Assalamualaikum...kum...kum....( Terpengaruh dengan cerita hantu kumkum)
Adik aku sangat aktif. Waktu dia tidur, 12am - 1 am. So, masa orang semua dah tidur, dia akan 'mengemas'. Mak cakap...dia rajin mengemas. mengemop lantai, menyapu sampah, menyusun atur barang. Haish...tiptop habis. Suka hati kaulah. Asal jangan menangis sudah. Aku suka tengok dia happy camtu. Dulu, tiap-tiap malam menangis. Sebab sakit usus. Usus dia rosak. Doktor kat hospital tu buat camane entah sampai pecah usus dia. Alhamdulillah, setelah menjangkau setahun lima bulan. Ulang alik jumpa pakar usus, he's much much more better now.
Dia sangat friendly. Masa kena tahan wad, sume nurse kenal dia. Mak cakap, sebab dia selalu senyum. Dengan makcik cleaner pun senyum. Kalau jumpa doktor, siap salam bagai. Cehh, kaki bodek betul. Tapi, kalau dengan orang perempuan, dia berlagak sikit salam-salam ni sume. Bukan muhrim katanya. Time mood dia okey, dia salam. If not, pandang sebelah mata je. Dia suka makan apa saja kecuali nasik. Sebijik macam kakak dia. Hahaha. Dia suka coklat, buah-buahan, vitagen, yogurt, kentang dan ...yang peliknya dia suka makan pedas???
Mak cakap, kitorang taksuka nasik sebab tak makan nasik masa mengandungkan kitorang. Haha, super duper cool la mak ni. Zariff suka tumbuk bawang. Marah betul kalau orang takbagi buat. Masalahnya, lesung batu dahlah berat. Suka memasak. Mata dah berair merah-merah pun still nak tumbuk bawang lagi. Sampai lumat bawang tu. Bagus betul budak bertuah ni. Dia suka menangis kalau tinggalkan aku kat hostel. Agaknya dia suka stay kat hostel. Haish...pelik betul. The sweet moment bila dia jerit-jerit panggil kakak. Suara dia dahla lembut. Cair aku dibuatnya.
Dia taksuka pakai topi. Rimas katanya. So, aku akan pastikan rambut dia sentiasa kemas n biasanya aku akan mengspikykan rambut adik aku. Barulah cool. Kalau dia pakai baju kemeja kotak-kotak dengan kasut, fullamakk...smart habis. Mata dia bulat. Emm, senyuman dia menawan kalbu. Cecececehhh ayat takbleh blah gituu. Oh ye, dia ada dayang-dayang dia sendiri. Biasanya, kalau petang-petang, kakak-kakak dia akan bawak dia jalan-jalan. Tapi, pernah sekali tu aku dengan Siti kuar pegi jalan-jalan berdua jadi tourist guide, kitorang risau lah...sape laa nak bawak si kecik tu jalan-jalan. Kerisauan kami pointless semata-mata bila mak cakap, ade budak perempuan 4-5orang datang rumah ajak Zariff jalan-jalan. Ciss... sampai hati kau adik!
Budak perempuan 4-5orang tu biasanya anak-anak jiran. Masa mak aku dah nak start keje since cuti dah habis, punyalah ramai yang offer nak jaga dia. Tapi, pilihan di tangan Zariff. Hanya yang betul-betul bertuah je yang dapat jaga dia. Kahkahkah. Gila hot adik aku. Aku pelik sangat kenapa budak-budak perempuan sekarang suka dengan budak kecik. Basically, diorang pun budak-budak lagi. Tapi, kenapa sangat gigih nak jaga budak kecik tu? Aku benar-benar takpaham dengan perangai dayang-dayang Zariff tu. Kengkadang siap mandikan, pakai baju sume lengkap lah. Diyanah cakap, maybe budak-budak zaman sekarang dah advance. Tak mainlah anak patung barbie. Diorang nak budak real punya. Hohoooo...seram pulak aku dengar.
Honestly, masa mak cakap dia pregnant 2 tahun lepas, aku memang happy...aku cakap congrates bagai... Tapi, deep down on my heart aku terpikir. Ya ALLAH....aku ni dah lah nak dekat 17 tahun. Dah nak SPM sume. Ade ke patut dapat adik. Masa tu, aku tak terpikir yang aku akan dapat adik lelaki. Aku ade adik perempuan je and...aku harap, aku dapat adik perempuan jugaklah. Aku takde experience jaga adik lelaki. And...one more thing, aku takut pulak kalau dapat adik lelaki, nanti adik aku jadi casanova. Nauzubillahiminzaalik. Boys, biasalah ... ade member aku sorang ni, lelaki lah kan... masa dia couple dengan girlfriend dia, punyelah melambung pujian dia kata gf dia cantik. Bila dah clash? Dah takcantiklah kononnya. Hampehh!
Then, mak aku tak scan pun gender adik aku tu. Tapi, orang-orang tua sume duk cakap yang kemungkinan mak aku bakal melahirkan anak lelaki amat tinggi. Punyalah cuak aku time tu. Wohhoo...sape nak adik lelaki? taknak aku! Aku nak gegurl je. Sorry Zariff. However, tanggal 17 Mac 2011 bila adik aku lahir, (lelaki pulak tu!) aku rasa macam.... Syukur Alhamdulillah. And my lil bro, i would do anything, everything, just for you. Sekarang, bila dah setahun lebih ni. Nakalnya ya ampunnn.... haish. Sabo je lah~
Dia sangat bijak. Contohnya, menegluarkan cermin kat spectacles tu daripada bingkainya. Abah pernah cabar aku, suh aku buat camana Zariff buat. Surrender aku dibuatnya. Dia pernah ambil luggage sebab nak capai sesuatu yang tinggi, and...kalau keluar rumah. Dia tak keluar camtu je. Dia mesti pakej sekali dengan tutup pintu. So, orang takkan sedar yang dia dah keluar rumah sebab pintu masih tertutup. Then, membuka penutup kaya. Okey, memanglah normal kan. Tapi, dia kecik lagi. Camane bleh bukak jar lid tu? Ni lah padahnya minum susu enfagrow A+. Aku tak kira, ape-ape exam pun. No excuses. kena dapat A+ jugak. Sape suruh minum susu A+. Dan sekarang, nutritionist suruh dia minum Pediasure. Hal ini kerana, dia tak cukup berat. Even dah setahun pun still kurang 10kilo. Tapi, aku suka. Senang nak dukung. Takdelah lenguh tangan aku. However, sekarang dia dah kerek taknak orang dukung. Nak berjalan. Mentang-mentanglah dapat kaki. Tumbesaran dia pun agak pelik sikit. Dia tak meniarap, merangkak semua tu. Dia terus belajar duduk, berdiri dan berjalan. Sekarang dah berlari. Ya ALLAH, rindunya kat dia!
Oh ohh dia jugak sukakan kucing. Kalau nampak kucing, mesti panggil-panggil. Cuma kucing tu je yang kerek taknak tegur adik aku balek. Cehh...berlagak punya kucing. Waktu lapar, cari kitorang gak. Dia jugak sukakan teddybear. Banyak gilos orang bagi teddybear kat dia. Dan, suka main handbag orang. Makcik-makcik aku dah bising-bising cakap konon-kononnya adik aku macam perempuan sebab suka benda-benda mcxam tu. Oh kamonlaa... adik aku still macho okeyy.
As a conclusion, aku sayang dia sangat-sangat.
#Le Twin akan cakap kat Zariff how much i love my lil bro#
No comments:
Post a Comment