Saturday, 27 July 2013

Pseudologia Fantastica

Assalamualaikum and hello Malaysia.




Cerita dia camni... aku tertengok sikit movie Girl, Interrupted. Aku tertengok part yang dia cakap pasal Pseudologia Fantastica. Girl, Interrupted ni mengisahkan Susanna Kaysen yang duduk kat hospital mental lebih kurang setahun setengah sebab dia attempt suicide. Since aku tak tengok betul-betul... aku taktau punca hujung pangkal cerita ni. Cuma, yang menarik perhatian aku ialah Pseudologia Fantastica

Susanna: Hey Georgina.. Georgina kenapa diorang buat camni?

Georgina: Kau baru lagi, nanti lama-lama kuranglah.

Susanna: Kenapa muka Polly berparut?

Georgina: Masa dia kecik kecik dulu... mak dia cakap, dia takboleh bela anjing sebab nanti badan dia naik ruam. So, dia tuang gasolin kat seluruh tempat yang ada ruam pastu nyalakan mancis.

Susanna: OMG! Kau pulak? Kenapa kau kat sini?

Georgina: Pseudologia Fantastica.

Susanna: Apa tu?

Georgina: I'm a pathological liar.


Nama lain
Hmm.. so, lepas aku kaji kaji dan search semuanya pasal sindrom psikologi ni... Well, Pseudologia Fantastica ni takde lah ditakrifkan sebagai penyakit memandangkan takde efek kat badan pun. Sindrom ni ada banyak nama lain macam pathological liar, compulsive lying or mythomania. Secara definisi, Pseudologia Fantastica ni membawa makna pemalsuan sebarang perkara dan boleh menjadi sangat complicated dan mampu melibatkan tempoh masa yang panjang sehingga ke seumur hidup.

Tiga situasi
First, dia tau and sedar yang dia menipu. 
Second, dia percaya yang dia sendiri cakap benda yang betul. 
Third, dia tak sedar pun yang dia dah kaitkan benda betul dengan cerita rekaan dia.


Penyakit atau fenomena
Even benda ni tak ditakrifkan sebagai penyakit, tapi ada kajian mengatakan 40% individu yang terlibat ada masalah saraf tunjang. Maknanya kalau dah efek kat saraf tunjang tu means dah kritikal lah. Pseudologia Fantastica ni boleh jadi kat dua-dua gender. Biasanya kann... penipu menipu untuk kepentingan tertentu. Masalahnya, Pseudologia Fantastica ni takde kepentingan pun kat individu tersebut. Nak kata habit pun tak jugak. Tapi, apa yang boleh disimpulkan... individu tu menganggap segala fantasi dan imaginasi diorang tu sesuatu yang realiti, sesuatu yang benar-benar terjadi. Padahal berangan je.

Ciri-ciri
1. Kata-kata diorang ada elemen yang betul. Contohnya macam... ada orang claim yang dia penah menang pertandingan pidato masa kat sekolah dulu. Perkara sebenarnya dia just dengar orang berpidato je. Not a single fact pun yang dia penah berpidato. Tapi, memang betul pertandingan pidato tu buat sekolah dia. See? Dia mencampur adukkan elemen yang betul dengan elemen yang palsu. Actually, benda-benda tu semua takde kaitan pun dengan penyakit halusinasi atau delusi...even kalau kita tanya diorang betul betul pun diorang bleh mengaku yang benda tu takbetul.

2. Penipuan tu berulang dan makan masa yang lama. Kebiasaannya orang camni dia taktukar or tambah cerita tersebut. Kalau nak diikutkan... diorang buat camtu sebab naluri diorang sendiri. Something yang berkait dengan personaliti diorang. Bukannya ada orang yang pengaruh dan mereka juga tidak berhadapan dengan situasi-situasi yang mendesak diorang untuk menipu. Boleh dikatakan diorang ni tipu saje suka-suka.



False Memory Syndrome
Pseudologia Fantastica ni jugak boleh ditafsirkan sebagai false memory syndrom. Sindrom ingatan yang salah. Kebiasannya individu tersebut percaya fantasi dia sendiri. Contohnya camni... A bagitahu B yang dia pernah jumpa Santa Claus kat shopping mall dan Santa Claus tersebut bagi hadiah kat dia. Tapi sebenarnya B pun ada di tempat kejadian dan perkara sebenar yang berlaku ialah A dan B hanya nampak patung Santa Claus. Dan apa yang dikatakan oleh A adalah imaginasinya sahaja. Pathetic kan?

Sangat.

Pisahkan realiti dengan fantasi
Walaupun takmembahayakan, but still kene dapatkan rawatan dari psychologist. Sebab someone must help the sufferer untuk pisahkan realiti dan fantasi. Bayangkan k.. kau ingat kau ada anak. Tapi sebenarnya takde pun. Kau cakap kat semua orang yang kau ada anak, bagi anak kau makan, dukung anak kau...but the truth is... kau tak penah mengandung pun.



Rawatan
Actually, perbuatan menipu ni ada banyak jenis. Whether kau ada kepentingan, ataupun perhatian dan belas kasihan orang... semua tu normal in this cruel world. Tapi, Pseudologia Fantastica is something beyond. Mende ni addicted macam drugs dan individu tersebut takdapat apa-apa faedah pun. Satu-satunya rawatan untuk Pseudologia Fantastica ialah psikoterapi. Biasanya therapist akan analisis balik perkara-perkara yang dikatakan oleh individu tersebut.

2 comments: