Wednesday, 18 July 2012

Happy 20th Wedding Anniversary to Mak and Abah

Assalamualaikum.

As usual, mak and abah sooo bizi sampai masing-masing terlupa anniversary diorang. Kemon la mak, kemon la abah. Dah 20 tahun kot!

As the eldest, aku rasa bertanggungjawab untuk ingatkan parents aku bahawasanya usia perkahwinan mereka dah menginjak ke angka 20. Kalau spesies kita ni, umur 20 kire cam dah matang la. Teenager no more. Mengulas lebih lanjut mengenai anniversary mereka, Abah dengan muka macho berkata 'Ala, everyday is our anniversaries, setiap hari ada cerita. Tak semestinya perlu ingat 12 July je' Eceh. Nak cover la tu. Mak pulak seperti biasa. Tiap-tiap tahun akan cakap 'Yeke? Mak lupa laa' HAHA.



K, parents aku memang sempoi.

Abah jumpa mak masa tahun 1991. Masa tu, mana ada berbalas-balas sms cam kite ni. Kalau telefon, mak ooii bil melambung tinggi ke awan. Cuba lah korang kira kalau bil tu bleh buat makan KFC 27 kali. So, diorang balas-balas surat. Tak silap aku, at first, abah nampak gambar mak kat album kawan dia. Kawan dia, bau-bau bacang dengan mak aku. Then, abah pun buat first move, minta alamat kat kawan dia... Yeah! that's my abah. Bukan stay diam buat tak tahu.

Abah hantar surat. Dia tulis bla. bla. bla. bla. Aku pun tak tau dia tulis apa. Sebab... pernah sekali je aku nampak surat-surat zaman mak abah bercinta. Aku nakkkkk sangat baca. Tapi, diorang tak bagi lah pulak. Sobs. At that time aku sekolah rendah lagi kot. Pastu, tak jumpe dah. Abah cakap, at the very first letter abah tulis. 'Kalau nak berkenalan, balas surat ni. Kalau taknak, sudah' Aku rasa macam... what the heck? Abah cakap camtu? Kahkahkah.

K, parents aku memang sempoi.

Beratus-ratus surat telah terutus. Feedback from each other. Zaman abah kene pegi overseas pun abah tak henti-henti pos surat. Korea, New Zealand, Australia, Taiwan. Sampai kan orang kat office mak bising and pelik kenapa mak dapat surat dari luar negara. Lain-lain negara lak tu. Sekejap kat Korea, sekejap kat New Zealand, sekejap kat Australia. Abah cakap, mak ade banyak boyfriends laa. Setiap negara ada. Cehh. Padahal dia aje yang hantar surat tu.
#updated: Aku dah baca surat surat cinta Abah kepada Mak. HAHA

K, parents aku memang sempoi.

Then, step seterusnya mak dengan abah bawak g jumpa parents masing-masing la. Yes. Quite kelakar kat situ. Kat pihak abah, mak sangat diterima dengan hati yang terbuka. Well well well. tengok ar mak sape kan. *Muka bangga* It isnt easy peasy things. Mak from Perak. Abah from Kelantan. Different land, different culture. Different background. Usually, Kelantan will always choose Kelantan. At that time la. Kenapa? Sebab... adik beradik abah aku semuanya kawen dengan orang Kelantan. Kecuali abah aku la. Dah dia pilih mak aku. I've always wondering how two different people could live together happily ever after. Abah said, easy. Persefahaman. Kat pihak mak, jenuh gak laa abah kene sesi soal jawab bersama atok. Dah Atok duk claims pasal anak kesayangan dia. terjamin ke tak hidupnya nanti. Aku harap Abah tak tanya killer questions kat future husband aku. Eh?

K, parents aku memang sempoi.

Lepastu, tanggal 12 July 1992, diorang pun selamat dinikahkan. Dan aku lahir approximately setahun kemudian. Takpernah sekali pun aku tengok diorang bergaduh pasal balik kampung mana. Turn balik kampung? Lagi lah takde. Yang ada... scene abah nak balik kampung mak, mak nak balik kampung abah. Aneh-aneh aje la diorang nih. Mak aku suka balik kampung jauh-jauh. Meanwhile abah suka suasana meriah raya kat kampung mak. So, takde isu gaduh nak balik kampung pun.

K, parents aku memang sempoi.

Sehingga tahun 2001. 3 July telah mencatatkan kelahiran adik perempuan aku. And next 9 years later, adik lelaki aku lahir on 17 March 2010. They are sooo sweet. I love them both. Jatuh sakit, sihat walafiat, suka duka, senang susah... semua diorang hadap sama-sama. Gaduh? Biase la tu kan. Tapi, takde la sampai berhari-hari. Paling lama pun sejam kot? HAHA. Parents aku dua-dua pandai masak and selalu masak berdua kat dapur. We all adik-beradik, tengok je la. Bila parents kitorang takde baru kitorang masak.

K, parents aku memang sempoi.

The best things about marriage, we share everything, two different people from different background live together happily ever after. Since sharing is loving, sharing is caring. Jadi, kau jangan tanya la kan kenapa mak abah aku kadang-kadang makan pun nak share. Makan sama-sama. Dalam pinggan yang sama. Camane kalau takcukup? Order lagi, Tapi, nak aje dalam pinggan yang sama jugak. HAHA. Favourite colour pun sama. Jadi, jangan tanya lah ye kenapa umah aku banyak kaler hijau. Dan tak lupa, muka diorang pun nak dekat sama. Jadi, mohon jangan tanya kenapa muka aku sama dengan mak, and in the meantime sama dengan abah jugak. Please ah jangan tuduh parents aku kawen adik-beradik.

See, sempoinye lah parents aku. Takdenye celebration bla bla bla. Diorang cakap, hari-hari celebrate. The best part, diorang taktau yang they would be a surprise for them from us adik-beradik. We siblings memang banyak kezutan. :p

4 comments:

  1. have to admit that org yg bercinta zmn2 dulu kala lebih sweet berbanding sekarang

    ReplyDelete
  2. yezzaaa. bukan cam skrg ni, baby bersepah kat longkang. sobs

    ReplyDelete
  3. mmg osem la.. hehe.. somga kekal bahagia hingga ke jannah..

    ReplyDelete