Tuesday, 27 January 2015

Confession I

Meski hati tak rela
Bila dunia tak lagi untukku
Sampai waktunya aku sendiri
Hidup yang ku tak pasti
Langkahku terhenti 
Tak mampu berlari
Saat tangan yang digenggam 
Engkau lepaskan
Aku bernafas tanpa udara
Tangisku tiada airmata
Oh kerana semuanya berlalu menghilang
Dan tak akan kembali

Miss Chillax: Eh sudahlah. Lagu lagu sedih je.
Shazrin: Hahaha. Ko pehal. Jangan sedih sangat. Lol
Miss Chillax: Ntahlah. Takdapat M&M bro, cenggini ah. Weh, aku nak buat confession boleh tak?
Shazrin: Boleh, apa dia?
Miss Chillax: Kenapa kan. Aku rasa macam aku dah nak mati ha? Aku rasa masa tu dah dekat. And aku rasa time birthday aku tu la. =.=" Hurm, I dont know what to say tapi aku rasa macam saat saat aku makin hampir.
Shazrin: Mainan fikiran kau bila kau dah meningkat dewasa. Percayalah. Aku pernah alami.
Miss Chillax: Tapi aku dah lama alami. Cuma kalini, the force is too strong.
Shazrin: Nope, dont think about that. You have a lot of things to do with us. Believe me. That just a random feeling, and it haunted you for a moment.
Miss Chillax: Kannnnnn. At least bagi aku bahagia dulu lah. He he he he he. Kahkahkah. Ntahlah beb. Taktau nak cakap.
Shazrin: Senang, jangan fikir bukan bukan. Walaupun hidup kau akan berakhir esok. Apa yang kau perlu buat, hargai setiap saat yang ada dalam hidup kau. Sebab tu prinsip aku. Kalau taktahu, cuba. Takcuba, taktahu. Dah cuba, seronok. Takpergi, taktahu. Takrasa, taktahu benda tu okay ke tak. Jadi, hargai apa yang ada dalam hidup kau. Cuba segalanya sebelum kau takdapat rasa. Dan aku rasa ayat aku ni, kau boleh letak dalam blog.
Miss Chillax: Aku cuba untuk bersemangat, go on dengan life aku, appreciate every moments but then, deep down... sad. InsyaALLAH masuk blog. Lol
Shazrin: Dunia ni luas lagi. Takbanyak yang kita mampu lihat. Tapi cuba la selongkar selagi mampu.
Miss Chillax: Mula lah tu. Bagi ayat macam macam sebab tau nanti masuk blog. =.=
Shazrin: Eh. Sementara aku tengah ligat berfikir sambil sedutan power meresap dalam kepala aku. Baik kau hargai. Kang ayat artisan ni, pudar begitu saja.
Miss Chillax: Kau weed lagi?
Shazrin: Kau, kalau terfikir pasal mati. Kau search hadis. Yang berkait dengan kehidupan. Tak pun, kau scroll gambar nature. Kau akan rasa. Dunia ni luas lagi. Belum puas kau lihat dunia. Sedangkan aiskrim pasu pun kau takrasa lagi. Errr, mana ada aku weed.
Miss Chillax: Cakap betul betul.
Shazrin: Yer. Betul la.
Walaupun point lu pasal masalah guwa ni lari terbabas terpesong semuanya. Tapi takpe. Guwa ... Terima seadanya. LOL.

Sebenarnya, memang pada kau, dunia ni luas lagi, belum puas lihat dunia dan aiskrim pasu pun aku takrasa lagi. Tapi the truth is, aku dah taklarat dah. Aku rasa dah bosan dengan dunia. Aku rasa dah jelek dan jemu melihat kerenah dunia ni. Aku rasa macam, that's enough for me. Something like that. Dunia pun aku dah bosan, apatah lagi aiskrim pasu. Cehh.

Thursday, 22 January 2015

Bro, baca ni bro.

"Aku puji kau ikhlas:

cantik
kemas
lawa
Pewiiiit!"

Lelaki, bila time suka kemain lagi ayatnya. Semuanya indah indah belaka. Tak ada satu pun perkataan negatif.

Bro, lu kalau ada orang nak nikah dengan lu, lu appreciate la perempuan tu der. Lu pun bukan perfect 10 sangat. Muka bersepah, perangai tak semenggah. Pastu dah ada orang sayang lu, lu buat macam sampah. Aku pantang doh orang cenggini. Perempuan. Melayu la terutamanya. Once dia kahwin, macam macam pengorbanan dia buat untuk kau. Tapi apa dia dapat? Mengadap lu yang ntah apa apa. 

Hidup seorang perempuan ni, kalau dia anak kesayangan parents dia, bangun pagi je. Parents dia bawak pegi sarapan. Ataupun makan sarapan yang dimasak oleh mak. Yummeh. Pastu relaks relaks tengok tv kat depan sambil sambil tu sapu sampah, kemas rumah, lipat kain, tolong jaga adik adik, jaga nenek, susun kasut kat luar, hias bilik dia, kemas dapur, baca suratkhabar, tolong mak masak, pastu settle makan tengahari. Pastu kalau dia ngantuk, dia tidur jap before zohor, then layan tv lagi. Petang petang dia kupas la kulit udang ke siang ikan bilis ke, untuk minum petang, malam lepas solat, mengaji atau ajar adik adik mengaji. Tengok tv lagi, tengok gadget, sampai pukul berapa berapa je yang dia nak. Dia nak tengok cerita apapun, parents dia bagi. Kalau nak beli cerita pun, mak dia bagi. Kalau tetiba dia nak makan coklat mahupun aiskrim, abah dia pegi beli.

Tapi,

Once dia dah kahwin dengan kau, first thing first dia kena bangun pagi awal awal untuk siapkan sarapan korang.  Engkorang membuta lagi doh. Pastu dia dah settle sarapan, nak kene hidang kat kau. Kau pulak, masih membuta. Dia kene la kejutkan kau. Pastu kau pulak tido lambat semalam, takhilang ngantuk lagi sume, kau marah pulak dia. Kau cakap dia ganggu kau. Tapi kau yang tido sampai ke tengahari. Pastu kau baru bangun siap siap mandi tengok tv, dia dah kene bertungkus lumus kat dapur utk lunch. Kau watpe? Tengok tv. Tengok gadget. Takde watpape. Sikit pun kau tak tolong dia sebab? Dapur dan perempuan memang sinonim. Kau tengok tv habis habisan gelak terguling guling kat sofa pastu duk tanya bila makanan nak siap. Dah settle makanan, kau komen itu ini cakap dia masak takbest. Itu kurang, ini lebih. Bro, orang dah masakkan untuk kau, lagi banyak cakap mende? Makan je lah rezeki tu. Pastu dia setelkan kerja kerja rumah yang lain, kalau ada anak, nak kene sambil sambil tengok anak. Kau watpe? Kau tengok tv lagi, ataupun sambung membuta. Dia siapkan kerja apa sume baru boleh relaks sekejap. Sekejap je. Pastu kene setelkan makanan dan minuman untuk petang and dinner. Kau buat apaaaa? Takde benda. Dah malam, kau pergi mana? Lepas habis makan solat apa sume, kau keluar lagi. Pegi joli sana joli sini, berfoya sana sini. Lepak dengan member member. Kesian doh bini kau.

Segala galanya dia korbankan untuk kau. Masa dia, diri dia, duit, kerjaya, hobi, minat, kawan kawan. Dulu dia bebas kuar dengan member member, sekarang takboleh sebab kau takbagi. Dulu dia boleh kerja bidang yang dia suka, sekarang takboleh sebab kau takbagi. Dulu dia boleh baca buku baca novel berjam jam tanpa henti sekarang takboleh sebab nak kene uruskan diri kau yang tak terurus dan mengada ngada nak orang uruskan kau. Dulu dia boleh pergi spa lama lama, salon lama lama. Lepastu kau bising dia takde masa untuk kau. Dulu dia cun melecun semua orang sayang sihat dan aktif, lepastu dia jadi apa? Got fat here and there sebab lahirkan anak anak untuk kau, dia sakit dan stress sebab kena duduk dengan somebody yang tak appreciate dia langsung. Dulu dia suka tengok cerita hindustan, terus dia tak tengok dah sebab kau lagi suka tengok cerita Filipina. Dulu dia suka makan makanan western, dia dah tak layan western sebab kau suka lauk lauk kampung.

Apa doh bro? Kau takboleh ke appreciate perempuan? Kau dengan perangai entah apa apa, dia yang selama ni hidup bahagia sabarkan hati dengan kerenah kau. Kau kene sedar diri sikit bro. Muka bersepah, perangai tak semenggah. Jadi, takperlu buat perempuan macam sampah. Kau ingat bila kau dilahirkan jadi lelaki, kau dah cukup bagus? Perangai serupa jadah. Ego dijulang ke langit takboleh bawak mati bro. Kau takpayah bajet superior sangat. Kalis api neraka ke? 

Faham lah aku, kalau takde ranjau, bukan cinta namanya. Cinta tu pengorbanan, cinta tu segala galanya yang menyakitkan hati. 

Well, just saying. Because relationship is too mainstream.

Pesanan buat kaum Hawa,
- jaga diri jangan sampai bersentuhan
- jaga mulut jangan sampai menyakitkan 
- jaga mata jangan berkeliaran

Walau cinta kau penuh ranjau, jadilah seperti Alice in Wonderland yang steady dan berjaya menempuh pelbagai dugaan sepanjang perjalanan. Jadilah perempuan seperti 500 days of Summer sebab kau takperlu clingy, kau takperlu needy, kau takperlu overly attached. Kau perlu steady dan macho sentiasa. Ingatlah movie Charlie & The Chocolate Factory, kalau kau tamak, kau akan jadi macam si gemuk berbaju belang belang. Kalau kau ego, kau akan jadi macam si warna ungu yang bulat, kalau kau manja mengada ngada nanti kau end up dalam tong sampah, kalau kau terlalu mengharapkan hidup kau macam dalam tv, indah indah je semuanya kau akan hanyut dalam kesedihan impian tak seperti yang dicita citakan.




Friday, 16 January 2015

Biar Gambar Berbicara


Why we have to kahwin?

Assalamualaikum.

Okay dulu dulu kalau kami satu family tengok drama Melayu, dan ada scene anak muda bercinta, Abah was like;

"Ha, nanti Yaya macamtu lah. Bercinta masa sekolah." Saja mengusik. And aku akan jawab,
"NO. Hishh. Taknak ah. Takdenya. Takkan. Yaya akan ada boyfriend paling awal pun masa 21,"

Pastu, to make it worse, aku cakap aku akan kahwin umur 22. 15.05.15. Sebab time tu birthday aku. And tarikh cantik. Kahkahkah.

Now I'm 21. And another four months ahead, aku 22. Fuiyoo. 

Masalahnya bukannya takde boyfriend. Tapi taknak boyfriend. Let me share a story with you. Kadang malas nak explain bila orang asyik tanya 

*baca ikut lagu Taufiq Batisah*
"Boyfriend kat mana? Boyfriend boyfriend kat mana?" Ditanya~
"Bakal zauj kat mana? Bakal zauj bakal zauj kat mana?" Ditanya - tanya lagi~
"Jodoh kat mana? Jodoh jodoh kat mana?"

"Eh manalah aku tau. Dah dia pakai Google Maps sape suruh, aku suruh pakai Waze dia taknak dengar. Tu yang dia tak jumpa jalan untuk cari aku"

Dia cenggini tau. Cey zaman sekolah kononnya taknak bercinta ah kan. Sebab ceyy konon tengah study lagi la ape la kan. Walaupun kawan kawan aku bersepah sepah couple. Right away lepas SPM, there's one guy dan mari kita namakan dia K. Mr. K. Setahun we got to know each other. Tapi, punyalah susah untuk aku teruskan ke next level or apa apa seumpama itu. Kawan je. And setahun tu dia ajak kuar memang aku taknak. 

Kalau orang yang ajak kuar tu, lelaki, tapi dia kawan sekolah aku, kawan asasi aku, kawan degree aku, means yang ada pertalian sekelas seuniversiti secourse aku tak kisah sangat. Tapi, untuk lelaki yang memang aku tau niat dia, memang aku tau dia nak approach aku, memang seboleh bolehnya aku nggak mau jumpa dengannya. Nggak mau kuar lepak kat mana mana. Kalau member member yang aku sebutkan seperti di permulaan perenggan tu, lepak mamak makan capati pun takde hal wey. 

Setahun K tunggu, dia pun blah. Dan sikit hari lagi nak kahwin dah dia. Dah jadi tunang orang dah si K tu. Next is A. 

A tunggu dekat dua tahun jugakla. Sampai satu hari dia tunggu kat kedai makan berjam jam. Dia pun aku taknak. Teringat lagi diorang yang tunggu ni. Aku memang kesian tapi I'm so not ready. Untuk commit dengan sesuatu seperti itu.

Babe, relationship is commitment and why the hell uols love commitment? I hate it. Kau bayangkan. We got commitment as Allah's servant, daughter, sister, student, employee, LEPASTU KAU NAK TAMBAH LAGI SATU COMMITMENT DENGAN BOYFRIEND?!

Masa A ajak kuar, aku dah halfway dah nak pergi, boleh pulak aku berhenti jap tepi jalan dekat orang yang jual cendol tu, aku cakap dengan Fiza, 

"Beb... Kita ni takde boyfriend sebab kita yang taknak kat orang, memilih dan so not ready. I hope pasni kita tak meroyan dah cakap kenapa takde boyfriend, mana boyfriend and bullshit semua tu."

And aku jumpa A pun macam haha. Macam kelakar je. You guys can't imagine how I did it. Kalau takpercaya, tanya Fiza. Jadah weirdo betul aku. You guys will never found any perempuan macho seperti aku.

Then, A pun dah ada girlfriend kot sekarang ni. Lulz, 

Next!

Q. Q ni lagi lama sebenarnya. 5tahun. Sabar nokharomm Q ni kau tau tak. Erm. I have to let him go. Sebab aku memang nak berkawan je. Buat member member boleh lah. K ke... A ke... Q ke... semua aku tak ready. Taknak. Noktah.

Mak cakap sebab aku takjumpa Mr. Right aku lagi. Yelah kot. Nanti kalau aku belajaq oversea, aku cari la family name Right. Kot kot dia ada anak lelaki, jumpa dah la Mr. Right aku. Kahkahkah.

Then, kalau 15.05.15 ni aku takjadi kahwin, aku taknak kahwin dah sampai bila bila. Ceyy. Okay tak tak. Aku akan postpone tarikh nikah aku ke 2021. 21.12.21. Itulah tarikhnya. Wakakaka. Siot je. Ala janganla percaya sangat apa aku cakap ni. Aku takserius pun nak kahwin. Just menganyam angan angan sebab tarikh cantik. Wakakaka. 

Nenek Melor cakap umur 27tahun baru boleh fikir hal hal calon ni. Sekarang study dulu. Unless kalau Siti tetiba cakap dia taknak langkah bendul, aku fahamla. 

2015, 2016, 2017 = Aku nak beli kereta
2018, 2019, 2020 = Aku nak beli rumah

Jadi macam takde perancangan nak beli boyfriend. #Eh? 

Friendly Reminder untuk Kanda. (KORANG JANGAN BACA NANTI MUNTAH)
Kanda, walaupun abah dah belikan dinda kereta, tapi dinda tetap nak beli 1 kereta sendiri guna duit dinda sendiri. Dinda kan independent dan macho. *Ehem* Lepastu kan kanda, dinda nak beli rumah sendiri jugak. So, kalau kanda taknak datang 15.05.15 ni, kanda jangan datang nak kacau kacau dinda sampai la 2021.

Perghh kemainnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn!

Gila panjang mukaddimah. Aku takpaham kenapa semua orang nak kahwin. Sikit sikit dekat group whatsapp nak kahwin nak kahwin. Yang kat Twitter kau takpayah cakap ah. Kat kelas siap ada orang distribute kad kahwin. K, yang dah ada calon nak kahwin, kahwin je lah. Kang kalau aku takbagi kahwin kang cakap aku ni pendakyah pulak. 

Sebab sebab kita takpayah berangan nak kahwin:

Tanggungjawab
Kenapa kau sibuk sibuk sangat nak kahwin sedangkan hidup kau pun terumbang ambing? Solat pun tak cukup 5 kan? Takpayah tanya banyak la. Subuh kau pukul berapa? Hmm. Itu tanggungjawab kita sebagai hamba Allah, then? Assignment pun buat last minute, ada hati nak kahwin. Puii. Okay, cenggini. Aku tak ingat macamana conversation ni bermula tapi tiba tiba topik tanggungjawab yang masuk. Rasanya sebab ada pasangan laki bini yang hampir bercerai ke ape ntah datang refer kat parents aku.

Aku: Mak, kalau dah lama kahwin 20, 30 tahun, rasa cinta tu mungkin dah takde kan. Tapi lebih kepada tanggungjawab je. Tanggungjawab besarkan anak anak and kasih sayang tu maybe ada cumanya lama lama makin pudar. Yang ada hanyalah rasa tanggungjawab.

Mak: *fascinated* Abang~~~ Meh sini kejap.

*Adesss... Mak aku ni panggil geng dia pulakkkkk*

Abah : Ye... Kenapa?
Mak: Tu cuba tanya puteri abang tu, apa dia cakap tadi. Dia pun dah mature pandai dah fikir pasal tanggungjawab.

Aku: *Repeat balik apa yang aku cakap tadi*

Abah: Eh apa pulakk pudarnya. Abah sayang isteri Abah ni *Cium dahi mak* 

Aku: *Buat emoji jeling*

Hek elleh Abah ni. Sempat lagi dia. Aku memang skeptikal bab bab relationship n kahwin apa sume ni. Serious beb. Kau kahwin. Then, 20 tahun.. okay, takpayah lama sangat la. 5tahun 10 tahun kau yakin ke yang rasa cinta kejadah bullshit itu semua still sama macam hari 1st kahwin? No. Takde. Kalau ada pun, semuanya atas rasa tanggungjawab. Tanggungjawab membentuk keluarga yang harmoni, tanggungjawab membentuk environment yang bagus untuk anak anak kau membesar. Kau rasa kau mampu ke loving loving macam abah aku buat even dah 20 tahun kahwin? I bet your answer is no. Kau takmampu.

Freedom
Kau ingat kahwin ni seronok ke? Benda mudah? Yang perempuan. Kau kene report everything kat laki kau tau tak. Kang kau derhaka pulak. Elok elok kau boleh lepak mamak tengok bola dengan member kau, tetiba dah takbleh. Sebab laki kau tak bagi. SeDihnyaa. Elok elok kau boleh masak makanan kegemaran kau hari hari, dah takboleh sebab laki kau suka makan benda lain. Kau yang bebas untuk memilih study atau kerja terpaksa lupakan semua sebab laki kau suruh duk rumah je jaga anak. Kau yang boleh duduk duduk siapkan makan pakai untuk diri kau je tetiba kena siapkan makan pakai laki kau. Lelaki? Diorang akan tetap menjadi lelaki sampai bila bila. Takdenye menjadi suami orang. Dia takkan siapkan makanan untuk kau. Dia takkan ironkan baju kau or tolong kau lipat kain ke, atau apa apa je lah. Dia akan tengok tv dan yang dia tau, makanan dah ready. Well, abah aku duk kat dapur sekali tau tolong mak aku masak. Aku ingat lagi mak aku sakit, kene tahan wad. Abah aku seawal 7pagi dah hantar sarapan kat mak aku. Dia masak sendiri sebab mak aku takbleh makan makanan berminyak. Mak aku takde pun makan makanan hospital sebab abah hantar makanan untuk mak tepat pada masanya takpernah lewat. Sampai doktor dan nurse kat situ pun puji. 

Beb, takpayah cakap jauh la. Takpayah cakap kalau korang kahwin. Korang yang ada boyfriend ni, patuh betul dengan boyfriend kau kan? 
Boyfriend kau cakap dia suka tengok orang pakai shawl, kau pun pakai shawl sepanjang masa. Boyfriend kau cakap dia suka tengok perempuan pakai spectacles, kau pun takbukak bukak spectacles kau. 
Boyfriend kau cakap jangan pakai baju warna pink, kau pun takpakai la baju warna pink.
Boyfriend kau cakap jangan kerja, kau pun tak kerja, boyfriend kau cakap jangan keluar, kau pun tak keluar. 
Boyfriend kau cakap kau gemok, beriye la kau nak kurus.

Aku ada tau member yang boyfriend dia cakap cenggini kat dia:
"You kan. Selagi ada lemak lemak kat badan you ni, I taknak tau kahwin dengan you."

Ya ampunn. Nauzubillahhh. Sampai hati dia cakap kat girlfriend dia camtu? Heh, tu tak termasuk lagi yang ada girlfriend, tapi sibuk duk flirting dengan perempuan lain, sibuk dating dengan perempuan lain. Now tell me my dear, WHY WE HAVE TO KAHWIN? 

And... Jadahnya bila kau buat keputusan untuk diri sendiri beb? Bila? Asyik ikut cakap boyfriend je. Mehh~ Bosan betul.

Family
Bila kau dah kahwin dengan dia, kau kena ingat kau kahwin dengan family dia sekali beb. Ada member aku ni cakap gini:

"Hmmm. Dia lagi pentingkan mak dia tau. Tak fikir pasal aku pun,"

Aku terkejut gila member aku cakap cenggini pasal boyfriend dia. Ya ampunnnn. Memangla kene lebihkan mak dia. Dah mak dia yang lahirkan dia. Kau kene ingat ye perempuan, kau takboleh nak harapkan laki kau lebihkan kau. Mak dia tu lagi penting tau tak. Kau ada hati nak kahwin tapi benda simple camtu pun kau takbleh digest? Kalau takready nak sayang mak mentua kau, kau jangan fikir untuk kahwin. Kau taknak laki kau jadi anak derhaka kan. Aku ingat lagi masa arwah Opah aku sakit, mak aku jaga mak mentua dia hingga ke akhir nafas arwah. Bukan anak anak arwah yang perempuan tau yang jaga. Tapi mak aku. Mak aku yang jaga. Mak mentua dia. I'm so proud of my mom.

Tu baru mak dia. Kau takhadap lagi 
Ayah dia. 
Adik beradik dia. 
Pakcik makcik dia. 
Macam ada satu kes ni. Makcik pakcik lelaki ni agak close minded sikit cakap cenggini:

"Eh, apasal la kau pilih perempuan ni jadi bini kau? Sudahlah hitam, gemok, takpadan dengan kau yang hensem dan putih,"

Hah. Kau cukup tabah tak nak lalui hinaan sebegitu? Tak masuk lagi kalau kau panggil laki kau bby ke bie ke apa apa la seumpama itu. Nanti pakcik makcik yang tua tua mesti macam jengkel gila dengan kau. Kahkahkah. 

See. Bila kau kahwin dengan seseorang, kau kena ingat beb. Kau kahwin dengan family dia sekali. 




Okay dah sekian sahaja untuk harini.







Sunday, 4 January 2015

Wuohooo 2015!


Assalamualaikum bakal zauj/bakal husband/bakal zaujah/bakal wife!


Well, well. Dah lama sangat aku tak menulis. Last entry pun tahun lepas. Kenapa? Instead of giving alasan like oh degree life is so busy whats not, yeah memang busy. Sebab aku banyak membusykan diri. But above all, aku macam taknak menulis dah. I have no courage anymore. Aku hanyut dalam dunia aku. Aku akan banyak habiskan masa aku dengan menganyam mimpi since reality hurts. Tapi sebenarnya, sampai bila aku taknak hadap reality? And aku akan wujudkan alasan macam. Eh. I got a lots of kerja lain. Why should I blog? Haha. I shouldnt do that. Anymore. I should blog when I got the internet coverage haha. 

New Year's Eve
Aku just tanya Shazrin weh, ada plan tak? And he asked the gang, poof! Semua tetiba cakap nak turun untuk lepak bersama sama. Sedangkan aku enak bergulung dalam selimut sambil scroll instagram Nuzuin aka gdsjht haha. Beriye scroll semua baca semua macam aku takde kerja lain kan. Memang selalu aku wasting my time giving alasan yang aku busy padahal busy dengan gadget. Kononnn. Kalau tak, mesti banyak je keje aku dah settled. Haha. Okay, memang dah settled alhamdulillah. Tapi, boleh dikatakan ada je yang tak settle. Sebab? Procrastination is my best friend. Procrastination sebab dah takde semangat. Since February 2014, Hehh one year lah kan? Then, aku macam nak dump everything and get back in life. Taknak hanyut sangat la kan. Well, back to the story, aku still terbaring macam biasa taknak buat apa apa n blank is my feeling nowadays, tetiba Shazrin cakap dah sampai Kondo Kristal. Omaigaaadddddd!

Only Allah knows how I hate making people wait for me. And i just mandi, and solat. Shoot terus turun lif and suruh dia park betul betul depan post guard. Masuk kereta, ngidam nasi kandar. What the fish man! Ni sume sebab Haris Syafiq Chelsea. Haritu kitorang makan nasi Hakim kat area Unisel tu pergh pergh pergh padu betul. Tapi, yang dekat seksyen 7 lagi best la. Then makan la nasi kandaq kat Hakim tu kan. Sementara nak tunggu the other bros semua. Lambat betul sampai. Sorang stuck dalam bas, dua orang tengah keje pulak. Siot je time new year's eve pun keje lagi.

Throwback Time
Aku study blog ni sepanjang hari dari 2011 sampai 2014. 2011 is the beginning of everything. Sebab 2010 and before that year semua kan zaman sekolah. Nothing much to share. Let keep them as a secret. Actually I'm finding something something. Gila lah. So long and hurts. Alhamdulillah. Allah selalu bagi apa yang aku nak. Aku je yang takperasan. He knows what's in your silent heart. Allah knows. Bermula daripada course yang aku study, sekolah yang aku tukar tukar, and now, circle of friends yang aku sayang. Semua ada hikmahnya. Dulu sangat skeptik soal cinta hati dan perasaan, well sekarang pun. Dah nak masuk 5tahun dah Kurosaki Ichigo (laptop) ni. Pencetus Miss Chillax berblog.

Sekarang tengah study week sebenarnya. Hopefully result kali ni gempak sangat sangat aaminnn. You know what, roommates aku asyik pertikaikan kenapa aku relax, chill dan chillax je sepanjang semester tak kira lah ada exam mahupun assignment. Aku rasa dia taktau my middle name is Chillax. Lol. Okay. I should not merepek more lah kan. Aku nak flashback sepanjang tahun 2014 and then I'll tell you how I spend new year's eve and first day of 2015.

2014
January: Exam. Just like this year. Study week etc. Masa tu semester 3
February: Cuti semester stay Shah Alam, belajar French. Start duduk Kristal
March: Semester 4 dah start. Jadi Sekretariat Mahasiswa Fakulti.
April: Majlis Kecemerlangan Akademik.
Mei: It's my birthday. My parents said i got the 'key' already.
June: Kelas kelas kelas.
July: Exam. Final. Untuk semester 4
August: Raya. Gather dengan kawan kawan sekolah. Wujudnya The Bros
September: Semester 5 bermula
October: Gathering dengan kawan kawan sekolah. The bros.
November: Mereput dengan kelas dan assignment
Disember: Yeay. Exam datang lagi.

See. Macam apa je pengisian 2014 kan? Belajau je lebih. Yang lain lain pun ada gak tapi event besar hidup aku, yang nilah. So, for 2015, the year of achievement I would say, is year of incredible marvelous magnificent amazing. Jadi, kena bermula dengan gempak  lah.

2015
Lepas makan nasi kandaq, amek pokda, aku pergi Putrajaya. Pastu gerak kat KLIA mengundang kenangan silam zaman kanak kanak. Shoot ke Shah Alam, then menuju ke Kuala Lumpur, pusing pusing uptown. Mehh semua tu dalam masa satu malam. Member member aku sampai setahun tak mandi. Kau rasa?

May Allah bless us with wonderful 2015. Aaminnnn.