HAHA. Since hari ni hari yang tak happy and takbersemangat, aku harap orang lain sangat ceria menempuh hari ni. Btw, happy tree friends best. Dulu aku selalu tengok. Especially kalau tengah feeling murderous. That's why cartoon tu kena banned kat Malaysia. Aku pun tak fahamlah. Apa yang aku suka mesti kena banned kat Malaysia. Macam Avenged Sevenfold contohnya? tapi, lepas gak laa buat concert kat sini hari tu. HAHA.
Well hari ni selera makan aku zero. Moral down. Imagine, aku just makan curds, love letters biscuit, then setelah siap ikan pari aku hidangkan. aku rasa secubit. pastu... dah malam mak balik keje, mak tanya... kenapa tak makan... nanti kalau tak makan, sakit perut. Thanks so much. Our mak memang caring kan? Then, mak ajak aku kuar shopping. Aku ikot je laa. Minum vitagen, then beli waffle. And jagung. Sumenye aku makan secubit secubit. Then balik, masak 'Oh Roti Gulung' resepi ciptaan aku tu pun....secubit je. Oh Why???
Lepastu.. err... baru aku sedar... aku demam rupanya. Jadi, bila dah demam aku memerap aje dalam bilik. Sampai mak complaint lagi dia cakap kelakuan aku tak macam duduk kat umah sendiri. Malu ke nak keluar bilik? Aku pun senyum tak berapa nak hambar je lah. Demam sampai ke satu tahap tu, aku dah fikir benda bukan-bukan. Since mata dengan kepala aku asyik pedih-pedih berdenyut denyut je. Aku dah imagine yang ada ulat tengah bersemayam dalam mata aku. And aku fikir ulat dah berkampung kat dalam otak aku. Kalau korang yang baca terasa loya, aku yang menulis ni rasa macam nak err nak ape ye? Nak nak je lah.
Oh ye, dalam 3 hari ni aku pergi sebentar dari dunia maya. Nak travel jauh. Perjalanan mencari sesuatu yang takpasti. Ecececehh. *muntah*. Ingat tak mamat yang cakap aku ni tak patut cakap pasal cinta? Actually, suatu masa dahulu... aku pernah reject dia. Then, aku ingat dia benci aku tapi dah lama lama tu aku tersedar yang dia takbencikan aku. Tapi, hati dia dah hancur. Yes, aku lah yang hancurkan. Even me couldnt handle myself. Maybe dia approach aku dengan cara yang salah. Dan mungkin jugak aku yang tak reti nak reject orang secara sopan. HAHA
Dah lama tak tengok movie, jadi... hari ni aku pun tengok la movie2 yang dalam folder unsettle. Means that aku tak tengok lagi la cerita tu. Pastu ade satu cerita ni, Eat. Pray. Love. Aku rasa macam aku dalam fasa cerita tu laa. Sekiranya ade yang anggap aku poyo, dipersilakan mengata aku dalam hati betapa poyonya aku. Nak jerit-jerit depan laptop pun boleh. Kalau korang rasa aku ni poyo sampai terasa nak sembur depan depan. Silakan datang umah aku. Tapi, dengan satu syarat lepas korang ngata aku habis habisan ... jangan malu malu untuk semak kamus dewan. Maksud poyo dalam erti kata sebenar. Kau orang akan memahami perasaan aku yang selalu dikatakan poyo. HAHA
Okey pasal Eat Pray Love. Yes aku sedang menjalani fasa tu since keje aku kat umah ni, eat. pray and love. Makan makan dan cuba resepi baru, mengerjakan solat dan berdoa. Then, mengukuhkan rasa sayang antara famili dan people surround me. Cerita tu pasal Liz, yang sedang dalam perjalanan mencari diri dia. kebahagiaan dia and apa sebenarnya yang dia nak dalam hidup. Okey xpelah. maybe aku terlambat beberapa dekad untuk bagi tau pasal cerita ni. HAHA
Cerita ni jugak buat aku jatuh cinta pada Italy. Aku ingatkan... Italy tu takde mende. Setakat menara Pisa yang senget tu, Menara condong Teluk Intan pun dah okey bagi aku. Rupa-rupanya... kat sana ada something yang... aku pun taktau.. Dolce far niente maybe? The sweetness of doing nothing. Nanti, one day kita pegi sana ek kanda? HAHA. Perkara yang sama mengenai aku dan Liz ialah...girl who in search of her word. Lagi satu, kalau nak speak italian kena ada a lots of gesture. Baru lah true Italian. Kalau kat Malaysia ni asyik makan pizza, pasta, spaghetti... so apa salahnya one day pegi Italy and rasa sendiri. Nasiblah nak naik berat badan 2-3kilo sekalipun.
Next, Love. Love is scary, dangerous. Tapi... kalau love bleh buatkan korang fokus, why not? Setengah orang, kalau bercinta... dia hilang diri dia. Dia jadi tak kenal diri dia sendiri. Tapi, kalau bercinta tu bleh buat korang kenal diri korang. Why not? Btw, jangan ingat korang dah kenal diri korang. Kalau korang still lagi menangis tanpa sebab dan kadang-kadang keliru dengan perasaan. Maknanya, you do not know your own self. Oh ye, bercakap pasal cinta... semalam ade someone ni. Add aku kat facebook. Sebelum dia add aku, aku dah syak yang dia akan add aku. Sebab...? Love of course. Sebelum fikiran korang melangkah terlalu jauh. Ni haa aku nak tunjuk bukti.
So, i bet this guy mesti sayang gila kat girlfriend dia siap merayu suh aku jaga semua kan... We all have dreams. But, somehow...people will choose one dream and that was their lover. Seseorang yang buatkan impian korang nak dapatkan seketul bintang terkubur begitu sahaja sebab korang rasa cinta tu lagi berharga dari perjalanan nak pegi amek seketul bintang. haha. ape ape je lah aku merepek. Kalau korang dah ada someone yang special. Good. But, as for me... soalan masih sama. Per chi? Atau dalam bahasa Melayunya, untuk siapa. Sesungguhnya, kunci kunci hati manusia itu terletak pada Khaliq. Jadi, kalau korang nak buka pintu hati seseorang, minta lah pada Khaliq sebab Dia yang pegang semua kunci.
We all want things to stay the same. Yes, so do I. Tapi, one fine day aku kena akur jugak. Changes was a norm. For example, masa kita kecik kecik dulu, parents beli furniture. Kotak-kotak yang isi furniture tu, pasti jadi habuan untuk kita main. Kalau aku, aku masuk dalam kotak tu. Tapi, sekarang... bila dah matang, perlu ke aku masuk lagi dalam kotak tu? Atau aku patut manfaatkan kotak tu dengan isi-isi barang or something like that? Tepuk dahi, tanya kotak.
Dalam kepeningan dan kedemaman aku ni? Eh? Bahasa ape aje la yang aku guna ni. Err, maafkan ai yang tak sihat ni okiee uolss? Hmm, dalam ketidaksihatan ini, puncanya satu. Terlalu banyak fikir. Mak yang cakap bukan aku. Memanglah sebagai remaja yang sedang bercuti, aku patut tak fikirkan apa apa. Masalahnya, dia datangs sendiri. Aku terlalu sibuk memikirkan soal akan datang, future dan masa depan hingga terleka untuk menghargai masa sekarang, now dan kini.
Masih terbayang perbualan aku dan Munirah menerusi ruang comment facebook.
MissChillax : Aku dh malas nak fikirkan cita cita yang aku pun taktau sebab aku memang xde cita2 agaknye? Tapi, aku ade baaaaaaaaaanyaak impian. Banyak wishlist. jadi, kalau pun aku hidup dan teruskan perjalanan degree yang panjang, hanya kerna lillahita'ala dan nak capai matlamat aku. InsyaALLAH
Munirah : Aq suka angan2 tp, aq xde cita2. Satu hari nanti,aq harap,angan2 aq akan jd cita2 yg aq impikan.
MissChillax : Tanpa angan angan, kita takkan ade imaginasi. tanpa imaginasi, kita takkan ada impian. Tanpa impian. kita takkan ada cita-cita. Tanpa cita-cita, kita takkan ade matlamat dan misi hidup.
Sekian sahaja lah. So, kbai shall we?
No comments:
Post a Comment