Saturday, 31 August 2013

Edisi Khas Merdeka: Tanah Tumpahnya Darahku

Assalamualaikum~

Mukaddimah.
This is tanggal 31 yang special. Yang disambut meriah oleh warga Malaysia. Bukan 31 Mei. Bukan 31 Mac. Tapi ini 31 Ogos. Hari kebangsaan Malaysia. Time cenggini laa Petronas kuarkan iklan yang best best yang menyentuh perasaan gitu. Time cenggini laa orang duk sibuk kibarkan jalur gemilang. Time cenggini la penuh drama dan movie pasal Merdeka.



Jadi, aku mengambil kesempatan ini untuk mengadakan interview secara tak rasmi bagi mendapatkan pandangan atau perspektif merdeka dari anak muda. *Ehemm muda lagi*

Soalan aku: Apa makna merdeka bagi anda?



#Red 
Sejak tak sekolah dan tak ada Minggu Kemerdekaan saya tidak lagi merasakan semangat kemerdekaan. Maafkan saya. Saya hanya jujur.

#Wansuden
Bagi gua merdeka ni adalah kebebasan dari segi mental dan fizikal dan tidak melanggar hukum syarak.

#Syuk
Merdeka bagi saya bermaksud bebas dari ancaman musuh luar yang pada zaman dulu, negara kita diancam musur dari Portugis, Jepun dan lain lain.

#Zaidan
Makna merdeka umumnya bebas, merujuk kepada kebebasan daripada cengkaman penjajah dan boleh hidup aman damai dan harmoni dan bagi skop pada diri masing-masing, merdeka daripada anasir-anasir jahat yang boleh merosakkan diri kita... salam merdeka semua.



#Madihah
Kemerdekaan ni terbahagi kepada banyak cabang, merdeka dari segi nafsu, dari segi masalah dan so on... Tapi sekarang, fokus on merdeka dalam konteks negara kan... Merdeka boleh diertikan sebagai kebebasan kita daripada kuasa penjajah.

#Zahidan
Bebas dari penjajahan dari sudut fizikal, mental, spiritual dan pengaruh luar yang mengubah jati diri bangsa.

#NurFitri
Merdeka bagi saya dapat bersama dengan yang tersayang tanpa ada perasaan takot. Merdeka bererti bebas dari apa jua ketakutan dan bebas melakukan apa saja. Btw, aku sayang mak dan adik aku.

#IzmerShafiq
Makna merdeka bagi saya kita bebas dari kezaliman FAM. Kikikikiki :P

#ZettyFaizura
Merdeka? Free? Free from corruption! But then, we're not free from it... *Random opinion

#Farie
Bebas daripada penjajah dan daripada terus dijajah.



#Myza
Merdeka, negara kita aman, dapat duduk dengan selesa without gangguan orang lain.

#MynaLyna
Satu pembebasan dari segi fizikal dan mental.

#Ummi Zainal
Makna merdeka adalah bebas... bukan dari penjajah jer tapi dari segala anasir luar. Walaupun kadang-kadang hati kita, diri kita masih dijajah oleh perasaan. Kite mesti lawan dan cuba menjadi diri kita yang terbaik.

#Sabrina
Merdeka ialah hari bersejarah di mana Malaysia yang dulunya dijajah sekarang bebas.

#Amin Abdullah
Kebebasan. Physically and mentally, kebebasan dari pelbagai sudut. Pentadbiran negara khususnya. Sebagai rakyat yang merdeka, kita patut rasa bersyukur dengan keamanan dan kebebasan yang dikurniakan oleh-Nya.

#Amirah Azize
Free atau bebas. Negara kita sendiri telah bebas dan telah berdiri di atas kaki sendiri untuk mentadbir negara setelah bebas dari ancaman orang asing on the other word, new country are born :)



#Zairil Azhar
Merdeka ni merupakan satu kehidupan yang bebas daripada segala beban dan kita berjaya meraih hak-hak yang kita inginkan. Yakni, kebebasan mental, fizikal dan spiritual.

#NorSharulAtikah
Merdeka ialah bebas dari penjajahan. Sama ada penjajahan negara ataupun minda kita sendiri.

#Ati
Kebebasan untuk mencorak kehidupan sendiri dari segi ekonomi, politik dan sosial. Bebas daripada penjajah.

#Aqilah Hamzah
Bebas dari penjajahan dari segi mentaliti, cara hidup, budaya dan segala aspek kehidupan

#NoraShikin
Merdeka to me is too subjective! Tak semestinya bebas daripada penjajah je. Well, kita kenalah jugak merdeka daripada typical mentalities yang tak boleh tengok orang lain lebih sikit. Apa salahnya merdekakan mentaliti untuk bersaing secara sihat. Jangan mudah berpuas hati dengan apa yang kita ada and jangan suka sangat pandang rendah atas kejayaan orang lain. Take it as a challenge.

#Qila Zainal
Merdeka tu bila kita bebas ada kereta tapi perlu ikut had laju. Bila manusia bebas merokok tapi ada tempat-tempat yang terlarang. Contohnya, sekolah. Means macam merdeka ni bebas. Tapi, kebebasan yang ada hadnya. In which the limit will determine the peace of the country. Ada orang kata merdeka tu bebas. Habis tu? bebas segala-gala ke? Tak jugak. Allah bagi kita hal untuk hidup. Tapi at the same time ada limit, ada larangan. Semua tu untuk kenaikan kita.



#Syaza Soraya
Merdeka adalah kebebasan. Kebebasan dari segenap aspek... Tingkah laku, perkataan dan setiap apa yang kita lakukan. Untuk sebuah kemerdekaan, tak kiralah dari aspek mana sekalipun..perjuangan perlu ada. Kalau tak rasa perit atau salah dan tiada niat untuk memperjuangkan kebenaran... Maka tiada lah timeline kemerdekaan. Kerana perjuangan dan kesedaranlah, kemerdekaan akan hadir.

#Siti Aisyah
Merdekanya negara bila mentaliti dan sikap rakyat dah tiptop. Contoh bila guna public toilet, flush jaga kebersihan. Dan bawa kereta pun boleh leklok takdak pentingkan diri.

#Afiq Anuar
Merdeka ni abstrak...bukan sekadar merdeka daripada penjajahan. Tapi, pemikiran seseorang pun harus merdeka. Pemikiran yang tidak dipengaruhi adalah sesuatu yang berharga.

#AsyrafCM
Kebebasan dari penjajah. Berkuasa memerintah negara sendiri tanpa campur tangan kuasa asing.

#Azzam
1. Bebas membuat keputusan sendiri
2. Bebas bergerak ke mana sahaja
3. Pendirian/iman/semangat yang kuat dan mampu mengubah apa sahaja.

#Ahmad NurFirhad
Bebas dari penjajah, bebas dari belenggu kemiskinan, bebas dari kesengsaraan hidup.



#Umi Fatonah
Merdeka adalah bebas. Freedom. Bebas dari negara kita dijajah, bebas dari sebarang ancaman buruk, bebas dari jiwa dibelenggu kejahilan, merdeka juga membawa kita erti sebuah pengorbanan, harta jiwa dan raga demi melihat kejayaan sendiri, anak cucu cicit, bangsa, agama dan negara.

#Najmin Shahnaz
Maybe a greenlight untuk kita hidup bermasyarakat, pelbagai kaum. Bagi kedudukan yang sama.

#Aerill Hassan
Merdeka secara keseluruhan. Dari pemikiran. Dari kehidupan dan juga still berpegang pada agama.

#Faeeqah Auji
Bebas dari segala penjajahan anasir luar dan juga mengingati pengorbanan pejuang-pejuang tanah Melayu.

#Arsyad Rashid
Aman. Damai. Bebas. Tenang. Pelangi. Permata. Jernih. Senyum. Gembira. Cantik. Bunga. Syurga Allah. Rahmat Allah.

#Zaid Rozali
Dalam konteks sekarang ni merdeka kita haruslah diaplikasikan dalam kehidupan kita seperti cara pemikiran kita, cara hidup kita, pemikiran kita haruslah bersifat terbuka, seperti kebebasan untuk bersuara agar diterima pendapat dalam konteks kerajaan Malaysia. Cara hidup kita juga seperti menjaga kebersihan awam juga seharusnya sudah 'merdeka', maksud merdeka di sini bertanggungjawab. Merdeka bukanlah hanya mengibar bendera semata-mata, tetapi ia lebih daripada itu, ia lebih kepada our mentality and our lifestyle.



#Assura
Kebebasan bersuara, berkomunikasi, bersatu pelbagai kaum dengan bebas, nikmat kebebasan sepenuhnya, hidup bermasyarakat yang bebas dan aman. Semangat perjuangan dan mempertahankan negara oleh pejuang-pejuang dahulu.

#Nana Al-Yahya
Bebas daripada segala anasir tidak baik... Kebebasan secara menyeluruh daripada segi mental mahupun fizikal.

#Syuhada Yusof
Merdeka bererti bebas. Suatu titik noktah satu perjuangan. Harus seiring jiwa dan minda yang merdeka. Di Malaysia ni kita patut bersyukur dapat sambut merdeka. Terasa kehangatan patriotisme tu, merdeka daripada dijajah... Sedangkan di Mesir, mereka sedang berjuang bermatian nak tegakkan Islam. So, persoalannya, merdekakah kita? Merdeka megah dengan laungan. Tapi minda rakyat masih belum merdeka. Jom tanya diri kita, merdekakah minda kita? Kalau merdeka, kenapa tiap-tiap hari kadar jenayah semakin meningkat? Kenapa kes-kes pembuangan bayi saban hari meningkat? Remaja-remaja kini ikut budaya-budaya barat. Dengan pergaulan bebas, hiburan yang melalaikan... kanak-kanak lagi dah diajar menyanyi, menari bukannya diajar dengan didikan agama yang sempurna. Kena faham betul-betul erti merdeka yang sebenar.

#Ehsan Zolkifly
Merdeka dari segi segala aspek, I mean merdeka dari cengkaman paksaan segala benda. We are democratically free. Tak tersangkut pada mana-mana cengkaman parti politik.

Konklusi
Terlalu banyak erti merdeka. Setiap orang mempunyai tafsiran yang berlainan. Sebagai seorang aku, merdeka itu datangnya dari perjuangan. Di sebalik kesenangan, pasti ada kesusahan. Tanpa perjuangan dan penderitaan dalam mengecapi kemerdekaan tanah tumpahnya darah kita, kita takkan senang-senang lepak depan tv, kita takkan happily membalas WhatsApp dan WeChat guna phonetaksmart.

Boleh bayangkan tak kalau hidup kita sekarang ni dalam keadaan darurat macam zaman komunis dulu? Ce imagine... nak kuar tengok bunga api dari rumah sendiri pun takboleh. Apatah lagi nak ke konsert Ambang Kemerdekaan bagai. Kehkehkeh. Apa yang pasti, setiap kali malam Merdeka, aku akan celebrate dengan family... kat rumah tanpa ada sekelumit pun rasa takut akan ancaman penjajah. Syukur ke hadrat Illahi atas kurniaan 56tahun kemerdekaan. Alhamdulillah thumma alhamdulillah.

Cukuplah setakat ini. Kita sambung Edisi Khas Merdeka 2 pada tahun hadapan insyaALLAH. Hehe.

*Al-Fatihah buat pejuang-pejuang tanah tumpahnya darahku*

Thursday, 15 August 2013

Thoughtful Day 16

Assalamualaikum.

Ini menarik. Berbanding versi sebenar.

Wednesday, 31 July 2013

Thoughtful Day 15

Assalamualaikum


Giveaway Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

Assalamualaikum

#busy

Tuesday, 30 July 2013

Thoughtful Day 14

Assalamualaikum. Salam 21 Ramadhan

Mari kita renung-renungkan...

1st Giveaway Ramadhan Photo by iWaniE

Assalamualaikum



Berbuka puasa di perantauan (Melbourne la sangat) makan kuetiau sup dalam cawan. Sobs sobss

Tag

#busy

Saturday, 27 July 2013

Ramadhan Giveaway by ZZ

Assalamualaikum


Tag
#busy

Pseudologia Fantastica

Assalamualaikum and hello Malaysia.




Cerita dia camni... aku tertengok sikit movie Girl, Interrupted. Aku tertengok part yang dia cakap pasal Pseudologia Fantastica. Girl, Interrupted ni mengisahkan Susanna Kaysen yang duduk kat hospital mental lebih kurang setahun setengah sebab dia attempt suicide. Since aku tak tengok betul-betul... aku taktau punca hujung pangkal cerita ni. Cuma, yang menarik perhatian aku ialah Pseudologia Fantastica

Susanna: Hey Georgina.. Georgina kenapa diorang buat camni?

Georgina: Kau baru lagi, nanti lama-lama kuranglah.

Susanna: Kenapa muka Polly berparut?

Georgina: Masa dia kecik kecik dulu... mak dia cakap, dia takboleh bela anjing sebab nanti badan dia naik ruam. So, dia tuang gasolin kat seluruh tempat yang ada ruam pastu nyalakan mancis.

Susanna: OMG! Kau pulak? Kenapa kau kat sini?

Georgina: Pseudologia Fantastica.

Susanna: Apa tu?

Georgina: I'm a pathological liar.


Nama lain
Hmm.. so, lepas aku kaji kaji dan search semuanya pasal sindrom psikologi ni... Well, Pseudologia Fantastica ni takde lah ditakrifkan sebagai penyakit memandangkan takde efek kat badan pun. Sindrom ni ada banyak nama lain macam pathological liar, compulsive lying or mythomania. Secara definisi, Pseudologia Fantastica ni membawa makna pemalsuan sebarang perkara dan boleh menjadi sangat complicated dan mampu melibatkan tempoh masa yang panjang sehingga ke seumur hidup.

Tiga situasi
First, dia tau and sedar yang dia menipu. 
Second, dia percaya yang dia sendiri cakap benda yang betul. 
Third, dia tak sedar pun yang dia dah kaitkan benda betul dengan cerita rekaan dia.


Penyakit atau fenomena
Even benda ni tak ditakrifkan sebagai penyakit, tapi ada kajian mengatakan 40% individu yang terlibat ada masalah saraf tunjang. Maknanya kalau dah efek kat saraf tunjang tu means dah kritikal lah. Pseudologia Fantastica ni boleh jadi kat dua-dua gender. Biasanya kann... penipu menipu untuk kepentingan tertentu. Masalahnya, Pseudologia Fantastica ni takde kepentingan pun kat individu tersebut. Nak kata habit pun tak jugak. Tapi, apa yang boleh disimpulkan... individu tu menganggap segala fantasi dan imaginasi diorang tu sesuatu yang realiti, sesuatu yang benar-benar terjadi. Padahal berangan je.

Ciri-ciri
1. Kata-kata diorang ada elemen yang betul. Contohnya macam... ada orang claim yang dia penah menang pertandingan pidato masa kat sekolah dulu. Perkara sebenarnya dia just dengar orang berpidato je. Not a single fact pun yang dia penah berpidato. Tapi, memang betul pertandingan pidato tu buat sekolah dia. See? Dia mencampur adukkan elemen yang betul dengan elemen yang palsu. Actually, benda-benda tu semua takde kaitan pun dengan penyakit halusinasi atau delusi...even kalau kita tanya diorang betul betul pun diorang bleh mengaku yang benda tu takbetul.

2. Penipuan tu berulang dan makan masa yang lama. Kebiasaannya orang camni dia taktukar or tambah cerita tersebut. Kalau nak diikutkan... diorang buat camtu sebab naluri diorang sendiri. Something yang berkait dengan personaliti diorang. Bukannya ada orang yang pengaruh dan mereka juga tidak berhadapan dengan situasi-situasi yang mendesak diorang untuk menipu. Boleh dikatakan diorang ni tipu saje suka-suka.



False Memory Syndrome
Pseudologia Fantastica ni jugak boleh ditafsirkan sebagai false memory syndrom. Sindrom ingatan yang salah. Kebiasannya individu tersebut percaya fantasi dia sendiri. Contohnya camni... A bagitahu B yang dia pernah jumpa Santa Claus kat shopping mall dan Santa Claus tersebut bagi hadiah kat dia. Tapi sebenarnya B pun ada di tempat kejadian dan perkara sebenar yang berlaku ialah A dan B hanya nampak patung Santa Claus. Dan apa yang dikatakan oleh A adalah imaginasinya sahaja. Pathetic kan?

Sangat.

Pisahkan realiti dengan fantasi
Walaupun takmembahayakan, but still kene dapatkan rawatan dari psychologist. Sebab someone must help the sufferer untuk pisahkan realiti dan fantasi. Bayangkan k.. kau ingat kau ada anak. Tapi sebenarnya takde pun. Kau cakap kat semua orang yang kau ada anak, bagi anak kau makan, dukung anak kau...but the truth is... kau tak penah mengandung pun.



Rawatan
Actually, perbuatan menipu ni ada banyak jenis. Whether kau ada kepentingan, ataupun perhatian dan belas kasihan orang... semua tu normal in this cruel world. Tapi, Pseudologia Fantastica is something beyond. Mende ni addicted macam drugs dan individu tersebut takdapat apa-apa faedah pun. Satu-satunya rawatan untuk Pseudologia Fantastica ialah psikoterapi. Biasanya therapist akan analisis balik perkara-perkara yang dikatakan oleh individu tersebut.

Friday, 26 July 2013

Segmen Simple Giler by Anis


KLIK BANNER

Tarikh : 25.07.2013 - 24.08.2013

Segmen simple giler dianjurkan oleh www.anisforeveralone.com dan disponsor oleh LS DESIGN , Atie Atiqah , Nasha Ridzuan , Najihah , Norhaziqah , Chocolate AM & The great Little Summer


Segmen ni simple je , Hanya follow , Like , Share & Menang hadiah menarik . 
Jom join :)

28 Hadiah menanti korang !!


#busy

Thoughtful Day 13

Assalamualaikum


Wednesday, 24 July 2013

GA Ramadhan & Birthday Wawa by Wawa Ashihara

Assalamualaikum


Hopefully, Ramadhan kali ini lebih bermakna dan meninggalkan kesan yang mendalam dalam hati.
For Wawa, Happy birthday :D

#busy

Mini Giveaway Sempena Bulan Ramadhan by IzyanNazirah



Syarat-syarat :
  • Mesti ada blog
  • Warganegara Malaysia
  • WAJIB follow blog/twitter sponsor
  • WAJIB klik link ads sponsor
  • Follow blog saya ((tak wajib, bergantung kepada anda))
  • WAJIB like fanpage saya ((tengok di sidebar))
  • Selepas buat entry, komen URL LINK ENTRY anda di ruangan komen. Tempat lain tak dilayan.

Sponsor yang baik hati :

WAJIB FOLLOW SEMUA BLOG SPONSOR ((akan di cek))

Myra Eyra, Nur Hidayah, Nur Nabilah, Han Hanan, Nor Farhanah, Jom Singgah Shoppe, Nasya Farhana, Arni Nazira Ibrahim, Blog Erry, Nur Najwa NazryMie Lyz Neko, Azwar Syuhada, Shawl Gallery

WAJIB KLIK IKLAN ADS SPONSOR & OWNER BLOG ((tunggu sampai habis loading))

LINK 1 LINK 2 LINK 3 LINK 4 LINK 5 LINK 6 LINK 7

WAJIB FOLLOW TWITTER SPONSOR ((kepada sesiapa yang mempunyai twitter sahaja))

FOLLOW @NRNABILAHZ
FOLLOW @NNAJWANAZRY
FOLLOW @_YXYX
FOLLOW @WAWAASHIHARA

WAJIB LIKE FANPAGE SPONSOR DAN OWNER BLOG



WAJIB ADD SPONSOR DI FACEBOOK

Mariam Azhar
Wawa Ashihara

#busy

Half Year Giveaway by Nafaa

Click Banner !

Blog :
http://misschillax.blogspot.com/
Facebook :
https://www.facebook.com/cik.norshahira
Twitter :
https://twitter.com/chillaxyaw

#busy

MEGA GIVEAWAY : Indahnya Islam by Nurul Nizam

Assalamualaikum




#Blogwalking

First giveaway by eyla

Tarikh berlangsung
19 Jun 2013-31 Julai 2013


-First Giveaway by eyla -

Terima kasih kepada para sponsor yang baik hati :

Nasha , Munauwaratul Lailinnur , Aina Misha , Syaqiila , Nur Zahirah , Aina Husna , puteri elaika 
TyhaLee , Shawlstolove , Farra Strawberry , Dressuana , Amiey Montelle II , shamimiejohari
Ernyassmien , Xara Xandra Boutique , nurlyla , Ryn Inutl

Hadiah Menarik untuk Giveaway kali ini :


Doodle x1 , review x5 ,bloglist x5 , topup RM5x2 , Header Anime x3 ( Not transparent )
Cursor x2 , Review x8 , rexona women passion x2 , Topup RM5x3 , RM5 voucher x3
Cute fly up button x1 , instant hijab x3 , cardigan x3 , oreo coklat x2 ,top up rm5 x2
mask muka Savee x1 , penanda buku limited x1 , voucher x5  , topup rm5x3
banner x2  , topup rm5x1

SENARAI  HADIAHsini


57 orang pemenang dicari !




*Akan diupdate jika sponsor bertambah !*

Para pemenang : 99% Random.org dan seorang TOP REFFERAL dicari !

Click banner to join ! ^_^

#busy

MINI GA RAMADHAN by DEDEQ

Assalamualaikum



#busy

1st Giveaway for Novelis by Arinaazman

v class="separator" style="clear: both; text-align: center;">
Jemput join & KLIK SINI
Kelebihan jika join :)

  Dapat hadiah yang lumayan
  Dapat berkenalan dengan bloggers lain
  Dapat menambahkan pengetahuan AM

Hadiah untuk pemenang (jika join) :
  •   Novel cinta yang sweet  X 2
  •   Pin tudung reben X 1 by Hathirah *
  •   Keychain Domo X 1 LillyLoli
  •   Review Blog X 2 (1month)  by IraSyiqin
  •   Fully Edit blog X 2  by Tehaa
  •   Bloglist X 5 by Niki
  •   T-Shirt Superman X 1 by Namie
  •   Topup RM 5 X 3 by Arifah, Mariam
  •   Felt Bookmark X 1 by Syaqira
  •   Felt Keychain name X 2 by Kakyonk *
  •   Doodle comel X 3 by CikAmal
  •   Love Keychain X 3 by A&D Kraf
  •   Keychain X 2 by Atiqah
  •   Hello kitty notebook X 1 by Nasha
  •   Timeline cover photo X 1 by Hawa
  •   Kpop Bookmark X 5 by Nafaaa **
  •   Topup RM 5 X 2 by Fariza
  •   Tudung bawal X 1 by Arina (Me)
Hadiah menarik akan bertambah jika ramai yg join :)
So, good luck kepada yang join.
Yang tak join lagi ~ Jom join ramai-ramai !


#blogwalking :D

Giveaway Raya By Aliya Tralala & Nabila Biela

Assalamualaikum







#updated
done blogwalking all contestants

Segmen Jom Pilih Hadiah Raya!

Assalamualaikum

Bestnya kalau dapat shawl or tudung bawal kan?





Segmen ini dianjur oleh Nabila Biela dan ditaja oleh IesyahShadhira, NazirahDr AisyahHasrul HassanEjulzCik WanieLinteddy DesignTiey SmilezKyra Hizrina , Miszz NadeaNor FarhanahNFH Boutiques , Insyirah Collection, Cap Ayam BrandShawls To LoveNur Be'lla CollectionHandmade Bag,De Nasuha TeamHijab Pilihan dan jom ping entry di Pingje.org.




#Blogwalking all the contestants

GA Ramadhan Raya by Emas Putih


Hadiah
Top Referral - RM50
84 Hadiah untuk dimenangi

Tarikh Mula 10 Julai 2013- 24 Julai 2013 (11:59pm)





#Blogwalking all contestants

Pre Raya GiveAway By Adam Faiz


Pre Raya GiveAway By Adam Faiz bermula pada hari ini,22 Julai 2013,iaitu tepat  jam 12.00 malam sehingga 12.00 malam,30 Julai 2013.Semua Dijemput join.

Syarat-syaratnya:
  1. Terbuka kepada semua blogger yang bermastautin di Malaysia sahaja
  2. Follow blog Adam Faiz,Add Google+AdamFaiz dan Like fanpage di sidebar
  3. Klik semua simbol-simbol ini sehinggah habis loading : ❤❤❤❤
  4. Wajib follow blog,like fanpage,dan klik iklan para sponsor
  5. Buat entri yang bertajuk "Pre Raya GiveAway By Adam Faiz"
  6. Copy Coding yang disediakan dan paste ke dalam ruangan HTML dan Publish entri
  7. Tinggalkan URL entri anda ke ruangan komen entri ini sahaja
Senarai Sponsor:
  1. TGLSC| Follow blog| like:
  2. LD| Follow blog|like:
  3. STL| Follow blog|Like:
  4. SG|Follow blog| Klik iklan: | Like:
  5. DNT|Like:
  6. NFHBG|Like:
  7. CAM|Like:
Senarai Hadiah:
  1. 1x Dress Tajaan NFHBG
  2. 1x Blouse Tajaan NFHBG
  3. 1x fishtail Dress Tajaan DNT
  4. 1x Tudung tajaan DNT
  5. 10x lipstik jenama MAC tajaan DNT
  6. 3x Kuih Raya tajaan DNT
  7. 1x Shawl tajaan SG
  8. 1x Inner Bunga tajaan SG
  9. 1x Shawl Marya tajaan STL
  10. 1x Shawl Safeeya Tajaan STL
  11. 1x Cotton Tote bag tajaan TGLSC
  12. 1x Cotton Wallet Tajaan TGLSC
  13. 2x Pre inked stamp keychain tajaan LD
  14. 2x Oreo Chocolate tajaan CAM
Pemilihan Pemenang:
  1. Peserta yang mematuhi syarat 1 hingga 7 di atas
  2. Top refferal  bakal memenangi Dress tajaan NFHBG
  3. Random.org
JOM SUPPORT ADAM FAIZ,JOIN GIVEAWAY NI DENGAN KLIK BANNER KAT ATAS

#busy

Friday, 19 July 2013

How to Save your Money Part 2

Assalamualaikum :)

Clean House
Sambil-sambil tengok Clean House aku taip entry ni. Part 1 dia kat sini *lalalala*. The thing is, bila aku tengok Clean House tu, dengan rumah orang tu yang amat bersepah sebelum direnovate buatkan aku sesak nafas. Selama ni kemas rumah sendiri hari hari pun dah tak daya je rasanya. Tapi nak buat camane? Rumah kita jugak. Mak cakap... rumah kena dikemas disapu divakum dimop hari-hari. Kalau takkk... jadi macam Clean House tu lah agaknya. Masa rumah diorang dah siap tu. Aku rasa nak menangis pun ada. Cantik giler. Sangat bersih dan kemas. Sebagai manusia yang tak suka dengan perkara yang terabur dan bersepah... kita kena rajin dan gigih mengemas! Kalau tak? Haaa... akan ada bunian datang turun dari langit untuk membersihkan rumah korang =.=


Cerita asal
Ehh berbalik kepada How to Save your Money part 2. Heaven yeah aku memang kena taip entry ni untuk mengingatkan diri aku sendiri. Kenapa? Sebab perbelanjaan aku sangat banyak. Memang ya, aku ada savings. Dan Alhamdulillahh... simpanan aku meningkat sejak tahun lepas. Tapi, oh btw, aku nak share sikit... aku ada catat semua perbelanjaan aku sejak aku further studies. Masalah terbesarnya ialah semakin hari semakin sesak nafas aku bila tengok perbelanjaan aku macam kereta Ferrari yang memecut di litar Formula 1 Sepang. Laju gila! Orang cakap... sebab living cost kat tempat aku tu memang tinggi. Yeke? Oh memanglaa.. Kalau nak dibandingkan universiti S dengan universiti K, memang perghh. Kat universiti K, kalau lunch sehari seringgit, kat universiti S sehari empat ringgit okey. Empat kali ganda! Mak abah aku pun ada gak la 2-3kali buat muka terkejut bila aku tunjukkan catatan perbelanjaan aku tu. Hmmm...

Aku sambung ye?

ENAM
Buatlah bisnes secara kecil-kecilan... Tak kisahlah apa pun. Sekarang ni, peluang banyak. Cuma nak taknak aje. Korang bleh buat bisnes printing, jual makanan keropok whatsoever, jual nota, jual kerongsang ke apa-apalahh. Duit yang korang dapat dari bisnes tu, jangan belanjakan. Simpan. Bleh buat simpanan masa akan datang, atau untuk sesuatu yang bersifat kecemasan. Duit modal tu memang simpanlah kan? Tapi untung tu? Eloknya disimpan dalam bank. And pastikan korang takde kad ATM untuk account tu. Biarlah diperam je duit tu. So, kalau ada untung lagi... simpan. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit... Kalau tak jadi bukit pun, maybe bleh jadi kereta Ferrari suatu hari nanti? Who knows!

TUJUH
The best part of being university student, akan ada banyak program yang dianjurkan oleh MPP, HEA, HEP dan macam-macam lagi. Diorang memang suka buat program ni sume. Senang cerita, korang join je. Dapat kawan baru, ilmu  bertambah, kupon sume dan yang paling penting makan pun free. Pasti akan ada rezeki untuk orang yang menuntut ilmu. Kau datang join program, niat nak tambah ilmu, kutip pengalaman... insyaALLAH rezeki pun datang. Ada apa-apa event, terus sign in nama. Jangan malas. Kalau malas, memang takdapat lahh. Hari tu kitorang dapat KFC ~_~

LAPAN
Part time job. Yang ni memang sangat membantu sebenarnya. Selain meringankan beban parents, sama jugak.. Kutip pengalaman, tambah ilmu. Kerja la apapun yang penting halal. Cari masa yang sesuai, seimbangkan dengan studies. Kebanyakan tempat yang perlukan part time worker sangat memahami. Dia akan tanya jadual kelas kita and kira gaji ikot jam yang korang kerja tu. Most of the students jadi cashier. Kalau taknak buat time belajar, bleh je keje waktu cuti sem. Tak semestinya kena keje kat mall, pasar, office whatsoever. Kat umah pun bleh what? Jadi freelancer. Tulis cerita kanak-kanak hantar kat mana-mana publications, jadi translator, jual lukisan. Oh macam-macam lagi. Kuncinya, nak dengan taknak je.

SEMBILAN
Tak perlu tambah nilai kredit telefon dengan sangat banyak. Maksud aku... jangan bazirkan duit dengan beli prepaid. Kalau guna postpaid taktau nak cakap la. Tapi, pengalaman aku dulu sangat membazir sebab aku tak perlu kisah nak beli prepaid pun. Tiap-tiap bulan bill datang. Tu je. Gunakan smartphone. For sure smartphone lebih jimat. Takpayah beli prepaid pun takpe. Bleh la sikit-sikit tapi kebanyakan orang guna smartphone je sekarang ni kan. Ada WhatsApp, WeChat dan macam-macam lagi yang aku taktau. Since aku tak guna smartphone. Sobs...
Yang ni je aku mampu X_X

SEPULUH
Jangan bagi barang kau hilang. Benda ni penting tau. Kalau hilang for sure kena beli baru. Kalau beli baru bleh pakai daun pokok belakang rumah ke? Heaven no! Mesti kena guna duit punya. Ada member aku ni cermin kereta pecah sebab ada budak sepak bola kena cermin dia. Tak memasal kan melayang empat ratus. Pastu, kalau hilang satu hal. Kalau rosak camane? Sama jugak. Either repair or get a new one... korang tetap kena keluarkan duit. Lain laaaa kalau ada warranty. Takpayah cakap ah.

SEBELAS
Ini juga penting. Sebelum beli sesuatu barang... especially kat Uptown lah. Jangan cepat sangat tertarik nak beli barang yang mula-mula korang tengok. Ce belek-belek kat kedai lain pulakk.. Mesti jumpa yang lagi murah. Penah sekali aku nak beli camping bag... mula-mula tu, ada yang 100 Litre RM180... ada yang RM200... Jalan sana jalan sini, selit situ selit sana... ada la jumpa 100 Litre RM140. Dalam entry yang lepas aku ada cerita betapa aku takpandai tawar-menawar...jadi, aku amek inisiatif untuk bawak geng yang pandai tawar-menawar. Baru rare! Siap ada agent membeli belah kauuu..

DUA BELAS
Memandangkan cuaca sekarang for sure panas. Aku nasihatkan korang bawak air kosong atau air masak yang korang masak sendiri tu. Ini mengelakkan korang beli air kat luar. Dah tengah panas tu mesti haus kan? Baik minum je air masak yang korang bawak. Kan jimat? Eh tapi, ini kalau bukan bulan puasa la. Kalau dah tengah Ramadhan al-Mubarak ni, air masak apekebendanya. Puasa la oi!

TIGA BELAS
Aku teringat kata-kata member aku ni. Kalau dah susah, buat cara hidup susah. Hehe. Betul cakap dia. Even kalau dah senang sangat pun... buat cara hidup sederhana. Kita taktau masa depan... Berjimat-cermat kan amalan mulia? Fast food tu bukannya elok sangat. Kalau yang bagus pun... Subway la kot. Bagi aku laa... Selain mengenyangkan dan menyihatkan... bleh jugak membantu diet aku. Tapi, takpayah la hari-hari nak makan Tutti Frutti. Yogurt tiga ringgit dua puluh sen pun okey what? Sentiasa ada alternatif. KFC? Alaa.. Ayam Uncle Bob kan ada? Haaa.. Nampak tak permainan dia? For me, part ni sentiasa susah sikit nak disiplinkan diri. Plus, mana ada fast food yang tak sedap? Sobs...

EMPAT BELAS
Berpada-pada la belanja weh. Perlu ke kau shopping ratus-ratus sehari guna duit parents kau? Kalau guna duit sendiri pun... berpada la sikit. Orang tamak ni selalu rugi. Kalau nak beli-belah tu... fikir 2-3kali. Do you NEED this one? Or that one? Kalau takperlu...buat apa beli? Buat semak almari je. Buat serabut rumah je. Bagi ruang untuk wardrobe dalam bilik tu bernafas. Aku rasa kalau benda tu bleh bercakap, dia dah mengamuk bila korang masukkan semua baju yang baru korang beli tu.

LIMA BELAS
Aku tahu, coklat tu pengubat stress yang terbaik. Tapi, tak perlu makan hari-hari. Lama-lama bleh menggemukkan. Memang sedap. Aku tahu. Tapi... buat limit laa. Let say ah korang dah berjaya mendapat A dalam recent test or quizzes. Pastu, lecturer puji lagi kann dapat markah tinggi untuk assignment. Why not celebrate? Kot-kot la hari tu birthday korang ke... pergilah makan besar untuk sehari. Lepastu? Jalani kehidupan seperti biasa. Aku tau korang ni sume princess. Tapi, berpada lah dalam belanja. Princess pun boleh bangkrup tahu?

ENAM BELAS
Most of students anggap weekend ni hari untuk bersuka-ria. Seingat aku masa kat University K, aku punya sukaria waktu tu RM50 je. Tapi sekarang.. ohmaigaaadddd! Tak sah kalau tak ratus-ratus. Dont do this at home kiddo! Weekends bukan hari untuk habiskan duit. Apa kata korang berehat je kat umah or kolej korang. Agak-agak nak tengok wayang... duduk depan laptop sambil tengok movie yang ada dalam external hard disk pun okey jugakk. Kalau nak popcorn..... apa kata gantikan dengan cracker je. Haaa... yang penting jimat kan? Tengok wayang ni hari-hari yang penting je. Macam Fast6 ke... Avengers ke... Despicable Me ke? Haaa.. yang tu takpe lah kalau nak kuar duit sikit pun. Har har har.

TUJUH BELAS
Kalau nak photostat apa-apa project work ke, assignment ke, nota ke... seeloknya, photostat reramai. Sebabnya bleh dapat murah lor. Kalau kau photostat sorang... dapat la harga 1 kertas seposen. Kalau semua classmates kau.... dapat la 1 kertas lima sen. Kan murah cenggitu? Haa... plus, dapat buat charity tolong orang photostat kan nota. Takpayahla nak berkira sangat kan?

LAPAN BELAS
Jangan buat hutang. The thing is, kalau nak ungkit pasal PTPTN kat sini, ceritanya satu je. Sila berusaha gigih dan study betul-betul untuk dapat first class degree. Bleh dapat free. Meanwhile, hutang yang aku maksudkan ialah dengan kawan-kawan. Takperlu lah kau berhutang ye sebabnya:

 " jiwa seorang muslim tergantung selama ada utangnya.” [Musnad Ahmad 2/440, dan dinyatakan shahih oleh al-Albani dalam Shahih at-Targhib no 1811]

Nanti, rasa tak tenang je. Orang yang berhutang kena bayar cepat-cepat dan orang yang bagi hutang kene catat segala hutang tu. Nanti kalau lupa nak bayar tak memasal je kene jawab kat alam barzakh, seksa pulak orang yang berhutang tu menanggung.

SEMBILAN BELAS
Jadi blogger pun bleh jugak. Blogger kan ada banyak giveaway. Bukan senang nak dapat hadiah free betul tak? Kalau ada orang buat contest, giveaway semua tu... join je laa. Bukan kena bayar pun. Lepas tu, dapat kenal blogger lain dan merapatkan ukhwah antara satu sama lain. Plus, ada churpchurp dengan nuffnang pun membantu jugak. Duit yang kita dapat tu pulak bergantung kepada viewers. Makin tinggi viewers, makin banyak la masyuuuuuuukkk.

DUA PULUH
Peruntukkan duit untuk bajet sebulan. Let say la sebulan RM400. Dua ratus untuk makan... dua ratus untuk keperluan lain. Pastu, katalah duit yang korang peruntukkan tu berbaki... apa lagi? Masuk tabunglaa. Puasa sunat Isnin Khamis pun amatlah digalakkan. Di samping dapat pahala...bleh jimat betul tak? Lagipun, puasa boleh melatih kita merasai kesusahan orang lain. Ada orang yang kurang bernasib baik berbanding kita kat luar sana tu. Diorang mungkin tak makan dan terpaksa berlapar dua hari. Sedang kita? Makan tak ingat dunia. Sampai enam kali sehari. Hmmm... renung-renungkanlah

Alhamdulillah... akhirnya dapat jugak aku mencoret coret entry ni. Dah lama sangat busy tak sempat nak update and berkongsi dengan uolss semua. "Finally" sangat *rollin eyes* Okeylah. Time to go, see u later alligators. Aku kena perah otak nak masak apa untuk berbuka puasa. Kang petang nanti takde la pening sangat nak beli bahannya. Adios amigos!

Tuesday, 16 July 2013

Antara Dua Darjat

Assalamualaikum

#RandomThought






Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu

Kenapa Perempuan Suka Korean Dramas?

Assalamualaikum...

Ehem, by the way... lelaki pun suka jugak tengok Korean Dramas. Kenapa aku cakap camtu? Hello, sape yang ajar aku tengok citer korea? Tak lain tak bukan ialah warga lelaki =.= Along Daus yang ajar. Lagu-lagu Korea, We Got Married bagai. Sape yang ajar? Ye, si Along yang jadi kepala. Aku ni dengan hati yang kudus layankan je lahh cerita-cerita sedemikian rupa.


Ingat lagi tak cerita Sassy Girl Chun Hyang? Ye, aku tau drama tu dah lama. Tapi best kot. Best sangat. Dan pada 2013 ni, aku kembali menontonnye pun. Insan yang paling pangkah cerita korea pulak tu kann. Aku pun tak tahu lah kenapa orang suka tengok cerita korea. Most of them tu fake kot. Haha. Lumrah manusia, suka yang cantik. Pada aku, apa nak nilai luaran orang. Asalkan hidup mewah tanpa berhutang, hati bersih tak lupa sembahyang. Eceh. Keluar lirik lagu lak mukaddimahnye.

Sebenarnya, agak pelik untuk aku taip entry ni. Kenapa? Aku tak suka doww. Aku pernah cuba untuk suka. Aku tengok tengok tengok dan tengok. Tapi, akhirnya aku kecundang. Dan terus off laptop aku. Takde satu pun cerita korea yang boleh buat aku melekat sampai habis kecuali, Sassy Girl Chun Hyang. Huhh, sampai keluar air mata macho aku. =.=" Citer ni memang puaka dan berhantu sebab berjaya buat aku fall for it till the end. First time aku tengok cerita tu, 4 tahun lepas. Dan sampai sekarang masih terkesan kat hati aku. Tsk tsk!

Berbalik kepada tajuk entry. Haaa kauuu. Mukaddimahnye pun dah sampai tiga perenggan. Apecer ni? =.=


PERTAMA
Hero dan heroin yang cun melecun. Now tell me, sape tak suka perempuan cantik dan lelaki kacak? *Krikk.. krikkk* Sumpah takde sape yang menyampah. Lumrah dunia laa suka benda-benda cantik kan? Orang cantik apatah lagi. Terus jatuh cinta. Hampir semua orang adore Zayn Malik, Lee Min Ho, Ian Somerhalder. Siap ngaku jadi gurlfren diorang lagi. Kalau bleh, malam-malam tu nak berangan kahwin dengan Lee Min Ho dulu baru bleh tido. Sekarang, ce gtau aku sape yang berangan-angan nak jadi isteri Psy? Dia femes gak what... kaya lagi. Baru-baru ni ade perform kat Penang. Kenapa? Kenapa takde?



KEDUA
Jalan cerita yang pendek dan padat. Dia takde meleret-leret sampai 8 seasons. Paling banyak pun, 20 episod je. Takmacam sinetron indonesia yang beratus-ratus episod. Juga tak sama macam telenovela filipina dan latin. Dan yang paling penting, tak macam drama swasta melayu yang memakan masa sebulan-dua bulan. Kire kalau marathon, sehari bleh habis la. Itupun kene korban waktu study la. Kau duduk je tengok citer tu tak buat benda lain. Berhenti untuk solat je. Pastu makan maggi depan skrin =.=


KETIGA
Hero dia mesti lah memainkan peranan sehabis baik bagi mendapatkan komen 'Awww so sweet'. Mengikut kajian yang sahih lagi benar, industri perfileman korea buat drama, buat movie based on apa yang penonton nak. So, akan ada survey macam apa ciri-ciri lelaki idaman perempuan... So, nanti dia akan buat watak lelaki tu pakej lengkap sebagai hero idaman gadis gadis. Tak macam cerita Melayu, yang tak habis habis menayangkan ego si lelaki. Dan cerita Indonesia yang asyik percaya kan perempuan yang jahat. Serta, hero hindustan yang asyik kena belasah sebab tak cukup kaya dan tak layak untuk perempuan tu.

KEEMPAT
Heroin mereka sangatlah tabah dan gigih! Macam superwoman gitu. Jarang cerita korea yang heroin dia nangis lembik je sambil menjerit jerit panggil pari-pari. Heroin cerita korea jugak, disamping comel dan melecun... mereka sangat pandai berdikari. Kau tengok citer My girl, My Love Patzzi, Sassy Girl Chun Hyang. Even ada jugak heroin yang menyamar jadi lelaki dan menjadi amat kacak sekali =.= Dont do that at home ye kids. Diorang takde la asyik kene dera je macam sinetron. Maka, menjadi satu lagi alasan tambahan on why gurls suka tengok korean dramas. Betul tak?

KELIMA
Lagu soundtrack yang amatlah sedap. Contohnya macam soundtrack Sassy Girl, Autumn In My Heart, Winter Sonata and My Love Patzzi. K, kalau korang rasa contoh2 yang aku bagi ni sangatlah old skool, ketahuilah anda semua aku taklayan drama korea. Satu-satunya drama yang berjaya ditonton dari episod pertama hingga akhir hanyalah Sassy Girl. Sedih tak cerita aku ni? Haaa... kan? Kalau cerita Hindustan, ramai yang suka gak lagu-lagunya. Tapi, kebanyakan orang tak suka tgk acara tarian cerita Hindustan. Manakala cerita korea, takde tarian sewaktu lagu soundtrack. Yang ada cuma time diorang perform je.

Maka, akhir kata... ini sahajalah yang mampu kukongsikann... Dah lama sangat peram entry ni. Busy tak hengaaaat kauuu. Entry ni sebenarnya untuk Munirah. Dia yang tanya. So, ade lahh aku buat research dalam kebizian aku. Ehemm.

Brave punya pasal

Hello ladies. And mummas.

Aku tengah tengok Brave. Kat Fox Movies. Hmm.
Kebetulan pagi tadi mak telefon. Emm.
Just nak tanya satu benda je.

"Sihat ke? Dah lama tak telefon. Busy ke?"

Sebagaimana people surrounding aku selalu telefon mak theyolls... And that's not me.
Sejak zaman sekolah lagi macamtu. Kekadang mak kena pesan kat mak Juma, suh mak Juma cakap kat Juma, suh Juma cakap kat aku, yang mak suh aku tepon dia.  

Kalau mengkome suka dengar radio, mesti ada dengar Fadzilah Kamsah cakap: Kalau seorang ibu tu rindukan anak dia sebab anak dia tak telefon dia, dan ibu dia pulak yang kena call anak dia... Maka, derhaka la anak dia. 

The thing is, once kalau iklan tu on air, masa aku tengah drive, automatically aku akan tanya mak kat sebelah. 

"Mak, mak terasa ke kalau org selalu tak telefon?"
"Huh? Takdelaa," jawab mak aku.

Memang mak aku ni species rare tau tak. Heh, tengokla anak dia. 
Mak aku bukan jenis yang mudah nangis.
Aku terlalu sibuk growing up.
Sampai aku terlupa mak aku juga tengah growing older.




Kita menjadi manusia hebat hanya kerana doa ibu bapa kita.
Tanpa doa mereka, kita bukan siapa-siapa.