Tuesday, 22 May 2012

Tanggal 15 May

Assalamualaikum sweet and cool readers.

Sebenarnya, it's 15 May 2012. Takde ape yang menarik pun dengan tarikh tu. Cuma, 19 tahun yang lampau, seorang bayi telah dilahirkan ke dunia. Bayi berkenaan hampir saja lemas dalam kandungan. Dari hospital manjung, dibawa ke hospital ipoh yang jauhnya lebih kurang sejam. Alhamdulillah, tepat 2.07PM kedengaran tangisan seorang bayi. Tangisan kesedihan kerana bakal menanggung amanah yang berat di dunia. Memegang janji janji yang dipersetujui dengan ALLAH. Apatah lagi, syaitan telah mula iri hati dengannya sejak di alam rahim lagi. Mampukah seorang bayi itu menggalas amanah dan janji? Mampukah dia menangkis serangan syaitan laknatullah?

Salaamun An-Nisaa. Ohh bayi perempuan rupanya. Setelah diazan dan diiqamatkan, mak kepada bayi perempuan meletakkan sedikit kurma pada lidah bayi. Amalan sunat tahnik yang bertujuan untuk melancarkan percakapan anak kecil. Proses menamakan bayi an-nisaa tadi amat kritikal bila mak dan abah sang bayi excited menimang cahaya mata mereka yang pertama. ooh. akhirnya, mak mengalah. Nama sang bayi tadi dipilih oleh abahnya.

Khabarnya, mak abah bayi berkenaan sangat bangga dengan kelahiran bayi tadi. Tak susah nak jaga. Tak banyak meragam. Nangis sebab lapar je. Cuma sekali je baby tu nangis. Masa kat shopping complex. Nangis sekuat kuat hati. Pastu balik rumah, chill je macam takde pape berlaku. Ciss.

Semasa usianya menjangkau 4 tahun, dia sudah mula membaca surat khabar. Begitu gigih mak abah anak tersebut mengajar dia membaca. Sekarang zaman education comes first. Mana mungkin membiarkan anak mereka tercicir. Mereka mahukan yang terbaik untuk anak yang sorang ni. Begitu tegas soal pendidikan. Sesekali mengalir airmata anak kecil tadi kerana terkejut apabila abahnya meninggikan suara kerana tersalah faham vokal dan konsonan. Suku kata dan bunyi.

Proses taska dan tadika ditempuh dengan perasaan yang sukar dimengertikan. Pada hari pertama, melangkah sendiri ke tadika tanpa ditemani mak atau abah.

Anak : Mak, tadi kan kat sekolah ada budak tu mak dia hantar pegi sekolah.
Mak : Kamu nak mak pegi sekolah atau kamu yang pegi sekolah?

Anak itu terdiam lalu terus menghulurkan tangan untuk bersalam. Semenjak hari itu, dia tidak lagi bertanyakan kenapa mak dia takhantar dia pergi tadika. Sementara kawan kawannya yang lain, ditunggu oleh ibu mereka hingga habis pelajaran. Dia sangat seronok ke tadika. Seronok kerana dapat belajar ilmu ilmu baru. Sains, Matematik, Jawi, Arab, Feqah, Bahasa Melayu, English.

Pabila peperiksaan tamat dan hari yang mendebarkan pun tiba.

Mak : Mana report card?
Anak : Mak...mintak maaf la sebab tak dapat nombor satu. *Buat muka sedih*
Mak : *Buka report card* Ehh, dapat nombor 3!! Abang, dia dapat nombor 3!
Anak : Kenapa dengan nombor 3?
Mak : Tahniah! Okeyla tu nombor 3. Nanti, usaha lagi tau.

Anak kecil tadi tidak mengerti akan apa sebenarnya yang berlaku. Kenapa mak happy. Bukan dapat nombor satu pun. Namun akhirnya, dia berjaya juga meraih nombor satu. Cuma satu yang dia pelik. Kenapa dia sering dibuli oleh kanak kanak sebaya.

Masuk ke fasa sekolah rendah, dia mula berkawan. Dia sudah tak takut lagi dengan ancaman buli. Maknya turut bekerja di sekolah yang sama. Semua cikgu kenal dengannya. She rules the place. Cuma sekali dia diejek disebabkan tiada adik beradik ataupun, anak tunggal. Masuk darjah 2, ditukarkan ke sekolah baru. Berpisah dengan sahabat sejatinya dan juga geng geng sekelas.

Di tempat baru, she rules the place. Fasa UPSR ditempuhi dengan penuh gigih. Namun, dia kecundang. 4 A 1B amat tidak menggembirakan. Fasa PMR juga diharung dengan tabah. 9A yang nostalgic. Fasa SPM juga   penuh dengan ranjau dan cabaran. Maknya melahirkan anak lelaki dan yang terakhir. Serentak dengan itu, maknya menghidap penyakit kritikal. Adik juga turut mengalami nasib yang sama. Sesungguhnya, setiap kejadian pasti ada hikmahnya. Alhamdulillah, setelah 2 tahun, kedua duanya sihat. Cuma kena buat rawatan susulan.

Fasa ASASI berlalu dengan penuh keriangan kanak kanak riang. Andai masa dapat diundurkan, dia mahu mengulangi zaman ASASI. Pahit manis semasa asasi mengajar dia menjadi seorang yang chill. Insya ALLAH, kalau ada rezeki, bakal melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pada September nanti. A lots of dreams. A lots of hope. A lots of ehh...berapa banyak a lots off lah.

15 May 2012. Genap 19 tahun. Kata mak, takboleh lagi buat perangai budak budak. Takboleh merajuk. Abah cakap, lepas ni, kena bersemangat dan bersungguh sungguh dalam setiap perkara. Takboleh hangat hangat spaghetti bolognese lagi. Kena hangat hangat ayam McD yang sentiasa dalam microwave. LOL.
Siti cakap, taktercakap. Senyum senyum je sebab patah tangan, jadi takde hadiah nak bagi kakak katanya. Adik kecik, Zariff pulak.. lari lari sambil depa tangan nak peluk kakak dia. Sambil jerit lagi 'Kaakaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaakkkkkk' pastu cakap 'nak nugget'. Ciss. Dasar budak 2 tahun!

HAHA. camtu lah. lebih kurang ceritanya saat detik minit jam kelahiran aku. Macam tragis je part lemas dalam kandungan tu. That's why aku belajar berenang. Kalau boleh, taknak lemas lagi. Wuwuwuw. Pastu part shopping complex tu lagi takbleh blah. Patut laa aku tak suka shopping agaknya. Okey, bab membaca tu memang aku ingat camane garangnye abah aku ajar. Salah sikit, mulalah tinggi volume suara dia. Keluar airmata aku. Tapi, abah cakap... dia suka tengok aku menangis. Sampai merah muka. Nak tergelak katanya. Tak patut betul laaa. Tak patut tak patut tak patut.

Eh tak macho la kena buli masa tadika kan? kan? kan? HAHA. Diskriminasi sebab mata aku sepet. Never mind. Kurniaan ALLAH okeyy. Abah cakap, muka aku mengalami perubahan drastik masa kecik kecik dulu. Masa baru lahir... muka garang macam German. wuwuwuw. sampai hati abah. Lepastu, bila dah boleh berjalan, bercakap dalam 2 tahun gitu, muka aku macam anak Cina. Sampai mak aku dituduh menculik anak cina. Then, dari umur 6tahun, sampai sekarang tak berubah-ubah muka aku. Tengok member-member lain tu, banyak jugak transformasi diorang. Aku camni je.

I'm 19 and I never had a boyfriend. And I'm okey with it. Mungkin aku selalu bercakap pasal cinta. Tapi, tak bermakna aku pernah bercinta. Sampai la satu hari tu, ada seorang hamba ALLAH ni yang taksuka aku cakap pasal cinta. Maybe. Atau dia terasa kat mana-mana. Tersinggung kat sana sini. Taktau lah kan. Dengan tekad dan nekad dia hantar satu email kat aku. Ayat dia pendek je. Tapi, menikam kalbu. Dan, banyak grammatical errors maybe? HAHA. Ntahlah. Aku bukan cikgu bahasa inggeris. So, agak tidak layak untuk judge sentence dia.

Jadinye, di sini aku nak isytiharkan yang saya dah 19 tahun. Last year of teenagers right? HAHA. So, ampun dan maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki pohon dari semua. Thankyou so much. I love my haters and lovers of course. ohh, kat sini nak mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan penghargaan kepada parents yang menganjurkan majlis kesyukuran sempena ulangtahun kelahiran ke19 dan setinggi tinggi terima kasih kepada birthday wisher.

Mak, Abah, Ct, Zariff, Aunty Ros, Mr. K, Mr. A, Celcom, Maxis, Atik Zufar, Nik Nabilah, Kak Fathen, Kak Nurul, Sarah Walid, Mr. N, Mummy Ani, Arsyad Rashid, Munirah Kadir, Senior Azree Saw, Mak Jemah, Nana Al-Yahya, Amalina Alias, Juddin, Kak Ira, Reen, Mak Su Faridah, Along Daus, Ain Anam, Rozawani, Aznil, Safiah, Atyn dan kesemua 175 orang birthday wisher yang tak larat aku nak taip.

Tahun ni, dapat hadiah yang matang-matang aje. Tak macam tahun tahun yang lepas. I got so many teddy bears. Tahun ni dapat dress, clothes, dan benda benda yang bukan untuk budak-budak macam aku. Well, i'm 17forever. Ehem ehem. HAHA. Apa apa pun... Syukur ke hadrat Illahi kerna masih diberi peluang untuk hidup hingga ke hari ni. Betapa kasih sayang Sang Khaliq sangat teguh buat kita semua. Cuma kita yang takbur dan bongkak dengan nikmat dan rahmat ALLAH. Masih berat untuk melakukan solat sedang Sang Pencipta amat rindukan kita. =')







#Kat sini nak cakap, orang yang tulis ni dah 21









2 comments: