Tuesday, 16 July 2013

Brave punya pasal

Hello ladies. And mummas.

Aku tengah tengok Brave. Kat Fox Movies. Hmm.
Kebetulan pagi tadi mak telefon. Emm.
Just nak tanya satu benda je.

"Sihat ke? Dah lama tak telefon. Busy ke?"

Sebagaimana people surrounding aku selalu telefon mak theyolls... And that's not me.
Sejak zaman sekolah lagi macamtu. Kekadang mak kena pesan kat mak Juma, suh mak Juma cakap kat Juma, suh Juma cakap kat aku, yang mak suh aku tepon dia.  

Kalau mengkome suka dengar radio, mesti ada dengar Fadzilah Kamsah cakap: Kalau seorang ibu tu rindukan anak dia sebab anak dia tak telefon dia, dan ibu dia pulak yang kena call anak dia... Maka, derhaka la anak dia. 

The thing is, once kalau iklan tu on air, masa aku tengah drive, automatically aku akan tanya mak kat sebelah. 

"Mak, mak terasa ke kalau org selalu tak telefon?"
"Huh? Takdelaa," jawab mak aku.

Memang mak aku ni species rare tau tak. Heh, tengokla anak dia. 
Mak aku bukan jenis yang mudah nangis.
Aku terlalu sibuk growing up.
Sampai aku terlupa mak aku juga tengah growing older.




Kita menjadi manusia hebat hanya kerana doa ibu bapa kita.
Tanpa doa mereka, kita bukan siapa-siapa.

No comments:

Post a Comment