Friday, 19 July 2013

How to Save your Money Part 2

Assalamualaikum :)

Clean House
Sambil-sambil tengok Clean House aku taip entry ni. Part 1 dia kat sini *lalalala*. The thing is, bila aku tengok Clean House tu, dengan rumah orang tu yang amat bersepah sebelum direnovate buatkan aku sesak nafas. Selama ni kemas rumah sendiri hari hari pun dah tak daya je rasanya. Tapi nak buat camane? Rumah kita jugak. Mak cakap... rumah kena dikemas disapu divakum dimop hari-hari. Kalau takkk... jadi macam Clean House tu lah agaknya. Masa rumah diorang dah siap tu. Aku rasa nak menangis pun ada. Cantik giler. Sangat bersih dan kemas. Sebagai manusia yang tak suka dengan perkara yang terabur dan bersepah... kita kena rajin dan gigih mengemas! Kalau tak? Haaa... akan ada bunian datang turun dari langit untuk membersihkan rumah korang =.=


Cerita asal
Ehh berbalik kepada How to Save your Money part 2. Heaven yeah aku memang kena taip entry ni untuk mengingatkan diri aku sendiri. Kenapa? Sebab perbelanjaan aku sangat banyak. Memang ya, aku ada savings. Dan Alhamdulillahh... simpanan aku meningkat sejak tahun lepas. Tapi, oh btw, aku nak share sikit... aku ada catat semua perbelanjaan aku sejak aku further studies. Masalah terbesarnya ialah semakin hari semakin sesak nafas aku bila tengok perbelanjaan aku macam kereta Ferrari yang memecut di litar Formula 1 Sepang. Laju gila! Orang cakap... sebab living cost kat tempat aku tu memang tinggi. Yeke? Oh memanglaa.. Kalau nak dibandingkan universiti S dengan universiti K, memang perghh. Kat universiti K, kalau lunch sehari seringgit, kat universiti S sehari empat ringgit okey. Empat kali ganda! Mak abah aku pun ada gak la 2-3kali buat muka terkejut bila aku tunjukkan catatan perbelanjaan aku tu. Hmmm...

Aku sambung ye?

ENAM
Buatlah bisnes secara kecil-kecilan... Tak kisahlah apa pun. Sekarang ni, peluang banyak. Cuma nak taknak aje. Korang bleh buat bisnes printing, jual makanan keropok whatsoever, jual nota, jual kerongsang ke apa-apalahh. Duit yang korang dapat dari bisnes tu, jangan belanjakan. Simpan. Bleh buat simpanan masa akan datang, atau untuk sesuatu yang bersifat kecemasan. Duit modal tu memang simpanlah kan? Tapi untung tu? Eloknya disimpan dalam bank. And pastikan korang takde kad ATM untuk account tu. Biarlah diperam je duit tu. So, kalau ada untung lagi... simpan. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit... Kalau tak jadi bukit pun, maybe bleh jadi kereta Ferrari suatu hari nanti? Who knows!

TUJUH
The best part of being university student, akan ada banyak program yang dianjurkan oleh MPP, HEA, HEP dan macam-macam lagi. Diorang memang suka buat program ni sume. Senang cerita, korang join je. Dapat kawan baru, ilmu  bertambah, kupon sume dan yang paling penting makan pun free. Pasti akan ada rezeki untuk orang yang menuntut ilmu. Kau datang join program, niat nak tambah ilmu, kutip pengalaman... insyaALLAH rezeki pun datang. Ada apa-apa event, terus sign in nama. Jangan malas. Kalau malas, memang takdapat lahh. Hari tu kitorang dapat KFC ~_~

LAPAN
Part time job. Yang ni memang sangat membantu sebenarnya. Selain meringankan beban parents, sama jugak.. Kutip pengalaman, tambah ilmu. Kerja la apapun yang penting halal. Cari masa yang sesuai, seimbangkan dengan studies. Kebanyakan tempat yang perlukan part time worker sangat memahami. Dia akan tanya jadual kelas kita and kira gaji ikot jam yang korang kerja tu. Most of the students jadi cashier. Kalau taknak buat time belajar, bleh je keje waktu cuti sem. Tak semestinya kena keje kat mall, pasar, office whatsoever. Kat umah pun bleh what? Jadi freelancer. Tulis cerita kanak-kanak hantar kat mana-mana publications, jadi translator, jual lukisan. Oh macam-macam lagi. Kuncinya, nak dengan taknak je.

SEMBILAN
Tak perlu tambah nilai kredit telefon dengan sangat banyak. Maksud aku... jangan bazirkan duit dengan beli prepaid. Kalau guna postpaid taktau nak cakap la. Tapi, pengalaman aku dulu sangat membazir sebab aku tak perlu kisah nak beli prepaid pun. Tiap-tiap bulan bill datang. Tu je. Gunakan smartphone. For sure smartphone lebih jimat. Takpayah beli prepaid pun takpe. Bleh la sikit-sikit tapi kebanyakan orang guna smartphone je sekarang ni kan. Ada WhatsApp, WeChat dan macam-macam lagi yang aku taktau. Since aku tak guna smartphone. Sobs...
Yang ni je aku mampu X_X

SEPULUH
Jangan bagi barang kau hilang. Benda ni penting tau. Kalau hilang for sure kena beli baru. Kalau beli baru bleh pakai daun pokok belakang rumah ke? Heaven no! Mesti kena guna duit punya. Ada member aku ni cermin kereta pecah sebab ada budak sepak bola kena cermin dia. Tak memasal kan melayang empat ratus. Pastu, kalau hilang satu hal. Kalau rosak camane? Sama jugak. Either repair or get a new one... korang tetap kena keluarkan duit. Lain laaaa kalau ada warranty. Takpayah cakap ah.

SEBELAS
Ini juga penting. Sebelum beli sesuatu barang... especially kat Uptown lah. Jangan cepat sangat tertarik nak beli barang yang mula-mula korang tengok. Ce belek-belek kat kedai lain pulakk.. Mesti jumpa yang lagi murah. Penah sekali aku nak beli camping bag... mula-mula tu, ada yang 100 Litre RM180... ada yang RM200... Jalan sana jalan sini, selit situ selit sana... ada la jumpa 100 Litre RM140. Dalam entry yang lepas aku ada cerita betapa aku takpandai tawar-menawar...jadi, aku amek inisiatif untuk bawak geng yang pandai tawar-menawar. Baru rare! Siap ada agent membeli belah kauuu..

DUA BELAS
Memandangkan cuaca sekarang for sure panas. Aku nasihatkan korang bawak air kosong atau air masak yang korang masak sendiri tu. Ini mengelakkan korang beli air kat luar. Dah tengah panas tu mesti haus kan? Baik minum je air masak yang korang bawak. Kan jimat? Eh tapi, ini kalau bukan bulan puasa la. Kalau dah tengah Ramadhan al-Mubarak ni, air masak apekebendanya. Puasa la oi!

TIGA BELAS
Aku teringat kata-kata member aku ni. Kalau dah susah, buat cara hidup susah. Hehe. Betul cakap dia. Even kalau dah senang sangat pun... buat cara hidup sederhana. Kita taktau masa depan... Berjimat-cermat kan amalan mulia? Fast food tu bukannya elok sangat. Kalau yang bagus pun... Subway la kot. Bagi aku laa... Selain mengenyangkan dan menyihatkan... bleh jugak membantu diet aku. Tapi, takpayah la hari-hari nak makan Tutti Frutti. Yogurt tiga ringgit dua puluh sen pun okey what? Sentiasa ada alternatif. KFC? Alaa.. Ayam Uncle Bob kan ada? Haaa.. Nampak tak permainan dia? For me, part ni sentiasa susah sikit nak disiplinkan diri. Plus, mana ada fast food yang tak sedap? Sobs...

EMPAT BELAS
Berpada-pada la belanja weh. Perlu ke kau shopping ratus-ratus sehari guna duit parents kau? Kalau guna duit sendiri pun... berpada la sikit. Orang tamak ni selalu rugi. Kalau nak beli-belah tu... fikir 2-3kali. Do you NEED this one? Or that one? Kalau takperlu...buat apa beli? Buat semak almari je. Buat serabut rumah je. Bagi ruang untuk wardrobe dalam bilik tu bernafas. Aku rasa kalau benda tu bleh bercakap, dia dah mengamuk bila korang masukkan semua baju yang baru korang beli tu.

LIMA BELAS
Aku tahu, coklat tu pengubat stress yang terbaik. Tapi, tak perlu makan hari-hari. Lama-lama bleh menggemukkan. Memang sedap. Aku tahu. Tapi... buat limit laa. Let say ah korang dah berjaya mendapat A dalam recent test or quizzes. Pastu, lecturer puji lagi kann dapat markah tinggi untuk assignment. Why not celebrate? Kot-kot la hari tu birthday korang ke... pergilah makan besar untuk sehari. Lepastu? Jalani kehidupan seperti biasa. Aku tau korang ni sume princess. Tapi, berpada lah dalam belanja. Princess pun boleh bangkrup tahu?

ENAM BELAS
Most of students anggap weekend ni hari untuk bersuka-ria. Seingat aku masa kat University K, aku punya sukaria waktu tu RM50 je. Tapi sekarang.. ohmaigaaadddd! Tak sah kalau tak ratus-ratus. Dont do this at home kiddo! Weekends bukan hari untuk habiskan duit. Apa kata korang berehat je kat umah or kolej korang. Agak-agak nak tengok wayang... duduk depan laptop sambil tengok movie yang ada dalam external hard disk pun okey jugakk. Kalau nak popcorn..... apa kata gantikan dengan cracker je. Haaa... yang penting jimat kan? Tengok wayang ni hari-hari yang penting je. Macam Fast6 ke... Avengers ke... Despicable Me ke? Haaa.. yang tu takpe lah kalau nak kuar duit sikit pun. Har har har.

TUJUH BELAS
Kalau nak photostat apa-apa project work ke, assignment ke, nota ke... seeloknya, photostat reramai. Sebabnya bleh dapat murah lor. Kalau kau photostat sorang... dapat la harga 1 kertas seposen. Kalau semua classmates kau.... dapat la 1 kertas lima sen. Kan murah cenggitu? Haa... plus, dapat buat charity tolong orang photostat kan nota. Takpayahla nak berkira sangat kan?

LAPAN BELAS
Jangan buat hutang. The thing is, kalau nak ungkit pasal PTPTN kat sini, ceritanya satu je. Sila berusaha gigih dan study betul-betul untuk dapat first class degree. Bleh dapat free. Meanwhile, hutang yang aku maksudkan ialah dengan kawan-kawan. Takperlu lah kau berhutang ye sebabnya:

 " jiwa seorang muslim tergantung selama ada utangnya.” [Musnad Ahmad 2/440, dan dinyatakan shahih oleh al-Albani dalam Shahih at-Targhib no 1811]

Nanti, rasa tak tenang je. Orang yang berhutang kena bayar cepat-cepat dan orang yang bagi hutang kene catat segala hutang tu. Nanti kalau lupa nak bayar tak memasal je kene jawab kat alam barzakh, seksa pulak orang yang berhutang tu menanggung.

SEMBILAN BELAS
Jadi blogger pun bleh jugak. Blogger kan ada banyak giveaway. Bukan senang nak dapat hadiah free betul tak? Kalau ada orang buat contest, giveaway semua tu... join je laa. Bukan kena bayar pun. Lepas tu, dapat kenal blogger lain dan merapatkan ukhwah antara satu sama lain. Plus, ada churpchurp dengan nuffnang pun membantu jugak. Duit yang kita dapat tu pulak bergantung kepada viewers. Makin tinggi viewers, makin banyak la masyuuuuuuukkk.

DUA PULUH
Peruntukkan duit untuk bajet sebulan. Let say la sebulan RM400. Dua ratus untuk makan... dua ratus untuk keperluan lain. Pastu, katalah duit yang korang peruntukkan tu berbaki... apa lagi? Masuk tabunglaa. Puasa sunat Isnin Khamis pun amatlah digalakkan. Di samping dapat pahala...bleh jimat betul tak? Lagipun, puasa boleh melatih kita merasai kesusahan orang lain. Ada orang yang kurang bernasib baik berbanding kita kat luar sana tu. Diorang mungkin tak makan dan terpaksa berlapar dua hari. Sedang kita? Makan tak ingat dunia. Sampai enam kali sehari. Hmmm... renung-renungkanlah

Alhamdulillah... akhirnya dapat jugak aku mencoret coret entry ni. Dah lama sangat busy tak sempat nak update and berkongsi dengan uolss semua. "Finally" sangat *rollin eyes* Okeylah. Time to go, see u later alligators. Aku kena perah otak nak masak apa untuk berbuka puasa. Kang petang nanti takde la pening sangat nak beli bahannya. Adios amigos!

2 comments:

  1. hee.... betul tu...jgn mewahkan diri... jgn keluar hujung mggu kalau xada benda penting... hee! >.< berjimat cermat amalan mulia..


    salam ramadhan..singgh n follow sini..salam kenal ^_^

    ReplyDelete