Saturday 9 June 2012

The 2012 UEFA Europian Football Championship

Assalamualaikum and hello friends, midfielder, defenders and goalkeepers.

Aku baru je balik dari tengok bola kat D' Malee Malaysia vs Singapore. Kontroversi betul. Takpasti lah apa masalah refree tu, atau aku yang tak mendalami rule bola sepak lagi. Mintak sesape yang baik hati, sila terangkan. Tapi akhirnya draw. Malaysia 2. Singapore pun sama. Aku pun dah menyampah. Jadi aku balik.

Okey. berbalik kepada title entry yakni The 2012 UEFA Europian Football Championship. *tarik nafas* EHhh.. ape ke berjela benau tajuknya sampai semput jari aku bernafas. EURO 2012 je senang. So kali ni yang jadi host, Poland-Ukraine. Kenapa bukan Italy? Insiden keobsesan para penyokong yang menjadi punca. Kalau tak, bleh dah singgah kat Verona kejap. Sambil-sambil tunggu next match. Pastu, UEFA pilih 8 stadium untuk dijadikan tempat match tersebut.

Semua sekali, ada 16 team. Okey. aku dah pecahkan siap-siap ikot group

Group A
Poland
Greece
Czech Republic
Russia

Group B
Netherlands
Denmark
Germany
Portugal

Group C
Spain *Ehem ehem*
Italy
Republic of Ireland
Croatia

Group D
Ukraine
Sweden
France
England

Korang ade jadual tak? Biasanya ade je kat newspaper. Tapi, family aku mana beli newspaper. Abah aku suh cari kat internet pastu print je. Hekhek. Ni pun aku cilok kat Makcik Wikipeah. Biasa kalau balek kampung tengok bola mesti best. Sebab Tok Mat akan pasang projector tgk kat screen besau. Duk kat luar umah, tengok reramai dengan pakcik-pakcik. Pastu, sape lagi yang dipertanggungjawabkan untuk bancuh air? =.='

Final 1 july nanti. Since tengah cuti ni kan... Wajarlah aku tengok UEFA 2012 nih. Aku takde komitmen pada kerjaya dan pengajian buat masa ni. Aku support Spain. Dan, ramai member-member lelaki duk tanya apsal aku sokong Spain. Takde kene mengena dengan pakcik Iker, Cesc Fabregas mahupun Fernando Torres.

Ceritanya begini, masa tu classmates sekolah semua duk provok aku suh sokong Germany. Masa tu Germany vs Spain 2010 World Cup. Gerak hati aku mengatakan, Spain akan mengalahkan Germany. *Ditegaskan di sini, gerak hati aku bukan disebabkan Paul si sotong tu* Apa-apapun, Hafidz begitu gigih melakar formation tactic German 4-5-1 tak silap aku. Untuk terangkan kat aku betapa kukuhnya pertahanan German. Ceh. Patut la Spain score 1 je goal. Seterusnya menaikkan nama Spain sebagai Champion. Dan sejak tu lah, bertapak cinta aku terhadap Spain. Ecehh.

Oh. official song dia Endless Summer by Oceana. Aku pun tak dengar lagi lagu tu. Try la ek. Mula-mula aku  ingat tajuk dia Endless Love macam kat TV3 tu. Hohoho. Rupanya Summer. Okey. Actually, banyak isu berbangkit sepanjang preparation Euro 2012. Aku harap, Malaysia tak offer diri jadi host suatu hari nanti. Banyak kontroversi.

Kontroversi Berbangkit

Anjing dan kucing
People of Ethical Treatment of Animals kat Ukraine cakap, kucing dan anjing yang terbiar, sesat dan berpenyakit dibunuh begitu saja. Pastu, maybe akan ade pindaan kat perundangan Ukraine untuk kucing dan anjing yang terbiar. Sedih kot. Ce bayangkan korang kat tempat kucing ngan anjing tu? Sudahlah terbiar. Sebatang kara, pastu kena bunuh terus. Hukhuk.

Plumbum dan nikel
Pastu ade isu jersey yang tak berkualiti. Maybe bahan kimia yang digunakan tak disahkan oleh SIRIM. Ehh? melalut pulak. Tak tak. Sesetengah jersey ade plumbum, nickel. Dan sesetengah bahan kimia yang bleh rosakkan sistem saraf.

Duit dan harga
Selain tu, isu yang hangat lagi hangit ialah, para para hotel meningkatkan harga drastically berganda-ganda. Tapi, cam standard pun ada. Kalau kat Malaysia ni pun, camtu gak kan? Hehe. Ape-apepun, isu ni diatasi dengan pantas dan cekap sekali oleh Ukraine.

Itu sahaja rasanya untuk kali ni. Have fun. Harap takde fanatik yang obses lagi menyusahkan orang pulak nanti. Kang gaduh2 bagai. Adatla perlawanan menang dan kalah. Sokongla team anda dengan sepenuh hati. Menang atau kalah bukan persoalan. Yang penting, effort. Akhir kata, majulah Spain untuk The 2012 UEFA Europian Football Championship. *lambai lambai tangan*



Kbai.


10 comments:

  1. huarrrghhhh... maaf ngantok sikit.. hmmm.. hebat tol la dia ni.. x padan ngan pompuan minat bola... eh! laki ke pompuan ni... lupa lak nak tanya td...

    ps: Czech Republic ehem... ehem...

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh menguap kat sini pulak. kalau ngntuk, pegi la tido.
      hahaha. bola tak restrict untuk lelaki je. pempuan pn bleh. i'm a Miss. so, perempuan la. HAHA

      p/s : all the best. Spain menang. HAHA

      Delete
  2. GO SPAIN.hahaha jom baca dan komen entry terbaru saya http://azminanordin.blogspot.com/2012/06/demam-dah-mula-dah.htm

    ReplyDelete
  3. eh.. zz dlu suke tgk bola.. tman ayah.. buatkan air untuk ayah bile die tgk bola.. mse fifa la pling best.. zzs suke jerti GOL!!!!hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha. baiknya zz. anak solehah ni. jangan lupa jerit GOL!!!

      Delete
  4. aq rasa aq mmg x minat bola weh...lainla kalo MU ke..hahahha

    ReplyDelete
  5. Hehe. Jum pergi blog saya. Ada link jadual. Perlawanan euro 2012. Semoga trhbur. Go go go. Hehe

    ReplyDelete