Apa? Apa? Tak ngaku? Sudahlah. Kalau sedekah kat masjid kurang dari RM10, takpayah nak ngaku korang tu pemurah. HAHA. The thing is, dalam naluri setiap manusia, memang ada sedikit rasa materialistik, mata duitan, dan asyik fikir pasal duit, duit, duit saja. Atau harta. Atau gadget. Atau pangkat. Atau apa-apa saja. Duniawi je semua tu.
Actually, definisi materialistik dan mata duitan ni luas. Kalau nak berbicara pasal mata duitan dengan materialistik, memang aku kene buat novel ah camni. Aku ni sebenarnya mengantok. Tapi, mata takbleh nak pejam pulekk. Plus dengan aircond ni sume. Memang akan jadi super duper nak tdo tapi takbleh sebab serba salah dengan assignment =.=
Jadi, nasihat pertama : berjimatlah. Kalau kau taknak hidup kais pagi makan McD, kais petang makan kenny rogers. Eh? Tapi, ayam McD memang sedap. Lagi-lagi yang original. Secantik-cantik gambar yang diedit, cantik lagi gambar yang original. Oh, apa kena mengena ayam McD dengan gambar? Entah. Feel mengantuk overboard. Tu yang melalut cenggini.
So, mari kita fokuskan kepada tajuk yang aku war-warkan sebentar tadi. Suka aku ceritakan permulaan kesedaran aku terhadap kepentingan savings. Masa lepas SPM tu... amat berbahagia la jugak. Jadi, aku pun start keje, cari duit sendiri (poyos)... Hmm, orang yang takpernah keje teruk. Mana tahan. Boleh dikatakan pengalaman bekerja aku banyak ranjaunya. Dalam sebulan, 3kali aku tukar tempat keje. Ehh, bukan salah aku tau semua tu. Parents iolss yang suh iolss behenti keje. Taktahan melihat penderitaan gua agaknya. Sobs.
Pastu, kene sambung study balik. Aku pun taktau apa yang membuatkan aku prejudis terhadap negeri Kedah. Sehingga akhirnya, aku tercampak ke Kedah. Huwaa. Biase la tu kan? Yang taksuka tu laaa kita akan dapat. Cehh. Jadi, gempaknya during foundation in Kedah, while waiting for allowance... aku ada masalah duit. Sebulan pertama aku habiskan RM632.90. Hamekk kau. Aku catat setiap sen okeyhhh. Dan kat sini, aku figure out yang aku habiskan duit untuk beli makanan. Dan buku. Standard ah buku-buku untuk course aku memang mahal. Mungkin aku takreti nak cari buku-buku secondhand dan tak reti nak differentiate benda penting dan tak penting.
Masa tu, aku dah start gelabah. Yelaaa. 1 sem plus minus ade 5 bulan. Makna katanya, 5 bulan darab RM632.90 tu jadinyaa dalam RM3164.50. Gilosss. Mana aku nak cekau duit banyak tu? Masa tu, aku dah rasa macam awan mendung berarak kat atas kepala aku. Hujan dengan guruh dentum dentam siap dah jadi background fikiran aku masa tu. Aku siap fikir yang aku kene makan popiah 3 seringgit je tiap-tiap hari. Banyak benda yang aku fikir masa tu. Ingat senang ke nak dapatkan seketul duit? Aku terfikir gak la nak buat bisnes kecil-kecilan. Keje part time laa... macam-macam demi seketul duit. Taknak la mengharap mak ngan abah aje. Aku pun tadah tangan meminta dari yang maha pemurah.
Cara-cara untuk menjimatkan perbelanjaan anda.
SATU
Kahwin dengan lelaki kaya. Supaya dia akan sponsor perbelanjaan anda dan anda pun takperlu berbelanja. Okey yang ni memang gila kentangg! Takkan nak buat iklan letak kat newspapers promote diri bagai. So that lelaki kaya akan perasankan kau lalu masuk minang tanpa ragu-ragu. Harharhar. Next!
DUA
Seringgit sehari untuk makan. Sebagai manusia, memang susah untuk melakukan ini. Tapi, percayalah...kadang-kadang lebih baik berlapar daripada dikelilingi hutang. Boleh juga berpuasa selang sehari. Kalau tak mampu, isnin khamis. Bukanlah maksud aku kat sini hari-hari kene belanja seringgit je. Tapi, make sure dalam seminggu tu... ada 1-2 hari yang korang belanja seringgit je atau tak belanja langsung. Makin lama, korang makin pandai bajet harga makanan untuk sehari.
Pengalaman aku sebagai student, memang selalu dapat makanan free. Alhamdulillahh...
TIGA
Tawar-menawar. Bab ini adalah bab yang paling aku tak pro. Aku memang tak reti. Kalau orang tu kata RM75 tunai, maka dengan harga itu lah aku akan bayar. Lainlah macam mak aku tu. RM75 pun dia bleh tawar sampai jatuh jadi RM40. =.= Tapi, itulah yang bagusnya. Bayangkan kalau kauorang beli tudung harga RM6. Sementara kawan kau dapat beli dua tudung dengan harga yang sama. Nampak permainan dia? Jimat woo. Next!
Bijak cari rejects item. Contohnya macam tempat beli dan belah seperti Reject Shop. Aku bleh dapat vest RM60 dengang harga RM14. Aku pernah beli kemeja RM49.90 dengan harga RM25. Tudung bawal sekadar RM6 sehelai tu takde hal lah. reject items ni bukannya teruk sangat pun. Kadang tu sebab tak menepati kualiti jenama tu. So, diorang taknak ah jual. Kang apa pulak kata customers. Customers always Right. Remember? =.=
LIMA
Makan ramai-ramai. The thing is, kalau nak keluar makan tu, janganla pegi sorang-sorang. Kalau bleh, ajak reramai. selain merapatkan ukhwah, boleh la anda merasa menu yang diorder oleh orang lain. Kehkehkeh
Okeylah. Stop sampai sini dulu.
Nantikan next episode dalam rancangan yang sama, 'Doktor Duit' di saluran yang sama pada waktu yang sama.
Kbai
No comments:
Post a Comment