Saturday 24 November 2012

Bloggership Giveaway by Fatini Irdina

Hello world!



UPDATE
Alhamdulillah, menang kerongsang ribbon

Update
blogtraffickking

Nabila Medan's Giveaway

Hello


Tag

UPDATED
done blogtrafficking
blogrunning

Exclusive Giveaway by Double A


Assalamualaikum :)




Tag


UPDATED
Lost~ =.="

SEGMEN AYU : AKU ADA BLOG...KAU ADA??

Hai :)



Bilangan follower:
700

Kata-kata Aluan:
Just remain calm, chill, cool. This is not the end of the world.


UPDATED
blogwalking~

Segmen Follow Sampai Pengsan

Hello :)







Nama manja: Miss Chillax
Tarikh Lahir: 15 May 1993
Asal: Perak

Current followers: 698


UPDATED
blogwalking all contestants

Tuesday 20 November 2012

Malay Oldies

Assalamualaikum~

Happy Old Skool!

Semangat inkuiri
Tengah buat esaimen best-best...tetiba je macam nak stop. Teringat zaman dulu-dulu kala. Masa kecik-kecik. Zaman semangat inkuiri mencecah level maksimum. Dulu dulu, kalau buat homework tu...gigih buat sampai ke pagi. Dari pukul 9 lepas isyak tu...sampai la pukul 5pagi. Kalau banyak sangat la. Kadang-kadang kerja sekolah takde pun. Tapi buat latihan dalam buku mengalahkan orang nak SPM. Sampai mak pun cakap...'dah lah tu. Esok pulak' sambil menghulurkan secawan hot chocolate. Ecehh.

Nanny dan tragedi
Zaman tu, mana ada adik-beradik lain. Sorang-sorang je hidup dalam rumah. Three of us. Mak, abah and aku. Pagi-pagi kena bangun sebab parents aku nak hantar aku pegi umah nanny. Duk dengan nanny bukannya best pun. Dari kecik sampai ke darjah 2...bertukar-tukar nanny aku. Yang macam nanny McPhee pun ada. Yang macam mak tiri Cinderella pun ada, yang macam mak aku aje takde. Serius garang tahap minum milo dengan air garam. Hmm. Yeke? Seingat aku, macam tu la hakikat duduk dengan nanny. Sampai hati youuu nanny. Level kesadisan aku tu terkesan sampai sekarang. Dengan anak-anak diorang baik je. Dengan aku siap pakej tengking marah jerit bagai. Sobs. Emosi sungguh kalau berbicara pasal nanny.

Rules kat umah nanny pun tak best.
#1. Takbleh tengok tv pukul 2-3
#2. Pukul 3-4 kena tido
#3. Sampai umah nanny kena tukar baju. Pakai baju yang takberapa nak cantik sikit.
#4. Dapat nickname yang menyimpang dari nama. Aku dapat nama Ayu. =.="
#5. Takbleh makan pada waktu sekian sekian.
#6. Dont ask and answer
#7. Stay quiet
#8. You are always wrong
#9. Their children are always right. And spoil!
#10. Your wish is my command, ma'am. ~_~

Mak yang awesome
Bayangkan ye... aku duduk sorang-sorang kat umah. Lepastu, pegi umah nanny camtu lak suasana dia, aku dah ada bayangan yang dunia luar ni tak selamat. Biase ah. Kanak-kanak. Innocent. Pastu segala ilmu baru cuba diadaptasi in real life. Jadi, bila mak abah aku balik dari office. And seterusnya amek aku dari umah nanny. Aku rasa berbahagia sangat. Sampai rumah, mak cakap kalau nak coklat, kena kiss dia dulu. Okey ah tu. Takde rules pelik-pelik pun kat situ. Mak selalu bawak coklat, aiskrim dengan buku kat aku. Kan best tu?

Drama petang-petang
Lepastu, mak masak cucur udang yang yummeh lagi awesome. Masa tu, kat TV3 ada drama melayu petang-petang. Which is aku dah tengok lagi sekarang. Dulu punya cerita terbaekkkk wo. Masa tu, Ahmad Idham macam Aaron Aziz zaman sekarang la. Umie Aida pulak...macam Lisa Surihani zaman sekarang kot. Aku suka sangat tengok. Dengan mak aku. Sepanjang cerita tu ditayangkan kat tv dalam pukul 6petang gitu, aku asyik tanya macam-macam kat mak. Sikit pun mak aku tak marah. Takde pun mak aku fed up ke ape ke macam segelintir mak mak zaman sekarang.

Gadjet duniawi
That time apa barang internet, tab, ipad, ipod, samsung galaxy young yong old ke apa ke... Paling canggih pun, gameboy je laa. Taksilap aku, hanya golongan mak dan golongan abah je yang pakai henpon. Tapi, gedabak dia tahap giga laa. Bukan setakat baling kat anjing, baling kat kerbau pak samad pun kerbau tu bleh pengsan. Aku pun takberminat dengan gadjet gadjet duniawi semua ni. Yang aku tau, makan coklat sambil baca buku cerita atau makan cucur udang sambil tengok tv. Aku pun bukanlah sempat nak main tingting congkak mandi sungai ke apa ke.. Paling otai pun main basikal lepas dua tangan. Anak tunggal lah katakan. Mana ada geng nak buat havoc. Takpun, paling kotor pun, kutip bunga lalang. Abah pantang tengok aku main pasir. Nanti kena marah. Wuwuwuuww.

Ultraman
Seronok. Hiburan zaman tu tak macam sekarang. Sikit-sikit facebook. Sikit-sikit twitter. Gadget toksah cerita la. Kalau bleh nak masuk bilik air pun korang angkut sekali kan? Zaman tu pegi sekolah pun chill je takde nak fikir si A tu dah approve ke friend request aku. Ataupun duk fikir nak tukar DP apa... nak pakai timeline cover ke tak... nak update status pasal apa.. nak block or unfriend sapa-sapa. Cehh. Buang masa. Paling otai pun tanya pasal doraemon keluarkan alat canggih apa...ataupun nyanyi lagu go go power rangers. Setakat buat action Ultraman tu tarak hal laa.


Malay Oldies song
Lagi satu, lagu-lagu OST drama Melayu zaman dulu kala pun best. Sampai buatkan aku tersesat pegi cari balik semuanya kat youtube. Tu yang teringat cucur udang mak dan movie melayu petang-petang. Lagu dulu dulu tu, bleh ingat setiap bijik perkataan dia. Kalau zaman sekarang, terus je tulis OST drama bla bla bla kat google search terus muncul seketul seketul lirik dia. Dunia di hujung jari kononnya. Kalau makcik aku dulu lagi lejen. Sanggup duduk kat tepi radio lengkap dengan kertas dan pen. Laju gila dia taip butir butir perkataan yang penyanyi tu duk melalak.


Romeo Dan Juliet


Cinta antara benua






Mood: Alhamdulillah dah bleh upload gambar. hoyeah!!! Okbai.

Friday 16 November 2012

Upload Image?

Assalamualaikum.

Tumpang tanya awesome and lovely readers.

Kenapa blog iolss takbleh upload image?


Jadi, takde semangat nak update



Kbai.

Draft Senandung Cinta Israra Part 2

P/S: Asal mende ni draft je? Sebab hanya karya picisan seperti twicahaya layaknye. kehkehkeh.

'Buat apa kau simpan movie tu sume dalam laptop kau, Is? Kau kan tak suka benda-benda cheesy ni,'

'Ahh kau ape tau? Ni sume untuk masa depan aku. At least, dengan movies sume ni, aku bleh yakinkan diri aku yang cinta sejati tu wujud. Em, walaupun sekadar movie.' Kata-kata Dalili membuatkan aku terfikir lagi.

Mama kata, cinta sejati pasti ada. Tapi aku?

Aku takpercaya cinta~ Aku takpercaya cinta~ Aku takpercaya C.I.N.T.A!

'Woii Is! Kau nyanyi terjerit-jerit ni kenapa?' Sergahan Dalili memeranjatkan segala sistem saraf.
'Nak nyanyi pun takboleh. Yelahh. aku ni anak yatim. Piatu pulak tu.' Israra membuat muka seposen.
'Alaa Is. Rilekk laa. Aku memain je. Kau nyanyi la lagi. Nyanyi.' Dalili memujuk

'Kadang kadang aku sedar yang aku ni just nak main main. Tak serius. bukan betul betul sayang pun. tapi, taktaula kalau dengan dia, ' Cakap sorang-sorang lagi budak ni. Dalili menggeleng kepala melihat Israra yang sedang bercakap dengan dinding.

'Kalau aku, aku nak bercinta sekejap, pastu terus kahwin' Dalili pula membalas

'Tapi, tak semestinya jugak weh. Jap eh aku nak share sumthing,' Kertas lusuh dihulur kepada Dalili.

Undang-undang Cinta Israra

-kalau ditakdirkan terjadi apa2 dalam sesuatu perhubungan, putus di tengah jalan dan sebagainya.. maknanya dia tak cukup baik untuk kita. Ada orang yang lebih baik yang telah diciptakan untuk kita.
-Kalau dia nak pergi, lepaskan...andai dia kembali, maknanya dia milik kita. Andai tidak, maknanya tiada jodoh.
-Sejauh manapun kita lari, sedalam manapun kita selam, setinggi manapun kita terbang, andai dia jodoh kita, dia pasti akan kembali.

'Tapi kan Lil, aku masih tercari cari cinta yang sebegitu. Ya aku masih mencari. Moga aku diberi peluang untuk menghirup kemanisan cinta yang unggul,'

'Pergh Is, apahal ayat kau macam karangan doe?' Dalili kembali buat muka sengal. Apa kes ntah dengan si Is ni. Dari semalam camni. Kekononnya sebab dengar citer mama dia. Kang kalau aku terjah Mama Husna kang... baru tau langit tinggi rendah. Entah-entah...betul Mama Husna ada love story baeekkk punya.

Israra termenung lagi. Entah apa-apa yang dia fikirkan, semua orang pun takdapat nak agak.

Cinta, hadirlah hadirlah hadirlah. Aku menyeru cinta. Namun aku khuatir hatiku pedih lagi. aku pun tak mengerti mengapa hatiku rasa pedih tatkala hal ini diungkit. Mungkinkah seseorang itu turut mencari aku? Sebahagian dari dirinya, tulang rusuk kirinya. Aku mahukan seseorang yang berkata 'u are my missing puzzle' kepadaku. Bilakah agaknya aku dapat bertemu dengan dia? Bukankah aku adalah tulang rusuk kiri yang paling dekat dengan hati, untuk disayangi, dikasihi dan dicintai? Yang dapat menghilangkan rasa pedih yang menjalar ke hati setiap kali soal cinta diperdebatkan.
Cinta memang sesuatu yang sukar dimengertikan. Cinta sepatutnya menjadi perasaan yang indah dalam hati tetapi, hmm..kenapa hatiku begitu sakit tatkala berbicara soal hati? Tanpanya, hatiku bagai malam yang tak akan kesiangan ...namun aku tak pasti dengan rasa hatiku sendiri...adakah aku benar benar ikhlas dengannya atau sekadar mengisi masa lapang? - Israra

Dalili: have a nice day.
Israra: What da heck! My nice day is having time with you.

Disogok cerita cerita cinta seperti ever after, shakespeare in love, titanic dan romeo & juliet...buatkan aku pun nak alami kisah kisah seperti itu. Aduhhaii,... ni mesti sebab pengaruh mama. - Israra

cakap pasal hati, hati aku tengah kosong sekarang ni, aku sengaja kosongkan hati aku. Tapi, i know you. i walked with you once upon a dream. - Princess Israra

elegant peaceful lovely thougtful, merendah diri, hormat dan patuh, setia serta rela berkorban, tidak cerewet tidak tinggi diri, tidak sombong dan bukan pemarah. tenang, aman, supporter, tidak suka membangkang membantah manis lemah lembut bersih suka jaga kecantikan. -gila, kata tak pernah kenal aku camane. ni, yang kau observe aku sampai camtu sekali, pehal pulak!

even you close your eyes, you still could deliver love message and still could be understandable. - kepala ikan tongkol betul mamat nih. wei gila, aku pejam mata ni bukan nak deliver love message kat kau. aku tengah ngantuk ni. tau tak ngantuk!

aku benci kau. tapi, parents aku abstain aku dari membenci orang. kalau camtu, aku tak suka cara kau. oh ye, aku tak kenal pun kau. - Israra

masalah permasalahan hati yang tak terungkai. - Dalili
Oh, bilakah akan berakhir? - Israra

love is something which i hate the most. - Israra

aku rasa kita perlu do something to make their relationship, better. -dahlah, kau ni tak abis-abis. relationship kau tu...yang kau kena pikir.

Ini bukan cinta biasa la, Is - Dalili

pen merah pen biru, saya peduli apa kalau awak cintakan saya, yang saya tau, saya takkan cintakan awak. TAKKAN! TAKKAN! -pen merah pen biru, u marah i love you

Aku dengan dia macam G6 kot..-Dalili

aku suka mainkan perasaan orang, Karma? aku tak heran laa. My heart is too hard to be broken. Aku dah masukkan dalam peti besi yang paling ampuh which is the truest one could break it. kalau boleh laa, macam xde je. - Iffal

i have to return the ring to the lord of the ring. - Israra
Woi, is! Israra! kau nak g ane tu? Takkan nak pulangkan cincin?

aku bukan suka pun kat diorang. sebaliknya menyampah. Boys, their words are like bulshit. Dont trust them. Aku belum bodoh lagi nak percaya semua atau yang ditaburkan pihak lelaki yang evil. - Israra

Even aku tak pernah bercinta, tapi aku tau semua segala datuk moyang cinta. Kenapa? Sebab aku single. Single yang terlalu pakar untuk bercinta. Yang pakar haruslah bertemu yang pakar supaya segala permasalahan dapat dirungkaikan. -Iffal

Ya tuhanku, yang maha pengasih maha penyayang. Jauhkan aku dari cinta palsu. Peliharalah hatiku untuk yang benar benar sejati. - Iffal

How to Save Your Money part 1

Hai jejaka materialistik dan perempuan mata duitan. Oh hey gold diggers.


Apa? Apa? Tak ngaku? Sudahlah. Kalau sedekah kat masjid kurang dari RM10, takpayah nak ngaku korang tu pemurah. HAHA. The thing is, dalam naluri setiap manusia, memang ada sedikit rasa materialistik, mata duitan, dan asyik fikir pasal duit, duit, duit saja. Atau harta. Atau gadget. Atau pangkat. Atau apa-apa saja. Duniawi je semua tu.

Actually, definisi materialistik dan mata duitan ni luas. Kalau nak berbicara pasal mata duitan dengan materialistik, memang aku kene buat novel ah camni. Aku ni sebenarnya mengantok. Tapi, mata takbleh nak pejam pulekk. Plus dengan aircond ni sume. Memang akan jadi super duper nak tdo tapi takbleh sebab serba salah dengan assignment =.=

Jadi, nasihat pertama : berjimatlah. Kalau kau taknak hidup kais pagi makan McD, kais petang  makan kenny rogers. Eh? Tapi, ayam McD memang sedap. Lagi-lagi yang original. Secantik-cantik gambar yang diedit, cantik lagi gambar yang original. Oh, apa kena mengena ayam McD dengan gambar? Entah. Feel mengantuk overboard. Tu yang melalut cenggini.

So, mari kita fokuskan kepada tajuk yang aku war-warkan sebentar tadi. Suka aku ceritakan permulaan kesedaran aku terhadap kepentingan savings. Masa lepas SPM tu... amat berbahagia la jugak. Jadi, aku pun start keje, cari duit sendiri (poyos)... Hmm, orang yang takpernah keje teruk. Mana tahan. Boleh dikatakan pengalaman bekerja aku banyak ranjaunya. Dalam sebulan, 3kali aku tukar tempat keje. Ehh, bukan salah aku tau semua tu. Parents iolss yang suh iolss behenti keje. Taktahan melihat penderitaan gua agaknya. Sobs.

Pastu, kene sambung study balik. Aku pun taktau apa yang membuatkan aku prejudis terhadap negeri Kedah. Sehingga akhirnya, aku tercampak ke Kedah. Huwaa. Biase la tu kan? Yang taksuka tu laaa kita akan dapat. Cehh. Jadi, gempaknya during foundation in Kedah, while waiting for allowance... aku ada masalah duit. Sebulan pertama aku habiskan RM632.90. Hamekk kau. Aku catat setiap sen okeyhhh. Dan kat sini, aku figure out yang aku habiskan duit untuk beli makanan. Dan buku. Standard ah buku-buku untuk course aku memang mahal. Mungkin aku takreti nak cari buku-buku secondhand dan tak reti nak differentiate benda penting dan tak penting.

Masa tu, aku dah start gelabah. Yelaaa. 1 sem plus minus ade 5 bulan. Makna katanya, 5 bulan darab RM632.90 tu jadinyaa dalam RM3164.50. Gilosss. Mana aku nak cekau duit banyak tu? Masa tu, aku dah rasa macam awan mendung berarak kat atas kepala aku. Hujan dengan guruh dentum dentam siap dah jadi background fikiran aku masa tu. Aku siap fikir yang aku kene makan popiah 3 seringgit je tiap-tiap hari. Banyak benda yang aku fikir masa tu. Ingat senang ke nak dapatkan seketul duit? Aku terfikir gak la nak buat bisnes kecil-kecilan. Keje part time laa... macam-macam demi seketul duit. Taknak la mengharap mak ngan abah aje. Aku pun tadah tangan meminta dari yang maha pemurah.

Cara-cara untuk menjimatkan perbelanjaan anda.

SATU
Kahwin dengan lelaki kaya. Supaya dia akan sponsor perbelanjaan anda dan anda pun takperlu berbelanja. Okey yang ni memang gila kentangg! Takkan nak buat iklan letak kat newspapers promote diri bagai. So that lelaki kaya akan perasankan kau lalu masuk minang tanpa ragu-ragu. Harharhar. Next!

DUA
Seringgit sehari untuk makan. Sebagai manusia, memang susah untuk melakukan ini. Tapi, percayalah...kadang-kadang lebih baik berlapar daripada dikelilingi hutang. Boleh juga berpuasa selang sehari. Kalau tak mampu, isnin khamis. Bukanlah maksud aku kat sini hari-hari kene belanja seringgit je. Tapi, make sure dalam seminggu tu... ada 1-2 hari yang korang belanja seringgit je atau tak belanja langsung. Makin lama, korang makin pandai bajet harga makanan untuk sehari.
Pengalaman aku sebagai student, memang selalu dapat makanan free. Alhamdulillahh...

TIGA
Tawar-menawar. Bab ini adalah bab yang paling aku tak pro. Aku memang tak reti. Kalau orang tu kata RM75 tunai, maka dengan harga itu lah aku akan bayar. Lainlah macam mak aku tu. RM75 pun dia bleh tawar sampai jatuh jadi RM40. =.= Tapi, itulah yang bagusnya. Bayangkan kalau kauorang beli tudung harga RM6. Sementara kawan kau dapat beli dua tudung dengan harga yang sama. Nampak permainan dia? Jimat woo. Next!

EMPAT
Bijak cari rejects item. Contohnya macam tempat beli dan belah seperti Reject Shop. Aku bleh dapat vest RM60 dengang harga RM14. Aku pernah beli kemeja RM49.90 dengan harga RM25. Tudung bawal sekadar RM6 sehelai tu takde hal lah. reject items ni bukannya teruk sangat pun. Kadang tu sebab tak menepati kualiti jenama tu. So, diorang taknak ah jual. Kang apa pulak kata customers. Customers always Right. Remember? =.=

LIMA
Makan ramai-ramai. The thing is, kalau nak keluar makan tu, janganla pegi sorang-sorang. Kalau bleh, ajak reramai. selain merapatkan ukhwah, boleh la anda merasa menu yang diorder oleh orang lain. Kehkehkeh

Okeylah. Stop sampai sini dulu.
Nantikan next episode dalam rancangan yang sama, 'Doktor Duit' di saluran yang sama pada waktu yang sama.
Kbai

Selera: Rasamas

Assalamualaikum~



Ni merupakan labels kedua selepas thoughtful day. Which is selera. Tujuan aku mewujudkan labels ni... Sebab err, aku jarang-jarang makan. Aku jarang lapar.  Alin cakap tadi, jarang dia nampak aku makan. Tapi, bila sekali order makanan tu, order macam-macam. Pastu tak makan. Hohh. Aku sebenarnya nak jadi macam Master Chef tu. Diorang mana makan sampai habis. Dua tiga suap pastu dah. Rasa je sikit-sikit. HAHA!


So, that day. Aku nak kene pegi beli hadiah untuk pensyarah-pensyarah berjasa yang gantikan pensyarah yang mengerjakan Haji. Then, nampak classmates pulak. So, weolls pun menuju ke Rasamas Seksyen 7, Shah Alam.

















1 Muharram

Assalamualaikum awak dan awak sekalian.

*Ehem. Taknampak ke aku ber-awak awak tu? Kehkehkeh.

Aku mulakan mukaddimah Awal Muharram dengan ayat 'everyone has their own dark side'. Betul tak? Ataupun, korang perasan diri korang tu angel? Merasakan diri sendiri tu bagus dan orang lain salah tu maknanya ada something wrong with your hearts.

Kau baca satu page quran satu hari, pastu dalam minda kau sibuk nak pertikaikan bahawa orang lain semuanya hampeh sebab tak baca quran setiap hari. Dan dalam pada kau sibuk nak riak dan ujub dengan amalan kau tu, kau tak faham pun apa yang kau baca. Baca memanglah baca. Tapi, pernah ke mendalami makna disebaliknya? Pernah ke dalami dan hayati kalam Allah? Atau sekadar baca mengharapkan pahala. Jangan main-main. Every single word dapat pahala kot. Sape taknak.


MissChillax: Mak, i wanna be a good person. How could i change to a better person?


Lama...aku tunggu mak jawab.

Mak: We are very proud of you, dear. Strive for excellence in studies, as a daughter and also a sister. Mak and abah selalu doakan kakak.











Selera: KFC a.m.




Hello earthlings!


This is so definitely completely absolutely sedap!
Pagi tadi makan this mouthful thing after jogging.
Ngehngehngeh


Movies: The Back Up Plan

Assalamualaikum. Hai. Hello

5 minit sebelum test...
Aku still membaca buat kali terakhir. Iqbal panggil pulak. Cakap-cakap sekejap. Pastu, sambung baca. Sekali Puan Umaimah bawak masuk anak dia laaa. Fatin pulak terus suh aku amik anak dia. Tanpa ragu-ragu, aku tinggalkan kertas tu, terus menuju ke anak dia. Aku takbleh aaa baby baby ni semua.




MissChillax: Puan, saya tak bleh resist laa. Saya nak jugak.
Puan: Resist? Apa tu? (Jawapan standard kalau aku guna bahasa rojak)
MissChillax: Takbleh tahan perasaan. Nak amek jugak. Nak dukung jugak.
Puan: Bleh pulak camtu. (Sambil hulur anak dia)

Tu la kisahnya aku jumpa Ilhan. He's sooooooooo charming.....hukhuk. Melting betul aku. Malam tu tak tdo aku teringatkan Ilhan. HAHA. Ilhan sangat baik. Tak nangis masa aku dukung dia, senyum lak tu. Masa dukung tu, dia tengok aku. Mesti dia pelik sape ah dukung aku ni. Dahlah aku pakai baju kaler sama dengan dia. Macam berjanji lak. That's jodoh actually. Kahkahkah.

So cute. So kecik. So adorable. So urgh! Those geramnyeee feelings. I cant resist those feelings. Pantang nampak baby. Ce bayangkan...dalam umur aku 5tahun camtu aku dah belajar handle baby. Setakat main cak-cak. Dukung keliling rumah. Tenangkan dia kasi jangan nangis. Suap makan. Basuh ehem ehem tu sume...kira dalam poket aku je la masa tu. Bukan adik aku pulaknye. Anak orang lain.

Dalam umur aku 8tahun camtu baru merasa adik sendiri. Kira mak aku pun tak kalut sangat ah nak handle adik aku. Aku kan ada? Kehkehkeh. Pastu, aku habiskan zaman SPM aku dengan handle adik lelaki aku yang sekarang baru 2 tahun. Okey. Stop. Couldnt say much. Kang rindu aku mencapai taraf optimum haaa... haru biru jadinya.

Err, aku ada this kind of awkward desire. I wanna have babies. But, i dont wanna get married. Aku nak jaga baby je. Nak aje aku pegi baby hatch centre tu, pastu aku amek mana-mana baby yang aku suka. Pastu, jaga lah dia macam anak sendiri. Wuuuu. Those feelings jadi semakin kuat kalau aku nampak baby.

That craziness moment increases bila aku tengok cerita ni. She hates commitment, didnt meet any suitable Mr. Right. Then, dia pun terus make her baby by herself. Which i clearly aware that it is totally HARAM in Islam. Memangla aku feelin craxxzy about baby. Tapi, belum sampai tahap aku tak reti bezakan halal dan haram.

And guess what? Cerita ni betul-betul menguji aku bila baby dia tu...

Doctor: I see another heartbeat
Zoe: It has two hearts?
Doctor: No, but you have two babies.

Oh my gudness! Dia dapat twins!!! Cerita ni best sebab perempuan tu determined. And really into all those baby things. At that moment, dia rasa sekeliling dunia dia penuh dengan baby... she implements insemination. Pastu jumpa a guy yang kindaa 'Mr. Right'. Hence, she ends up to settle down with him. Tapi! Dia pregnant lak. Gelabah panda la lelaki tu bila tau pempuan tu pregnant. And he hates commitment.

Actually, cerita ni best sebab genre dia romantic comedy. Bila ada comedy kat situ, maka cerita tu akan jadi best. Kalau romantic sahaja, memang takbest. Anda bleh download cerita ni kat:


Jangan mintak kat aku ah. Dah selamat dalam Recycle Bin.





Mood: Babysick
Akhir kata, I wont kidnap any babies. No worries.

Wednesday 14 November 2012

Monday 12 November 2012

Segmen Gambar Aku Di Vektor?

Assalamualaikum


Saya ingin divektorkan kerana I wanna try something new. Selain itu, saya boleh berkenalan dengan rakan-rakan lain semasa menjalankan aktiviti blogwalking.




*Cik Tag : dia


updated#
blogwalking all contestants

SEGMEN : GEDIK2 TAMBAH FOLLOWER

Haii semua~

Assalamualaikum.




Komen:

Blog adalah ruang untuk kita berkongsi pendapat dan pandangan kita dengan orang ramai. 
Kita juga memerlukan feedback daripada orang ramai mengenai blog kita.
Saya menyokong usaha murni anda dengan join segmen ni.
Renung-renungkan dan...
Selamat beramal.

*Ehh dah kenapa ayat macam karangan bahasa melayu PMR* =.=

Tag

Updated
Alhamdulillah, tempat pertama dan direview oleh Cik Icecream

Updated
blogwalking all contestants

Sunday 11 November 2012

Segmen: Jom Kawan

Assalamualaikum!


Komen:

Blog yang bertemakan fairytale Blue World ni sangat bluish and cute. and tak berat sangat.
Tapi iolss ada satu masalah je dengan blog uolss.
Cursor comey sgt. Iolss ni buta warna sikit. Jenuh gak ar tercari-cari cursor. SObss. Sedih.
Hehe. Thanks sbb jemput kita join segmen ni.
Anda memang rock! dan terjal! Garang! Ganas! Ehh tapi cute..!

UPDATED
done blogwalking all contestants

SEGMEN 2: Terjah, Follow, Menaik!!!

Assalamualaikum.

Join segmen, shall we?





Tag



UPDATED
done blogrunning all contestants

Saturday 10 November 2012

10.11.12.

Assalamualaikum.

Nak tak nak. Kena la jugak post satu entry kat sini. Sebab it's 10.11.12. Kemon ah. Once in a lifetime kot. Takpayah nak buat macam takde pape berlaku. Hehe.

Frankly speaking, aku takde ah nak kecoh sangat pun dengan hari ni. Cuma, sebab ada perkara menarik untuk dikongsikan. Kalau takde buat apa apa aktiviti menarik, takde lah nak hupdate. Setakat tido sepanjang hari, takperlu lah berbangga dengan pencapaian anda. Tak produktif langsung. *terasa.


Ehhhh.
Sekejap sekejap sekejap. 
Check kalendar. Check kamera. Check beg galas yang baru mak belikan. *Ehem.
Okey. Good. Aku takde la tido je sepanjang hari ni.
Malangnya, aku tak set date kamera betul2. sobss.
Plus, kat tempat tu takbleh nak amek gambar sangat!


Hari ni ada  A Night At the Museum bersama suksis. Naiss kan? Tapi, takde la pegi malam-malam. Pagi pagi morning dah gerak dah. Sampai kat sana, aku terus makan dengan pantasnya. Memang lapar betul. Muzium tu bukak pukul 10. So, aku relax sebentar bersama Ckha. Sepanjang dalam museum tu jalan-jalan dengan dia je. Hoho~ Memang aneh aneh aje bila orang lain jalan dari pintu masuk ke pintu keluar. Kitorang pulak dari pintu luar ke pintu masuk. Eceh.



Muzium ini terletak di Jalan Perdana, Kuala Lumpur. Kat area Masjid Negara. So, kat dalam tu ada macam-macam artifak yang berkait dengan jenayah dan pencegahan jenayah. Pendek kata, semua hal yang berkaitan dengan polis dari zaman Kesultanan Melayu Melaka sampai ke hari ni. Dulu, theyolss tak main ah polis-polis atau police and thief. Theyolss main temenggung-temenggung. Atau pun, temenggung dan pencuri. Ahakss gituuu. Nampak tak permainan bahasa kat situ?



Dalam pada itu, ada koleksi senjata, pingat-pingat dan rentetan era darurat, tragedi bukit kepong. Galeri Muzium Polis ni ada 3. A, B, dan C. Pastu kat luar muzium tu pun ada pameran kereta perisai, Ferret Scour Cay, Sankey, Meriam. 




Jadi, semalam ada kisah dongeng di TV3 kononnya? Seronok tak? Aku taktengok sebab ada hal yang takdapat dielakkan. *Muntah

Antara comments di Twitter



#1. Soffi Jikan lagi awesome dari Neelofa nampaknya.
#2. Opening tak best langsung!
#3. Piere andre, harap awak berhentilah buat filem lagho, lepas ni buat filem dakwah, patuhi syariat, baru terbukti kata-kata awak waktu #ASK2012.
#4. Too draggy for award show
#5. Zizan's 2 minutes appearance made the audiences laugh more than the show for 2 hours
#6. Fairy tales has its own dark side
#7. Romantik sungguh Adi Putra dengan Rita Rudaini
#8. We want Zizan!
#9. Nora Danish jadi Puteri Hang Li Po memang sesuai
#10. I thought Halloween was over?
#11. Stop complaining. If you dont like it, dont watch it. Easy as that. Dont show your stupidity
#12. Serabut sikit pentasnya
#13. Better put Jozan there
#14. Agak buruk dan bosan
#15. Habis jugak akhirnya



#16. Puteri Lofa, I'm watching you! - Scha
#17. Putera ni suami aku!



#18. Hambar
#19. Yang ni memang bosan
#20. Nape Anzalna buat muka masa Neelofa tengah bercakap?






Friday 9 November 2012

Thursday 8 November 2012

Monday 5 November 2012

Thoughtful Day 6

Assalamualaikum manusia sekalian alam!

Membaca ini benar-benar menyentakkan fikiran.
Korang boleh melupakan apa yang sepatutnya dilupakan?


First GA bY TirahZairi

Assalamuaalaikum.

Sedang enak menaip outline Genetic Engineering, otak ku mula berkeroncong mahukan rehat. Nak suh aku bukak blog la tuh. Dengan gigih aku jenguk blog aku. Woahh... Retis fofular ajak join GA dia lahh. Next, beautyshinju pun invite. Cantek. 2 invitations in one nite. Takkan nak tolak pulak kan? Ahaks.

Jadi, dengan tidak melengahkan masa...



Ini efek assignment genetic aku agaknya.



Tarikh tutup
10 November 2012

Syarat penyertaan
1 - Buat entry bertajuk "First GA bY TirahZairi".
2 - Letakkan slogan "Bukan.Retis.Fofular" mengikut kreativiti sendiri.
3 - Slogan tadi mestilah dibacklinkkan ke sini.
4 - Tag blogger lain.
5 - Letakkan link entry anda pada komen entry ni.
6 - Terbuka kepada semua blogger.



Tag





Updated#
bw all contestants

Sunday 4 November 2012

Thursday 1 November 2012

Thoughtful Day 4

Assalamualaikum.

Nak share pasal coklat lah. Ini bukan sebarang coklat... Tapi, coklat cadbury. Bukan vochelle, bukan van houten, bukan juga ferrero rocher.

Sensasi membuka bungkusan cokolat cadbury taksama dengan membuka bungkusan cokolat Ferrero Rocher, Vochelle mahupun van houten.

Dengan bungkusan plastik menyaluti kertas tembaga membuatkan cadbury tampak eksklusif. Dan kalau boleh, jangan dikoyakkan bungkusannya. Gunting elok-elok pastu simpan.

Dairy Milk Cabury tidak sepahit coklat-coklat lain.

Even, dark chocolate cadbury pun tak sepahit air kopi Che Nah.

Mungkin sebab cadbury is a dairy product.

The latest one, French Vanilla... so tremendously amazing.

Smooth soft centre makes me melt.

With simple trademark, the glass and a half device makes me calm automatically. Coklat, so aromatic! I love chocolate.

Cara menikmati : jangan gigit dan biarkan coklat cair di mulut anda.


Thoughtful Day 3


Assalamualaikum :D

Jadi, apa masalah Wira ni sebenarnya? Langgar itu ferrari?