Showing posts with label tribute. Show all posts
Showing posts with label tribute. Show all posts

Thursday, 3 July 2014

Bukan Transformers: Age of Extinction

Hai. Assalamualaikum semua. 

Mukaddimah
Dah lama tak menaip kat sini. Ni pun aku mengantuk gila pergi tengok cerita Transformers semalam. Penat jugak berlawan dengan jadah Lockdown tu. Galvatron tak Galvatronnye lagi. Cuma aku vengang bila Megatron pegi cenggitu je. Jadi, boleh tak aku tidur sekarang? Aku bagi Ayu menaip kat sini. Perempuan ni pun satu laa haiih. Aku suruh dia tulis blog, dia taknak. Pastu menempel kat blog aku ni. Apa cerita ni apa cerita? Okey. Please. Bagi aku tidur.



Ni cerita Ayu
Assalamualaikum. Hai semua. Biarkan la si Chillax tu tidur. Siapa suruh tengok Transformers time midnite. Confirm habis lewat. Pastu nak kene sahur apa sume tunggu subuh. Ni baru boleh tidur, ye dok. Biaq pi kat dia la nohh. Ayu sebenarnya. Suka kat someone ni. Lepastu dia memang baik, Ayu suka kat dia. Okey, berapa kali Ayu kena cakap yang Ayu suka dia? Lama betul Ayu suka dia. Since 2012. Dah nak dekat dua tahun. Tapi, Ayu takyakin dengan diri Ayu. I mean, yes, he's so kind towards me. But then, he could act like 'just being nice' lagipun Ayu kan human being. Takkan dia nak treat Ayu macam Megatron. Duhh.



Ayu memang suka rasa cenggini. Allah, I love him so much. Dia memang banyak kali cakap 'I love you' dekat Ayu. Tapi, korang tau je lah kan. Guys. I love you tu macam expression 'weh, jom tengok bola' bagi lelaki. Nothing special bout those words. Semua orang dia boleh cakap I love you. Family, friends, jiran, lecturers, peniaga gerai makan, peniaga gerai baju, gerai buah buahan, cashier KFC, bartender, barista, chef, semua. Semua diorang boleh express 'I love you'. Demmit.



Tapi, bila Ayu tengok cermin, Ayu rasa macam I'm not good enough for him. Ayu ni dahlah pendek. Hitam. Gemok. Lepastu jalan terkedek-kedek. Takmacam Chillax tu. Dia memang anggun cantik lagi menawan. (Ni Chillax yang suruh tulis T.T) Hmm, jadi macamana Ayu nak yakin dengan diri Ayu when there's a lot beautiful girls out there. *Nangis* Lepastu, people sekarang kan terlalu memandang rupa, harta dan keturunan. Kalau keturunan kerabat diraja ke, mixblood ke, semua orang suka. Lepastu kalau harta berkepuk-kepuk duit banyak, semua suka. Then, kalau muka cantik licin flawless, semua orang suka.

So, Ayu rasa better Ayu keep myself away from him. Chillax dah bangun lagipun. Dia tidur sekejap je.

Pendapat aku
Okey korang. Kalau nak tau lebih lanjut cerita si Ayu ni... just bagitau aku. Nanti aku panggil Ayu untuk bercerita lagi. Cuma aku just rasa yang Ayu sepatutnya cari lelaki yang macam didescribekan oleh John Legend. Tapi, memanglah susah. Since, realitynya people sangat selective. Yakinlah. Tak mustahil. There's somebody out there yang willing to accept our flaws.

John Legend - All of Me

What would I do without your smart mouth?

Drawing me in, and you kicking me out
You've got my head spinning, no kidding, I can't pin you down
What's going on in that beautiful mind
I'm on your magical mystery ride
And I'm so dizzy, don't know what hit me, but I'll be alright

My head's under water
But I'm breathing fine
You're crazy and I'm out of my mind

'Cause all of me
Loves all of you
Love your curves and all your edges
All your perfect imperfections
Give your all to me
I'll give my all to you
You're my end and my beginning
Even when I lose I'm winning
'Cause I give you all of me
And you give me all of you


How many times do I have to tell you


Even when you're crying you're beautiful too

The world is beating you down, I'm around through every mood

You're my downfall, you're my muse

My worst distraction, my rhythm and blues

I can't stop singing, it's ringing, in my head for you




Give me all of you



Cards on the table, we're both showing hearts


Risking it all, though it's hard


#updated: Ayu dah move on

Saturday, 31 August 2013

Edisi Khas Merdeka: Tanah Tumpahnya Darahku

Assalamualaikum~

Mukaddimah.
This is tanggal 31 yang special. Yang disambut meriah oleh warga Malaysia. Bukan 31 Mei. Bukan 31 Mac. Tapi ini 31 Ogos. Hari kebangsaan Malaysia. Time cenggini laa Petronas kuarkan iklan yang best best yang menyentuh perasaan gitu. Time cenggini laa orang duk sibuk kibarkan jalur gemilang. Time cenggini la penuh drama dan movie pasal Merdeka.



Jadi, aku mengambil kesempatan ini untuk mengadakan interview secara tak rasmi bagi mendapatkan pandangan atau perspektif merdeka dari anak muda. *Ehemm muda lagi*

Soalan aku: Apa makna merdeka bagi anda?



#Red 
Sejak tak sekolah dan tak ada Minggu Kemerdekaan saya tidak lagi merasakan semangat kemerdekaan. Maafkan saya. Saya hanya jujur.

#Wansuden
Bagi gua merdeka ni adalah kebebasan dari segi mental dan fizikal dan tidak melanggar hukum syarak.

#Syuk
Merdeka bagi saya bermaksud bebas dari ancaman musuh luar yang pada zaman dulu, negara kita diancam musur dari Portugis, Jepun dan lain lain.

#Zaidan
Makna merdeka umumnya bebas, merujuk kepada kebebasan daripada cengkaman penjajah dan boleh hidup aman damai dan harmoni dan bagi skop pada diri masing-masing, merdeka daripada anasir-anasir jahat yang boleh merosakkan diri kita... salam merdeka semua.



#Madihah
Kemerdekaan ni terbahagi kepada banyak cabang, merdeka dari segi nafsu, dari segi masalah dan so on... Tapi sekarang, fokus on merdeka dalam konteks negara kan... Merdeka boleh diertikan sebagai kebebasan kita daripada kuasa penjajah.

#Zahidan
Bebas dari penjajahan dari sudut fizikal, mental, spiritual dan pengaruh luar yang mengubah jati diri bangsa.

#NurFitri
Merdeka bagi saya dapat bersama dengan yang tersayang tanpa ada perasaan takot. Merdeka bererti bebas dari apa jua ketakutan dan bebas melakukan apa saja. Btw, aku sayang mak dan adik aku.

#IzmerShafiq
Makna merdeka bagi saya kita bebas dari kezaliman FAM. Kikikikiki :P

#ZettyFaizura
Merdeka? Free? Free from corruption! But then, we're not free from it... *Random opinion

#Farie
Bebas daripada penjajah dan daripada terus dijajah.



#Myza
Merdeka, negara kita aman, dapat duduk dengan selesa without gangguan orang lain.

#MynaLyna
Satu pembebasan dari segi fizikal dan mental.

#Ummi Zainal
Makna merdeka adalah bebas... bukan dari penjajah jer tapi dari segala anasir luar. Walaupun kadang-kadang hati kita, diri kita masih dijajah oleh perasaan. Kite mesti lawan dan cuba menjadi diri kita yang terbaik.

#Sabrina
Merdeka ialah hari bersejarah di mana Malaysia yang dulunya dijajah sekarang bebas.

#Amin Abdullah
Kebebasan. Physically and mentally, kebebasan dari pelbagai sudut. Pentadbiran negara khususnya. Sebagai rakyat yang merdeka, kita patut rasa bersyukur dengan keamanan dan kebebasan yang dikurniakan oleh-Nya.

#Amirah Azize
Free atau bebas. Negara kita sendiri telah bebas dan telah berdiri di atas kaki sendiri untuk mentadbir negara setelah bebas dari ancaman orang asing on the other word, new country are born :)



#Zairil Azhar
Merdeka ni merupakan satu kehidupan yang bebas daripada segala beban dan kita berjaya meraih hak-hak yang kita inginkan. Yakni, kebebasan mental, fizikal dan spiritual.

#NorSharulAtikah
Merdeka ialah bebas dari penjajahan. Sama ada penjajahan negara ataupun minda kita sendiri.

#Ati
Kebebasan untuk mencorak kehidupan sendiri dari segi ekonomi, politik dan sosial. Bebas daripada penjajah.

#Aqilah Hamzah
Bebas dari penjajahan dari segi mentaliti, cara hidup, budaya dan segala aspek kehidupan

#NoraShikin
Merdeka to me is too subjective! Tak semestinya bebas daripada penjajah je. Well, kita kenalah jugak merdeka daripada typical mentalities yang tak boleh tengok orang lain lebih sikit. Apa salahnya merdekakan mentaliti untuk bersaing secara sihat. Jangan mudah berpuas hati dengan apa yang kita ada and jangan suka sangat pandang rendah atas kejayaan orang lain. Take it as a challenge.

#Qila Zainal
Merdeka tu bila kita bebas ada kereta tapi perlu ikut had laju. Bila manusia bebas merokok tapi ada tempat-tempat yang terlarang. Contohnya, sekolah. Means macam merdeka ni bebas. Tapi, kebebasan yang ada hadnya. In which the limit will determine the peace of the country. Ada orang kata merdeka tu bebas. Habis tu? bebas segala-gala ke? Tak jugak. Allah bagi kita hal untuk hidup. Tapi at the same time ada limit, ada larangan. Semua tu untuk kenaikan kita.



#Syaza Soraya
Merdeka adalah kebebasan. Kebebasan dari segenap aspek... Tingkah laku, perkataan dan setiap apa yang kita lakukan. Untuk sebuah kemerdekaan, tak kiralah dari aspek mana sekalipun..perjuangan perlu ada. Kalau tak rasa perit atau salah dan tiada niat untuk memperjuangkan kebenaran... Maka tiada lah timeline kemerdekaan. Kerana perjuangan dan kesedaranlah, kemerdekaan akan hadir.

#Siti Aisyah
Merdekanya negara bila mentaliti dan sikap rakyat dah tiptop. Contoh bila guna public toilet, flush jaga kebersihan. Dan bawa kereta pun boleh leklok takdak pentingkan diri.

#Afiq Anuar
Merdeka ni abstrak...bukan sekadar merdeka daripada penjajahan. Tapi, pemikiran seseorang pun harus merdeka. Pemikiran yang tidak dipengaruhi adalah sesuatu yang berharga.

#AsyrafCM
Kebebasan dari penjajah. Berkuasa memerintah negara sendiri tanpa campur tangan kuasa asing.

#Azzam
1. Bebas membuat keputusan sendiri
2. Bebas bergerak ke mana sahaja
3. Pendirian/iman/semangat yang kuat dan mampu mengubah apa sahaja.

#Ahmad NurFirhad
Bebas dari penjajah, bebas dari belenggu kemiskinan, bebas dari kesengsaraan hidup.



#Umi Fatonah
Merdeka adalah bebas. Freedom. Bebas dari negara kita dijajah, bebas dari sebarang ancaman buruk, bebas dari jiwa dibelenggu kejahilan, merdeka juga membawa kita erti sebuah pengorbanan, harta jiwa dan raga demi melihat kejayaan sendiri, anak cucu cicit, bangsa, agama dan negara.

#Najmin Shahnaz
Maybe a greenlight untuk kita hidup bermasyarakat, pelbagai kaum. Bagi kedudukan yang sama.

#Aerill Hassan
Merdeka secara keseluruhan. Dari pemikiran. Dari kehidupan dan juga still berpegang pada agama.

#Faeeqah Auji
Bebas dari segala penjajahan anasir luar dan juga mengingati pengorbanan pejuang-pejuang tanah Melayu.

#Arsyad Rashid
Aman. Damai. Bebas. Tenang. Pelangi. Permata. Jernih. Senyum. Gembira. Cantik. Bunga. Syurga Allah. Rahmat Allah.

#Zaid Rozali
Dalam konteks sekarang ni merdeka kita haruslah diaplikasikan dalam kehidupan kita seperti cara pemikiran kita, cara hidup kita, pemikiran kita haruslah bersifat terbuka, seperti kebebasan untuk bersuara agar diterima pendapat dalam konteks kerajaan Malaysia. Cara hidup kita juga seperti menjaga kebersihan awam juga seharusnya sudah 'merdeka', maksud merdeka di sini bertanggungjawab. Merdeka bukanlah hanya mengibar bendera semata-mata, tetapi ia lebih daripada itu, ia lebih kepada our mentality and our lifestyle.



#Assura
Kebebasan bersuara, berkomunikasi, bersatu pelbagai kaum dengan bebas, nikmat kebebasan sepenuhnya, hidup bermasyarakat yang bebas dan aman. Semangat perjuangan dan mempertahankan negara oleh pejuang-pejuang dahulu.

#Nana Al-Yahya
Bebas daripada segala anasir tidak baik... Kebebasan secara menyeluruh daripada segi mental mahupun fizikal.

#Syuhada Yusof
Merdeka bererti bebas. Suatu titik noktah satu perjuangan. Harus seiring jiwa dan minda yang merdeka. Di Malaysia ni kita patut bersyukur dapat sambut merdeka. Terasa kehangatan patriotisme tu, merdeka daripada dijajah... Sedangkan di Mesir, mereka sedang berjuang bermatian nak tegakkan Islam. So, persoalannya, merdekakah kita? Merdeka megah dengan laungan. Tapi minda rakyat masih belum merdeka. Jom tanya diri kita, merdekakah minda kita? Kalau merdeka, kenapa tiap-tiap hari kadar jenayah semakin meningkat? Kenapa kes-kes pembuangan bayi saban hari meningkat? Remaja-remaja kini ikut budaya-budaya barat. Dengan pergaulan bebas, hiburan yang melalaikan... kanak-kanak lagi dah diajar menyanyi, menari bukannya diajar dengan didikan agama yang sempurna. Kena faham betul-betul erti merdeka yang sebenar.

#Ehsan Zolkifly
Merdeka dari segi segala aspek, I mean merdeka dari cengkaman paksaan segala benda. We are democratically free. Tak tersangkut pada mana-mana cengkaman parti politik.

Konklusi
Terlalu banyak erti merdeka. Setiap orang mempunyai tafsiran yang berlainan. Sebagai seorang aku, merdeka itu datangnya dari perjuangan. Di sebalik kesenangan, pasti ada kesusahan. Tanpa perjuangan dan penderitaan dalam mengecapi kemerdekaan tanah tumpahnya darah kita, kita takkan senang-senang lepak depan tv, kita takkan happily membalas WhatsApp dan WeChat guna phonetaksmart.

Boleh bayangkan tak kalau hidup kita sekarang ni dalam keadaan darurat macam zaman komunis dulu? Ce imagine... nak kuar tengok bunga api dari rumah sendiri pun takboleh. Apatah lagi nak ke konsert Ambang Kemerdekaan bagai. Kehkehkeh. Apa yang pasti, setiap kali malam Merdeka, aku akan celebrate dengan family... kat rumah tanpa ada sekelumit pun rasa takut akan ancaman penjajah. Syukur ke hadrat Illahi atas kurniaan 56tahun kemerdekaan. Alhamdulillah thumma alhamdulillah.

Cukuplah setakat ini. Kita sambung Edisi Khas Merdeka 2 pada tahun hadapan insyaALLAH. Hehe.

*Al-Fatihah buat pejuang-pejuang tanah tumpahnya darahku*

Monday, 31 December 2012

Jasmine, I owe you this one!


Sorry sebab lambat. Kinda busy dengan assignment!





Jaga diri baik-baik
Tahun depan dah 20!
May ALLAH bless you always

Wednesday, 18 July 2012

Happy 20th Wedding Anniversary to Mak and Abah

Assalamualaikum.

As usual, mak and abah sooo bizi sampai masing-masing terlupa anniversary diorang. Kemon la mak, kemon la abah. Dah 20 tahun kot!

As the eldest, aku rasa bertanggungjawab untuk ingatkan parents aku bahawasanya usia perkahwinan mereka dah menginjak ke angka 20. Kalau spesies kita ni, umur 20 kire cam dah matang la. Teenager no more. Mengulas lebih lanjut mengenai anniversary mereka, Abah dengan muka macho berkata 'Ala, everyday is our anniversaries, setiap hari ada cerita. Tak semestinya perlu ingat 12 July je' Eceh. Nak cover la tu. Mak pulak seperti biasa. Tiap-tiap tahun akan cakap 'Yeke? Mak lupa laa' HAHA.



K, parents aku memang sempoi.

Abah jumpa mak masa tahun 1991. Masa tu, mana ada berbalas-balas sms cam kite ni. Kalau telefon, mak ooii bil melambung tinggi ke awan. Cuba lah korang kira kalau bil tu bleh buat makan KFC 27 kali. So, diorang balas-balas surat. Tak silap aku, at first, abah nampak gambar mak kat album kawan dia. Kawan dia, bau-bau bacang dengan mak aku. Then, abah pun buat first move, minta alamat kat kawan dia... Yeah! that's my abah. Bukan stay diam buat tak tahu.

Abah hantar surat. Dia tulis bla. bla. bla. bla. Aku pun tak tau dia tulis apa. Sebab... pernah sekali je aku nampak surat-surat zaman mak abah bercinta. Aku nakkkkk sangat baca. Tapi, diorang tak bagi lah pulak. Sobs. At that time aku sekolah rendah lagi kot. Pastu, tak jumpe dah. Abah cakap, at the very first letter abah tulis. 'Kalau nak berkenalan, balas surat ni. Kalau taknak, sudah' Aku rasa macam... what the heck? Abah cakap camtu? Kahkahkah.

K, parents aku memang sempoi.

Beratus-ratus surat telah terutus. Feedback from each other. Zaman abah kene pegi overseas pun abah tak henti-henti pos surat. Korea, New Zealand, Australia, Taiwan. Sampai kan orang kat office mak bising and pelik kenapa mak dapat surat dari luar negara. Lain-lain negara lak tu. Sekejap kat Korea, sekejap kat New Zealand, sekejap kat Australia. Abah cakap, mak ade banyak boyfriends laa. Setiap negara ada. Cehh. Padahal dia aje yang hantar surat tu.
#updated: Aku dah baca surat surat cinta Abah kepada Mak. HAHA

K, parents aku memang sempoi.

Then, step seterusnya mak dengan abah bawak g jumpa parents masing-masing la. Yes. Quite kelakar kat situ. Kat pihak abah, mak sangat diterima dengan hati yang terbuka. Well well well. tengok ar mak sape kan. *Muka bangga* It isnt easy peasy things. Mak from Perak. Abah from Kelantan. Different land, different culture. Different background. Usually, Kelantan will always choose Kelantan. At that time la. Kenapa? Sebab... adik beradik abah aku semuanya kawen dengan orang Kelantan. Kecuali abah aku la. Dah dia pilih mak aku. I've always wondering how two different people could live together happily ever after. Abah said, easy. Persefahaman. Kat pihak mak, jenuh gak laa abah kene sesi soal jawab bersama atok. Dah Atok duk claims pasal anak kesayangan dia. terjamin ke tak hidupnya nanti. Aku harap Abah tak tanya killer questions kat future husband aku. Eh?

K, parents aku memang sempoi.

Lepastu, tanggal 12 July 1992, diorang pun selamat dinikahkan. Dan aku lahir approximately setahun kemudian. Takpernah sekali pun aku tengok diorang bergaduh pasal balik kampung mana. Turn balik kampung? Lagi lah takde. Yang ada... scene abah nak balik kampung mak, mak nak balik kampung abah. Aneh-aneh aje la diorang nih. Mak aku suka balik kampung jauh-jauh. Meanwhile abah suka suasana meriah raya kat kampung mak. So, takde isu gaduh nak balik kampung pun.

K, parents aku memang sempoi.

Sehingga tahun 2001. 3 July telah mencatatkan kelahiran adik perempuan aku. And next 9 years later, adik lelaki aku lahir on 17 March 2010. They are sooo sweet. I love them both. Jatuh sakit, sihat walafiat, suka duka, senang susah... semua diorang hadap sama-sama. Gaduh? Biase la tu kan. Tapi, takde la sampai berhari-hari. Paling lama pun sejam kot? HAHA. Parents aku dua-dua pandai masak and selalu masak berdua kat dapur. We all adik-beradik, tengok je la. Bila parents kitorang takde baru kitorang masak.

K, parents aku memang sempoi.

The best things about marriage, we share everything, two different people from different background live together happily ever after. Since sharing is loving, sharing is caring. Jadi, kau jangan tanya la kan kenapa mak abah aku kadang-kadang makan pun nak share. Makan sama-sama. Dalam pinggan yang sama. Camane kalau takcukup? Order lagi, Tapi, nak aje dalam pinggan yang sama jugak. HAHA. Favourite colour pun sama. Jadi, jangan tanya lah ye kenapa umah aku banyak kaler hijau. Dan tak lupa, muka diorang pun nak dekat sama. Jadi, mohon jangan tanya kenapa muka aku sama dengan mak, and in the meantime sama dengan abah jugak. Please ah jangan tuduh parents aku kawen adik-beradik.

See, sempoinye lah parents aku. Takdenye celebration bla bla bla. Diorang cakap, hari-hari celebrate. The best part, diorang taktau yang they would be a surprise for them from us adik-beradik. We siblings memang banyak kezutan. :p

And it's all about 17 July

Assalamualaikum readers, chillers, die-hard keyboard warrior.

Happy Birthday to you...
Happy Birthday to you...
Happy Birthday to Miss Chillax
Happy Birthday to you...
Dah genap setahun blog ni. 17 July 2011-17 July 2012.



Achievement
Pageviews : 7246
Posts : 65
Followers : 456
Alhamdulillah. Masih hensem bernafas.

Bermula dengan silent reader, meningkat kepada the invention of this blog, this Miss Chillax. Bermula dengan kehadiran Kurosaki Ichigo. Ohh, by the way, Kurosaki Ichigo adalah nama kepada laptop aku. ~_~ Bermula dengan provokasi Fitri, dan bimbingan Munirah serta Nana. Yeah. Thanks to all of you.

Aku dengar cerita ada orang buat muka bebal sebab aku tak update. Pada ulangtahun kelahirannya yang pertama jugak, Hafidz, bising-bising dan buat muka bebal sebab aku tak hupdate. Nasib baik Syafiq yang rajin baca tak komen apa-apa. Thanks you guys.

Miss Qea yang bertanya bila aku tak update. This is for you.

Tentang Blog
Konsep blog ni cuma satu. Chill. Chill means santai. Santai means relax. Relax means no rush. No rush means sempoi. Slumber. Nama blog diberi sempena foundernya yang asyik cakap "Chill la weh. Chillax ar" Blog ni amat innocent dari sebarang edit. Originally powered by Blogger.


Header Miss Chillax
Specially untuk Mun. Semuanya untuk dia. Dia yang ajar aku edit header kat atas tu. Yeah. Ajar aku erti header. Aku ingat header ni sekadar kepala blog yang nothing. But... obviously header is something. Yang menggambarkan blog korang.

Click Chill atau Click click
Direka khas untuk korang exercise jari click ads from Nuffnang. Apa salahnya, menderma :D
Sebarang derma bleh dibuat dengan menggunakan hujung jari anda. Unless kalau korang type pakai kuku. So, gunakan kuku anda. Yeah, for people yang online pakai handphone.

Chiller
Insan-insan yang menyokong karya ini. Thanks you guys. Miss Chillax would be nothing without uolss. Yeah. they are chill, cool and calm. They are magnificent! Thanks again. And guess who is the first chiller? It's Mun again! HAHA.

The Chillest
Miss Chilax basically is acronym. Miss C.H.I.L.L.A.X.
Miss
C - Cruella De Ville
H - Heartbreaker
I - Infamous
L - Languorous
L - Laze
A - Absurd
X - Xenon

It's a part of the founder. She is a Miss. Cruella de Ville. Cruella de Ville actually is a character from The Walt Disney Company. Heartbreaker. Well, nobody born without breaking others' heart. It's whether korang a part time heartbreaker, full time heartbreaker or overtime heartbreaker. Infamous. It is another characteristic of Lord Voldemort. As you all know, Lord Voldemort tu amatlah kejam. Dia femes sebab ke-devil-an dia. Languorous. Kinda a lots of meaning. Tapi, she prefers the lembik part. Lembik means here soft. Yeah. macam aiskrim. It could be melted. But, at the another situation, it could be so cold. Frigid or stony. Laze. It is lumrah if chilly person becomes laze. Satu naungan je sume tu. Absurd. Yet somehow...  she's kinda tak masuk akal. And all the merepek things? She lives within those absurd matters. Xenon. Xenon is another chemical elements. Noble gases. Xenon ni dia odorless and colourless. Natural. Takde warna. Takde bau.

Chill Alter Ego
Diimport khas dari Twitter since it is well, you know... satu tempat meluahkan idea dan bla bla bla. The "so-called-online-diary. Yelahtuuu"

Mega Chilled
Entry-entry lepas yang menggambarkan betapa blog ni penuh warna warni suka duka. Eceh. Sudahlah. Bak kata pepatah, entry yang lepas, jangan dikenang. Let bygones be bygones. Yeah for sure kalau kita asyik berpaut pada kenangan lampau, macamana nak wujudkan kenangan baru? Tak childish ah camni.

Chill Chill
Tempat uolss meluahkan rasa, berkongsi apa-apa saja kepada Miss Chillax. She would never deny bloggers' favor. Guess who yang letakkan mende alah Chill Chill nih? Mun lagi! bermula kepada Shoutbox, sampai ke Cbox. Dua-dua dia buat. Aku mana reti.

Chillos
Sesiapa saja yang telah pun terlangkah ke alam Miss Chillax. Jejak korang dikesan dan korang juga boleh melangkah keluar dengan selamat. Setakat ni, takde lagi yang trapped dalam dunia Miss Chillax. But let say, kalau korang terperangkap kat sini, buat je S.O.S. Nanti aku datang laa menyelamat ala-ala Teletubbies. Jadi... apa yang nak di hi-lite kan di sini ialah, Feedjit sangat membantu. Mekasehh!

Semakin lama, aku semakin matang dalam menulis. Ape? Tak matang? Okey. Baru setahun. Kalau spesies kita ni, setahun dah pandai berjalan. Dan harapan aku, biarlah blog ni mampu berjogging dan berlari pula selepas ni. Mendaki ke puncak. Tapi, kalau nak cepat... bleh guna tangga. Escalator way more better.

Specially untuk Mun, seorang kawan, teman, blogger, sahabat blogger, pendengar, pendorong. Jatuh bangun blog ni aku dengan Mun. Tersalah edit dia betulkan, takde chatbox dia letakkan. Takde entry, dia bisingkan. Suh aku update lagi.

Terima kaseyyhh!

Thursday, 20 October 2011

Warkah Untuk Along ( Bukan ceti ye!)

Assalamualaikum Along...

When you told me that your bestfriend is a girl. I started to worry. Plus, your bestfriend already has a boyfriend. Come on Along, I told you before. There's no such thing in the world. Man and woman would never be bestfriend forever. Whether one of them would be fall for another or both of them would feel the same.

8 August 2011, i got your email. It happened as i thought. That's it. You fall for her. Then, now you understood what i told you before. It is not a sin if a person falls in love. Tapi, kalau bercinta dengan kawan baik sendiri. Then, dah ada boyfriend pulak tu. Memang sakitlah kau. Kau tau kan...perkara yang paling berat ialah melihat orang yang kita cinta, mencintai orang lain. Then, macam-macam sakit, pedih, sakit ( eh, ini dah type td ) err..macam-macam laa yang tak best dan mengganggu eosophagus akan menghantui hidup kau.

Well, aku harap kau happy selalu dan stay focus wif your life. Memang betul, hidup tak selalunya indah. Tapi, yang tak indah tu sebenarnya menjadikan kita tabah. Trust me. Alkhair fi ma waqa'. There's wisdom behind the test. Cehh, pandai je aku nasihat kan kau an...padahal, kalau tengah sedih tu. meraung-raung nangis siap background music bagai. Wahaha. Seriously, aku tak suka kau sedih-sedih. Even kau cakap kau pretend happy pun aku tak suka. Kalau boleh, biarlah kau happy dengan ikhlas.

Have a nice day. May all happiness comes to you!
Have a blast in your upcoming days.

Sincerely,
Kusen

#Updated
Diorang dua dah couple. Kan betul aku cakap.