Friday 29 June 2012

Be Your Own Fashionista

Hai. Assalamualaikum.

Lately, aku join contest petitestaz.

Tarikh tutup : 9 July 2012
Tarikh : 18 July 2012

Nak join? Cepat click sini!




#updated#
i've won thye first prize. Alhamdulillah
I got scallop skirt, rantai mutiara, shawl and earrings :D


Thursday 28 June 2012

Miss Jijie 1st Giveaway

Hai! Assalamualaikum~

Aku join giveaway ni laju-laju sebab tarikh tutup dia esok! 29hb june~!
*Follower yang ke 279 datang melapor diri*




Aku tag kau diakau dan kamu.


Updated
done blogwalking semua

Charity Begins at Home

Assalamualaikum warga rakyat yang bekerjaya. Dan para insan mulia lagi baik hati.

Domestic Engineer
Sekembalinya aku dari mengembara bersama Munirah, aku rasa sangat penat. Banyak benda nak kena buat. Lepastu, beberapa tawaran kerja yang datang mencurah. Oh ya, sebagaimana yang korang taktahu, aku dah sebulan bekerja sebagai domestic engineer. Buat pengetahuan korang, domestic engineer ni adalah istilah urban kepada orang yang buat kerja-kerja rumah di rumah. Eh? Ehem. Macam surirumah gitu. Jadi, jangan pandang rendah terhadap kerjaya surirumah. Mereka tergolong dalam kumpulan professional, engineer. The domestic engineer. Ahaks.

Gadis Kerongsang
Sekarang, aku bergelar Si Gadis Kerongsang. Segala brooch, pin yang cute dan miut aku jual. Kepada sesiapa yang berkenan, mini kerongsang yang kecik-kecik tu, we all jual 15pieces RM12. Including postage. Yang latest trend berekor-ekor bagai, 3 RM12. Including postage jugak. Kalau yang ala-ala span lembut bentuk reben, ada hello kitty ada lep-lep, ade butterfly, ada bunga-bunga... 6, RM 12 including postage. Pastu, bermacam-macam jenis lagi. Kalau uols serius nak, nanti aku upload la picture. Sebab tengah sale sekarang ni. Lagipun, raya nak dekat ooi... puasa apatah lagi.

Rapid KL T_T
Berbalik kepada tajuk amal kebajikan bermula di rumah, sebenarnya aku nak cerita masa naik bas Rapid KL suatu ketika dahulu. *Maklum saje lahh orang takpernah naik bas* Bas tu sangat sesak umpama tin sardin cap ayam brand. Yang amat tidak relevannya, aku tak berpeluang langsung nak capai tempat pemegang yang disediakan untuk orang berdiri. Paham-paham aje lah kalau naik bas kan... Ada inertia bagai. So, kalau kita gayut kat pemegang tu, selamat la sikit.


Charity I
Oleh sebab terpaksa berhimpit untuk naik bas, seorang jejaka telah menawarkan beg sekolahnya sebagai galang ganti. Dia kan tengah sandang beg sekolah dia, so aku just pegang beg tu dan takdelah aku tergolek ke sana sini dek kerana inertia. See, nampak tak kebajikan di situ? Sekecil-kecil amal pun kadang-kadang nampak besar di mata orang lain.


Charity II
Seterusnya, makcik bas. Err, dia bukan makcik yang memiliki bas itu. Tetapi, dia regular passenger. Makna katanya kat sini, dia akan naik bas tu tiap-tiap petang. Ulang-alik dari office ke rumah. Makcik tu, dengan baik hatinya menawarkan tempat duduk kepada aku. Tengok aku dah pucat lesi dalam bas tu. *Maklum saje lahh buat kali kedua : orang takpernah naik bas* Dia siap save kan tempat beb. Masa aku nak pegi bayar tiket, makcik tu cakap kat sorang akak ni. 'Tempat ni dah ada orang. Dia dah lama berdiri.' See. Nampak permainan dia? Masa aku dah sampai kat destinasi, makcik tu pesan macam-macam kat aku. Sobsob.

The Yesmophobia Syndrome
Kemudian, aku ni ada satu syndrome yesmophobia..... Kalau nomophobia adalah penyakit fobia tanpa telefon. Maka, yesmophobia adalah penyakit fobia dengan telefon. Ngehngehngeh. Aku selalu tak hiraukan sangat handset aku. Jadi, battery pun tiada. Nak dijadikan cerita, pada suatu petang... bas menghala ke rumah aku, dah pupus. Langsung sebijik pun takde. Nak call parents? Kredit takde. Nak beli kredit? Prepaid kat kedai Maxis pun habis. Perghh. Disaster bertimpa-timpa.

Charity III
Mula-mula, pinjam handset Munirah. Parents aku kata diorang on the way amek aku. Then, Munirah balik. Dua jam aku tunggu kat Medan Gopeng sambil buat Sudoku. Perjalanan yang sepatutnya amek masa sejam, dah jadi dua jam. Sape tak cuak woah. Aku pandang keliling. Nampak akak berpurdah depan aku ni. Tengok mata. Cantik. Senyum. Wahh. Dia senyum balik. Wait wait. Takkan korang taktau camane orang berpurdah senyum? Mata dia macam kecik sikit. Tu, senyum laa. Aku sembang-sembang kejap, terus dia bagi aku handset dia. Bagi pinjam laa.

'Kalau lambat camni, sape tak risau...kan?' sambil menghulurkan C3 kaler pink.
'Err...kite tak reti guna la' kelip mata empat puluh tujuh kali sambil tayang muka innocent.
'Haha. Meh sini' dengan pantas mendail nombor.

Okey. Aku takreti la guna handset Qwerty. Touchscreen pun aku failed. Mujurlah akak tu tolong dailkan. Hukhuk.

Rupa-rupanya, parents aku lambat sebab abah aku ikutkan sangat kata-kata Papa Go. Abah aku memang camtu. Dah tau jalan pun guna GPS. Aku dah gelabah panda tunggu sorang-sorang kat Medan Gopeng tu. Tapi, seronok sebab dapat jumpa Kak Umi.

Charity IV
Oh seperkara lagi. Aku rushing nak pergi solat, memandangkan masa dah time. Saat para manusia berlumba-lumba menunaikan kewajipan, dan aku yang tak bawak sejadah. Space untuk solat pun dah penuh. Tetiba, ada sorang makcik ni lintangkan sejadah dia, so boleh lah aku solat sebelah dia.

'Marilah sembahyang kat sebelah ni' kata makcik bertudung coklat.
Aku pun gembira tak terkata la bergerak ke sebelah dia.

Charity V
Dan lagi. Memandangkan aku ni Yesmophobia, jadi aku pun selalu takperasan kan tangan aku yang memegang handset. Agak kerap juga handset aku terdampar di lantai. Wuhh. Tapi, yang bestnya... setiap kali jatuh, pasti ada aje tangan-tangan lain yang tolong aku kutip bahagian-bahagian handset yang bersepai. Kehkehkeh.

Charity VI
Next lagi, pada suatu hari yang indah... aku lapar sangat. Aku mengalami mini amnesia kot masa tu. Terlupa yang aku ni ade gastrik. Bz benau bekerja... sampai terlupa yang aku takmakan lagi. Last last... ada someone belanja makan nasik goreng kampung. Dengan air sekali. So sweet of her. :D

Dalam keadaan masyarakat Malaysia yang kian luntur semangat keprihatinan dan mengambil berat, aku bersyukur ke hadrat Illahi kerana masih ada yang sudi menghulurkan pertolongan kat aku. Syukurlah. May ALLAH bless us.


Sesudah amarah Musa menjadi reda, lalu diambilnya kembali Taurat itu. Dan dalam tulisannya terdapat petunjuk dan rahmat untuk orang-orang yang takut kepada Tuhan-Nya. (Surah Al-A'raf, ayat 154)




Mahamahu.com Anda Mahu 2012

Assalamualaikum.

Sedang berkira-kira untuk menulis entry. Tetiba, mata menjeling chill chill. Ehh, Mahamahu buat contest uolss! Siap invite aku join lagi. Ofkos la aku nak join! Ahaks.

Kalau uolss nak join, ni haa. click banner bawah ni.

Okey. Seperti biasa. Syarat-syaratnya ialah : ~

1. Menjadi follower Mah@mahu - Bila blog berbicara
2. Membuat satu entry kat blog korang dengan tajuk Mahamahu.com Anda Mahu 2012.
3. Dalam entry tu mesti kena ada banner dan poster sebagaimana di atas dan di bawah
4. Buat slogan Maha & Mahu diselangi dengan perkataan lain. Contoh : Saya mahu hadiah maha kerana mahu menang hadiah mahu daripada Maha yang mahu.
5. Slogan tidak lebih daripada 30 patah perkataan.
6. Hantar penyertaan di sini. Sertakan sekali dengan nama, email dan link posting okie?

Penyertaan tidak terhad. Boleh hantar seberapa banyak yang korang nak. Slogan yang paling kreatif dan menambat hati juri bakal memenangi tempat pertama. Keputusan muktamad. Surat menyurat tidak akan dilayan. HAHA. Cepat sementara stok masih ada. Contest ni sampai 30 June je okie. Sesiapa yang mahu menjadi pihak penaja, amatlah dialu-alukan.

Slogan:

Saya memang mahu,
Hadiah daripada maha;
Kalau korang tak mahu,
Bagi kat saya saja ye, maha?



UPDATE
dah settle blogwalking semua

Update
hadiah saguhati telah diumumkan

update
dapat kadraya dari pihak penaja :D

Update

Menang saguhati istimewa. Alhamdulillah :D




Exclusive Giveaway By Cik Bunny

Assalamualaikum.

Dah lama tak hupdate. Lepastu, tengok kat chill chill, Cik Bunny ajak join Giveaway uolls! Ofcourse la i nak join :)


Syarat-syarat penyertaan
1. Terjah sini.
2. Terbuka kepada warganegara Malaysia dan mempunyai alamat di Malaysia.
3. Ada blog.

Cara-cara
1. Buat satu entry "Exclusive Giveaway By Cik Bunny" copy banner yang ni dan link kan ke entry ni.
2. Tag. And promote. *top referral ade hadiah uolss*
3. Di akhir entry korang tu, letak ayat cenggini. "Giveaway ini dianjurkan oleh Inspire Bunny ditaja bersama NMA ShopButikpinkkuBunny Inspired dan Heart Inspiration (boutique)"
4. Paste kan link penyertaan kat bahagian komen di sini. sini.

Tarikh tutup
29 Jun 2012, jam 8 malam. Bertempat di blog masing-masing.


Aku nak tag uolss n uolss jugak. :)
Dan semua yang ternampak post ni, mandatory kene join

Giveaway ini dianjurkan oleh Inspire Bunny ditaja bersama NMA ShopButikpinkkuBunny Inspired dan Heart Inspiration (boutique)


#updated
should got blogskins.
tapi, too bz for claiming :(

#updated
dah blogwalking semua peserta

Wednesday 13 June 2012

I'm Feeling Vampirous

Hi! Hello vampires. Werewolves.Wolverine. #Eh?

Tengah gigih melawan rasa nak termuntah tengok series The Vampire Diaries. Lately, rasa macam i have been cursed.  Exception for How I Met Your Mother series. For example, K-dramas. I'm not really into it. Cerita melayu pun macam tu. Seindah Sakura, aku boleh bertahan setengah jam je. Lepastu, rasa loya tekak nak termuntah. Kalau drama-drama yang digambarkan sebagai indah dan seronok pun aku rasa takbest. Sinetron yang beratus-riban tu apatah lagi.



Vampire?
Sampai part Damon cakap 'i love you' kat Elena, aku dah pening kepala. Korang pernah tengok Twilight? Cerita yang digembar-gemburkan sebagai crap di sesetengah website. Gegurl yang cute dan comey pasti suka tengok cerita lep lep camni kan. Aku prefer baca buku dia. Even tak baca habis lagi. Auntie Hannah dah provoke dah suh baca. Nantilah. Sekarang tengah baca buku ilmiah mengenai Art of Translation. Ehem. Sejak bila ntah minat baca buku-buku camni.=.="



La Tua Cantante
Keep wondering. If and only if all these vampires things exist. And kebetulan, ada vampire falls for you. Korang nak ke bercinta dengan Vampire? Sanggup jadi macam Elena or Bella? La tua cantante. Darah Bella tu sangat appealing bagi Edward. Sanggup dia tahan diri dari mencekik Bella. Kihkihkih.



Dont Judge A Book By It's Cover
Memandangkan dari dulu duk bising Twilight gay, crap, sucks, paper toilet apa sume. Aku pun terdorong nak baca semuanya. Sufi cakap, dia buat presentation pasal Why Twilight Sucks kat kelas. Dia dah bace sume, bleh la judge. I bet uolss mesti penah dengar dont judge a book by it's cover, rite? Sebab tu la, harus baca dulu. Baru boleh buat kesimpulan.



Just imagine someone yang korang tak kenal, or hanya kenal pada nama. Dia judge korang, dia cakap hal-hal yang buruk. Apa perasaan korang? Mesti rasa macam nak bunuh dia je kan. Apatah lagi, orang yang mengumpat diumpamakan memakan daging saudaranya sendiri. Bayangkan pulak, kalau orang tu makan daging korang. Kemonla. Korang bukan zombie nak makan makan orang bagai. Sebaiknya, bila people judge you, atau berkata buruk pasal korang. Dont mad. Stay Chill. Sebenarnya, point aku kat sini...jangan judge buku sebab buku pun ada perasaan. Nampak permainan dia? Sampai ke zombie kampung pisang aku elaborate.



Authors
Tahu tak, setiap authors ada cara diaorang tulis novel. Readers and customer got choices. IF. If korang taksuka cara penulis tu, no need to give destructive compliments. Just go away catch the other author yang boleh senangkan hati korang. Sebab apa? Sebab aku faham macamana diorang bersusah payah nak dapatkan idea untuk menulis. Indeed, it is a masterpiece. Aku takdapat bayangkan apa perasaan Stephenie Meyer. Walaupun untung banyak, but haters gonna hate. That's why ignorance is bliss.



As for me, Twilight series arent about vampires. The stories revolve about love, and friendship. Well, i like it that way. Eventhough the other side of me akan cakap... 'amende la cite nih. Takde unsur-unsur vampire yang thrill pun.' But, i will remind myself, it isnt about vampires. The title is Twilight series by the way. Bukan 200 Pounds of Vampire, A Vampire to Kill, A Little Thing Called Vampire Fangs, or 3 Vampires.



Things that evolve this vampirous feeling.
1. Damon Salvatore's smile. Kadang tu aku rasa nak tampar aje muka dia. He's crazy.
2. People keep uploading gambar makanan kat facebook. It makes us hungrehh.
3. Keluar rumah di malam hari sahaja. Siang-siang rasa malas amat nak keluar.
4. Moral down. Lepastu cakap 'Who needs life by the way?'
5. We need more blood.
6. Spain vs Italy. Draw.
7. Wanna scream out loud with no reason.
8. People may look calm. But, they maybe killed us over again in their heads. Or dreams.
9. Scared. Threatened. Insecure
10. Or worse, unfeeling. Vicious
11. Curiosity.
12. Wanna change. To eternity.
13. Lose someone, something that you love.

Kisah feeling vampirous
Feeling Vampirous means here korang rasa bengang. Or something bad happens. Boleh digunakan secara meluas. Walaupun tak digalakkan sebab, any statement tak kisahlah kat mana-mana pun, boleh dijadikan bahan bukti. Kalau takde intention. Just saying out loud about you have this feeling vampirous, it's nothing.

Twililght New Moon
Satu perkara yang membuatkan kemachoan aku tercabar bila Edward tinggalkan Bella. Aku rasa Edward insane. Dia tak fikir ke yang Bella tu sangat rapuh and willing to do anything for him. Crazy. "Everything will be back as before, as if I never existed" statement Edward buatkan Bella rasa lemah selemah-lemahnya. Bella sangat berharap yang dia pengsan, taksedarkan diri. Kalau tersedar buatkan kita lebih sakit... apa salahnya kalau kita hilang sebentar dari dunia realiti.  Kehilangan orang yang kita sayang, sememangnya menyakitkan. More grievous, kita yang menjadi punca berakhirnya sebuah hubungan. Bella takes October, November, December, January utk move on. Pathetic. Kalaulah realiti membunuh, apa salahnya hidup dalam harapan?

Harapan by HyperAct
Lately aku selalu dengar lagu ni. Most of the blogs yang aku lawat sume letak lagu ni.

Bicara mimpi itu
Mengheret ku ke dasar
Gelap tangannya menggapai tanganku
Dan munculnya dirimu
Dipinggir laman itu
Hangatmu menyambut ku kembali
Dan ku mengerti
Mengapa masih berdiri
Hadirnya siang berteman mentari
Dan ku bersama
Bintang malammu mencari kasihku
Harapan
Harapan menjadi layu
Ingin ku bahagia bersama
Menjadi kenangan
Memburu impian masa kita selamanya
Dan angin kan memanggil
Bagai ada musafir
Hadir dan pergi tiada berjanji
Mungkin seketika
Kumerasa cintanya
Bagai dibelai mimpi sempurna
Dan taman ini
Tak bererti dan bersemi
Tiada indah tanpamu di sini
Dan kujejaki
Walaupun hanya secebis kasihmu
Hatiku
Meratap setinggi gunung
Pasti ku mencari bintangnya
Menjadi cahaya
Menyinar impian hidup kita
Selamanya

~Tadi aku ingat nak buat short entry je. Sebab esok pagi pagi morning nak kene travel.  Ergh. Bila ntah nak blaja buat short entry.~




Tuesday 12 June 2012

Segmen dari Jiakreatifelt: Header Dulu Hingga Kini

Assalamualaikum handsome and cute chillers. :)


Tengah tunggu-tunggu untuk join segmen seterusnya. Tiba-tiba...cik zatie tag aku. Happy suke keriangan la jawabnya. Dulu dulu, masa start blogging, blog ni memang takde kepala. Just plain Miss Chillax - Remain calm on surface, paddle like hell underneath. Sebabnya, aku taktau kepentingan kepala. Eh kejap. Kepala tu, header lah. Ada gak, jalan-jalan pegi tengok blog orang lain. Kemain cantik lagi header diorang. Kesian blog aku takde kepala. 

Lepastu, ade seseorang hamba Allah ni edit blog aku. Haa. Start tu la blog ni berkepala. Dan sebab kedua aku takde header ialah... aku takreti nak buat. Sebagaimana simplenya blog ni, macamtu jugakla header tu. Oleh sebab itu, ada 3 ketul je header yang ada ni haa. Aku ingat ada satu. Amnesia sekejap.

See. Simple mimple kan? Hehe. Thanks to kak jia sebab buat segmen ni. Kreatif woah segmen dia. Takpernah lagi rasanya aku join segmen reveals header. Even ada 3 ketul je header, aku rasa seronok riang dapat join :) For you alls information, blog aku ni pun tak sampai setahun. Kalau budak, tengah belajar nak berjalan. Belum boleh berlari lagi.


Jadi, dengan segala hormatnya aku mempersilakan korang join segmen ni. Bila masa lagi nak reveals header korang yang cantik lagi bergaya tu? Maybe ada yang aku tak sempat tengok sebelum-sebelum ni. Dan lagi, baru lah nampak evolusi dia kat situ. By the way, kalau korang taktau camane nak upload header-header korang yang lama... jangan risau. Kak Jia ada cara. Takperlu nak upload. Kalau tak, takde la header 3 ketul kat atas ni. 

Maka, sebagaimana yang kita tahu. Rules is the basic of anything. Sila lihat peraturannya.

1. Segmen ini bermula 9 Jun 2012 sehingga... takpasti lagi. Tunggu Kak Jia bagitau. 
2. Follow blog, dan like fanpage Kak Jia.
3. Buat title cam kat atas tu. "Segmen dari Jiakreatifelt: Header Dulu Hingga Kini" dan entry tu, letak header uolls yang dulu hingga kini. Mengikut kekreativitian masing-masing.
4. Then, share link entry kat sini. Kat komen tu okey? Baru la peserta-peserta lain pun bleh usha sama.
5. Letak seberapa banyak header yang pernah menjadi kepala blog korang. Satu pun takpe. Bestkan? Hehe. So, aku yang ada 3 header ni pun, confident je join.
6. Tag kawan-kawan lain sama. The more the merrier.

Bring it on. Let me tag cik hanicik mun dan cik LiLis.

Happy Header guys and gals :D

#Updated
semua i dah blogwalking

#updates
terpilih masuk ke segmen kesinambungannya

Sunday 10 June 2012

Wabak terbaru : Dysverificacia

Assalamualaikum readers, chillers, Cik Zatty *lambai lambai tangan*, programmers dan friends.

Selesai solat subuh, aku terus blogwalking. Camni la budak budak zaman sekarang kan. Sarapan pun belum. Ada hati nak serang laptop. Cehh. Lepastu, gastriks la, apendiks la. The other side of me mula membebel sendirian. Dia suruh aku pegi breakfast ler. So, kejap ye. Aku nak pegi masak kejap. *Ehem. Be right back!



Okey! I'm back~
Aku masak ape? Panaskan roti nan cheese tandori set je pun. Ada banyak lagi. Buat apa aku masak lain. Bukankah itu satu pembaziran yang nyata? Eceh.

Bukan Running Man
Berbalik kepada entry, seperti biasa... aku mulakan jalan-jalan kat blog. Semenjak cuti ni, aku semakin rajin blogwalking. Kalau dulu, mana ada. Walaupun, blogging adalah passion kedua selepas writing, tapi, blogging memerlukan komitmen yang besar bagi aku. Masa study kat kampus, mana sempat. Kalau sempat pun, Radh tak berapa galakkan. Dia nak aku focus. See, betapa caringnya Radh terhadap aku. Walaupun, dia selalu gelak sekuat-kuat hati kat sebelah aku. Running Man punya pasal. Korang yang tengok Running Man mesti faham betapa heavennya korang gelak. Aku tak tengok. =.="

Tentang Dysverificacia
Tengah-tengah blogwalking, tetiba... aku tersedar yang aku dijangkiti wabak ni. Dysverificacia namanya. Aku taktau apa ubatnya. Ini adalah penyakit terbaru. Takcaye, try google. Nescaya korang takkan jumpa sebarang info mengenai dysverificacia. Tadi, aku baru je google. Dia kata, no result found. Perkara pertama yang korang harus tau ialah penyakit ni terjadi bila korang salah tengok atau takdapat tangkap word verification yang diperlukan.



Asal nama Dysverificacia
Memandangkan learning disability dipanggil, Dyslexia. Manakala math disability dianggil Dyscalculia. Jadi, aku putuskan disability to type the word verification dipanggil Dysverificacia. HAHA.

Symptom-symptom Dysverificacia
Biasanya kalau aku type, mesti dia akan kuar cenggini...




Impak Dysverificacia
Setiap kali aku gagal type word verification dengan betul, diriku terasa begitu robot sekali. Mula terbayangkan Dorami, robot kuning yang merupakan adik kepada doraemon. Sambil pandang gambar mak abah aku. Aku tanya kat diri aku, adakah aku ni robot? Sob sob. Aku pegang hidung aku sendiri. Ohh, tak sekecik hidung Dorami. Atau... adakah aku digimon?

Mangsa dysverificacia
Seperti biasa, penyakit bukan bersifat racist. Tidak mengenal kaum, bangsa dan umur. Namun, yang berisiko tinggi adalah... insan yang mempunyai komputer, laptop, smartphone, tab dan internet terutamanya. Bila mereka mengakses laman web mahupun hantar email, word verification akan muncul. Sebab benda-benda ni memerlukan verification untuk tujuan security. Manakala, berlainan pula dengan televisyen, mesin basuh, seterika, dapur gas dan penyapu sampah...sama sekali tidak memerlukan verification word. Akan datang, mungkin?

Solution
Jadi, sape-sape yang ada masalah Dysverificacia, bleh berjumpa aku. Kita heart to heart ek nanti? HAHA.

Mari berkenalan dengan beliau.
Aku tengok kat chill chill tu, ade komen Cik Zatty. About something special. Dengan muka innocent, aku melompat ke blog dia. Pastu, terbaca pasal pesanan buat wanita. Rasa terharu kejap. Pastu aku scroll lagi. Kiri kanan depan belakang. Geletek-geletek hamster. Bagi makan. Lepastu aku scroll ke atas. Terperasan sesuatu. Aku nampak word Misschillax. Dan ehhh? Alamakk. Dupdapdupdap. Aku takbaca habis entry tu. Aku terkaku di depan laptop. Fikir dalam-dalam. Kot2 ade buat salah ke? Ntah-ntah Cik Zatty nak dakwa aku kat court. Huwaaaaaaaaa

Tuah
Darah B+ aku yang sentiasa be positive mula-mula memikirkan perkara yang positif. Chillax arr.. dengan sepenuh hati aku baca entry tuah. Macam mimpi aje. Rasenye tadi dah bangun. Siap makan roti nan cheese. Oh adakah ini mimpi? Mohon Cik Zatty datang bagi penjelasan. Ehehehe. Tuah ayam nampak di kaki, tuah Hang Tuah terletak pada huruf Ta. Tuah Pak Malau terletak pada pantunnya. Tuah Doraemon, terletak pada poketnya. Tuah Miss Chillax? Ehem ehem. Tanya Cik Zatty.

Okeylah. Sekian sahaja aku laporkan mengenai Dysverificacia. Tak sabar nak tweet tweet dengan Cik Zatty. Kbai.

Saturday 9 June 2012

The 2012 UEFA Europian Football Championship

Assalamualaikum and hello friends, midfielder, defenders and goalkeepers.

Aku baru je balik dari tengok bola kat D' Malee Malaysia vs Singapore. Kontroversi betul. Takpasti lah apa masalah refree tu, atau aku yang tak mendalami rule bola sepak lagi. Mintak sesape yang baik hati, sila terangkan. Tapi akhirnya draw. Malaysia 2. Singapore pun sama. Aku pun dah menyampah. Jadi aku balik.

Okey. berbalik kepada title entry yakni The 2012 UEFA Europian Football Championship. *tarik nafas* EHhh.. ape ke berjela benau tajuknya sampai semput jari aku bernafas. EURO 2012 je senang. So kali ni yang jadi host, Poland-Ukraine. Kenapa bukan Italy? Insiden keobsesan para penyokong yang menjadi punca. Kalau tak, bleh dah singgah kat Verona kejap. Sambil-sambil tunggu next match. Pastu, UEFA pilih 8 stadium untuk dijadikan tempat match tersebut.

Semua sekali, ada 16 team. Okey. aku dah pecahkan siap-siap ikot group

Group A
Poland
Greece
Czech Republic
Russia

Group B
Netherlands
Denmark
Germany
Portugal

Group C
Spain *Ehem ehem*
Italy
Republic of Ireland
Croatia

Group D
Ukraine
Sweden
France
England

Korang ade jadual tak? Biasanya ade je kat newspaper. Tapi, family aku mana beli newspaper. Abah aku suh cari kat internet pastu print je. Hekhek. Ni pun aku cilok kat Makcik Wikipeah. Biasa kalau balek kampung tengok bola mesti best. Sebab Tok Mat akan pasang projector tgk kat screen besau. Duk kat luar umah, tengok reramai dengan pakcik-pakcik. Pastu, sape lagi yang dipertanggungjawabkan untuk bancuh air? =.='

Final 1 july nanti. Since tengah cuti ni kan... Wajarlah aku tengok UEFA 2012 nih. Aku takde komitmen pada kerjaya dan pengajian buat masa ni. Aku support Spain. Dan, ramai member-member lelaki duk tanya apsal aku sokong Spain. Takde kene mengena dengan pakcik Iker, Cesc Fabregas mahupun Fernando Torres.

Ceritanya begini, masa tu classmates sekolah semua duk provok aku suh sokong Germany. Masa tu Germany vs Spain 2010 World Cup. Gerak hati aku mengatakan, Spain akan mengalahkan Germany. *Ditegaskan di sini, gerak hati aku bukan disebabkan Paul si sotong tu* Apa-apapun, Hafidz begitu gigih melakar formation tactic German 4-5-1 tak silap aku. Untuk terangkan kat aku betapa kukuhnya pertahanan German. Ceh. Patut la Spain score 1 je goal. Seterusnya menaikkan nama Spain sebagai Champion. Dan sejak tu lah, bertapak cinta aku terhadap Spain. Ecehh.

Oh. official song dia Endless Summer by Oceana. Aku pun tak dengar lagi lagu tu. Try la ek. Mula-mula aku  ingat tajuk dia Endless Love macam kat TV3 tu. Hohoho. Rupanya Summer. Okey. Actually, banyak isu berbangkit sepanjang preparation Euro 2012. Aku harap, Malaysia tak offer diri jadi host suatu hari nanti. Banyak kontroversi.

Kontroversi Berbangkit

Anjing dan kucing
People of Ethical Treatment of Animals kat Ukraine cakap, kucing dan anjing yang terbiar, sesat dan berpenyakit dibunuh begitu saja. Pastu, maybe akan ade pindaan kat perundangan Ukraine untuk kucing dan anjing yang terbiar. Sedih kot. Ce bayangkan korang kat tempat kucing ngan anjing tu? Sudahlah terbiar. Sebatang kara, pastu kena bunuh terus. Hukhuk.

Plumbum dan nikel
Pastu ade isu jersey yang tak berkualiti. Maybe bahan kimia yang digunakan tak disahkan oleh SIRIM. Ehh? melalut pulak. Tak tak. Sesetengah jersey ade plumbum, nickel. Dan sesetengah bahan kimia yang bleh rosakkan sistem saraf.

Duit dan harga
Selain tu, isu yang hangat lagi hangit ialah, para para hotel meningkatkan harga drastically berganda-ganda. Tapi, cam standard pun ada. Kalau kat Malaysia ni pun, camtu gak kan? Hehe. Ape-apepun, isu ni diatasi dengan pantas dan cekap sekali oleh Ukraine.

Itu sahaja rasanya untuk kali ni. Have fun. Harap takde fanatik yang obses lagi menyusahkan orang pulak nanti. Kang gaduh2 bagai. Adatla perlawanan menang dan kalah. Sokongla team anda dengan sepenuh hati. Menang atau kalah bukan persoalan. Yang penting, effort. Akhir kata, majulah Spain untuk The 2012 UEFA Europian Football Championship. *lambai lambai tangan*



Kbai.


Thursday 7 June 2012

Letters to Miss Chillax

Assalamualaikum and hi lovers.

Today, i watched a movie. Mesti korang rasa Letters to Juliet tu dah basi kan? Tapi aku baru tengok.
Admit it, when you watched any movies. You will start imagine that the heroine is you. Ahaks.
This time, persamaan aku dengan Sophie ialah our passion. Writing.

Radh selalu cakap, dia paling tak suka menaip then kena ikot instruction, mana nak jaga spelling, spacing. Baik dia tengok series Running Man. Tapi, aku lain. writing and typing is my passion. Sebagaimana Radh buat statement RFC is my passion, camtu jugak aku. Writing is my passion. Kalau tak, takde la blog ni.

Dulu, aku selalu bermimpi untuk jadi sumone yang bleh dibawak berunding. Means here, korang akan berkongsi cerita dan pendapat. But, via letters. Yelah...dulu masa kecik-kecik mana ada handphone, email, laptop semua tu. Jadi, aku selalu bermimpi. Terlalu sibuk dengan hiburan yang ada price tag sampai aku terlupa akan hiburan yang free. Yes. Bermimpi, berangan. Percuma dan mengasyikkan. Nak jadi Iron Man pun boleh.

Back to stories, sepanjang percutian aku di sebuah pulau baru baru ni, aku off handset. Kebetulan, kamera pun tinggal kat umah. Tapi yang pasti... sangat seronok. No ringing no vibrating just like back then when i was a kid. Masa kecik-kecik dulu selalu jugakla berutus-utus surat dengan kawan-kawan. Sekarang? Budak-budak sekarang ni mana kenal erti setem dan sampul surat.

I was thinking... korang penah tengok tak cerita Kami? All the Teka-teki things. Yes. Aku pernah berangan untuk jadi camtu. But taktau lah. Bukan senang nak tengok orang yang suka berbalas-balas surat zaman sekarang ni. Macam cerita Daddy Long Legs?

Okey awkward. Yes i admit that i'm kinda lame in certain way. I like to do it with my style. And somehow, macam orang dulu-dulu. Fine. Takde life.  For example, sejak kecik lagi aku dah cakap kat mak yang aku nak an arranged married. Jenuh mak aku nak explain sedangkan perkahwinan parents aku pun atas dasar cinta suka sama suka. Takde isu arrangement di situ.

Aku akui email lebih ekonomi, cepat dan selamat. Tapi, surat ada sentimental value. Aku rindu zaman aku terlompat lompat depan postman bila dia bagi surat-surat aku. Surat dari kawan-kawan, saudara-mara. Miss it like seriouslyy!!

Ouh. Letters to Juliet, *clears throat* apa-apapun, aku taknak engage dengan orang macam Victor. Yes. win-win situation is a good idea to produce long-lasting relationship. BUT! spending time together with apple of your eyes is the basics for an ideal relationship. Charlie pun tahpape. Even dia tu macam perempuan aje suka marah-marah and not a big believer of happy endings. Tapi, he gets angry for reason. Bukan secara memkhinzir blind. One day, i should go to Verona. Aku nak tengok perempuan duduk kat depan Rumah Juliet lepastu menangis-nangis sambil tulis surat. *sedih*

Btw, bila Claire insists nak cari Lorenzo, aku duk terbayang bayang perabot aje. Yelah. Yang jenama Lorenzo. Mungkinkah selepas Claire tinggalkan Lorenzo, Lorenzo terus melarikan diri ke Malaysia lalu buat kilang perabot dan menggunakan nama sendiri sebagai jenama? You all should watch Letters to Juliet.



When we speaking about true love, it's never too late. Come on gurls and guys. grab a paper and write a letter to your beloved. Nothing's wrong with 'Well find the pail". "What if" is really spooky. The word "macamana kalau" tu bleh buat kita tak senang duduk. Macamana kalau ada orang lain akan lamar dia dulu. Macamana kalau dia dah ada orang lain. Macamana kalau dia dah cintakan orang lain. Macamana kalau dia berubah, suatu hari nanti. Dan... macamana kalau kita memang ditakdirkan untuk bersama.

Manure the courage, and follow your heart. Even Sophie could express her feelings toward Charlie first. Takpayah tunggu Charlie laa. Lambat. Nama je keje kat legal department. Some sort of lawyers. Tapi, tak berani. Takde courage. Ceh. Haha. But at last? He managed to express his feeling which is described as madly, deeply, truly, passionately in love with the only one Sophie.


Dulu, aku selalu dapat surat, card, notes yang sangat tinggi sentimental valuenya. Agak agak kat mana aku simpan surat-surat tu semua? Okey. I got a handbag. Macam yang aku pernah ceritakan dalam entry confession of shopaholic, disebabkan shopaholic yang aku cintai tu, aku dapat banyak handbag. Which are aku sendiri pun confuse bila nak pakai. Most of the time, aku suka pakai shoulder bag. Instead of Gucci, Chanel, Burberry and LV. So, taraa...



And.. poof! tolong jangan report kat mak aku. Semua surat yang aku dapat aku letak dalam tu. Sedihnya, bila zaman sekarang ni, semua orang duk bagi mesej 'SMS pengganti diri'. Oh no! Nak letters. Nak surat. Taknak mesej. By the way, dah berapa hari aku taktau di mana keberadaan handset aku. Truest pathetic. HAHA. Nanti lah aku cari. Silent pulak tu.







1st GA: Nikon Giveaway by Ieqah Blog Gajah

Hi. Tadi segmen, sekarang giveaway pulak. Sila tanya miss dhia. Bukan salah ai. Hukhuk. Rajin betul dia promote kan? Thumbs up for her.

Okey assalamualaikum semua. Mempersembahkan...


Syarat penyertaan :D

- Buat satu post bertajuk 1st GA: Nikon Giveaway by Ieqah Blog Gajah
- Letak banner Nikon Giveaway lepastu, link kan ke blog Cik Ieqah
- Entry hendaklah dilengkapi dengan : Saya join Nikon Giveaway By Ieqah Blog Gajah kerana ________________________ (tiada batasan dalam menaip. whoaa)
- Letak pic bersama nikon pun okey.
- Follow blog ini untuk update terbaru.
- Akhir sekali, link kan entry anda ke entry sini, di ruang comment okie.

Tarikh penyertaan :D

6 Jun 2012 hingga 20 Jun :)

Hadiah :)

- Pelbagai hadiah disediakan tapi yang utama ialah Mini DSLR Nikon Pendrive 8GB
- 6hadiah saguhati ~ reload topup & Tudung bawal printed *boleh dipilih oleh para pemenang*
- Hadiah istimewa buat peserta pertama dan peserta terakhir giveaway ini.
- Hadiah Khas buat Top Traffic Sources GA ni.

See? Menarik bukan? Come on guys. Let's chill out and join this GA!

Saya join Nikon Giveaway By Ieqah Blog Gajah kerana

Masa yang lapang begitu membosankan
Cik Dhia datang membawa undangan
Saya pun click tanpa kesangsian
Bloq Cik Ieqah amat menawan
Dapat meriangkan hati yang rawan
Join the giveaway tanpa keraguan
Semoga saya mendapat kemenangan
Jutaan penghargaan saya dahulukan

Okey. Thankyou Cik Ieqah Blog Gajah sebab menganjurkan giveaway yang ohsemm ini. :D

1st Segment by: Amy Fendi

Assalamualaikum bloggers. Like seriously, guys? Segment! Lama dah tak join segment. So, tadi... Dhia Adawiyah ade ajak join kat chill chill. So,  I was thinking... why not?

Segmen ini ditaja khas oleh Amy Fendi. *clap clap*



Hopefully, korang semua akan join segmen ni sebagaimana aku yang sedang excited nak join.

Syarat-syaratnya ialah :

1. Warganegara Malaysia
2. Mempunyai blog
3. Follow blog ni

So, since i got the mykad, i got this blog and i got...



Maknanya? Layak laa nak join since dah cukup syarat.

Cara-caranya pula : 
1. Buat satu entry bertajuk 1st Segment by: Amy Fendi *checked*
2. Pastekan banner 1st Segment by: Amy Fendi dan linkkan semula ke entry ini. *checked*
3. Tag. Yang ni, tak compulsory pun. Tiada paksaan. Tapi, eloknya tag la, lagi bagus.
4. Hantarkan link entry ni kat ruang comment di sini.


Tarikh tutup :
4 July 2012, 12PM

Hadiah :
Blog yang terpilih akan dimasukkan ke dalam bloglist Cik Amy Fendi. Bermula 4July hingga 4Ogos. Syok kan? :D

Nota : 
Jika kurang daripada 10 peserta, segmen ini bakal dibatalkan. :(
So, hopefully korang join cepat2 sebelum tarikh tutup. 

All the best then :D


UPDATED
# Terpilih masuk bloglist Cik Amy Fendi#
Alhamdulillah :D

UPDATED
dah blogwalking semua peserta

Sunday 3 June 2012

Problem? Bring It On!

Assalamualaikum. Hai chillers.

Enak menulis entry baru... Tiba tiba satu ancaman besar berlaku dan aku pun takpaham kemana menghilangnya entry tu. sedih. Lepastu, dekat facebook dan twitter kecoh pasal cinta. Ada jalan cinta yang diredhai ALLAH...dan ada jugak yang sebaliknya. Nauzubillah.

Since, hari-hari dimuntahkan dengan pelbagai kisah cinta, aku pun sudah tak larat menaip panjang. Aku just nak share aje. Lagipun, still demam. Dr. Syah dah suruh minum air masak banyak banyak. Aku dah minum. Tapi, tadi ada minum ais secawan. Sebab tu la seram sejuk camni agaknya? Haish. Hafidz dah suruh pegi jumpa doktor. Munirah suruh makan ubat. Takde courage la. Sebetulnya, aku taktau nak buat entry pendek.

Apa-apa pun. Aku nak share 1 benda. Aku dah jumpa 4 orang lelaki. Yang mempunyai 4 perangai yang sama. Mereka taksuka tengok televisyen, taksuka bola, not a gamers dan taksuka bersukan. Maknanya memang ada jenis lelaki yang camni agaknya. Setiap sorang daripada mereka tadi, mempunyai keempat empat sifat yang telah aku nyatakan kat atas. Nampak tak? Kalau taknampak... wahaha. Apapun, benda ni still dalam penyiasatan.

Saat hati korang dah ade yang berkenan. Doakan agar hati dia, dekat dengan hati korang.



Saat  terasa macam doa korang tak dimakbulkan...pls take note.



Saat tiba-tiba takde idea masa jawab peperikasaan, atau interview or anything.



Saat korang nampak orang yang tengah happy sangat and senyum sakan.



Saat hati korang mula membenci



Saat korang tetiba nak jadi macam Neil Patrick Harris. aka Barney Stinson yang awesome.



Saat korang muhasabah diri. Dan terasa betapa lagho nya kita ni.



Saat korang rasa susah sangat nak ingat pembelajaran dalam kelas.



Saat ... korang ....

Cik Chillax : Asyik saat je. Kesian Minit, Detik dan Jam. Ce tukar kejap.
MissChillax : err okey okey

Bila tetibe ada orang ajak couple, sila ingat siapa yang lagi berhak memiliki hati anda walaupun anda pun taktau sape ntah. Dan yang lebih penting, ingat sang khaliq pemilik hati-hati kita.



Bila rasa ragu-ragu dan taksedap hati.



Dah ade yang berkenan dan pasti dengan kata hati? Inbox. Ask for her parents number. Call them. And ... berterus terang  je laa. Tu pun nak kne ajar lagi ke. Bukan apa. Bak kata Ana Raffali, kalau terlambat kekasihmu disambar buaya.



Nak cari calon terbaik. Atau nak pastikan dia tu, yang terbaik atau tidak untuk kau. Istikharah.



Nak bahagia dunia akhirat?




Problem? Bring it on! ALLAH is always here by my side. :D




Friday 1 June 2012

Confessions of a Shopaholic

Assalamualaikum shopaholic! *kenyit mata*

Guess what? Hari ni hari jumaat. Isn't it? Ahaks! Dan, aku baru tengok cerita tu. And and and. The most important part, before aku tengok citer tu... aku sendiri dengar pengakuan si kaki shopping! Ahaks~

Biasanya, hari jumaat camni aku lepak lepak dengan dia. And tadi, dia tengok handbag aku. It was her handbag. Dia bagi kat aku sebab aku ni takde sense of shopping agaknya? Ntahlah. Lepastu dia kata,

'ehh bagus ek handbag ni. Tahan lama'

Dan aku pun erm. Well, yes. Errr... you know what? Somehow, shopaholic tend to reluctant or intimidated. Which mean here, dia hesitate nak beli sumthing tu. But, at the moment dia letakkan sumthing tu balik, or tak jadi nak beli. Lepastu, nampak pulak orang lain duk usha. Ohh, itu konflik terbesar dalam hidup dia. Most of the time, they will buy it for no reason. Since aku dah paham sangat perangai dia, aku cakaplaa

'Nak ke? Ambil lah' And she just like 'urm, oh no. no thanks. err, maybe next time?' By the way, dia ialah she. Since perempuan terkenal sangat dengan perangai suka shopping. It just another streotypes. Well, i'm a miss. I'm a girl. And I'm in the exception. Tanpa bertanya, dia terus membuka cerita. Dia memang suka tukar-tukar barang. Dia akan beli beli dan beli. For no reason. Lalu, aku menyampuk. Maybe untuk kepuasan diri sendiri...? And dia cepat cepat mengangguk setuju.



Dia memang suka shopping. Anything. She will buy it. Baju dia, kalau standard aku, wardrobe 2 pintu. Dia, empat... err, dan sebenarnya itu pun tak cukup. Ada lagi sebenarnya. Kalau total semua sekali more or less. 6 pintu. 3kali ganda pintu wardrobe aku. Dia taksuka pakai baju yang sama. Eventhough aku tengok baju dia dah sangat sangat sangat banyak. Tapi, dia still rasa nak beli beli beli lagi. Handbag, shoes, scarf, and other accessoeries.

One more thing, dia takkan dengar nasihat orang lain kalau pasal fashion. Kalau orang tu cakap Scarf A should be matched with Dress B, she will say no and come up with other suggestion. Tapi, most of the time dia akan dengar cakap aku... anything about fashion. Biasanya, dia akan tengok. try, and beli. And she's good at bargaining. Just imagine, dia penah dapat 2 handbag dengan harga bawah RM50. The original price is RM100++. Aku pun tak paham how she could do that. Kalau aku, dah orang tu kata RM50, lima puluh ringgit la aku bayar. Takde masanya nak tawar menawar.

Actually, she's good in subject Economy i guess.  Sebabnya, she still has money for shopping after amortising the debt. With no credit cards anyway. She's great aite? She's kinda easily melt with handbag, shoes and all stuffs in the shopping malls. Where else the best place for shopaholic if not the shopping mall itself. Somehow, friends of her would be jealous. And somehow they copy paste her style. Haters gonna hate by the way.



Well at least, dengan sikap dia yang suka shopping. Dia tak menyusahkan orang. Tak habiskan masa bergosip and bercakap hal-hal buruk pasal orang lain. Jujur. And always do her work silently in her world.  Dari kecik dia memang camtu. Shopping is her passion. And she never regrets. Kalau product yang dia beli tu was not good. Apa susah. Just keep or throw it in the garbage and go grab another one. Tapi, jarang product yang dia beli tu unsatisfactory. Coz she's soooo particular about things that she's gonna buy. In case kalau barang-barang tu semua elok lagi, tapi taknak pakai... just give them to the needy. Okey sekian sahaja experience aku mendengar confession of shopaholic.

Lately, asyik teringat Munirah aje. Aku dah lama print screen ni. Tapi, hari ni baru nak masukkan dalam entry. Ahaks. Thankyou so much Munirah. Silence Without Word. Senang senang... datang la sini. :)

And guess what??? Harini, Imran Ajmain follow aku kat twitter! Err.. sebenarnya aku follow dia dah lama dah. Lepastu, dia tak reply aku pun. sedih. :( Padahal aku ni peminat setia dia. Jika engkau pergi dengan Selamat Ulang tahun sayang tu memang bleh buat kemachoan aku tercabar tau takk. Pastu, lastly dia follow aku gak akhirnya. Awwhhh terharunyaa! :')



Lastly, errr... that shopaholic. She is my mom. Proud of u mak! Wuhhh~

Entry tidak bertajuk

Assalamualaikum cheerful readers and happy tree friends. Eh?

HAHA. Since hari ni hari yang tak happy and takbersemangat, aku harap orang lain sangat ceria menempuh hari ni. Btw, happy tree friends best. Dulu aku selalu tengok. Especially kalau tengah feeling murderous. That's why cartoon tu kena banned kat Malaysia. Aku pun tak fahamlah. Apa yang aku suka mesti kena banned kat Malaysia. Macam Avenged Sevenfold contohnya? tapi, lepas gak laa buat concert kat sini hari tu. HAHA.

Well hari ni selera makan aku zero. Moral down. Imagine, aku just makan curds, love letters biscuit, then setelah siap ikan pari aku hidangkan. aku rasa secubit. pastu... dah malam mak balik keje, mak tanya... kenapa tak makan... nanti kalau tak makan, sakit perut. Thanks so much. Our mak memang caring kan? Then, mak ajak aku kuar shopping. Aku ikot je laa. Minum vitagen, then beli waffle. And jagung. Sumenye aku makan secubit secubit. Then balik, masak 'Oh Roti Gulung' resepi ciptaan aku tu pun....secubit je. Oh Why???

Lepastu.. err... baru aku sedar... aku demam rupanya. Jadi, bila dah demam aku memerap aje dalam bilik. Sampai mak complaint lagi dia cakap kelakuan aku tak macam duduk kat umah sendiri. Malu ke nak keluar bilik? Aku pun senyum tak berapa nak hambar je lah. Demam sampai ke satu tahap tu, aku dah fikir benda bukan-bukan. Since mata dengan kepala aku asyik pedih-pedih berdenyut denyut je. Aku dah imagine yang ada ulat tengah bersemayam dalam mata aku. And aku fikir ulat dah berkampung kat dalam otak aku. Kalau korang yang baca terasa loya, aku yang menulis ni rasa macam nak err nak ape ye? Nak nak je lah.

Oh ye, dalam 3 hari ni aku pergi sebentar dari dunia maya. Nak travel jauh. Perjalanan mencari sesuatu yang takpasti. Ecececehh. *muntah*. Ingat tak mamat yang cakap aku ni tak patut cakap pasal cinta? Actually, suatu masa dahulu... aku pernah reject dia. Then, aku ingat dia benci aku tapi dah lama lama tu aku tersedar yang dia takbencikan aku. Tapi, hati dia dah hancur. Yes, aku lah yang hancurkan. Even me couldnt handle myself. Maybe dia approach aku dengan cara yang salah. Dan mungkin jugak aku yang tak reti nak reject orang secara sopan. HAHA

Dah lama tak tengok movie, jadi... hari ni aku pun tengok la movie2 yang dalam folder unsettle. Means that aku tak tengok lagi la cerita tu. Pastu ade satu cerita ni, Eat. Pray. Love. Aku rasa macam aku dalam fasa cerita tu laa. Sekiranya ade yang anggap aku poyo, dipersilakan mengata aku dalam hati betapa poyonya aku. Nak jerit-jerit depan laptop pun boleh. Kalau korang rasa aku ni poyo sampai terasa nak sembur depan depan. Silakan datang umah aku. Tapi, dengan satu syarat lepas korang ngata aku habis habisan ... jangan malu malu untuk semak kamus dewan. Maksud poyo dalam erti kata sebenar. Kau orang akan memahami perasaan aku yang selalu dikatakan poyo. HAHA

Okey pasal Eat Pray Love. Yes aku sedang menjalani fasa tu since keje aku kat umah ni, eat. pray and love. Makan makan dan cuba resepi baru, mengerjakan solat dan berdoa. Then, mengukuhkan rasa sayang antara famili dan people surround me. Cerita tu pasal Liz, yang sedang dalam perjalanan mencari diri dia. kebahagiaan dia and apa sebenarnya yang dia nak dalam hidup. Okey xpelah.  maybe aku terlambat beberapa dekad untuk bagi tau pasal cerita ni. HAHA

Cerita ni jugak buat aku jatuh cinta pada Italy. Aku ingatkan... Italy tu takde mende. Setakat menara Pisa yang senget tu, Menara condong Teluk Intan pun dah okey bagi aku. Rupa-rupanya... kat sana ada something yang... aku pun taktau.. Dolce far niente maybe? The sweetness of doing nothing. Nanti, one day kita pegi sana ek kanda? HAHA. Perkara yang sama mengenai aku dan Liz ialah...girl who in search of her word. Lagi satu, kalau nak speak italian kena ada a lots of gesture. Baru lah true Italian. Kalau kat Malaysia ni asyik makan pizza, pasta, spaghetti... so apa salahnya one day pegi Italy and rasa sendiri. Nasiblah nak naik berat badan 2-3kilo sekalipun.

Next, Love. Love is scary, dangerous. Tapi... kalau love bleh buatkan korang fokus, why not? Setengah orang, kalau bercinta... dia hilang diri dia. Dia jadi tak kenal diri dia sendiri. Tapi, kalau bercinta tu bleh buat korang kenal diri korang. Why not? Btw, jangan ingat korang dah kenal diri korang. Kalau korang still lagi menangis tanpa sebab dan kadang-kadang keliru dengan perasaan. Maknanya, you do not know your own self. Oh ye, bercakap pasal cinta... semalam ade someone ni. Add aku kat facebook. Sebelum dia add aku, aku dah syak yang dia akan add aku. Sebab...? Love of course. Sebelum fikiran korang melangkah terlalu jauh. Ni haa aku nak tunjuk bukti.




So, i bet this guy mesti sayang gila kat girlfriend dia siap merayu suh aku jaga semua kan... We all have dreams. But, somehow...people will choose one dream and that was their lover. Seseorang yang buatkan impian korang nak dapatkan seketul bintang terkubur begitu sahaja sebab korang rasa cinta tu lagi berharga dari perjalanan nak pegi amek seketul bintang. haha. ape ape je lah aku merepek. Kalau korang dah ada someone yang special. Good. But, as for me... soalan masih sama. Per chi? Atau dalam bahasa Melayunya, untuk siapa. Sesungguhnya, kunci kunci hati manusia itu terletak pada Khaliq. Jadi, kalau korang nak buka pintu hati seseorang, minta lah pada Khaliq sebab Dia yang pegang semua kunci.

We all want things to stay the same. Yes, so do I. Tapi, one fine day aku kena akur jugak. Changes was a norm. For example, masa kita kecik kecik dulu, parents beli furniture. Kotak-kotak yang isi furniture tu, pasti jadi habuan untuk kita main. Kalau aku, aku masuk dalam kotak tu. Tapi, sekarang... bila dah matang, perlu ke aku masuk lagi dalam kotak tu? Atau aku patut manfaatkan kotak tu dengan isi-isi barang or something like that? Tepuk dahi, tanya kotak.

Dalam kepeningan dan kedemaman aku ni? Eh? Bahasa ape aje la yang aku guna ni. Err, maafkan ai yang tak sihat ni okiee uolss? Hmm, dalam ketidaksihatan ini, puncanya satu. Terlalu banyak fikir. Mak yang cakap bukan aku. Memanglah sebagai remaja yang sedang bercuti, aku patut tak fikirkan apa apa. Masalahnya, dia datangs sendiri. Aku terlalu sibuk memikirkan soal akan datang, future dan masa depan hingga terleka untuk menghargai masa sekarang, now dan kini.



Masih terbayang perbualan aku dan Munirah menerusi ruang comment facebook.

MissChillax : Aku dh malas nak fikirkan cita cita yang aku pun taktau sebab aku memang xde cita2 agaknye? Tapi, aku ade baaaaaaaaaanyaak impian. Banyak wishlist. jadi, kalau pun aku hidup dan teruskan perjalanan degree yang panjang, hanya kerna lillahita'ala dan nak capai matlamat aku. InsyaALLAH
Munirah : Aq suka angan2 tp, aq xde cita2. Satu hari nanti,aq harap,angan2 aq akan jd cita2 yg aq  impikan.
MissChillax : Tanpa angan angan, kita takkan ade imaginasi. tanpa imaginasi, kita takkan ada impian. Tanpa impian. kita takkan ada cita-cita. Tanpa cita-cita, kita takkan ade matlamat dan misi hidup.

Sekian sahaja lah. So, kbai shall we?