Tuesday 24 April 2012

Redha dan pasrah

Assalamualaikum awesome and chill readers. keep chillin n smilin k?

Ehh ehh, panjang pulak mukadimah aku. Intro blum lagi. Jom kita terjah encik intro.
Redha itu ikhlas, pasrah tu menyerah. Rite? Apa? Wey, aku baca novel ombak rindu tu dua kali. sekali masa darjah 4, sekali lagi masa darjah 6. Then, movie masa err.....takde darjah. Darjah dah habis. Tunggu dapat darjah kebesaran je ...dari Agong. Redha dengan pasrah yang aku nak cakap sekarang ni, takde kena mengena dengan ombak rindu. Bayangkanlah masa bila aku baca cerita tu. Dah basi bagi aku. plus, tak puas hati dengan movie dia lagi...kan. Mesti ramai yang cair tengok Aaron Aziz, Maya Karin, Lisa Surihani. Kan? Kan? Kan?


Actually, cerita tu bagus. Tapi, aku takberapa suka tengok cara Maya Karin pakai tudung, cara Lisa Surihani jadi mak singa. Lisa tak sesuai agaknya bawak watak tu. Well, pendapat masing masing berbeza kan? Lagipun, aku memang ada syndrome adaptation. Pantang kalau novel dijadikan movie. Rasa macam tertipu je bila apa yang kita baca, apa yang kita gambarkan...taksama. HAHA.

Okey...pasal redha dan pasrah aku ni. Sejak sekian lama, aku cuba latih diri aku supaya sentiasa sabar, tenang and chill...tak kisah apa sekalipun yang terjadi. Biarlah rumah aku bergegar sebab gempa bumi kat acheh sekalipun, aku tenang je sambung tidur dengan yakin kerana ...ALLAH ada menjaga aku. Biarlah ada insan yang marah, yang mengata aku, yang tuduh aku, yang tengking aku...aku tenang je tak balas balik kerana aku yakin mungkin kata-kata dia tu adalah refleksi tentang perangai aku yang perlu aku ubah. We're human. Human make mistake. So, aku tenang dan terima je segala apa yang insan tu buat. Biarlah aku takde duit nak makan, nak minum...supaya aku dapat rasa nikmat berlapardahaga. Kerana atas sebab itu, aku lebih menghargai nikmat dan rezeki yang ALLAH kurniakan. Kerana aku latih diri aku ...bahawa ada hikmah di sebalik kejadian. So, aku pun bergigihlah menghadapi apa yang terbentang di hadapanku. Dengan tenang, chill dan cool.

However, sebagai insan kerdil yang lemah lagi hina di atas muka bumi Allah yang maha luas...aku pun, tak mampu nak rasa chill at the very first place. Let say, something unexpected happened. or, something that could not reach our expectation, happened. At the very first place, aku pun akan menangis, sedih, sakit hati, confused somehow, dan macam macam lagi aura aura negatif yang amat takbest. Contoh macam...kita teringin nak makan ayam. But, pizza je yang kita dapat. Aku memang akan mengalami aura-aura negatif. Yelah...redha pun tidak...pasrah apatah lagi. Duk sedih je menangis nangis depan pizza tu.

Itu side otak belah kiri. Padahal, side otak belah kanan dah pujuk hati aku. Monolog dalaman pun berlagu riang dalam sistem saraf.

-Janganlah nangis...mungkin pizza ni lagi bagus untuk kau.
-Tapi, aku dah hancurkan harapan orang. Mereka nak aku makan ayam. Bukan pizza
-Eh, takpayah lah fikirkan orang. Mereka pun taktau apa yang baik buat kita
-Aku dah usaha supaya ayam tu jadi milik aku. Tapi, kenapa aku still dapat pizza?
-Ni semua ALLAH dah tentukan. Jangan sedih, kau kena kuat. Baik makan pizza tu.
-Tapi, aku malu la makan pizza. Makan ayam baru best. Mesti orang lain yang dapat makan ayam tu, bangga je.
-Tak semestinya. Ujian ALLAH tu datang dalam pelbagai bentuk. Pizza dan ayam pun satu ujian. Mungkin ALLAH nak tengok, kau bersyukur ke tak dapat pizza ni.
-Hurm...astaghfirullah..

See. Nampak tak analogi dia? even pizza dan ayam menjadi taruhannya. Tapi, dah jelas yang whether ayam or pizza, just treat both of them equally. Datanglah beribu pizza dan ayam sekalipun. Kalaupun burung puyuh goreng atau angry bird yang jadi taruhannya. Treat what you get equally. Ikhlaslah menerima dan memberi. pasrah lah dengan takdir. Mungkin itu yang terbaik buat kita. Dah tercatat dalam Al-Quran. Allah takkan menguji diluar kemampuan hambanya. Dan lagi, boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.


Memanglah, sebagai insan yang lemah bla bla bla...kita tak lari dari complaint, mengadu itu ini, tak puas hati sana sini. Tapi, latihlah diri kita supaya bersyukur. Sebab, kalau kita sentiasa bersyukur, ALLAH akan gantikan dengan sesuatu yang lain tanpa kita sedari. True story. 

Hmm, ada sesuatu yang mengecewakan berlaku tadi. Ni kira, aku muhasabah diri balik lah. Nak back to normal kononnya.

Oh ye..Nak kongsikan satu lagu. Penantian by Kertas Band. Nak kata sedih tu taklah. Tapi, lagu ni feel.





Bulan dengarkan lantunku
Bintang temanilah aku
Terangi gelap malamku
Aku ingin engkau tahu
Ku kan selalu menunggu
Hilangkan rasa letihku
Bila nanti kau mengerti
Kumohon terangi aku
Dalam hatiku
Ingatkan aku
Untuk menahan rasa hati lelahku
Yang slalu ...
Rindukan tawamu dalam hatiku
Hanya dirimu ...
Beri malamku yang menghiasi jiwa
Yang rapuh
Ingkatkan aku ku kan tetap menantimu
Hingga hati itu
Kan jadi milikku



. K lah. dah merepek melalut terlebih lebih nih.

Akhir kata, kbai.

Sunday 8 April 2012

Aku Suka Segment by Blogger Sha

Assalamualaikum~




Hari ni rasa penat sangat sebab OT 2 jam. Jadi, taknak post apa-apa entry melainkan join segment Cik Sha .... Tengah cuti sem camni, sure la banyak masa lapang. Tapi, tak lapang mana lah since aku dah keje sekarang ni. Saje lah...cari pengalaman. Ehehehe. Panjang pulak merepeknya. Baiklah, mari kita briefing pasal segment ni.

Kepada anda, anda anda anda dan anda yang nak join segment ni, haruslahh mematuhi syarat syarat yang telah ditetapkan.

PERTAMA
Buat satu entry bertajuk : Aku Suka Segment by Blogger Sha. Macam title entry aku nih... Waaa.. kelas gitu...tajuknya.

KEDUA
Paste banner cute seperti yang diatas. Yang paling penting, linkkan uolls punya entry tu dekat blog Cik Sha.. macam ni.

KETIGA
Follow blog strawberry manis. Tiada paksaan. Yang ni, tak compulsory. Tapi aku sarankan, baik korang follow. sebab, tak rugi pun. Lagi menguntungkan bila kita follow. Barulah kita tau latest update kawan-kawan blogger.

KEEMPAT
Dah settle, sila comment kat entry ini.

*Advantages of joining segment.
1. Segment apparently, entry dia simple. dan padat. jadi, tak perlu type panjang-panjang. Jimat masa kat situ.
2. Boleh mengeratkan silaturrahim antara blogger.
3. Berkenalan dengan rakan taulan.
4. Mengisi masa lapang
5. Ohh itu saja yang terpikir buat masa ni.

Ohh yee, sebelum mengundur diri, tarikh tutup segment ini ialah 20 April 2012. haaa...catat kat kalendar. And btw, pesanan dari pihak penaja, due date maybe will be extended kalau ramai yang join.
Senarai nama peserta pun akan dihupdate dari semasa ke semasa.
Jadi, ayuhlah kawan-kawan sekalian. Jom join segmen!

Sekian sahaja melaporkan. MissChillax, buletin tak utama.



#updated : semua dah di blogwalking

Friday 6 April 2012

Mari bercakap mengenai Encik Lelaki.

Assalamualaikum...

Hello New Yorkers. Eh ehh... salah! Ni How I Met Your Mother punya pasal. HAHA. Gelak guling-guling tengok cerita ni. Dah berapa kali ulang pun still tak bosan. Tengok satu season sambil study untuk exam. Gila absurd. Challenges accepted.


Cool
Lelaki. Basically, aku tak tau lah diorang ni kenapa, apa, siapa, di mana dan bagaimana sebab aku bukan lelaki. That's number 1. Secondly, oh yeah, there's no number 2. Apa yang aku nak tekankan tadi ialah... ohh i hate Stella. Stella, dalam cerita How I Met Your Mother. She supposed to get married with Ted, but end up with her ex. Yup, inilah yang dinamakan gurauan menikam jantung. Memang Stella boleh cakap 'takde niat pun' tapi, Ted pun boleh jawab balik 'dah jadi dah pun, takpayah niat!' . Ohh, i hate it so much. How's the hell Stella bleh buat macamtu? Takpatut betul. I mean, with Ted. Ted? Just bayangkan kalau korang yang perempuan ni, dah bersiap-siap solek cantik cantik. And you supposed to get married dalam masa 30 minit lagi. Tapi, tetiba korang dapat mesej 'sorry, i couldnt make it' . Deyyym!!! Mesti sedih kan? Tapi, not for Ted. He just fine and stay chill. See, cool kan?

Great
Lelaki. Diorang ni...sangat bagus. Yup. Macam cousin aku. Dia sangatlah baik. Pendiam. And kinda very nice guy. Then, masa lepas SPM, he fall for someone. A girl. Sweet. Macam Maddi Jane. Baik and perfect. Cousin aku, macam aku cakap tadi la kan. dia pendiam. takbanyak cakap. tapi, bila depan Maddi Jane kesayangan dia tu, punyalah banyak patah perkataan yang keluar dari mulut dia. Tu lah lelaki. Willing to change their own behaviour in front of his sweetheart and crush. Apa-apapun, aku doakan happy ending utk cousin aku dan Maddi Jane kesayangan dia. HAHA. Hopefully. Aminn...

Terrific
Lelaki ni. Diorang...someone yang akan realisasikan impian gadis yang dia sayang. Anyone. Yang dia sayang. Macam cerita Mujhse Dosti Karoge. Yelahh. cerita tu, si heroine1 nak kawan dia kawin dengan hero1. but in the meantime hero1 cintakan heroine2. maka, demi memenuhkan impian gadis yang dia sayang, dia cuba jugak paksa diri dia kawin dengan kawan heroine tu. okey okey. pening kan? Forget it. Just amik kes A Walk To Remember pun dah cukup. Sanggup Landon buat teleskop untuk Jamie. Semata-mata nak realisasikan impian Jamie. Biasa lah kann...gurlzzz. pempuan kan suka benda2 wishlist ni. Ade je wishlist diorang. Cincin berlian lah, nak pegi Paris lah, nak rumah dua tingkat lah, Ferrari Enzo lah. Haishh. memacam... lagi satu, apa yang bagus sangat pasal Landon ni...dia namakan satu bintang yang dia jumpa tu, dengan nama Jamie. Just imagine. Korang ada bintang sendiri. Bintang kat langit tu, dinamakan dengan sempena nama korang. MissChillax contohnye. Perghh...What a wow~


Severe
Lelaki. Taksemua lelaki macam yang aku cerita kat atas ni. Ada je yang tak berapa nak hampeh. HAHA. Ada lelaki yang suka sangat bagi harapan. False hope. Then, bila sampai masanya, dia akan tinggalkan korang. Just like that. As simple as ABC. And somehow, korang tak tau pun apa reason insan insan sebegini datang dan pergi dalam hidup korang. Pernah perasan tak? Insan insan camni, samalah macam lalat. Datang tiba-tiba. pastu, pergi camtu je. Korang tengok lalat. Dah hinggap dekat makanan korang, then blahh. Bukannya nak mintak maaf ke ape ke. Kejadessnya sume ni. Maybe korang ada buat salah. Tapi, lalat lalat ni sume seems takda masa nak terangkan salah korang tu. They will just leave you. Kejam kan?

Possessive
Lelaki. Ada setengah lelaki ni, dia suka sangat ikat korang. Dia nak korang jadi girlfriend dia. Teman dia selalu, time dia susah dan senang. HAHA. Bleh jalan lah. Piiirahhh. Somehow, diorang ni bangga sangat dengan istilah couple. Nak sangat couple. Sikit sikit ajak couple. Gurls, kalau ada boys ajak kau orang couple, sila cakap "Piirahhhhhhhh" dekat diorang. Takpayah lah couple couple ni. Surah Yaasin pun korang tak hafaz lagi...ada hati nak couple? Rukun solat jenazah pun tak pass lagi, ada hati nak couple? Poyo je. Orang yang ajak korang couple tu lagi lah hampes.

Inordinateness
Lelaki. Diorang ni...sebenarnya, nampak je tough and cool. Tapi, HAHA. Kalau dah tengah frust tu. Habis semua lagu 6ixth sense diorang nyanyi. And the worst thing is, they tend to hurt you. Tak kisahlah sakitkan hati korang ke, sakitkan hati kucing korang ke. Tapi, haruslah mereka ini menyakitkan korang and act like crazy. Tolonglah jangan jadi gila sangat. Aku paham kekadang tu, kaum aku jugak yang buat korang gila. Tapi, bertindaklah macam orang yang berakal. Pehlish lah. u've got 9 btw.


Fantastic
Lelaki. Pencinta yang hebat. Majnun, Jack, Romeo, Shakespeare. Sampai ke mati cinta diorang. Cinta mati bak kata 6ixth Sense. Haha. Oh dan lagi satu, Kasyah. Oh dunia...betapa Kasyah adalah lelaki paling setia. But, somehow... sehebat mana pun kesetiaan Kasyah, dia tetap perlukan Katerina masa Ayu amnesia. Whatever it is...aku tetap kagum dengan Kasyah. Betapa agungnya cinta Kasyah, sepanjang hidup dia, dia tunggu Ayu. dan cinta dia tu, kekal sampai ke akhir hayat Ayu. Kasyah pulak, selalu didatangi gadis-gadis yang hebat. Ada je perempuan yang fall for him. Isnt that great guy gets great gurl? Indeed, Kasyah is a nice guy. Totally. Nak je aku bagitau semua orang yang aku dah fall for Kasyah. HAHA. Okey, ini merepek. MissChillax was never a lover. To deserve a Kasyah, you should be as fabulous as Ayu. Or at least, as superb as Katerina.

PeterPan
Lelaki. Somehow, diorang ni takserius. Nak have fun je. Macam tak bermatlamat pun ada. Think of the happiest things. It's the same as having wings. -Peter Pan. Lelaki camni kita panggil Peter Pan. Jenis yang nak terbang je. Escape. Afraid of commitment. Booo~ Diorang nak jadi kanak kanak selama lamanya macam Peter Pan. Huhh. Memang kelakar habis la kan. Ada hati nak jadi 17Forever. Mana bleh... Only a chiller could be 17Forever. *Ehem ehem* Jangan percaya kan Peterpan. Nanti, dia culik korang dari rumah korang sendiri pastu ajak terbang. Pehlish lah...tolongla wake up dari mimpi. This is life. Bukan heaven. Sume nak fun je...pegi terjun tasiklah. Takserius, takde misi. Hampes kan?

Lone Ranger
Nephew : Uncle, why you so coldhearted?
Uncle : Why you got married?
Nephew : Because of love.
Uncle : Love? Huhh..

Lelaki. Coldhearted. korang mesti penah tengok Christmas Carols kan. Actually dia banyak version. Yang aku tengok ni pasal lelaki yang amatlah kedekut tak berhati perut serta selfish. Tu satu version. Yang satu version lagi, lelaki yang berlagak kewl yang diorang ni takkan jatuh cinta pada perempuan. Okey, bleh berambus lah korang. Mustahil okey. Kalau ada pun, gay. Serupe pondeyy. See, macam- macam kan perangai diorang ni. They are totally incredible in breaking heart. Just dont trust them. Yup. They are totally heartbreaker. Completely. Absolutely. Definitely. Bukan nak mengutuk nak mengata. Ini kenyataan. Macam dalam cerita A Walk To Remember contohnya. Landon tu punyalah coldhearted. But at last? Fall for Jamie.

Devotees
Lelaki. Beruntunglah anda kalau berjaya menemukan *Haishh..penangan essay bahasa melayu* seorang lelaki yang teguh di landasan syariat. Yang memperjuangkan hidupnya hanya untuk mencari keredhaan ALLAH. Samada yang bergelar ustaz ataupun tidak, selagi mereka menjadi pahlawan yang bermujahadah melawan musuh ALLAH...beruntunglah kamu kerana bilangannya amat sedikit pada masa ini. Oh ye, sebut pasal ustaz, hari tu...aku jumpa seorang pakcik india ni dia berubat dengan seorang ustaz tu. Anak pakcik india ni lari dari rumah ikot kekasih dia. Pastu, pakcik india ni mintak tolong dengan ustaz tu. kekekeke. Baru 1Malaysia.

Dean Man Win (DMW)
Lelaki. I bet korang penah dgr pasal best man win? Sekarang, dah berubah...~ Dean Man Win. Ntahlah, masa tu aku merepek-repek dengan Diyanah. Diyanah cakap, dean list student tu memang pandai gile ah. Best man win. Tapi, aku pun merepek..tak tak...Dean Man Win. Sebagaimana yang kita semua ketahui, lelaki dikurniakan 9akal. Tapi, kenapa kat university ramai perempuan? Ntahlah...aku pun tak pasti... Adakah university aku je yang macamtu? Kali ni pun, aku tak pasti. Susah nak cari someone, yang intelligent. kalau tengok akal mereka yang 9kali ganda lagi banyak daripada perempuan, kenapa perkara sebegini boleh berlaku? Khabarnya, satu faktor je! Malas~ penyakit yang bukan lagi misteri dalam kalangan student lelaki. Oh yee...dan umat Islam juga. Yahudi sendiri cakap...faktor kegagalan umat Islam ialah malas. Okey, aku terasa. Hukhuk.

Remarkable
Lelaki. Remarkable. Macam Aman dalam cerita Kal Ho Na Ho... Dia sayang perempuan tu, tapi..dah tau dia hidup tak lama, so dia match kan perempuan tu, dengan bestfriend perempuan tu. Aku tak reti lah nak cerita macamana hebatnya si Aman ni. tengok sendiri lah. Bayangkan macamana family yang kucar dan kacir boleh berbaik dan baik sebabkan dia. Dia nak semua orang happy. Ohh bagusnya dia. cool and superb

Awesome
Barney Stinson : I dont wanna be her boyfriend
Lily Aldrin : Well, what do you want then?
Barney Stinson : I dont know! I just want to be with her. All the time. I want to hear about her day and tell her about mine. I want to hold her hand and smell her hair. But I dont want to be her stupid boyfriend.

It's gonna be legen...wait for it, dary!!! Legendary~
HAHA. Okey, tu masa barney, fall for Robin.


Ciri-ciri lelaki yang wajar di reject.


SATU
Lelaki. Adam. Ada tiga ciri yang kita boleh tengok samada diorang ni still berjalan in the right pathway or not. Firstly, kalau malam-malam korang nampak kat tepi-tepi highway naik motor sekadar RXZ atau kawasaki, bleh reject awal-awal. Ataupun, kalau naik motor kapcai. Yang ni pun kene reject. Even yang naik Ferrari Enzo pun bleh direject. Tak kisahlah naik kereta or motor apa sekalipun. Termasuk basikal fixie. Kalau dah lewat lewat malam tak reti nak duduk rumah, asyik merempit sana sini, hell to go lah yuu..

DUA
Satu lagi, bab aurat-aurat ni sume. Since rakyat Malaysia amat meremehkan isu aurat lelaki, meh sini aku nak highlite. memang lah kecoh di sana sini di buku-buku teks dan sebagaimana yang digembar gemburkan oleh masyarakat konvensional *Hahh, amik kauu ayat org baru lepas buat essay bahasa melayu =p* yang aurat lelaki...pusat ke lutut. Tengkorak kamu. Bak kata oghe kelate, korok mung! Aurat lelaki...antara lelaki dan perempuan ajnabi..yakni perempuan yang halal dinikahi, ialah, seluruh anggota badan ler... kaki ngn rambut tak masuk lah... lelaki tak payah pakai tudung. stokin pun, takpayah la pakai unless kalau bau kaki korang tu boleh pengsankan kambing sekampung. takpayah nak kecoh ngan aku yang korang sume bleh pakai seluar pendek kalau nak pegi mall. kang aku bawak ustaz-ustaz sekolah aku berdebat dengan korang. Lagi satu, rambut...takpayah laa buat rambut panjang macam Lisa surihani, Fouziah Gous dan Jue Aziz. Boleh timbulkan fitnah. Haish~

TIGA
Next, petapah ada menyebutkan...keh keh keh...petapah pulakk. Ya, petapah ada mengatakan...kerana pulut, perut sakit. Kerana mulut, perut pun sakit. Hal ini kerana, kau kena terajang dekat perut sebab mulut kau yang kurang ajar. Lelaki kurang ajar tu memang biasa kita dengar. Tapi, nak kurang ajar biar bertempat. jangan pulak kau pegi kurang ajar dengan perempuan-perempuan yang berhati kristal dan kaca nih. Karang pecah berderai hati orang tu~ Aku rasa korang selalu pegi mall kan? Once broken consider sold  kan? But this time, once broken...considered forever! Mr. K yang kata, bukan aku kata. HAHA



Konklusi
See..pelbagai rencah dan ragam. HAHA. macam iklan Baba's pulak. Tapi, aku admire kat sorang lelaki ni. Dia ketua kapal lanun...sangat suka merepek-repek and cakap tak betul. Nama dia, Jack Sparrow. Kekekekeke~