Thursday, 22 January 2015

Bro, baca ni bro.

"Aku puji kau ikhlas:

cantik
kemas
lawa
Pewiiiit!"

Lelaki, bila time suka kemain lagi ayatnya. Semuanya indah indah belaka. Tak ada satu pun perkataan negatif.

Bro, lu kalau ada orang nak nikah dengan lu, lu appreciate la perempuan tu der. Lu pun bukan perfect 10 sangat. Muka bersepah, perangai tak semenggah. Pastu dah ada orang sayang lu, lu buat macam sampah. Aku pantang doh orang cenggini. Perempuan. Melayu la terutamanya. Once dia kahwin, macam macam pengorbanan dia buat untuk kau. Tapi apa dia dapat? Mengadap lu yang ntah apa apa. 

Hidup seorang perempuan ni, kalau dia anak kesayangan parents dia, bangun pagi je. Parents dia bawak pegi sarapan. Ataupun makan sarapan yang dimasak oleh mak. Yummeh. Pastu relaks relaks tengok tv kat depan sambil sambil tu sapu sampah, kemas rumah, lipat kain, tolong jaga adik adik, jaga nenek, susun kasut kat luar, hias bilik dia, kemas dapur, baca suratkhabar, tolong mak masak, pastu settle makan tengahari. Pastu kalau dia ngantuk, dia tidur jap before zohor, then layan tv lagi. Petang petang dia kupas la kulit udang ke siang ikan bilis ke, untuk minum petang, malam lepas solat, mengaji atau ajar adik adik mengaji. Tengok tv lagi, tengok gadget, sampai pukul berapa berapa je yang dia nak. Dia nak tengok cerita apapun, parents dia bagi. Kalau nak beli cerita pun, mak dia bagi. Kalau tetiba dia nak makan coklat mahupun aiskrim, abah dia pegi beli.

Tapi,

Once dia dah kahwin dengan kau, first thing first dia kena bangun pagi awal awal untuk siapkan sarapan korang.  Engkorang membuta lagi doh. Pastu dia dah settle sarapan, nak kene hidang kat kau. Kau pulak, masih membuta. Dia kene la kejutkan kau. Pastu kau pulak tido lambat semalam, takhilang ngantuk lagi sume, kau marah pulak dia. Kau cakap dia ganggu kau. Tapi kau yang tido sampai ke tengahari. Pastu kau baru bangun siap siap mandi tengok tv, dia dah kene bertungkus lumus kat dapur utk lunch. Kau watpe? Tengok tv. Tengok gadget. Takde watpape. Sikit pun kau tak tolong dia sebab? Dapur dan perempuan memang sinonim. Kau tengok tv habis habisan gelak terguling guling kat sofa pastu duk tanya bila makanan nak siap. Dah settle makanan, kau komen itu ini cakap dia masak takbest. Itu kurang, ini lebih. Bro, orang dah masakkan untuk kau, lagi banyak cakap mende? Makan je lah rezeki tu. Pastu dia setelkan kerja kerja rumah yang lain, kalau ada anak, nak kene sambil sambil tengok anak. Kau watpe? Kau tengok tv lagi, ataupun sambung membuta. Dia siapkan kerja apa sume baru boleh relaks sekejap. Sekejap je. Pastu kene setelkan makanan dan minuman untuk petang and dinner. Kau buat apaaaa? Takde benda. Dah malam, kau pergi mana? Lepas habis makan solat apa sume, kau keluar lagi. Pegi joli sana joli sini, berfoya sana sini. Lepak dengan member member. Kesian doh bini kau.

Segala galanya dia korbankan untuk kau. Masa dia, diri dia, duit, kerjaya, hobi, minat, kawan kawan. Dulu dia bebas kuar dengan member member, sekarang takboleh sebab kau takbagi. Dulu dia boleh kerja bidang yang dia suka, sekarang takboleh sebab kau takbagi. Dulu dia boleh baca buku baca novel berjam jam tanpa henti sekarang takboleh sebab nak kene uruskan diri kau yang tak terurus dan mengada ngada nak orang uruskan kau. Dulu dia boleh pergi spa lama lama, salon lama lama. Lepastu kau bising dia takde masa untuk kau. Dulu dia cun melecun semua orang sayang sihat dan aktif, lepastu dia jadi apa? Got fat here and there sebab lahirkan anak anak untuk kau, dia sakit dan stress sebab kena duduk dengan somebody yang tak appreciate dia langsung. Dulu dia suka tengok cerita hindustan, terus dia tak tengok dah sebab kau lagi suka tengok cerita Filipina. Dulu dia suka makan makanan western, dia dah tak layan western sebab kau suka lauk lauk kampung.

Apa doh bro? Kau takboleh ke appreciate perempuan? Kau dengan perangai entah apa apa, dia yang selama ni hidup bahagia sabarkan hati dengan kerenah kau. Kau kene sedar diri sikit bro. Muka bersepah, perangai tak semenggah. Jadi, takperlu buat perempuan macam sampah. Kau ingat bila kau dilahirkan jadi lelaki, kau dah cukup bagus? Perangai serupa jadah. Ego dijulang ke langit takboleh bawak mati bro. Kau takpayah bajet superior sangat. Kalis api neraka ke? 

Faham lah aku, kalau takde ranjau, bukan cinta namanya. Cinta tu pengorbanan, cinta tu segala galanya yang menyakitkan hati. 

Well, just saying. Because relationship is too mainstream.

Pesanan buat kaum Hawa,
- jaga diri jangan sampai bersentuhan
- jaga mulut jangan sampai menyakitkan 
- jaga mata jangan berkeliaran

Walau cinta kau penuh ranjau, jadilah seperti Alice in Wonderland yang steady dan berjaya menempuh pelbagai dugaan sepanjang perjalanan. Jadilah perempuan seperti 500 days of Summer sebab kau takperlu clingy, kau takperlu needy, kau takperlu overly attached. Kau perlu steady dan macho sentiasa. Ingatlah movie Charlie & The Chocolate Factory, kalau kau tamak, kau akan jadi macam si gemuk berbaju belang belang. Kalau kau ego, kau akan jadi macam si warna ungu yang bulat, kalau kau manja mengada ngada nanti kau end up dalam tong sampah, kalau kau terlalu mengharapkan hidup kau macam dalam tv, indah indah je semuanya kau akan hanyut dalam kesedihan impian tak seperti yang dicita citakan.




No comments:

Post a Comment