Friday 14 March 2014

Handsock Custom Made

Assalamualaikum :)

Berminat?

WeChat: MissShahira

Handsock Bunga





Handsock Renda




Pengajian Bahasa Melayu, Akademi Pengajian Bahasa

Assalamualaikum!

Mukaddimah
Tujuan aku post pasal Pengajian Bahasa Melayu, Akademi Pengajian Bahasa ni kan, tak lain tak bukan sebab banyak orang tanya dan terdapat keyword tertentu yang merujuk kepada course ni. Banyak persoalan yang bermain di minda anda semua kan? Kalau penerangan aku tak jelas, boleh tanya aku di twitter kat tepi tu. Belah kanan ni. Chill's alter ego. Haaa situlah. Kalau takde Twitter, do ask me kat ruangan komen bawah ni.



Nama course
Nama course ni agak mencabar lidah sebab memang panjang gila. Masa orang tanya. Aku mesti cabar diri ku untuk sebut nama course senafas je. Tarik nafas panjang panjang. 1, 2, 3! Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Gunaan (Kepujian) Bahasa Melayu Komunikasi Professional. Course ni ada temuduga. Korang bertemu dan diduga dulu sebelum dapat course ni. Menerusi course ni juga ada banyak subjek yang menarik!! Hehe :-)

Temuduga
Okey, kebiasaannya temuduga pada tarikh sekian sekian, ada dua sesi pagi dan petang. Then, diadakan di situlah. Akademi Pengajian Bahasa. Kebiasaannya, panel penemuduga merupakan para lecturer Akademi Pengajian Bahasa. Let say la korang dapat course ni, kemungkinan besar korang akan jumpa balik dengan panel penemuduga ni. Macam aku, panel 1 tu lecturer aku masa semester 1. Panel 2 pulak, lecturer semester 2. Panel 3, lecturer course lain. By the way, bawah Akademi Pengajian Bahasa ada tiga course dan ada satu jabatan lagi iaitu Jabatan Bahasa Asia dan Eropah. Tiga course merangkumi Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris and Bahasa Arab. Pastu ada Kursus Kemahiran Bahasa. Meaning to say, sambil study kat sini, boleh amek Kursus apa apa bahasa yang anda minat. Siap dengan sijil dan bayarannya pulak, berpatutan.




Soalan soalan temuduga
Soalan temuduga biasanya random. Kadang kadang ikut tema, kadang pasal diri sendiri dan sebagainya. Macam aku, soalan yang ditanya:

1. Expectation tentang course
2. Konsep 1Malaysia
3. Pembelajaran aku, sebelum Degree whereas aku amek asasi Undang Undang
4. Kenapa pilih course ni.

Hmmm soalan 1 dengan 2 jawab macam dalam syllabus jawapan. Walaupun terpesong sikit, itu biasa. Yang soalan 3 dengan 4, hmmm. Aku merepek je jawab. Sebenarnya aku tak proceed law sebab mak abah aku takbagi. Bukan sebab aku taklepas MUET ke...pointer ke... dan ini semua jalan yang Allah pilih untuk aku. Hehh, mujur aku tak jawab cenggini masa interview. Mau nangis air mata darah time tu.



Subjek
Ada lebih kurang 39 subjek untuk menamatkan degree ni termasuk kokurikulum, bahasa ketiga, projek ilmiah dan practical. Tapi boleh dikatakan setiap cohort atau pengambilan atau batch mendapat pendekatan yang berbeza. Macam senior aku, kena belajar minor business, ada kira2 sekali. Mereka jugak masih ada exam dan kelas semasa semester 6. Macam aku, belajar minor business yang takde kira2. Teori je. Lepastu, semester 6 dah takde kelas atau exam. Fokus dengan projek ilmiah dan practical je. Macam junior aku, kod course dah bertukar jadi LG241. Aku LG221. Lepastu, junior aku ada blended learning. Takpayah datang kelas, online student portal je kat rumah atau kolej. Macam junior aku yang sem 2 sekarang ni lagi best. Boleh pilih minor sama ada nak amek sastera atau subjek business. Haaa best kan, boleh pilih? Subjek kita mungkin berbeza, tapi banyak yang lebih kurang sama.

1. Pendekatan dan Amalan Berfikir
2. Tatabahasa Bahasa Melayu
3. Penulisan Akademik Bahasa Melayu
4. Language Enrichment
5. Presentation Skills
6. Linguistik Bahasa Melayu
7. Kokurikulum Unit Beruniform
8. Kontrastif Analisis
9. Bahasa dan Media Interaktif
10. Bahasa Ketiga - Arab, Perancis, Mandarin, Jepun, etc
11. Budaya dan Kosmologi Melayu
12. Sosiolinguistik Melayu
13. Bahasa Melayu Khusus
14. Protokol dan Etika Sosial
15. Teori dan Pendekatan Penterjemahan
16. Analisis Wacana
17. Pengucapan Awam
18. Economics
19. Principles and Practices of Management
20. Principles and Practices of Marketing
21. dll



Kemudahan tempat tinggal
Kebiasaannya pelajar part 1 dapat kolej. Tapi, ada jugak yang tak dapat kolej. So, bergantung kepada surat tawaran. Kalau kolej 2 orang sebilik, RM420 satu semester, kolej 3 orang sebilik, RM315 satu sem, kalau kolej 4 orang seilik, RM 210 satu semester. Oh ya! Kena aktif tau kalau duk kolej ni. :)

Kerja
Okey, kebiasaannya, lepas habis course ni dengan jayanya, kebanyakan student jadi editor, translator, lecturer, teacher, pegawai bank (minor business), nak masuk bidang media pun boleh. Ada jugak yang jadi marketing exec. Jangan bimbang, tawaran kerja insyaALLAH ada, dan course ni marketable. Secara dasarnya, product course ni, bukan cikgu. Sebab kalau nak jadi cikgu, kene amek pendidikan. Tapi, bergantung kepada rezeki juga, ada senior -senior yang jadi cikgu lepas graduate :)



PTPTN dan WPP
Okey, WPP ni... kami takdapat. Sebab masa tu dia cakap ex-prelaw takbleh amek WPP. Sobss. Sedih kan? Jadi, bergantunglah nak amek ke tak WPP ni sebab nanti dia tolak balik duit PTPTN kite. Huk! PTPTN pulak, kene bukak akaun SSPN dulu pastu isi online. Dah masuk kampus nanti baru hantar kat universiti. Tu je :) Tapi kalau dapat JPA lagi bagus. Kah! Btw, PTPTN tu kan... Kalau full, dapat RM3250 tau.

Buku Teks
Okey, buku teks agak susah nak cari tapi jangan bimbang. Apa gunanya senior kan? Heee. Boleh mintak pada mereka. Tapi, pinjam je lah sebab buku buku ni semua guna sepanjang hayat. InsyaALLAH. Dan kalau anda nak beli, mungkin ambil masa yang lama. Just in case anda nak guna sementara belum jumpa buku teks, boleh lah pinjam. Heee



Study ni sibuk tak?
Sibuk sikit la. Sebab coursework lagi banyak dari final. Jadi, kita bersusah susah dahulu bersenang senang kemudian. Biasanya dah penghujung semester tu, kita happy happy je jawab exam.

Macamana nak score?
Tackle subject yang 4credit hour betul betul. Focus kan yang itu, insyaALLAH boleh score :)

Kak, emm study course ni berapa tahun?
3tahun je dik, termasuk praktikal dan penulisan ilmiah or final year project :)

Emm akak nak keje apa study course ni?
Akak nak keje kat TV3 dik. Doakan ye. Kihkihkih. Jadi pembaca berita tu.



Akak umo berapa? Kenapa akak lagi muda dari saya?
Sebab akak dulu prelaw, pastu masa amek degree belas belasan tahun lagi. Hik! Mudanya akak.

Awak minat tak nak jadi penulis novel?
Gila tak minat?! Dah sepuluh skrip jalan cerita dah saya tulis. Hmmm!

Awak minat bahasa ke?
Ermmm, takpun. Tapi, kecenderungan saya kat sini. You know, Sun Tzu dalam Art of War suruh kita tackle art of influence. Bukan art of interest. Kejar kecenderungan, jangan ikut minat sangat. Minat tanpa kecenderungan? Letih jugak nak perah otak. Tu je.

Asasi law dengan degree bahasa ni, mana lagi susah? Macamana pulak dengan STPM? Mana lagi susah? Matriks?
Saya rasa, course ni lagi insyaALLAH mudah. Kalau kita fikir mudah, insyaALLAH jadi mudah.



Kak, makanan sana mahal tak?
Mahal dikkk. Mahal! Sila prepare duit yang banyak. Huh!

Banyak aktiviti tak kak? Lawatan ke?
Ada banyak dikk. Banyak. Rajin tak rajin je. Kitorang ni bertungkus lemuih buat proposal untuk bawak korang melawat sana sini. Hiks!

Seronok tak study course ni?
Alhamdulillah, seronok. :D









Sunday 9 March 2014

Kami juai tudung :)

Assalamualaikum.

Uolss, ni kami ada jual tudung. Ada macam - macam jenis, macam - macam warna. Berminat?

Whatsapp - 0195175324
WeChat - MissShahira
Email - ciknorshahira@yahoo.com
Twitter - @chillaxyaw

Tudung SEROJA




Tudung MAWAR