Domestic Engineer
Sekembalinya aku dari mengembara bersama Munirah, aku rasa sangat penat. Banyak benda nak kena buat. Lepastu, beberapa tawaran kerja yang datang mencurah. Oh ya, sebagaimana yang korang taktahu, aku dah sebulan bekerja sebagai domestic engineer. Buat pengetahuan korang, domestic engineer ni adalah istilah urban kepada orang yang buat kerja-kerja rumah di rumah. Eh? Ehem. Macam surirumah gitu. Jadi, jangan pandang rendah terhadap kerjaya surirumah. Mereka tergolong dalam kumpulan professional, engineer. The domestic engineer. Ahaks.
Gadis Kerongsang
Sekarang, aku bergelar Si Gadis Kerongsang. Segala brooch, pin yang cute dan miut aku jual. Kepada sesiapa yang berkenan, mini kerongsang yang kecik-kecik tu, we all jual 15pieces RM12. Including postage. Yang latest trend berekor-ekor bagai, 3 RM12. Including postage jugak. Kalau yang ala-ala span lembut bentuk reben, ada hello kitty ada lep-lep, ade butterfly, ada bunga-bunga... 6, RM 12 including postage. Pastu, bermacam-macam jenis lagi. Kalau uols serius nak, nanti aku upload la picture. Sebab tengah sale sekarang ni. Lagipun, raya nak dekat ooi... puasa apatah lagi.
Rapid KL T_T
Berbalik kepada tajuk amal kebajikan bermula di rumah, sebenarnya aku nak cerita masa naik bas Rapid KL suatu ketika dahulu. *Maklum saje lahh orang takpernah naik bas* Bas tu sangat sesak umpama tin sardin cap ayam brand. Yang amat tidak relevannya, aku tak berpeluang langsung nak capai tempat pemegang yang disediakan untuk orang berdiri. Paham-paham aje lah kalau naik bas kan... Ada inertia bagai. So, kalau kita gayut kat pemegang tu, selamat la sikit.
Charity I
Oleh sebab terpaksa berhimpit untuk naik bas, seorang jejaka telah menawarkan beg sekolahnya sebagai galang ganti. Dia kan tengah sandang beg sekolah dia, so aku just pegang beg tu dan takdelah aku tergolek ke sana sini dek kerana inertia. See, nampak tak kebajikan di situ? Sekecil-kecil amal pun kadang-kadang nampak besar di mata orang lain.
Charity II
Seterusnya, makcik bas. Err, dia bukan makcik yang memiliki bas itu. Tetapi, dia regular passenger. Makna katanya kat sini, dia akan naik bas tu tiap-tiap petang. Ulang-alik dari office ke rumah. Makcik tu, dengan baik hatinya menawarkan tempat duduk kepada aku. Tengok aku dah pucat lesi dalam bas tu. *Maklum saje lahh buat kali kedua : orang takpernah naik bas* Dia siap save kan tempat beb. Masa aku nak pegi bayar tiket, makcik tu cakap kat sorang akak ni. 'Tempat ni dah ada orang. Dia dah lama berdiri.' See. Nampak permainan dia? Masa aku dah sampai kat destinasi, makcik tu pesan macam-macam kat aku. Sobsob.
The Yesmophobia Syndrome
Kemudian, aku ni ada satu syndrome yesmophobia..... Kalau nomophobia adalah penyakit fobia tanpa telefon. Maka, yesmophobia adalah penyakit fobia dengan telefon. Ngehngehngeh. Aku selalu tak hiraukan sangat handset aku. Jadi, battery pun tiada. Nak dijadikan cerita, pada suatu petang... bas menghala ke rumah aku, dah pupus. Langsung sebijik pun takde. Nak call parents? Kredit takde. Nak beli kredit? Prepaid kat kedai Maxis pun habis. Perghh. Disaster bertimpa-timpa.
Charity III
Mula-mula, pinjam handset Munirah. Parents aku kata diorang on the way amek aku. Then, Munirah balik. Dua jam aku tunggu kat Medan Gopeng sambil buat Sudoku. Perjalanan yang sepatutnya amek masa sejam, dah jadi dua jam. Sape tak cuak woah. Aku pandang keliling. Nampak akak berpurdah depan aku ni. Tengok mata. Cantik. Senyum. Wahh. Dia senyum balik. Wait wait. Takkan korang taktau camane orang berpurdah senyum? Mata dia macam kecik sikit. Tu, senyum laa. Aku sembang-sembang kejap, terus dia bagi aku handset dia. Bagi pinjam laa.
'Kalau lambat camni, sape tak risau...kan?' sambil menghulurkan C3 kaler pink.
'Err...kite tak reti guna la' kelip mata empat puluh tujuh kali sambil tayang muka innocent.
'Haha. Meh sini' dengan pantas mendail nombor.
Okey. Aku takreti la guna handset Qwerty. Touchscreen pun aku failed. Mujurlah akak tu tolong dailkan. Hukhuk.
Rupa-rupanya, parents aku lambat sebab abah aku ikutkan sangat kata-kata Papa Go. Abah aku memang camtu. Dah tau jalan pun guna GPS. Aku dah gelabah panda tunggu sorang-sorang kat Medan Gopeng tu. Tapi, seronok sebab dapat jumpa Kak Umi.
Charity IV
Oh seperkara lagi. Aku rushing nak pergi solat, memandangkan masa dah time. Saat para manusia berlumba-lumba menunaikan kewajipan, dan aku yang tak bawak sejadah. Space untuk solat pun dah penuh. Tetiba, ada sorang makcik ni lintangkan sejadah dia, so boleh lah aku solat sebelah dia.
'Marilah sembahyang kat sebelah ni' kata makcik bertudung coklat.
Aku pun gembira tak terkata la bergerak ke sebelah dia.
Charity V
Dan lagi. Memandangkan aku ni Yesmophobia, jadi aku pun selalu takperasan kan tangan aku yang memegang handset. Agak kerap juga handset aku terdampar di lantai. Wuhh. Tapi, yang bestnya... setiap kali jatuh, pasti ada aje tangan-tangan lain yang tolong aku kutip bahagian-bahagian handset yang bersepai. Kehkehkeh.Charity VI
Next lagi, pada suatu hari yang indah... aku lapar sangat. Aku mengalami mini amnesia kot masa tu. Terlupa yang aku ni ade gastrik. Bz benau bekerja... sampai terlupa yang aku takmakan lagi. Last last... ada someone belanja makan nasik goreng kampung. Dengan air sekali. So sweet of her. :D
Dalam keadaan masyarakat Malaysia yang kian luntur semangat keprihatinan dan mengambil berat, aku bersyukur ke hadrat Illahi kerana masih ada yang sudi menghulurkan pertolongan kat aku. Syukurlah. May ALLAH bless us.
Sesudah amarah Musa menjadi reda, lalu diambilnya kembali Taurat itu. Dan dalam tulisannya terdapat petunjuk dan rahmat untuk orang-orang yang takut kepada Tuhan-Nya. (Surah Al-A'raf, ayat 154)
JEMPUT JOIN GA NI :) HADIAH OWESOME MENANTI ! Tarikh tutup 30 JUN 2012 ,SIAPA CEPAT DIA DAPAT :)
ReplyDelete>> http://farra-izzaty.blogspot.com/2012/05/miss-jijie-1st-giveaway.html
done :D
Delete