Tuesday, 20 November 2012

Malay Oldies

Assalamualaikum~

Happy Old Skool!

Semangat inkuiri
Tengah buat esaimen best-best...tetiba je macam nak stop. Teringat zaman dulu-dulu kala. Masa kecik-kecik. Zaman semangat inkuiri mencecah level maksimum. Dulu dulu, kalau buat homework tu...gigih buat sampai ke pagi. Dari pukul 9 lepas isyak tu...sampai la pukul 5pagi. Kalau banyak sangat la. Kadang-kadang kerja sekolah takde pun. Tapi buat latihan dalam buku mengalahkan orang nak SPM. Sampai mak pun cakap...'dah lah tu. Esok pulak' sambil menghulurkan secawan hot chocolate. Ecehh.

Nanny dan tragedi
Zaman tu, mana ada adik-beradik lain. Sorang-sorang je hidup dalam rumah. Three of us. Mak, abah and aku. Pagi-pagi kena bangun sebab parents aku nak hantar aku pegi umah nanny. Duk dengan nanny bukannya best pun. Dari kecik sampai ke darjah 2...bertukar-tukar nanny aku. Yang macam nanny McPhee pun ada. Yang macam mak tiri Cinderella pun ada, yang macam mak aku aje takde. Serius garang tahap minum milo dengan air garam. Hmm. Yeke? Seingat aku, macam tu la hakikat duduk dengan nanny. Sampai hati youuu nanny. Level kesadisan aku tu terkesan sampai sekarang. Dengan anak-anak diorang baik je. Dengan aku siap pakej tengking marah jerit bagai. Sobs. Emosi sungguh kalau berbicara pasal nanny.

Rules kat umah nanny pun tak best.
#1. Takbleh tengok tv pukul 2-3
#2. Pukul 3-4 kena tido
#3. Sampai umah nanny kena tukar baju. Pakai baju yang takberapa nak cantik sikit.
#4. Dapat nickname yang menyimpang dari nama. Aku dapat nama Ayu. =.="
#5. Takbleh makan pada waktu sekian sekian.
#6. Dont ask and answer
#7. Stay quiet
#8. You are always wrong
#9. Their children are always right. And spoil!
#10. Your wish is my command, ma'am. ~_~

Mak yang awesome
Bayangkan ye... aku duduk sorang-sorang kat umah. Lepastu, pegi umah nanny camtu lak suasana dia, aku dah ada bayangan yang dunia luar ni tak selamat. Biase ah. Kanak-kanak. Innocent. Pastu segala ilmu baru cuba diadaptasi in real life. Jadi, bila mak abah aku balik dari office. And seterusnya amek aku dari umah nanny. Aku rasa berbahagia sangat. Sampai rumah, mak cakap kalau nak coklat, kena kiss dia dulu. Okey ah tu. Takde rules pelik-pelik pun kat situ. Mak selalu bawak coklat, aiskrim dengan buku kat aku. Kan best tu?

Drama petang-petang
Lepastu, mak masak cucur udang yang yummeh lagi awesome. Masa tu, kat TV3 ada drama melayu petang-petang. Which is aku dah tengok lagi sekarang. Dulu punya cerita terbaekkkk wo. Masa tu, Ahmad Idham macam Aaron Aziz zaman sekarang la. Umie Aida pulak...macam Lisa Surihani zaman sekarang kot. Aku suka sangat tengok. Dengan mak aku. Sepanjang cerita tu ditayangkan kat tv dalam pukul 6petang gitu, aku asyik tanya macam-macam kat mak. Sikit pun mak aku tak marah. Takde pun mak aku fed up ke ape ke macam segelintir mak mak zaman sekarang.

Gadjet duniawi
That time apa barang internet, tab, ipad, ipod, samsung galaxy young yong old ke apa ke... Paling canggih pun, gameboy je laa. Taksilap aku, hanya golongan mak dan golongan abah je yang pakai henpon. Tapi, gedabak dia tahap giga laa. Bukan setakat baling kat anjing, baling kat kerbau pak samad pun kerbau tu bleh pengsan. Aku pun takberminat dengan gadjet gadjet duniawi semua ni. Yang aku tau, makan coklat sambil baca buku cerita atau makan cucur udang sambil tengok tv. Aku pun bukanlah sempat nak main tingting congkak mandi sungai ke apa ke.. Paling otai pun main basikal lepas dua tangan. Anak tunggal lah katakan. Mana ada geng nak buat havoc. Takpun, paling kotor pun, kutip bunga lalang. Abah pantang tengok aku main pasir. Nanti kena marah. Wuwuwuuww.

Ultraman
Seronok. Hiburan zaman tu tak macam sekarang. Sikit-sikit facebook. Sikit-sikit twitter. Gadget toksah cerita la. Kalau bleh nak masuk bilik air pun korang angkut sekali kan? Zaman tu pegi sekolah pun chill je takde nak fikir si A tu dah approve ke friend request aku. Ataupun duk fikir nak tukar DP apa... nak pakai timeline cover ke tak... nak update status pasal apa.. nak block or unfriend sapa-sapa. Cehh. Buang masa. Paling otai pun tanya pasal doraemon keluarkan alat canggih apa...ataupun nyanyi lagu go go power rangers. Setakat buat action Ultraman tu tarak hal laa.


Malay Oldies song
Lagi satu, lagu-lagu OST drama Melayu zaman dulu kala pun best. Sampai buatkan aku tersesat pegi cari balik semuanya kat youtube. Tu yang teringat cucur udang mak dan movie melayu petang-petang. Lagu dulu dulu tu, bleh ingat setiap bijik perkataan dia. Kalau zaman sekarang, terus je tulis OST drama bla bla bla kat google search terus muncul seketul seketul lirik dia. Dunia di hujung jari kononnya. Kalau makcik aku dulu lagi lejen. Sanggup duduk kat tepi radio lengkap dengan kertas dan pen. Laju gila dia taip butir butir perkataan yang penyanyi tu duk melalak.


Romeo Dan Juliet


Cinta antara benua






Mood: Alhamdulillah dah bleh upload gambar. hoyeah!!! Okbai.

6 comments:

  1. Haha, nice entry Miss Chill, menggamit memori ni. Romeo n juliet, cinta antara benua...dia punya theme song ble ingat lagik. Chill sempat tengok kartun Tomatoman? Gaban? Flashman? hehe

    Crack of sporkk.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Seronok bila kenang blk kn... Paling suka tgk salor Moon hehehe

    ReplyDelete
  3. memang seronok time kecik2 dulu...if i could turn back time..

    ReplyDelete