Thursday 4 July 2013

Sort of Explanations: Sebuah Eufemisme

Assalamualaikum

Wuu...Rindu.
Like seriously  kau... lima bulan tak update. Memang tipu kalau tak rindu. Kalau manusia yang tengah bercinta... perempuan tu dah serabai macam Pontianak Harum Sundal Malam pulak. Manakala yang lelaki pula chill je masih hensem macam Orlando Bloom. Kehkehkeh. Sesungguhnya, menulis blog ibarat terapi.  Bayangkanlah macamana orang yang sangat suka update blog membiarkan blog sampai lima bulan terabai? Kalau manusia tu dah berkahwin, yang perempuan dah boleh tuntut fasakh manakala yang lelaki boleh blah dari hidup perempuan tu forever and ever.

So... where were we? A lil bit of tersasar nampaknya? Hmm. 
Taktau macamana nak mula, kat mana nak mula, apa, siapa, bila. Ouhh. Bukan nak bagi tips kehidupan. Bukan nak cerita keburukan orang. Bukan nak buat penghargaan untuk sesiapa, bukan nak organize contest, segmen or giveaway. Tutorial? Jauh sekali. Tapi, ini satu kisah mencetuskan suatu persepsi baru dalam kehidupan. Bagaimana seorang 'aku' (bukan nama sebenar) tidak lagi menjadi 'aku'. Bagaimana 'aku' berubah ke arah yang realistik. Bagaimana 'aku' berusaha gigih dan tidak lagi di alam fantasi. Bagaimana seorang 'aku' bla bla bla. K... boleh stop dah kot.

Hilang authenticity dan originality bila guwa taip sebegini rupa. *Dah lamaaa pakcik tunggu.* =.= Namun, izinkan guwa menjadi guwa hari ni. Kalau guwa menjadi aku, susah pulak nak cerita kisah 'aku' ni. Guwa mulakan sekarang ye? Senang cerita, kita (ecehh...kita. =.=) namakan watak kisah ini sebagai 'aku'. Baru feel. Ye tak?

Pelajaran kehidupan Cepter 1

'Aku' ni jenis susah nak minta tolong orang...susahkan orang...kalau sekali 'aku' minta tolong orang... maknanya 'aku' betul-betul terdesak. Kalau member member 'aku' taknak tolong 'aku' sekali... jangan harap 'aku' akan meminta tolong untuk kali kedua. Kerana 'aku' memang taksuka susahkan orang. Kemudian, kalau sekali orang tolong 'aku', 'aku' ni akan ingat sampai bila-bila dan berusaha untuk membalas budi orang tu. Kalaupun orang tidak dapat menolong 'aku', 'aku' faham.

Suatu malam yang hening...

'Aku' : Weh, kau kat mana?

'Kau' : Nak gi makan.

'Aku' : Kau tunggu kejap. Nanti aku bawak kau pergi makan. Aku nak gerak gi umah kau.

'Kau' : Hah?

'Aku' : Aku nak mintak tolong kau sebenarnya. Ada hal sikit ni. Kucing aku ni, ChancellorBossyMcKitten ada masalah sikit. Almaklumlah... kondo aku tu mana boleh bela kucing. Kang kalau aku bawak balik sekarang, sekeritigad tu ligan aku. So, aku nak tumpang letak ChancellorBossyMcKitten kat luar banglo kau untuk malam ni saja. Pagi-pagi morning after Subuh aku bawak balek ChancellorBossyMcKitten ni. Okey?

'Kau' : Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa ....2 jam kemudian.... aaaaaaaaaa

'Aku' : Boleh ke tak boleh ni? Kalau tak boleh, takpe.

'Kau' : Macamnilah, kau pergi tunggu aku kat kedai WakDonald. Nanti lepas makan aku pergi sana.

'Aku' : Kenapa nak kene tunggu dekat WakDonald? Okey. Kau kat mana sekarang?

'Kau' : Dekat kedai makan. Em... kau dengan siapa?

'Aku' : Dengan kawan aku.

'Kau' : Mereka jelita dan anggun tak?

'Aku' : Sangat. Dan mereka ialah Megan Fox dan Hayden Panettiere.

'Kau' : Kau datang sini sekarang bawak mereka sekali. Hehehehe.

Hayden Panettiere: Woii, takde masa.

'Aku' : Kau kat mana sekarang? Tak boleh ke aku terus pergi sana?

'Kau' : Aku kat kedai WakLu ni. Kau nak datang sini? Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.... 5 jam kemudian....  aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Hehehehehhehe... Hahahaha... Hohohoho

Mulai hari itu, 'aku' mengutip satu demi satu falsampah kehidupan atau realiti sebenar. Seterusnya, 'Aku' menjadi lebih realistik dan mula berusaha gigih untuk membeli banglo seperti 'kau'. 'Aku' berusaha keras supaya dia tidak perlu lagi meminta tolong daripada manusia-manusia seperti 'kau'.

Moral 
1. Jangan duduk kondo yang tidak dibenarkan membela ChancellorBossyMcKitten.
2. Jangan meminta pertolongan daripada insan bernama 'kau'.
3. Kawan masa senang memang banyak. Tapi time susah jangan harap.
4. Hanya Hayden Panettiere dan Megan Fox yang senang mendapat pertolongan. Manakala Maya Karin dan Fazura susah sikitlah. Beauty speaks.

Nurani 'Aku'
Dude. kalau takboleh cakap takboleh. Some girls which aren't typical could not understand your aaaaaaaa gagap gagap and your melalut-lalut. Straightforward. Takpayah nak merepek lepek. Menyampah tahu?
Then what? Lepas semua perbuatan menyakitkan hati sebegitu, mempermainkan harapan orang... nak expect orang akan senyum senyum say haa say heyy gelak-gelak minum minum sama-sama? Shit just got real. This ain't Wonderland and 'kau' bukan Alice. Grow up and be realisitic

NurNilamSari Guwa
Mengantuk guwa mengarang cerita sebegini. Sebenarnya, menurut 'aku'... pelbagai perkara lagi yang menimbulkan sebuah persepsi baru kehidupan. Namun, untuk berkongsi satu cerita ni dengan guwa pun buat hati beliau perit. Kalau nampak pengajaran dalam kisah pendek atas ni... bagus. Tapi, kalau tak nampak... tengoklah cerita Nujum Pak Belalang. Kalau malas nak tengok cerita tu, straightforward tanya guwa apa pengajaran di sebalik ini semua.


2 comments: