rasa yang berbekas dalam hati aku ni, perasaan dia, seolah olah hancur. Macam perasaan orang putus cinta tu. I don't know the exact feeling i guess. Tapi bila member2 gambarkan perasaan diorang putus cinta, and I was like. 'Oh, this is it!' More grievous, the idea of happy ending somehow terrifies me. All story has happy ending. I hate all those happy ending coz I reckon I don't deserve one. Sampai satu masa, happy ending ni semua karut. Of course i'm being realistic. But then, life never been sweeter and I'm just the pathetic one.

Karma? No, it's kifarah II
Dulu, aku selalu canang kat orang 'Don't brag about your weakness, but do improve, amend and improvise your weakness. Tapi aku? Hahaha. Kifarah mann. That's why, jangan tengok, cari, berkata-kata pasal orang. Cermin diri dulu. Empathy first. Ce kau pakai kasut diorang pulak. Adakah korang boleh melangkah
dengan baik, atau belum apa apa dah tersadung?

Karma? No, it's kifarah III
Macam yang aku cakap dalam Oh sophomore year! Aku bukan crybaby yang sikit sikit mak sikit sikit abah. Tapi, bila dah jaga diri sendiri ni, baru tahu langit tu tinggi sebenarnya. Cuma aku nak berpesan pesan pada diriku sendiri setelah pada masa dahulu suka bermadah helah: Jangan selalu cakap takde duit takde duit. Nanti duit tu pun taknak datang kat kau. Siap lari lari lagi.



Redha and smile.
Kesusahan. Kesusahan mengajar aku erti kehidupan. Aku perlukan ruang. Dan peluang. Ruang untuk perbaiki diri dan peluang untuk berubah. Better. Dan setelah apa yang terjadi, aku bertatih, berjalan dan berlari mencari Dia. Cukuplah Dia sebagai pelindungku. Dia yang memegang hati hati umat manusia, Dia yang mengembalikan, Dia yang menyatukan, Dia lah segala galanya.



Akhir kata, Kbai.

Sunday 9 February 2014

Oh Sophomore Year!

Assalamualaikum~

First of all, aku nak bagi warning.
Kepada sesiapa yang tak suka baca blog yang kekadang tu banyak cerita pasal diri sendiri, selfie sangat kann, boleh undur diri awal awal lah. Sebab this is soooo selfie! Aku taklarat nak pendam noks! Banyak benda nyah nak hadam, nak tulis pun... ada lah aku tulis sikit-sikit. Tak semua aku tulis. Emmmmm...



Sophomore Year
Sem ni, aku banyak berubah. Baru belajar erti hidup yang tak selalu indah. Bukan fairy tale. Nak kata berdikari sangat tu tak jugak tapi most of the time aku akan cuba untuk taksusahkan parents aku. Hmm. Harapan aku, kalian mendoakan yang terbaik untuk aku. Sophomore ni maksudnya, tahun kedua pengajian. Kalau tahun pertama dulu aku masih lagi crybaby sikit sikit mak, sikit sikit abah. Sekarang, InsyaALLAH takk.



Nak Cakap Apa Lagi Ek?
Sebenarnya, banyak betul nak taip. Kalau nak cerita satu satu...mungkin susah pulak nanti. Aku ni tengah bermasalah problem dengan keyboard laptop. Apalah seorang keyboard warrior tanpa keajaiban keyboardnya. Aku pun gigih la guna keypad touchscreen ni. Bukannya apa, kadang tengah syok syok type word gigih, bleh jadi gogoh. Aku kan antitypo. Hurmm. Kepada sesiapa yang mendapat rezeki lebih, dan bermurah hati...apa salahnya kalian menderma RM150 kepada aku. Ganti keyboard mahal tau. Kene 1 set. Takpecaya? Okey nanti aku tunjuk bukti!

Moga jadi gigih dan tabah
Katanya, jangan meminta untuk dipermudahkan sesuatu... Tetapi mintalah kekuatan dan ketabahan agar mampu menghadapi sesuatu. Rasionalnya? Kalau kita mintak untuk menjadi kuat, semuanya akan nampak mudah. Tapi kalau kita minta sesuatu itu mudah... sedang diri tak kuat untuk menghadapinya? Perkara yang mudah pun akan menjadi susah kalau tak ada kekuatan.


Cik Hati
Cikgu aku cakap... hati ni fungsi dia break down harmful substances. Tetiba cakap omputih pulak kan? Nak buat cemana, dah dulu dulu aku belajar science dengan biology dalam bahasa inggeris. Hmm. Ok sambung. So, bila tengah sedih, organ mana yang terkesan? Hati. Sebab dia lah yang regulate, control segala benda sebelum dia pass kat organ organ lain. Sebab tu time sedih tu hati kita yang sakit. Nak break down segala benda yang harmful. Tu kata cikgu aku, and i was like...perasaan sedih tu harmful substances rupanya.

Perasan tak?
Perasan takk bila korang sedih, mesti hati pun sekali join nak rasa pedih. Sakit je rasa dia. Segala kekecewaan, penderitaan, merana sangat. Of course it's harmful. Sebab boleh merosakkan diri. Takpayah pergi jauh laa, time korang sedoh, haa tengokk! Typo takhabis habis. Kejap sedoh kejap sedih. K, kalau korang sedih, sure taklalu makan. Takmakan, sakit perut. Kan harmful untuk badan?

Miss, who?
Buat julung kalinya aku rasa taklayak digelar miss chillax. Kenapa? K logiknya... Coz i'm always cool, chill tak kira masa dan apa jua yang terjadi. Untuk sesetengah perkara... ya, masih chill. Tapi, untuk sesetengah perkara matter, aku mudah sangat kecundang. Tewas dengan hati dan perasaan sendiri. Perkara sebegini memang di luar kawalan aku. Wuohooo, i'm not talking about easily fall in love ke apa ke. Tapi rasa sedih aku ni. Adakalanya aku perlukan seseorang untuk hamburkan segalanya. Adakalanya orang di sekeliling kita hanya bersikap nak ambil tahu, saja saja dan bukan sebab betul betul prihatin dan mengambil berat. Boleh digest tak apa yang aku cakap ni? It was something like... hey, look at her. She's not her anymore. Aku miss chillax yang dah tak mampu berlagak tenang.

Hati? Hati-hati di jalanraya.
Siapa kata aku takpernah faham perasaan orang mencintai, dicintai, melukai dan dilukai? Aku faham. Aku ada nilai empathy yang tinggi. Aku pernah kenal A, dan A...aku tinggalkan. Sebab? A suka sakitkan hati aku. Belajar belajar belajar, lepastu Alhamdulillah aku dapat result cemerlang masa tu. Sebenarnya, A lah punca. Aku nak berjaya, dan sebab tu aku study untuk berjaya dan lupakan A. Siapa dia? Kawan aku. K, tapi dah lama aku tak kawan dengan A.

Point Sebenar
Sesungguhnya aku pemilik pelbagai impian. Aku mahukan impian aku tercapai. Well, siapa taknak?! Oleh yang demikian...dari jauh ku berlari mengejar mimpi-mimpi... Eh? Macam lirik lagu pulak. K takpe. Dan antara impian impian aku tu, aku nak berubah, menjadi yang baik, lebih baik dan terbaik. InsyaALLAH aaminn. Aku sambung kat part 2 lahh. Adios!