Saturday 17 September 2011

Love The One who loves you

Assalamualaikum lovely creature sedunia.

Aku memang suka cakap pasal menda lep-lep ni.

Well, aku macam nak argue a contention la pulak.
Mr. K kata, quotes love the one who love you tu....sangat pathetic whereas kita perlu cintakan orang tu sebab orang tu cintakan kita? Dan kita patut lepaskan orang yang kita cintai. Who says???

Sebenarnya, meh sini aku translate quote tu berdasarkan pemahaman aku.
Well actually, quote tu juz suruh kita cintai orang yang cintai kita 
Quote ni sesuai untuk orang yang tak pernah bercinta je whereas, diorang takut untuk disakitkan.
Ohh yes. aku memang takut kalau-kalau hati aku disakitkan.
Mna taknye...hati aku ade satu je. Kalau sakit, then mati hati aku tu...bukannya boleh ganti balek.
Kau ingat hati tu kereta ke? Bleh cari spare part kat bengkel..?

Kat mana-mana pun takde jual. Tapi, aku ade dengar pasal derma organ. Sape-sape hati dia dah mati tu, bleh ganti dengan yang baru. Ingat senang ke nak cari donor? Banyak lagi orang beratur kat waiting list!

Aku bukan nak komen sangat pasal ni. Tapi, cuba korang fikir...kalau orang tu sayang korang, sanggup ke dia buat perkara-perkara yang menyakitkan hati korang? For example, korang beli Xperia X10. Punya lah sayangg....kan....sanggup ke nak biarkan Xperia tu calar-balar, kemek sana sini...? Ofcourse not! So, paham-pahamlah ye? Unless, kalau tiba-tiba korang nampak Samsung Galaxy. Then, fall in love n sambar satu. Xperia X10 tadi?  ape lagi? campak laut je. Biar jerung Vector dalam cerita despicable me tu yang makan.
Haha...well, biasalah. Boys! Nampak Samsung Galaxy bertuah. Xperia X10 tak guna lagi dahh.



Kesiankanlah sikit, hati korang tu. Takkan asyik nak kena tampal plaster je?? Kunci betul-betul. pastu, buang kunci tu dalam laut. Jangan kasi sape-sape pun jumpa kunci tu. Sebab your Mr. Right/Mrs. Right ade duplicate key! So, takpe pun kalau nak buang kunci tu....hanya yang benar-benar right je ada duplicate key. HAHAHA.


Okey? Trust me! Simpan airmata korang untuk orang yang ada duplicate key!!


Mati

Salam~

A : Apa yang paling hampir dengan kita?
B : handset, mousepad, keyboard, screen laptop, pencilcase, charger laptop
A : WOiii! Bagi jawapan yang bermaruah sikit boleh tak?
B : Err ye..ye...ermm...mati.
A : Hahh..tau pun. Yang tercegat lagi kat sini buat ape? Ye! Kaulah...yang tengah tengok screen laptop tuh. Pegilah solat!
B : Tapi, aku dah solat zohor....?
A : Yang wajib je? Solat hajat, taubat, tasbih sume dah buat???
B : Errrr,,,,

Korang pernah terbayang tak....saat korang dimasukkan ke dalam liang lahad...pastu, tulang bertemu tulang...disebabkan kubur yang sempit. Apa?? Kau ingat kubur tu macam rumah banglo kau? Huhh, banglo  yang dalamnya tujuh kaki sahaja. Pastu, tujuh langkah tetamu terakhir ....

Then, malaikat munkar nakir pun datang. Korang ingat diorang tu just datang sebab nak temankan korang kat situ ke? No. Hell No..Tu belum ular sawa, scorpion dan segala binatang berbisa datang secara volunteer nak temankan korang. Almaklumlah....banyak sangat enjoy kat dunia. Sampai tak hengatt alam barzakh.

Hmm...tu lah yang aku terfikir masa aku melawat orang sakit dan orang yang dah lama mati masa rayer aritu. Aku jumpa Abah ( Well, aku panggil abah je kat paklong aku. Dah mcm bapak aku sendiri). Bayangkan, dia terlantar kat ICU di pagi Syawal. Aku sayang abah. Memang tipu kalau aku cakap aku tak nanges masa tengok dia. Bertakung je air mata aku sebab nak cover macho. With all those wires....ya ALLAH...itu baru sikit azabnya. Sampai aku pernah berharap, biarlah aku mati masa muda-muda ni. Haishh....

Then, aku tengok Nek Su...Ohmai ohmai....Neksu sakit? She's the one that will smile sweetly kalau aku visit dia. Neksu.....="( Nak jatuh airmata aku masa kiss pipi neksu. nak makan, minum sume pakai wayar. Anak dia yang jaga sume. Cucu-cucu yang laen juz tengok dari jauh. Well, kalau kita sakit...ada ke yang sanggup jaga dengan sukarela? Aku terpikir kalau aku sakit terlantar cmtu...camane ea? Ntah2 member-member pun lari. Adik-adik aku pun juz lambai dari jauh. Haishh...Nauzubillahh

Then, tgk makcik aku. Pun sama....sakit jugak...small stroke. Hmm....cmane ni? She just a not too old and not so young woman but....look at her. Sakit tak kenal usia. Sape-sape pun boleh kena. Lagi-lagi orang macam aku  ni. Entah-entah....esok dah kiokk. Mak kata, sakit sebelum mati tu meringankan dosa-dosa kita.
Oh mak....orang nak mati terus taknak sakit-sakit boleh tak? Mak abah aku sangat positive dalam hal-hal mati. Mati adalah satu pintu untuk bertemu Illahi. Usahlah risau, usahlah bimbang. Teguhkan iman. Kuatkan semangat...


Aku termangu-mangu dalam dunia ku sendiri. Terawang-awang...antara langit dan bumi. melihat insan-insan tersayang di bawah sana. Ohmai ohmai... I hope...scrap of this life will not be waste anymore.

Aku pun manusia biasa. Sangat -sangat lemah....fragile....




#updated : abah dan neksu dah takde kat dunia ni. Alfatihah

Kelantan~

Oh Assalamualaikum sume!

Since rayer tahun ni...aku kat kelantan, nak taknak...kenalah jugak merapu pasal ni kan.
Aku memang taksuka rayer kat Kelantan ni. To be honest sehabis-habis honestlah ni. Aku suka sebab ramai saudara-mara aku kat Kelantan ni, cuma...yang takbestnya, suasana raya!

#SATU#
Could u imagine? Raya ni, aku langsung tak merasa rendang dan lemang! Haha...sebenarnya, tak jadi isu pun. Selama ni, kalau raya pun...aku tengok dari jauh je lemang dengan rendang tu. Bila orang tanya kenapa tak makan, aku juz cakap...on diet lah! Haha.

McNa : Diet ape dah kurus? Nak tinggal tulang je ke?
Miss Chillax : Err..yep. Aku nak jadi macam Ryuk Death Note.

McNa : Hoiishhh!
Miss Chillax : What??? ryuk hensem what....kan Ryuk kan? haahaha

#DUA#
Congestion. Haishh...yang ni memang aku takbleh blah. Well actually, aku suka...cuma kalau dah time perut aku kosong sebab stuck kat jammed lama-lama...then mulalah rasa macam nak muntah tapi tak muntah-muntah. Haddoii.... Bayangkanlah...we all berayer dalam kereta macam ape ntah....
Dahlah malam rayer kat atas highway, then...hari rayer lak stuck kat dalam kereta.

#TIGA#
Aku pelik betul. Rumah orang kelantan ni...Sumenye besau-besau. Pendek kata..memang cantek r! Pergh...Venice of Perak pun kalah. Even, Laguna Merbuk pun kalah. Haa...ape lagi? Damansara Perdana? Kalahh....Setia Alam? Kalahh...Bukit Beruntung? Kalahh....Antara Gapi? Huhh, lagi lah kalahh!
TAPI.....Apa pasal jalan kecik sangat????!!!!!

Bayangkan kalau kereta berselisih masa nak masuk lorong kecik tu. Ya AMPUNNN....Seksa eosophagus aku! Nak peristalsis pun tak jadi!

#EMPAT#
Makan nasik. Kat Kelantan takde laen. Pagi, Tengahari, Petang, Malam,...nasik!nasik! nasik!

*Okey2...maaf. no offense! Aku memang tak suka makan nasik. Yang ni, salah aku. Sorry!*

#LIMA#
Perangai diorang bawak kereta. Kadang tu...kalau orang laju, dia pun terhegeh-hegeh nak laju. Kalau orang nak potong, lagi berdesup dia laju. Kejadah ape??? Kalau kat traffic light tu, lampu hijau dah 2minit, baru nak gerak. nyet..nyet...nyet....pastu, smpai turn aku memang lampu merahlah. Kalau ikutkan etika 13 saman yang pernah aku dapat, memang aku langgar je lampu merah tuh! 

Mana diorang belajar nih? pastu, kalau nak masuk simpang, suka hati dia je tak bagi signal. Aku taulah jalan tu atok nenek diorang punya. Tapi, where's your manners actually? Letak kat kaki ke?

Well, rayer ni....tu je lah perkara yang buat aku ohmai ohmai sangat.



P/S : Aku dapat duit raya banyak gila. Masyukkkkkk!

Zaman Kanak-kanak

Sometimes, a secret should be remain as a secret, forever.
Let the Mighty one knows about that. There should be only HIM knows about the secret.

Dalam perjalanan pulang dari Kelantan, semasa melalui jalan Kuala Kangsar - Lumut, saat adik-adik telah pun tidur, mak dan abah mula membuka story.

Abah : Seronok jaga kamu masa kecik-kecik dulu. Pendek kata, jaga 10 orang anak macam kamu pun tak apa.
Miss Chillax : Ha???
Mak : Dulu, kalau mak kata putih, putihlah...kalau mak kata hitam, hitamlah...tak pernah melawan. Kamu ikut je...
Miss Chillax : (Ah sudahhh....apehal pulak ni! Jangan buat aku touching!)
Abah : Kalau kena marah, mesti nanges-nanges. HAHA...lepastu, mulalah....mesti jadi apa-apa kat abah. It just another fallacy : questionable cause. Which, kalau jadi ape2...mesti sebab the same reason. kalau abah marah kamu, mesti tayar motor abah pancit. Or else, abah kena marah dengan pihak atasan. Takpun, proposal abah kena reject.
Mak : Kamu tak pernah demand. Tengok Siti ...hari tu, nak cari baju raya dia sorang je, dari pukul 10 pagi, sampai ke 3 petang. dari Ceria, sampai ke Econsave! Zariff sampai tertidur dalam kereta. Kesian dia, kena marah dengan abah. Zariff kan memang tak reti duduk diam.
Abah : Kalau marah Siti, dia selamba je...kalau marah Zariff, lagilaa....senyum-senyum je dia. Kalau marah kamu. Hahaha....
Miss Chillax : (Cool...relax...chill....jangan nanges....tak macho la kalau nanges) #Airmata dah bertakung#

Memori zaman kanak-kanak terimbas semula...


Mak : Nak coklat? =)
Miss Chillax : NAK!!!
Mak : Cium mak dulu...baru mak bagi.
Miss Chillax : #cium pipi mak#
Mak : Haha...sukanya dapat coklat!
Miss Chillax : mestilahh....hahaha

Well, sometimes....a secret should remain as a secret.
kalau aku taktau perkara ni, aku takkan sedar yang rupa-rupanya, satu ketika dulu...aku seorang anak yang baik. Aku baru je berniat nak jadi blacksheep. At least, bila hari bertemu Illahi datang...aku boleh menyanyi lagu Westlife.

Goodbye papa, please pray for me...
I was the blacksheep of the family....

wahahaha!

Okey2...fine. It's not funny. It just I feel really super duper sad at the moment parents aku bukak cerita.

Ishh...takpatut betul~

Then, what yours?

Am I just that bad or what?

Fitri : Ehh, nanti kalau kau kawen, jangan lupa invite aku ek. Banyak benda aku nak pesan kat laki kauu.

Hoi hoi....kenape jadi gini? kenape? kenape? kenape?

teruk sangat ke aku ni..


Alah~
Pandai-pandai je diorang ni...
Aku? Ego? Mana ada!
Aku suka skuter Ego je...

Mr. R : HAHA...orang yang ego, mana mengaku dia ego!

HAH??? Okey...okey...no comment lah camni. Haddoii...

Viva Elite Exclusive Edition!

Assalamualaikum...~

Ini lagi satu kisah sehari sebelum rayer.

Well, as we planned...memang nak berayer kat Kuala Lumpur lah. Sebabnya??? Sajalahh...suka-suka nak merase rayer kat tengah kota. Haissh. Sape punya cadanganlah tu. Sempoi habis nak rayer kat Kotaraya.

28hb August memang well prepared lah gerak ke KL. Seronok tak terkata sambil menyanyi..

Sampai sana, ape lagi??? Serang bazaar Ramadhan. Aku sempat lah sambar murtabak Singapore. Sedap kot! Walaupun, satu rumah tu taksuka. Or else...taste aku yang memang pelik? =.="


Then, esok...last sahur tu...memang heavenlah makan banyak-banyak. Kononnya, nanti takde sahur dah. HAHA.. Tengahari 29 Ramadhan tu, my family and I nak pergi Jalan Masjid India. Ape lagiii....shoppinglah!!!


Unfortunately, dalam perjalanan menuju ke destinasi, boleh pulakk terlanggar WVF 5028, Viva Elite Exclusive Edition. Erghhh!! But, seriously...we all yang dalam kereta ni memang tak perasan pun dah terlanggar cik viva tu. Dengan muka samseng bagai, dia suh kitorg ketepi. Well, kereta dia tak kemek pun. Just cat tertanggal sikit. Ek ellehh...dah la hari last puasa. Lagi mau marah2...tak puasa agaknye. Siap mintak IC lah, itulah,,,inilah...What the heck!


WELL, sabarkan je lahh....melayang RM200~


Next, malam tu....kitorg terus gerak pegi Kelantan, ikot highway gombak-bentong-lipis-gua musang.
Memang heavenlah...malam2 rayer kat atas kereta. Org sume sibuk pasang langsir, cat rumah, tukar sarung kusyen, isi kuih raye, bakar kuih ryer yang xsempat dibakar...err? macam-macam lagilah~


Aku???


Hanya mendengar lagu rayer di radio
Alkisahnye, pakcik aku masuk ICU...That's whyla bergegas ke Kelantan.
Hoho...












gambar pun....gambar highway je lahh yang aku ada....sebagai menikmati malam raya di highway. Sweet kan? =.="




Oh yee....lupa nak cerita...masa kat KL, aku jumpa dengan orang tinggi dengan orang kerdil.

Then, ape lagi ek?
rayer kali ni....aku kasi 3/5 bintang je lahh


Akhir kata, ni picture2 shopping sehari sebelum rayer. Aku takbeli baju rayer pun. Just mintak kat mak telekung baru...hehehe....cantekk.


























Monday 12 September 2011

Talking To The Moon a.k.a Bercakap dengan bulan

I know you're somewhere out there
Aku tahu kau berada di luar sana

Somewhere far away
Di sesuatu tempat yang jauh

I want you back
Aku mahu kau kembali

I want you back
Aku mahu kau kemabli

My neighbors think
Jiran aku fikir

I'm crazy
Aku gila

But they don't understand
Tapi mereka tak faham

You're all I have
Kau saja yang aku ada

You're all I have
Kau saja yang aku ada

At night when the stars
Dikala malam bintang

light up my room
menyinari bilikku

I sit by myself
Aku duduk sorang-sorang



Talking to the Moon
Bercakap dengan bulan

Trying to get to You
mencapai dirimu

In hopes you're on
Dengan harapan kau berada



the other side
Di sebalik bulan

Talking to me too
Bercakap dengan aku

Or am I a fool
Atau aku seorang yang bodoh

who sits alone
yang duduk sorang-sorang 

Talking to the moon
bercakap dengan bulan


I'm feeling like I'm famous
Aku rasa macam aku popular

The talk of the town
Menjadi bualan

They say
Mereka cakap

I've gone mad
Aku gila

Yeah

I've gone mad
Aku  gila


But they don't know
Tapi mereka tak tahu

what I know
apa yang aku tahu

Cause when the
Sebab bila

sun goes down
Matahari terbenam

someone's talking back
Ada orang bercakap kembali

Yeah

They're talking back
Mereka bercakap kembali


Do you ever hear me calling?
Adakah kau mendengar aku panggil

Cause every night 
Kerna setiap malam

I'm talking to the moon
Aku  bercakap dengan bulan

Still trying to get to you
Masih mencuba untuk mencapai kau



The Surrender.

Assalamualaikum.

Hari ini, aku nak bercerita kisah seorang Rasikhah. Rasikhah ni...member aku. For me, she's so resilient. Ceritanya bermula begini, setelah tamat SPM dan berehat dalam lebih kurang sebulan camtu, dia rasa macam nak cari pengalaman bekerja. So, she proceed with her wish. Dengan recommend seorang makcik ni, Rasikhah pun memulakan kerjanya sebagai pembantu kedai di sebuah kedai. Dia menjalankan tugas dengan penuh komited. Seawal jam 10 pagi, dia mengayuh basikal dari rumahnya ke kedai berkenaan. Tugas pertamanya, seperti biasa...menyapu sampah. Korang-korang yang pernah kerja as a navvies sure tau kan rule ni? First task masa mula-mula start keje mesti kena buat kerja cleaner.

Next, dia kena susun-susun barang kat rak supaya kemas, teratur dan menarik. Yelahh, kalau bersepah ...customer pun tak selera nak beli. Then, tik tok tik tok dah masuk waktu lunch. Dia bergegas mencari tempat untuk solat zohor. Puas dia mengelilingi kedai bosnya yang besar itu. Setelah beberapa lama,

"ohh my......Cleaner???" Rasikhah melafazkan rasa terkejut sambil mengeluarkan ayat untuk menyedapkan hati sendiri. Dia terkejut kerana tidak terdapat satu ruang pun yang membolehkannya bersolat. Lantas, dia bergegas ke masjid berhampiran dan menunaikan solat zohor.

Dalam perjalanan kembali ke kedai bosnya, dia berfikir-fikir bagaimana agaknye rakan-rakan sekerjanya bersolat? Setelah dirisik-risik dengan rakan sekerja, mereka hanya mampu mengatakan tempat solat is not provided. Rasikhah mula terbau-bau tenuk. How come they not performing their prayer? Bisiknya ke dalam telinganya sendiri.

However, dia meneruskan kerjanya seperti biasa. Masuk waktu Asar, Rasikhah gelisah kembali kerana dia dibenarkan keluar rehat hanya pada pukul 7 malam. She was so insecure till the clock menunjukkan pukul 7 malam. Dia pun bergegas ke masjid dan menunaikan solat asarnya dihujung waktu. Menunggu waktu Maghrib seketika, dia mencongak-congak...macamana nak fly untuk solat asar sekejap. Dia menemui jalan buntu.

Setelah menunaikan solat maghrib, dia pulang ke kedai bosnya dan bekerja seperti biasa sehingga habis syif. Pulang ke rumah, dia memberitahu masalah tiada ruang solat kepada keluarganya.

Tomorrow, Rasikhah meneruskan kerjanya seperti biasa, di tempat yang sama, masa yang sama namun, berlainan hari. Setelah tamat syif, dia pulang ke rumah dan mendapati bahawa datuknya datang menziarah dari kampung.

Kelusaan harinya, keluarganya tidak membenarkannya untuk bekerja di tempat itu. Dia quit dan menceritakan perihal ketiadaan ruang bersolat kepada datuknya. Dia juga memaklumkan perihal dirinya melaksanakan solat asar pada pukul 7 malam.

" Kau ingat, ALLAH tu bapak sedara kau ke, nak solat lambat-lambat macamtu"
So, dia pun berhenti kerja.

Start keje laen...ade lagi masalah. Dia dibuli dengan rakan sekerja.

Then, dia pergi keje kat tempat laen. Setelah 2 minggu menjalankan tugas penuh ikhlas, dituduh mencuri duit pulak.

Dia berhenti kerja lagi skali.

Well, mengundurkan diri tak bermakna kalah. Kadang-kadang, ia adalah sebuah jaminan untuk kemenangan yang lebih bermakna.

Kebenaran pasti akan menang jua walaupun sedikit terlambat.