Thursday 7 July 2016

Raising children

Hey. Assalamualaikum.

Too early. I know right. I am the grinch of hari raya this year. Second day of raya and I'm not wearing any baju raya y'all! Eat that huh. Huh. Huh. Ok cukuplah untuk mukaddimah.

Today. Hantar Siti pergi Aeon. Dia cakap nak jumpa kawan. I was like okay. Kawan perempuan katanya. Bila dia sebut nama. Zariff was like. Oh dia tu. Yang tu cantikkkk. So confident la perempuan. Pastu aku dengan Zariff buat muka sedih kat Siti. Saying that;

'Wey... belanja la kitorang'
'Nak aiskrim...'

So Siti belanja aku dengan Zariff kat McD. Abah n Mak call. Diorang memang suka cakap sama sama kat phone =.=" Okay pastu Mak n Abah suruh aku jadi spy ikut Siti. Tengok dia jumpa siapa. Because. Mak cakap Siti save number kawan dia as Farah. But bila call lelaki pulak yang angkat. Well maybe abang si Farah. Or ayah dia. Atok dia. Pakcik dia. Who knows right. Husnudzon tu penting!

Aku pun jalan jalan aaa kat Aeon. Nak cari buku Ujang sebenarnya. Pergi Popular pergi News.Com. Habis pulak pft. Pastu aku pun senyap senyap je la ikut our Kak Siti ni kan. Tetibe...

Omg. Nampak dia dengan seorang lelaki ni. Around her age. Dia macam nampak aku. Dia macam nak cover cover. But I knew you were trouble la cerita dia. *Sambil nyanyi lagu Taylor Swift* Zariff takbleh blah dia punya undercover siap menyorok kat celah pokok mygad. Drama sungguh budak tu. Zariff la pengintip abadi Kak Ti dia tu. Aku cam hmmm hmmm je la sejak aku terpandang dia dengan lelaki tu.

Macam macam aku fikir.

I am their sister. Perjalanan begitu berliku penuh ranjau lagi lepas ni. At the age of 15 you sneak out keluar dengan lelaki. Menipu some more. Aaa how dare you. Aku umur 15, tengah struggle nak score 9A in PMR. She's already keluar dating. Aku faham maybe kami berdua memang berbeza. Tapi apa salahnya dia keluar jumpa kawan dia lepak lepak at an early teenager?

Apa salahnya dia nak jalan jalan sana sini. Enjoying her teenage life. Aku maybe tak enjoy teenage life aku as I'm focusing more on future. Tapi tak apa lah. She should not. You know. Jadi macam aku. Takperlu. Why everyone surrounding her perlu letak me as the benchmark? No need guys. She's doing well. She's fine. Biasalah tu.

I don't know. But. Suatu hari nanti bila aku dah ada anak. Aku taknak anak anak aku menjauh daripada aku. Aku taknak ade gap. Aku nak diorang panggil aku nama je. Can ah? Anything. Anything as long as diorang tak rasa ada gap. Aku taknak diorang ngadu rasa sakit hati, kecewa, sedih pada orang lain. I wanna they share those with me. Be it delightful or depressing emotion. I wanna they pour it down and I'm the first knowing. Aku taknak diorang rasa abandonment.

Kan aku kata post ni macam too early. I know. Cumanya aku taknak kisah kisah aku n Siti setakat ni. Jadi kat anak anak aku. Aku taknak caught my children having relationship dengan lelaki or perempuan mana ntah. Aku nak they tell me their feeling. Apa rasa yang diorang rasa terhadap orang. I wanna they grow up having amazing IQ, SQ and EQ.

Tak suka la macamni. Aku ada mixed feeling. Feeling yang adik aku mature lebih cepat daripada aku. Feeling yang dia date etc. Feeling yang dia sneak out struggling untuk memenuhi kehidupan usia remaja dia dengan tipu family etc. Could everyone has some chill and take the chill pill and let her chill out?

Patut la dia tak berebut coklat dan aku berebut coklat! Ternyata dia lebih matang. Patutlah dia dah pandai pakai apa ntah yang letak kat kelopak mata. Yang color color tu. Patut la dia pakai bedak compact. Dia beli handbag at the age of 15. Aku 23 baru tergedik hegeh nak cari handbag. Tu pun ihsan mak. Tak beli pun. Just beli high heels je. Tu pun umur 23. Meanwhile Siti? Before 15 lagi dia dah nak pakai kasut cantik cantik macam dewasa sementara aku masih sukakan Bata Bubblegummers until I was 19-20. K tau. Itu kasut kanak kanak!

Okaylah. Nanti sambung.

Tuesday 2 February 2016

Anti-relationship

Assalamualaikum...

Lama tak tulis sini. Biasalah tu kan. Ada ups n downs.

Aku just nak spill out things about relationship yang aku taksuka. Aku banyak taksuka benda benda bullshit. Benda benda sia-sia. Benda merepek.

What if kau put so much effort dalam satu relationship pastu in the end. Nothing? Then nak buat apa? Segala sayang yang dilafazkan, segala duit dan usaha yang dicurahkan untuk apa? Untuk suka suka je ke? Sebab tu aku draw a line untuk benda camni. Taknak.

1. Effort
Kenapa bila kita sayang orang tu, kita kena prove everything related dengan materials? What's with those hadiah apa sume ni? Ye memangla boleh buat kita happy tapi perlu ke? And girls, do u really need those things? You rasa you takbleh beli semua tu sendiri ke? You cant work it by your own. Camtu? Kadang ada benda okay, okay la. Ada benda yang haram aku takbleh digest no la. Aku pernah temankan kawan aku pujuk boyfriend dia. Dia beli coklat dengan balloon untuk boyfriend dia. Was that necessary?

2. Sia sia
Kau dah selalu dengan dia, tolong dia, iron baju dia apa sume, masak makanan untuk dia, topupkan dia, bagi duit apa sume, teman dia, basuh baju, everything kau buat untuk dia. Segalanya kau korbankan untuk dia. Masa, duit, penat lelah kau, sekali the next thing u know, dia dengan perempuan lain. How come?! Aku takbleh digest langsung semua ni. Macam takde satu jaminan pun dalam relationship ni yang things will remain this way forever, no. Itu baru couple wey, sedang yang dah kahwin ada anak cucu pun bercerai. So, soal hati dan perasaan, relationship apa sume ni memang satu bonding yang rapuh. Puii.

3. Panggilan
Those names macam sayang apa sume tu necessary ke kalau kau tak sayang dia pun? Do u really sayang dia? You pun taktau. Sayang ni takde benda benda yang macam measurement ke apa. Takde. Kau sayang dia setinggi KLCC atau Eiffel Tower. Kau boleh detect ke? Sebanyak bintang di langit ke ape nonsense apa yang kau cuba sampaikan ni? Cakap level cinta kau infinity konon. Masalahnya simbol infiniti pun taktau cemana. Jangan la buat cemtu kalau taksayang. Jangan murahkan panggilan sayang. Or anything. Tu tak termasuk lagi panggilan lain yang bertambah bullshit. Sayang ni macam common la.

4. Stars are blind. And love too.
Orang yang bercinta selalunya takberfikiran waras. Contohnya berjaga lewat malam semata mata nak temankan orang yang kau sayang. Masalahnya kalau dah kahwin akan remain the same ke? Baru cakap sepatah orang sebelah dah tidur. You see, benda benda macamni menakutkan aku. Kalau time bercinta he/she might teman you whatsapp/facetime lama lama. Then, bila u dah kahwin everything dah the end. No such thing anymore.

Takpenat ke bercinta ni? Aku ada banyak nak tulis. Tapi nantilah aku sambung lagi.