Sunday 10 June 2012

Wabak terbaru : Dysverificacia

Assalamualaikum readers, chillers, Cik Zatty *lambai lambai tangan*, programmers dan friends.

Selesai solat subuh, aku terus blogwalking. Camni la budak budak zaman sekarang kan. Sarapan pun belum. Ada hati nak serang laptop. Cehh. Lepastu, gastriks la, apendiks la. The other side of me mula membebel sendirian. Dia suruh aku pegi breakfast ler. So, kejap ye. Aku nak pegi masak kejap. *Ehem. Be right back!



Okey! I'm back~
Aku masak ape? Panaskan roti nan cheese tandori set je pun. Ada banyak lagi. Buat apa aku masak lain. Bukankah itu satu pembaziran yang nyata? Eceh.

Bukan Running Man
Berbalik kepada entry, seperti biasa... aku mulakan jalan-jalan kat blog. Semenjak cuti ni, aku semakin rajin blogwalking. Kalau dulu, mana ada. Walaupun, blogging adalah passion kedua selepas writing, tapi, blogging memerlukan komitmen yang besar bagi aku. Masa study kat kampus, mana sempat. Kalau sempat pun, Radh tak berapa galakkan. Dia nak aku focus. See, betapa caringnya Radh terhadap aku. Walaupun, dia selalu gelak sekuat-kuat hati kat sebelah aku. Running Man punya pasal. Korang yang tengok Running Man mesti faham betapa heavennya korang gelak. Aku tak tengok. =.="

Tentang Dysverificacia
Tengah-tengah blogwalking, tetiba... aku tersedar yang aku dijangkiti wabak ni. Dysverificacia namanya. Aku taktau apa ubatnya. Ini adalah penyakit terbaru. Takcaye, try google. Nescaya korang takkan jumpa sebarang info mengenai dysverificacia. Tadi, aku baru je google. Dia kata, no result found. Perkara pertama yang korang harus tau ialah penyakit ni terjadi bila korang salah tengok atau takdapat tangkap word verification yang diperlukan.



Asal nama Dysverificacia
Memandangkan learning disability dipanggil, Dyslexia. Manakala math disability dianggil Dyscalculia. Jadi, aku putuskan disability to type the word verification dipanggil Dysverificacia. HAHA.

Symptom-symptom Dysverificacia
Biasanya kalau aku type, mesti dia akan kuar cenggini...




Impak Dysverificacia
Setiap kali aku gagal type word verification dengan betul, diriku terasa begitu robot sekali. Mula terbayangkan Dorami, robot kuning yang merupakan adik kepada doraemon. Sambil pandang gambar mak abah aku. Aku tanya kat diri aku, adakah aku ni robot? Sob sob. Aku pegang hidung aku sendiri. Ohh, tak sekecik hidung Dorami. Atau... adakah aku digimon?

Mangsa dysverificacia
Seperti biasa, penyakit bukan bersifat racist. Tidak mengenal kaum, bangsa dan umur. Namun, yang berisiko tinggi adalah... insan yang mempunyai komputer, laptop, smartphone, tab dan internet terutamanya. Bila mereka mengakses laman web mahupun hantar email, word verification akan muncul. Sebab benda-benda ni memerlukan verification untuk tujuan security. Manakala, berlainan pula dengan televisyen, mesin basuh, seterika, dapur gas dan penyapu sampah...sama sekali tidak memerlukan verification word. Akan datang, mungkin?

Solution
Jadi, sape-sape yang ada masalah Dysverificacia, bleh berjumpa aku. Kita heart to heart ek nanti? HAHA.

Mari berkenalan dengan beliau.
Aku tengok kat chill chill tu, ade komen Cik Zatty. About something special. Dengan muka innocent, aku melompat ke blog dia. Pastu, terbaca pasal pesanan buat wanita. Rasa terharu kejap. Pastu aku scroll lagi. Kiri kanan depan belakang. Geletek-geletek hamster. Bagi makan. Lepastu aku scroll ke atas. Terperasan sesuatu. Aku nampak word Misschillax. Dan ehhh? Alamakk. Dupdapdupdap. Aku takbaca habis entry tu. Aku terkaku di depan laptop. Fikir dalam-dalam. Kot2 ade buat salah ke? Ntah-ntah Cik Zatty nak dakwa aku kat court. Huwaaaaaaaaa

Tuah
Darah B+ aku yang sentiasa be positive mula-mula memikirkan perkara yang positif. Chillax arr.. dengan sepenuh hati aku baca entry tuah. Macam mimpi aje. Rasenye tadi dah bangun. Siap makan roti nan cheese. Oh adakah ini mimpi? Mohon Cik Zatty datang bagi penjelasan. Ehehehe. Tuah ayam nampak di kaki, tuah Hang Tuah terletak pada huruf Ta. Tuah Pak Malau terletak pada pantunnya. Tuah Doraemon, terletak pada poketnya. Tuah Miss Chillax? Ehem ehem. Tanya Cik Zatty.

Okeylah. Sekian sahaja aku laporkan mengenai Dysverificacia. Tak sabar nak tweet tweet dengan Cik Zatty. Kbai.

6 comments:

  1. dysverificacia ? pelik sungguh nama itu ... hahah cik yasmin pun berbelit lidah nak sebut nama tu ... apa pun terima aksih sbb kongsi maklumat tentang penyakit itu ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAHA. tq cik yasmin.
      Berbelit lidah? Sebut macam ni Dys-Ve-Ri-Fi-Ca-ci-a
      haaa. senang kan? hehe

      Delete
  2. berbelit lidah akak ni nak menyebut... dua tiga kalipun x betul lagi hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe. dys ve ri fi ca ci a..
      nama wabak ni memang aneh aneh sikit.

      Delete
  3. Replies
    1. tu lah kann.. google pun cakap no result found. :D

      Delete