Tuesday 30 October 2012

AWESOME

Assalamualaikum. Awesome!!!

Lately, aku sedar..... Without ME, it's just AWESO. Note that!



Kadang-kadang, aku rasa dunia ni pelik sangat. Or.... aku sorang je yang pelik? Ntahh...

Nasi Putih
Pertama, aku tak faham kenapa aku takberapa boleh nak menelan nasi putih. Kalau nampak aku makan nasi putih sampai habis tu...maknanya ada something wrong somewhere la dengan diri aku. Kebuluran tahap cimpanzi agaknya sampai bleh makan nasi putih dengan sukses. Ataupun, sebab takde pilihan. Tapi, takperlu la pandang aku macam alien bila aku makan spaghetti bolognaise untuk lunch. Dah memang aku ada gene tak makan nasi putih. Takkan nak jeles pulak? Daripada aku beli nasi, pastu aku tak habiskan.... kan membazir. Baik aku beli ayam goreng ke... begedil ke.... for sure habis.

Pembaziran
Lagi satu, kalau beli makanan, mesti tak habis. Contohnya, beli kek satu slice... beli nugget seringgit, beli mi goreng sepinggan, beli makanan kalau makan dengan memember.... Standard ah tu kalau tak habis. Aku takde courage untuk habiskan makanan dengan memember. I'll tend to mintak tolong diorang habiskan makanan tu untuk aku. Mujur ada Kak Chah. Err, kekadang la in case kalau dengan si Iqbal tu.. dia pun tolong habiskan jugak. Hahaha.

Apologize
Then, kenapa kann...bila parents kita marah-marah. Well, biasalah kalau diorang marahkan kita. Kan diorang sayangkan kita, risaukan kita. Tapi, kenapa mak abah aku lepas marah-marah aku, diorang pujuk aku balik? Aku rasa macam dalam movie Si Tanggang versi moden pun ada. Boleh pulakkk... lepas diorang marah-marah, diorang mintak maaf balik. How sweeeeeeeeeeeet of them! Aku taknak la macamni. Kenapa setiap kali kita yang salah, they should apologize? Diyanah kata... kita adalah reflections mereka. So, maybe diorang rasa salah diorang jugak, aku jadi camni.. that's why they tend to apologize bila aku buat salah =.=" k. aku tauu. macam such a ungrateful son je bunyinya.

Shopping
Next, aku pun takpaham kenapa aku tak suka membeli belah sesuatu yang tak perlu. Macam baju, tudung dan kasut baru contohnya. Ohh, cakap pasal tempat beli-belah, mak aku kata.. Petaling Street, Chow Kit, Jalan Tar are the best kalau nak beli barang murah-murah. Kalau nak beli borong buat niaga bleh arr... And kalau bleh, takpayah la cari kat Wakaf Che Yeh. Sebabnya kat Wakaf Che Yeh tu harga dia tak murah mana pun. Okey. Drop that. Sambung balik pasal tadi. Selagi ada stok kasut, tudung dan baju aku...aku takkan beli! Aku team abah, aku taksuka shopping. Oleh sebab itu, aku dianugerahkan ibu bapa yang suka membeli belah untuk aku. =.=" Aku pernah rasa nak marah sangat dekat Dataran Cendekia. Kenapa perlu ada banyak booth jual baju tudung kasut bagai. Rasa cam nak halau je diorang berniaga. Kahkahkah. Kejam much? Camtu lah tahap kebencian aku terhadap shopping. Bukan sebab aku susah nak abstain diri aku dari membeli ke ape.. Tapi, aku memang tak suka. Menyemak je kat dataran tu. Okey sorry. Takbaik kan halang orang berniaga... Radhiah pernah tegur aku ...dia kata ..taulah taksuka shopping, tapi takpayah la sampai camtu sekali.. hahaha.

Wardrobe yang Kosong
Bertitik tolak dari kenyataan di atas, parents aku amat suka membelikan aku sesuatu. Kalau mak aku shopping baju, blouse... mesti dia belikan untuk aku satu. Kalau tak belikan... abah akan tanya samada mak belikan untuk aku sekali atau tak. Tapi, aku ni memang stock malas beli baju pun. Even raya pun aku tak de nafsu nak beli baju raya. So, inilah hadiah dari ALLAH. Rajin betul parents aku belikan baju untuk aku. Even kasut pun sama. Tu tak termasuk tudung dengan handbag. Oh my gudness. Kalau pasal beg...memang undescribable. Beg kuliah, beg raya, beg jalan-jalan, beg kenduri, beg pegi balek kampung, takde satu pun aku yang beli. Sume parents aku yang beli. Dan... more exhilarate, taste mak aku bukan stock mak mak punya taste. =.=" so, beg beg aku memang remaja ah. Takcaye? Tanya memember gua. Ngehngehngeh. Actually, aku sebenarnya taksuka tengok wardrobe aku penuh. Aku fobia sikit. So, kalau lapang je... aku suka ah. Biar kosong.

Facial
Aku pun taktau lah aku ni species apa. Tapi, aku bleh tahanla minum benda-benda jijik kalau masuk explorace. Well actually, takde la jijik pun. Sekadar kuning telur campur air garam. Jus peria dengan roti, cili, (This one the most enormous azab. Coz aku memang takpenah makan cili atau apa saja yang berasaskan cili) buah peria yang aumm aummm, dann... err apa lagi ek? Tu je lah kot? So, sape yang dapat satu group ngan aku.. memang selamat. Coz aku akan tolong makan kan bahagian diorang. Kire amek lebih sikit la. Pastu, buat muka tak bersalah macam takde pape berlaku. Aku anggap aku dah makan ayam Kenny Rogers pada hari yang bertuah itu =.=" sebab aku paham.. setengah orang dia takbleh langsung makan. Aku pulak sebenarnya cuba berlagak sporting dengan redha je 'rezeki' yang aku dapat haritu. Padahal dalam hati.... rasa macam nak keluarkan oesophagus je bagi mende-mende tu jangan masuk dalam sistem usus aku. Azab perit!
Eh? Jadi apa kene mengena dengan Subtajuk 'Facial' yang aku tulis tu? Err.. takpelah. Next!

Fashionista
Species aku ni memang takberapa pro sangat nak bercantik cantik gaya gaya macam perempuan sekeliling aku. Penah masa teman mak aku shopping, akak butik tu selamba poyo je tegur aku suh bergaya-gaya bagai. Dia cakap mak aku lagi pandai bergaya dari aku. Aku ni sebenarnya bukanlah takreti nak bergaya-gaya ni. Cuma... aku tak suka jadi centre of attraction. Ecehh. *Muntah jap* Aku cuba untuk jadi perempuan yang tidak dipandang. Agak rimas di situ. Penah je orang tanya aku kenapa takpakai heels. Bukanlah takreti sangat pakai heels tu. Tapi, kalau nak tengok aku jalan terpelecok lecok, tersenget-senget, tergeliat buku lali bagai.. buatlahh. Lagi satu, kan tak elok pakai heels. Nanti efek kat tulang. Kesihatan tulang amatlah perlu untuk dijaga yee. Nanti umur muda lagi dah sakit tulang. Nauzubillahh. And then... aku ni dikategorikan sebagai perempuan tinggi. Kalau aku pakai heels, galah panjang la jadinya. I have my own scheme of fashion. And kalau bab baju, aku prefer baju kurung je kelas. Kalau pakai selain dari baju kurung, aku takrasa mcm pegi kelas laa. Rasa macam g jalan-jalan pasar tani je. kahkahkah.

Blessed
And kalau bab muka aku... Aku bersyukur sebab ada yang tukang jaga. Mak aku amat particular bab ni. Pantang aku balik umah, mula lah dia ajak pegi skin lab. pegi buat facial treatment. Aku memang liat ala-ala Paul si sotong kurita laa. Kauorang gila? Sakit wooo buat facial treatment. Dahlah tisu kulit muka nipis je. Azab betul! Takcukup dengan itu, mak akan menyarankan aku pakai produk-produk tertentu untuk tujuan penjagaan. Lalu, tercetus la beberapa botol set penjagaan wajah dalam bilik aku. Leceh betul. Kena pakai tiap-tiap hari lak tu. =.=" Err... selalu je aku skip. Aku kan rebel. Sila jangan gtau mak aku. Terima kaseh!

Blur
Err.. aku ni kurang berperasaan sikit. Aku takpaham kenapa aku taksuka kpop. Kenapa? kenapa? Kenapaaa? Asal dengar lagu kpop kat radio Era.fm je aku alih channel lain. Maafkan aku! Tapi inilah hakikatnya. Aku lebih rela dengar klasik nasional =.= Memang paksa rela je lebih. Aku jugak nak berterima kasih kepada insan insan seperti cousin aku Daus dan ex-roomie aku Radhiah. Tanpa mereka, aku takkan kenal langsung menatang Kpop tu. Mungkin aku ingat ia adalah sejenis lollipop. Daus telah membawa aku kepada CN Blue, goguma couple, khuntoria, adam couple, heartsrtings. Eh? Heartstrings? Aku tengok takhabis pun. Sebab aku ni stok pemalas tengok drama. 16 episod sudah cukup untuk buat aku rasa azab. Dan menambah perasa pening aku... aku takfaham macamana aku bleh tengok How I Met Your Mother sampai 8 seasons =.= Kata anti drama. Tapi, bleh layan HIMYM. Confused betul. Kebetulan, Radhiah pun suka CN Blue... dan dia adalah fanatic Running Man (RM). Dulu aku ingat diorang cakap pasal Ringgit Malaysia, duk RM RM RM... Walaupun Radhiah gelak terbahak-bahak kat sebelah aku menyebarkan dakyah dan ideologi Running Man selama 1 sem, dan disambung dengan Intan, juga selama 1 sem. sedikitpun aku tak tergugat. Aku taktau bila aku akan tergugat. Hopefully, not till the end lahh. Aku taktau celah mana yang dikatakan Lee Min Ho itu hensem. Aku pun tak faham kenapa Nickhun dikatakan comel. Hal ini berlanjutan dengan jejaka jejaka di tepi jalan, shopping complex, restoren, KFC, pizza hut, yang bawak kereta mewah, yang pakai roller blade. Aku cuba untuk tidak memandang.

Buku
Oh aku gila sama buku. Since 3-4tahun, parents aku paksa aku blaja membaca. Jadi alhamdulillah. i can read newspapers, magazine and all the reading materials since i was a toddlers. Kegilaan aku terhadap buku bleh diumpamakan bagai perempuan dan shopping, street and skate, aur dengan tebing, isi dan kuku,  sebegitulah aku dan buku. aku bleh duduk berjam-jam dalam library. Bercinta dengan Popular, Kinokuniya, Boarders, MPH. Aku bleh shopping buku macam beli pisang goreng je. Normal laa kalau nampak aku beli 5-6buah sekali harung. Aku baca Ramlee Awang Mursyid, Hlovate, JK Rowling. Kalau dulu dulu yelah sume novel aku bleh masuk. Sekarang, otak dah tepu dengan novel cinta. Segala ayat dan plot dia cerita cinta sume dah bleh dibaca. Jadi, rasa macam tak adventure lak pembacaan aku.


Akhir kata.. it's gonna be legend-.... wait for i... and I hope you're not lactose intolerant because the second half of that word is dairy! Legendary!!!


Tuesday 9 October 2012

Avenged Sevenfold.

Assalamualaikum :)

Amacam kehidupan? Indah propaganda dari wajah? Atau meriah bang bang boom? Too much kerja dengan assignment yang lazat lazat buat aku rasa nak pening aje. Bila rasa cam letih buat keje, terus khayalan imaginasi aku bawak aku ke suasana rumah manis rumah. Minggu ni, asyik terbayangkan aku makan enak sungguh sungguh kat sana. Makan pun  2 hari sekali kat so called Shah Alam ni. Entah apa yang merasuk sampai aku dapat rasa aura kelaparan bila teringatkan rumah.

Dulu, aku ada share some of lagu yang di 'banned' oleh Fitri dengan Diana. Kononnya, puaka benau la lagu dalam playlist aku ni. Sampai diharamkan play kuat-kuat. Dengar sorang sorang pakai beats takpe. Time sekolah kat Seri Iskandar, aku taksuka lagu-lagu genre macam ni. Anything lah. Especially System of A Down. Rasa macam nak baling MP3 aje. Takdapat baling MP3, MP4 pun jadi la. Lepastu, naik Tingkatan 4... aku sekolah kat sekolah dekat-dekat umah aku je. Acces internet memang no limit ah kalau kat umah. Tak macam kat hostel. Pastu... 
Faisal ajar aku dengar lagu Avenged Sevenfold - Dear God dengan Seize the Day. I was like... WOW! What a song! This feeling is so undescribable. Sejak tu lah aku pandai dengar lagu-lagu berat camnih. Kalau lagu-lagu macam Jason Mraz, David Archuleta ( masa tu, zaman diorang ni ah femes) aku suke la gak. Tapi, esoknya dah menyampah. Cam takde mende. Berlainan pulak dengan lagu lagu berat camni... maybe this is it!

Avenged Sevenfold also known as A7X. Okey, btw... lepas aku kenal A7X ni... Faisal ajar gak Bullet For My Valentine, 30 Seconds to Mars, Alesana, Nirvana, masa tu, My Chemical Romance pun aku rasa cam biasa je. Tak masuk MCR lagi. Led Zeppelin, Aerosmith, Iron Maiden dengan Gun N Roses pun takde ah sangat. 

Apapun, datanglah beribu One Direction, Justin Bieber, dan Kpop tu sume, M Shadows gak jadi pilihan. Kahkahkah. Genre diorang heavy metal, hard rock then baru baru ni yang jump ke metalcore. Lahir tahun 1999. Tempat lahir Huntington Beach, California. So, A7X consists of M shadows, Syn, Zacky, ngan Johnny. The sad moment is drummer diorang The Rev has died in 2009. Pastu, 2010 Nightmare released.




Monday 8 October 2012

Contest Blog Saya 0wesome Ke?


Tag

UPDATED
blog penganjur not found

Sunday 7 October 2012

Thoughtful day 2

Annyong haseyo! *Hamekk kau.

K, ce bayangkan. Kau drive dengan muka stern. Dahi kerut habis. Kalau bleh, nak bagi kening tu bersambung je. Bukak radio.

Op op op op blah blah blah tak sanggup aku nak sebut.


The Road Not Taken

Hai lovely people yang sedang dilema. Assalamualaikum.

Fighting has been enjoined upon you while it is hateful to you. But perhaps you hate a thing and it is good for you; and perhaps you love a thing and it is bad for you. And Allah Knows, while you know not. (2:216)

Dah lama hold entry ni. Sebelum Munirah tanya-tanya lagi. Baik lahh. Let's the fiest, begin! Hoho~

"Bukan saja-saja... ALLAH gives us what we need. Not what we want, dear." -Dyana.


Well. Quite a story. Taktau nak mula dari mana. Tapi, the phase of 'what's next' in my life dah hampir mencecah ke garisan penamat. Ehhh, tak! Dah ke garisan penamat dah pun. Now should be the beginning of new story. Sekarang, dah minggu pertama DEGREE. Nampak cam besar je DEGREE tu. Mana tak besar, dah aku guna capital letters. =.="

Abah : Dah buat keputusan?
MissChillax : Could we discuss about it for a while?

I only got Band 4 and 3.00 and above. Means that i fulfilled the requirements for DEGREE in law. In the meantime, aku kena panggil untuk interview session for Akademi Pengajian Bahasa.

Akademi Pengajian Bahasa pun yee... DEGREE in law pun yee...

Based on kisah aku dulu kala, aku memang selalu pilih the road not taken. Take the road which less people choose. Since aku dah pernah pilih the road not taken, and the experiences are very precious... Why not I give it a try?

And then what? Let's ALLAH do the rest. I will do my best.

Abah: You should proceed with Akademi Pengajian Bahasa. It suits you. Like seriously.
MissChillax: Really?
Abah: Yes. Of course. After all... abah tak risau sangat nanti.
MissChillax: Hmm...abah, boleh tak kalau taknak sambung study?
Abah: Habis...nak buat apa?
Kakak: Being a good domestic engineer i guess. Duduk kat rumah, kemas rumah, sapu sampah, basuh pinggan, mop lantai, basuh kain, sidai kain, lipat kain, jaga rumah, jaga adik-adik. Nak duduk rumah je. Taknak buat apa-apa... jadi suri rumah.
Abah: Oooo...lepastu apa? Tunggu STP?
MissChillax: STP? For what? I've completed my foundation, Why should I amek exam yang ke-4 tersusah di dunia? *muka blur*
Abah: Sijil Tunggu Pinangan laa.
MissChillax: No...no no no no no no! No no no no no no NO no NO! Orang nak jaga rumah je. Bukan nak kahwin.
Abah: Blaja laaa... Dapatkan degree tu. Lepastu, sambung masters.

Mak: Kenapa taknak sambung study?
MissChillax: Taknaklaaa. Nak duduk kat umah ke. Jaga Zariff. Zariff ni makin lama makin comel. Makin pandai.
Mak: Betul ni...taknak sambung belajar? *muka serius*
MissChillax: Taknak. Nak duk umah je. Keje la apa-apa. Boleh gak hidup. Bukannya bila takde degree, masa depan jadi gelap. Hmm... Ustaz Azhar Idrus pun ada cakap kan... siapa yang fikir bila tiada degree, masa depan jadi gelap... rosak iman.
Mak: Memang betul. Tapi, menuntut ilmu tu fardhu ain ke atas seluruh umat. Dah ada peluang ni, belajar je la. Hmm...nanti kalau mak dengan abah dah takde, macamana?
MissChillax: Emm...nape nak tukar topik pulak ni? Takde kaitan pun dengan isu taknak blaja. Bill Gates tu elok je...tak sambung belajar. Kaya je. Tengok Tan Sri Syed Mokhtar Al-bukhary tu. Dia meniaga jugak. Orang pun nak niaga jugak.
Mak dan abah: Nape taknak blaja ni? Risau weolls.

Mungkin sebab aku takbleh nak amek course yang aku minat, atau mungkin sebab aku nampak dunia dari perspektif yang berbeza. Yeah that's why aku dah tak semangat nak further studies.



Dulu, aku selalu berangan. Kalau aku dihadapkan dengan dua pilihan, dan kedua-duanya merupakan pilihan yang muluk dan indah. Aku decide takkan pilih dua-dua. Tapi, this time lain. I have to choose.

Maka, antara law and linguistic, I choose the road not taken.

#Updated: I choose linguistic. Yeayy dah habis study