Showing posts with label events. Show all posts
Showing posts with label events. Show all posts

Saturday, 31 August 2013

Edisi Khas Merdeka: Tanah Tumpahnya Darahku

Assalamualaikum~

Mukaddimah.
This is tanggal 31 yang special. Yang disambut meriah oleh warga Malaysia. Bukan 31 Mei. Bukan 31 Mac. Tapi ini 31 Ogos. Hari kebangsaan Malaysia. Time cenggini laa Petronas kuarkan iklan yang best best yang menyentuh perasaan gitu. Time cenggini laa orang duk sibuk kibarkan jalur gemilang. Time cenggini la penuh drama dan movie pasal Merdeka.



Jadi, aku mengambil kesempatan ini untuk mengadakan interview secara tak rasmi bagi mendapatkan pandangan atau perspektif merdeka dari anak muda. *Ehemm muda lagi*

Soalan aku: Apa makna merdeka bagi anda?



#Red 
Sejak tak sekolah dan tak ada Minggu Kemerdekaan saya tidak lagi merasakan semangat kemerdekaan. Maafkan saya. Saya hanya jujur.

#Wansuden
Bagi gua merdeka ni adalah kebebasan dari segi mental dan fizikal dan tidak melanggar hukum syarak.

#Syuk
Merdeka bagi saya bermaksud bebas dari ancaman musuh luar yang pada zaman dulu, negara kita diancam musur dari Portugis, Jepun dan lain lain.

#Zaidan
Makna merdeka umumnya bebas, merujuk kepada kebebasan daripada cengkaman penjajah dan boleh hidup aman damai dan harmoni dan bagi skop pada diri masing-masing, merdeka daripada anasir-anasir jahat yang boleh merosakkan diri kita... salam merdeka semua.



#Madihah
Kemerdekaan ni terbahagi kepada banyak cabang, merdeka dari segi nafsu, dari segi masalah dan so on... Tapi sekarang, fokus on merdeka dalam konteks negara kan... Merdeka boleh diertikan sebagai kebebasan kita daripada kuasa penjajah.

#Zahidan
Bebas dari penjajahan dari sudut fizikal, mental, spiritual dan pengaruh luar yang mengubah jati diri bangsa.

#NurFitri
Merdeka bagi saya dapat bersama dengan yang tersayang tanpa ada perasaan takot. Merdeka bererti bebas dari apa jua ketakutan dan bebas melakukan apa saja. Btw, aku sayang mak dan adik aku.

#IzmerShafiq
Makna merdeka bagi saya kita bebas dari kezaliman FAM. Kikikikiki :P

#ZettyFaizura
Merdeka? Free? Free from corruption! But then, we're not free from it... *Random opinion

#Farie
Bebas daripada penjajah dan daripada terus dijajah.



#Myza
Merdeka, negara kita aman, dapat duduk dengan selesa without gangguan orang lain.

#MynaLyna
Satu pembebasan dari segi fizikal dan mental.

#Ummi Zainal
Makna merdeka adalah bebas... bukan dari penjajah jer tapi dari segala anasir luar. Walaupun kadang-kadang hati kita, diri kita masih dijajah oleh perasaan. Kite mesti lawan dan cuba menjadi diri kita yang terbaik.

#Sabrina
Merdeka ialah hari bersejarah di mana Malaysia yang dulunya dijajah sekarang bebas.

#Amin Abdullah
Kebebasan. Physically and mentally, kebebasan dari pelbagai sudut. Pentadbiran negara khususnya. Sebagai rakyat yang merdeka, kita patut rasa bersyukur dengan keamanan dan kebebasan yang dikurniakan oleh-Nya.

#Amirah Azize
Free atau bebas. Negara kita sendiri telah bebas dan telah berdiri di atas kaki sendiri untuk mentadbir negara setelah bebas dari ancaman orang asing on the other word, new country are born :)



#Zairil Azhar
Merdeka ni merupakan satu kehidupan yang bebas daripada segala beban dan kita berjaya meraih hak-hak yang kita inginkan. Yakni, kebebasan mental, fizikal dan spiritual.

#NorSharulAtikah
Merdeka ialah bebas dari penjajahan. Sama ada penjajahan negara ataupun minda kita sendiri.

#Ati
Kebebasan untuk mencorak kehidupan sendiri dari segi ekonomi, politik dan sosial. Bebas daripada penjajah.

#Aqilah Hamzah
Bebas dari penjajahan dari segi mentaliti, cara hidup, budaya dan segala aspek kehidupan

#NoraShikin
Merdeka to me is too subjective! Tak semestinya bebas daripada penjajah je. Well, kita kenalah jugak merdeka daripada typical mentalities yang tak boleh tengok orang lain lebih sikit. Apa salahnya merdekakan mentaliti untuk bersaing secara sihat. Jangan mudah berpuas hati dengan apa yang kita ada and jangan suka sangat pandang rendah atas kejayaan orang lain. Take it as a challenge.

#Qila Zainal
Merdeka tu bila kita bebas ada kereta tapi perlu ikut had laju. Bila manusia bebas merokok tapi ada tempat-tempat yang terlarang. Contohnya, sekolah. Means macam merdeka ni bebas. Tapi, kebebasan yang ada hadnya. In which the limit will determine the peace of the country. Ada orang kata merdeka tu bebas. Habis tu? bebas segala-gala ke? Tak jugak. Allah bagi kita hal untuk hidup. Tapi at the same time ada limit, ada larangan. Semua tu untuk kenaikan kita.



#Syaza Soraya
Merdeka adalah kebebasan. Kebebasan dari segenap aspek... Tingkah laku, perkataan dan setiap apa yang kita lakukan. Untuk sebuah kemerdekaan, tak kiralah dari aspek mana sekalipun..perjuangan perlu ada. Kalau tak rasa perit atau salah dan tiada niat untuk memperjuangkan kebenaran... Maka tiada lah timeline kemerdekaan. Kerana perjuangan dan kesedaranlah, kemerdekaan akan hadir.

#Siti Aisyah
Merdekanya negara bila mentaliti dan sikap rakyat dah tiptop. Contoh bila guna public toilet, flush jaga kebersihan. Dan bawa kereta pun boleh leklok takdak pentingkan diri.

#Afiq Anuar
Merdeka ni abstrak...bukan sekadar merdeka daripada penjajahan. Tapi, pemikiran seseorang pun harus merdeka. Pemikiran yang tidak dipengaruhi adalah sesuatu yang berharga.

#AsyrafCM
Kebebasan dari penjajah. Berkuasa memerintah negara sendiri tanpa campur tangan kuasa asing.

#Azzam
1. Bebas membuat keputusan sendiri
2. Bebas bergerak ke mana sahaja
3. Pendirian/iman/semangat yang kuat dan mampu mengubah apa sahaja.

#Ahmad NurFirhad
Bebas dari penjajah, bebas dari belenggu kemiskinan, bebas dari kesengsaraan hidup.



#Umi Fatonah
Merdeka adalah bebas. Freedom. Bebas dari negara kita dijajah, bebas dari sebarang ancaman buruk, bebas dari jiwa dibelenggu kejahilan, merdeka juga membawa kita erti sebuah pengorbanan, harta jiwa dan raga demi melihat kejayaan sendiri, anak cucu cicit, bangsa, agama dan negara.

#Najmin Shahnaz
Maybe a greenlight untuk kita hidup bermasyarakat, pelbagai kaum. Bagi kedudukan yang sama.

#Aerill Hassan
Merdeka secara keseluruhan. Dari pemikiran. Dari kehidupan dan juga still berpegang pada agama.

#Faeeqah Auji
Bebas dari segala penjajahan anasir luar dan juga mengingati pengorbanan pejuang-pejuang tanah Melayu.

#Arsyad Rashid
Aman. Damai. Bebas. Tenang. Pelangi. Permata. Jernih. Senyum. Gembira. Cantik. Bunga. Syurga Allah. Rahmat Allah.

#Zaid Rozali
Dalam konteks sekarang ni merdeka kita haruslah diaplikasikan dalam kehidupan kita seperti cara pemikiran kita, cara hidup kita, pemikiran kita haruslah bersifat terbuka, seperti kebebasan untuk bersuara agar diterima pendapat dalam konteks kerajaan Malaysia. Cara hidup kita juga seperti menjaga kebersihan awam juga seharusnya sudah 'merdeka', maksud merdeka di sini bertanggungjawab. Merdeka bukanlah hanya mengibar bendera semata-mata, tetapi ia lebih daripada itu, ia lebih kepada our mentality and our lifestyle.



#Assura
Kebebasan bersuara, berkomunikasi, bersatu pelbagai kaum dengan bebas, nikmat kebebasan sepenuhnya, hidup bermasyarakat yang bebas dan aman. Semangat perjuangan dan mempertahankan negara oleh pejuang-pejuang dahulu.

#Nana Al-Yahya
Bebas daripada segala anasir tidak baik... Kebebasan secara menyeluruh daripada segi mental mahupun fizikal.

#Syuhada Yusof
Merdeka bererti bebas. Suatu titik noktah satu perjuangan. Harus seiring jiwa dan minda yang merdeka. Di Malaysia ni kita patut bersyukur dapat sambut merdeka. Terasa kehangatan patriotisme tu, merdeka daripada dijajah... Sedangkan di Mesir, mereka sedang berjuang bermatian nak tegakkan Islam. So, persoalannya, merdekakah kita? Merdeka megah dengan laungan. Tapi minda rakyat masih belum merdeka. Jom tanya diri kita, merdekakah minda kita? Kalau merdeka, kenapa tiap-tiap hari kadar jenayah semakin meningkat? Kenapa kes-kes pembuangan bayi saban hari meningkat? Remaja-remaja kini ikut budaya-budaya barat. Dengan pergaulan bebas, hiburan yang melalaikan... kanak-kanak lagi dah diajar menyanyi, menari bukannya diajar dengan didikan agama yang sempurna. Kena faham betul-betul erti merdeka yang sebenar.

#Ehsan Zolkifly
Merdeka dari segi segala aspek, I mean merdeka dari cengkaman paksaan segala benda. We are democratically free. Tak tersangkut pada mana-mana cengkaman parti politik.

Konklusi
Terlalu banyak erti merdeka. Setiap orang mempunyai tafsiran yang berlainan. Sebagai seorang aku, merdeka itu datangnya dari perjuangan. Di sebalik kesenangan, pasti ada kesusahan. Tanpa perjuangan dan penderitaan dalam mengecapi kemerdekaan tanah tumpahnya darah kita, kita takkan senang-senang lepak depan tv, kita takkan happily membalas WhatsApp dan WeChat guna phonetaksmart.

Boleh bayangkan tak kalau hidup kita sekarang ni dalam keadaan darurat macam zaman komunis dulu? Ce imagine... nak kuar tengok bunga api dari rumah sendiri pun takboleh. Apatah lagi nak ke konsert Ambang Kemerdekaan bagai. Kehkehkeh. Apa yang pasti, setiap kali malam Merdeka, aku akan celebrate dengan family... kat rumah tanpa ada sekelumit pun rasa takut akan ancaman penjajah. Syukur ke hadrat Illahi atas kurniaan 56tahun kemerdekaan. Alhamdulillah thumma alhamdulillah.

Cukuplah setakat ini. Kita sambung Edisi Khas Merdeka 2 pada tahun hadapan insyaALLAH. Hehe.

*Al-Fatihah buat pejuang-pejuang tanah tumpahnya darahku*

Thursday, 3 January 2013

Finale Exam!

Assalamualaikum semua student yang nak amek exam.

Good morning!

Okey dah tak sempat nak merepek panjang.

Study -.-
First of all, all the best semua yang seangkatan dengan aku. Semalam mak aku call suh aku tdo awal, makan ubat apa sume.
"Takpayah la study teruk sangat. Otak pun perlukan rehat. Pegi tido. Sudah-sudahlah tu study"
Yeah? Mak memang awesome.


Masa 
Second of all, I always have this strong feeling yang masa terlalu pantas berlalu. Haritu aku post pasal hari pertama 2013, but then tetiba dah 3 January. Pastu nanti dah 2014 =.=" Memang betul masa tu takpenah tunggu kita. Macam pedang, dia yang potong kita. I've learned about that somehow. Coz it is, masa memang pantas tinggalkan kita. Mungkin lebih laju dari bullet train or Shinkansen Japanese. Hopefully, aku akan belajar dari kesilapan-kesilapan masa lalu. So that i wont  do it again.



Okey kot. Tu je untuk hari ni!
Tolong doakan aku dan kawan-kawan aku yang lain.
May the best answers come to us.
Aminnn




Tuesday, 1 January 2013

Welcome, 2013!

Assalamualaikum, 2013!

Terlupa langsung.
Tersedar bila nampak ada yang pelik di Mega Chilled. Sila rujuk side belah kiri. Pelik kan?
Ada column 2013! =.= Okey, tak cukup pelik.



Awesome GOOGLE is awesome!

Friday, 16 November 2012

1 Muharram

Assalamualaikum awak dan awak sekalian.

*Ehem. Taknampak ke aku ber-awak awak tu? Kehkehkeh.

Aku mulakan mukaddimah Awal Muharram dengan ayat 'everyone has their own dark side'. Betul tak? Ataupun, korang perasan diri korang tu angel? Merasakan diri sendiri tu bagus dan orang lain salah tu maknanya ada something wrong with your hearts.

Kau baca satu page quran satu hari, pastu dalam minda kau sibuk nak pertikaikan bahawa orang lain semuanya hampeh sebab tak baca quran setiap hari. Dan dalam pada kau sibuk nak riak dan ujub dengan amalan kau tu, kau tak faham pun apa yang kau baca. Baca memanglah baca. Tapi, pernah ke mendalami makna disebaliknya? Pernah ke dalami dan hayati kalam Allah? Atau sekadar baca mengharapkan pahala. Jangan main-main. Every single word dapat pahala kot. Sape taknak.


MissChillax: Mak, i wanna be a good person. How could i change to a better person?


Lama...aku tunggu mak jawab.

Mak: We are very proud of you, dear. Strive for excellence in studies, as a daughter and also a sister. Mak and abah selalu doakan kakak.











Saturday, 10 November 2012

10.11.12.

Assalamualaikum.

Nak tak nak. Kena la jugak post satu entry kat sini. Sebab it's 10.11.12. Kemon ah. Once in a lifetime kot. Takpayah nak buat macam takde pape berlaku. Hehe.

Frankly speaking, aku takde ah nak kecoh sangat pun dengan hari ni. Cuma, sebab ada perkara menarik untuk dikongsikan. Kalau takde buat apa apa aktiviti menarik, takde lah nak hupdate. Setakat tido sepanjang hari, takperlu lah berbangga dengan pencapaian anda. Tak produktif langsung. *terasa.


Ehhhh.
Sekejap sekejap sekejap. 
Check kalendar. Check kamera. Check beg galas yang baru mak belikan. *Ehem.
Okey. Good. Aku takde la tido je sepanjang hari ni.
Malangnya, aku tak set date kamera betul2. sobss.
Plus, kat tempat tu takbleh nak amek gambar sangat!


Hari ni ada  A Night At the Museum bersama suksis. Naiss kan? Tapi, takde la pegi malam-malam. Pagi pagi morning dah gerak dah. Sampai kat sana, aku terus makan dengan pantasnya. Memang lapar betul. Muzium tu bukak pukul 10. So, aku relax sebentar bersama Ckha. Sepanjang dalam museum tu jalan-jalan dengan dia je. Hoho~ Memang aneh aneh aje bila orang lain jalan dari pintu masuk ke pintu keluar. Kitorang pulak dari pintu luar ke pintu masuk. Eceh.



Muzium ini terletak di Jalan Perdana, Kuala Lumpur. Kat area Masjid Negara. So, kat dalam tu ada macam-macam artifak yang berkait dengan jenayah dan pencegahan jenayah. Pendek kata, semua hal yang berkaitan dengan polis dari zaman Kesultanan Melayu Melaka sampai ke hari ni. Dulu, theyolss tak main ah polis-polis atau police and thief. Theyolss main temenggung-temenggung. Atau pun, temenggung dan pencuri. Ahakss gituuu. Nampak tak permainan bahasa kat situ?



Dalam pada itu, ada koleksi senjata, pingat-pingat dan rentetan era darurat, tragedi bukit kepong. Galeri Muzium Polis ni ada 3. A, B, dan C. Pastu kat luar muzium tu pun ada pameran kereta perisai, Ferret Scour Cay, Sankey, Meriam. 




Jadi, semalam ada kisah dongeng di TV3 kononnya? Seronok tak? Aku taktengok sebab ada hal yang takdapat dielakkan. *Muntah

Antara comments di Twitter



#1. Soffi Jikan lagi awesome dari Neelofa nampaknya.
#2. Opening tak best langsung!
#3. Piere andre, harap awak berhentilah buat filem lagho, lepas ni buat filem dakwah, patuhi syariat, baru terbukti kata-kata awak waktu #ASK2012.
#4. Too draggy for award show
#5. Zizan's 2 minutes appearance made the audiences laugh more than the show for 2 hours
#6. Fairy tales has its own dark side
#7. Romantik sungguh Adi Putra dengan Rita Rudaini
#8. We want Zizan!
#9. Nora Danish jadi Puteri Hang Li Po memang sesuai
#10. I thought Halloween was over?
#11. Stop complaining. If you dont like it, dont watch it. Easy as that. Dont show your stupidity
#12. Serabut sikit pentasnya
#13. Better put Jozan there
#14. Agak buruk dan bosan
#15. Habis jugak akhirnya



#16. Puteri Lofa, I'm watching you! - Scha
#17. Putera ni suami aku!



#18. Hambar
#19. Yang ni memang bosan
#20. Nape Anzalna buat muka masa Neelofa tengah bercakap?






Saturday, 18 August 2012

Selamat Hari Raya Eid-ul Fitri 2012

Hello world. Happy raya to cute and handsome friends, chillers, readers, and aviders.

Konon kental sangat taknak buat entry pasal raya. Tabahlah. Raya is vital. Kalau takde raya, takbermakna hidup kita. Contohnya macam bunga raya, balai raya, kad raya, pasar raya, biskut raya, baju raya, bandar raya, duit raya. Perasan tak. Words ni sume nampak grand sebab ada word raya. Ce kalau omit those raya. Dia akan jadi bunga, balai, kad, pasar, biskut, baju, bandar dan duit. Common sangat la benda-benda ni kan? Same goes to hari raya. Setiap hari kita rasa cam biasa je. Takde makna. Tapi, kalau HARI RAYA. Wow! Hati rasa riang ribena aje. kelass gitu.

Teringat pulak pesan Cikgu Sivik aku masa tingkatan 3. Beliau berpesan, kalau ikot yang sebenar-benarnya...perkataan Aidilfitri tu salah. I'm not sure whether Dewan Bahasa Pustaka ada explain sume ni. Terlupa nak bawak. Currently in Langat sekarang ni. Takpe takpe. Tunggu aku take over DBP. Kita buat apa yang patut. Kehkehkeh. It should be Eidulfitri. Jadi, aku yang amat-amat kurios pasal bahasa bahasa ni sume kaji la balik. Well, you know. Kuriosity kills the kucing.

Kalau dalam kamus dewan bahasa, aidilfitri is perkataan yang diambil dari bahasa Arab.
So, ejaan sebenar dia Eidulfitri yang bermakna eidul is hari or perayaan in Arabic.
Sementara fitri kat sini takde kene mengena dengan fitrah ke ape ke.
Fitri here means berbuka puasa.
So, pencerahannya...
Hari  kembali berbuka puasa slash perayaan berbuka puasa.
That's why disunatkan makan dulu before solat raya.


Pencerahan ni, dibuat berdasarkan language and syarak.

K aku tau khatib kat masjid bagi definisi lain kan? Some khatib bagi pencerahan yang berbeza kan? Okey ce tengok hadis ni :
Dari Abu Hurairah, sesungguhnya Nabi Muhammad SAW telah bersabda : Soum/puasa itu ialah hari kamu berpuasa, dan Fitri itu ialah hari kamu berbuka. Dan Adha itu ialah hari kamu menyembelih haiwan.
The thing is dear handsome and cute friends, Fitri here kalau dieja dalam bahasa arab is Faa Thaa Ra. Dan Fitrah ade Thaa Marbuthah kat belakang. About spekulasi/pendapat seperti 'kembali kepada asal', 'fitrah', 'suci bagai dilahirkan' dan 'pengampunan dosa'. Cuba kita go through balik dengan hadis ni :

Semasa Rasulullah menaiki tangga untuk menyampaikan khutbah, baginda berhenti selepas menaiki satu anak tangga. Kemudian baginda naik satu lagi dan berhenti lagi, dan satu lagi anak tangga baginda naik, dan berhenti lagi. Setelah itu para sahabat bertanya, apa yang dilakukan baginda.
Rasulullah menjawab, "Jibril datang kepadaku dan berkata celakalah tiga golongan ini :
1) Celakalah bagi mereka yang mendengar sollahu'alaihiwassalam tetapi tidak menjawabnya.
2) Celakalah bagi mereka yang mana kedua orang tuanya masih hidup tetapi tidak dapat masuk syurga.
3) Celakalah bagi mereka yang sempat Ramadhan datang kepadanya tetapi tidak mendapat keampunan ALLAH
Nauzubillah...

Kat sini dapat tangkap tak? Yang ketiga tu terutamanya. Tak semua yang dapat keampunan ALLAH, nauzubillah. Hanya yang menghidupkan Ihya' Ramadhan sahaja. Kalau setakat hari-hari main mercun, malam malam balik rumah makan tidur. Masih ada ruang keampunan ke? InsyaALLAH ada....
Abu Hurairah RA dari Nabi Muhammad SAW bahawa baginda bersabda: "Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharap pahala, maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu. Dan barang siapa menghidupkan Lailatul Qadr dengan penuh keimanan dan mengharap pahala. Maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu. (Hadis Riwayat: Bukhari dan Muslim) 
Keterangan cerah kan?

Actually, ni semua bahasa/lughah/languange matter. Sama gak la case malam Lailatul Qadr tu. It should be Lailatul Qadr only or malam al-Qadr.

Juadah Raya
Teringin nak makan lemang cicah kaya. Ketupat daun palas dengan rendang. Kuih raya Mama Carey dengan Melting Moment. McD yang taksempat singgah langsung sepanjang Ramadhan. Ketupat petak petak tak minat sangat. Tart Nenas pun takbleh masuk. Samperit pun tak de perasaan. Maybe, satay will do. Nasi Dagang, Laksam dengan Nasi Kerabu dialu-alukan. Jangan risau, aku ni makan tak banyak. Sikit-sikit je. Takcaye? Takcaye tanya Syafiq.

As a human being yang memang banyak salah dan khilaf. Yang juga merupakan bakal jenazah. Amatlah berbesar hati kalau uolss ampunkan dosa-dosa iolss. Mintak maaf samada sengaja, taksengaja, atau saja-saja punya kesalahan. Mohon ampun maaf dari hujung tudung bawal sampai hujung sneakers. Even sepatutnya, maafkan semua orang sebelum tido should be lebih afdhal. Teringat pesan Kak Mili, kalau takbleh maafkan semua orang sebelum tido... jangan tido. X_X

Saturday, 9 June 2012

The 2012 UEFA Europian Football Championship

Assalamualaikum and hello friends, midfielder, defenders and goalkeepers.

Aku baru je balik dari tengok bola kat D' Malee Malaysia vs Singapore. Kontroversi betul. Takpasti lah apa masalah refree tu, atau aku yang tak mendalami rule bola sepak lagi. Mintak sesape yang baik hati, sila terangkan. Tapi akhirnya draw. Malaysia 2. Singapore pun sama. Aku pun dah menyampah. Jadi aku balik.

Okey. berbalik kepada title entry yakni The 2012 UEFA Europian Football Championship. *tarik nafas* EHhh.. ape ke berjela benau tajuknya sampai semput jari aku bernafas. EURO 2012 je senang. So kali ni yang jadi host, Poland-Ukraine. Kenapa bukan Italy? Insiden keobsesan para penyokong yang menjadi punca. Kalau tak, bleh dah singgah kat Verona kejap. Sambil-sambil tunggu next match. Pastu, UEFA pilih 8 stadium untuk dijadikan tempat match tersebut.

Semua sekali, ada 16 team. Okey. aku dah pecahkan siap-siap ikot group

Group A
Poland
Greece
Czech Republic
Russia

Group B
Netherlands
Denmark
Germany
Portugal

Group C
Spain *Ehem ehem*
Italy
Republic of Ireland
Croatia

Group D
Ukraine
Sweden
France
England

Korang ade jadual tak? Biasanya ade je kat newspaper. Tapi, family aku mana beli newspaper. Abah aku suh cari kat internet pastu print je. Hekhek. Ni pun aku cilok kat Makcik Wikipeah. Biasa kalau balek kampung tengok bola mesti best. Sebab Tok Mat akan pasang projector tgk kat screen besau. Duk kat luar umah, tengok reramai dengan pakcik-pakcik. Pastu, sape lagi yang dipertanggungjawabkan untuk bancuh air? =.='

Final 1 july nanti. Since tengah cuti ni kan... Wajarlah aku tengok UEFA 2012 nih. Aku takde komitmen pada kerjaya dan pengajian buat masa ni. Aku support Spain. Dan, ramai member-member lelaki duk tanya apsal aku sokong Spain. Takde kene mengena dengan pakcik Iker, Cesc Fabregas mahupun Fernando Torres.

Ceritanya begini, masa tu classmates sekolah semua duk provok aku suh sokong Germany. Masa tu Germany vs Spain 2010 World Cup. Gerak hati aku mengatakan, Spain akan mengalahkan Germany. *Ditegaskan di sini, gerak hati aku bukan disebabkan Paul si sotong tu* Apa-apapun, Hafidz begitu gigih melakar formation tactic German 4-5-1 tak silap aku. Untuk terangkan kat aku betapa kukuhnya pertahanan German. Ceh. Patut la Spain score 1 je goal. Seterusnya menaikkan nama Spain sebagai Champion. Dan sejak tu lah, bertapak cinta aku terhadap Spain. Ecehh.

Oh. official song dia Endless Summer by Oceana. Aku pun tak dengar lagi lagu tu. Try la ek. Mula-mula aku  ingat tajuk dia Endless Love macam kat TV3 tu. Hohoho. Rupanya Summer. Okey. Actually, banyak isu berbangkit sepanjang preparation Euro 2012. Aku harap, Malaysia tak offer diri jadi host suatu hari nanti. Banyak kontroversi.

Kontroversi Berbangkit

Anjing dan kucing
People of Ethical Treatment of Animals kat Ukraine cakap, kucing dan anjing yang terbiar, sesat dan berpenyakit dibunuh begitu saja. Pastu, maybe akan ade pindaan kat perundangan Ukraine untuk kucing dan anjing yang terbiar. Sedih kot. Ce bayangkan korang kat tempat kucing ngan anjing tu? Sudahlah terbiar. Sebatang kara, pastu kena bunuh terus. Hukhuk.

Plumbum dan nikel
Pastu ade isu jersey yang tak berkualiti. Maybe bahan kimia yang digunakan tak disahkan oleh SIRIM. Ehh? melalut pulak. Tak tak. Sesetengah jersey ade plumbum, nickel. Dan sesetengah bahan kimia yang bleh rosakkan sistem saraf.

Duit dan harga
Selain tu, isu yang hangat lagi hangit ialah, para para hotel meningkatkan harga drastically berganda-ganda. Tapi, cam standard pun ada. Kalau kat Malaysia ni pun, camtu gak kan? Hehe. Ape-apepun, isu ni diatasi dengan pantas dan cekap sekali oleh Ukraine.

Itu sahaja rasanya untuk kali ni. Have fun. Harap takde fanatik yang obses lagi menyusahkan orang pulak nanti. Kang gaduh2 bagai. Adatla perlawanan menang dan kalah. Sokongla team anda dengan sepenuh hati. Menang atau kalah bukan persoalan. Yang penting, effort. Akhir kata, majulah Spain untuk The 2012 UEFA Europian Football Championship. *lambai lambai tangan*



Kbai.