Sunday 24 February 2013

Terapi Result

Assalamualaikum semua~

Amacam? Seronok dapat result?

Ada yang... gembira sangat sangat.
Ada yang... sedih sangat sangat.
Ada yang... chill je takde pape.

Actually, the best reaction is chill je takde pape. Motif? Hmm. Actually life's decision aku ni banyak terpengaruh dengan poem If dengan The Road not Taken yang kita belajar masa sekolah dulu. So, in this case...
If you can dream and not make dreams your master;
If you can think and not make thoughts your aim,
If you can meet with Triumph and Disaster
Second stanza of If ni sebenarnya ajar kau being realistic, and jangan overreacting. Triumph is success, disaster is failure. Dalam hal ni, we should treat those impostors equally. So, nanti kau akan berhadapan dengan kejayaan, dan kegagalan dengan cantik macho lagi bergaya. Even kau dah berusaha gigih dan cekal, even result kau tak seperti yang digambarkan, maka kau boleh usaha lagi all over again. Sebab? Sebab kau tak overreacting. Poem ni mengajar kau untuk work hard. Datanglah pelbagai halangan mahupun kesenangan, kau tetap boleh teruskan kehidupan.



Jadi, apa kena mengena dengan tajuk Terapi Result kite nih?
Maknanya, dont ever lose hope. Kau dah melangkah sejauh ni. Dah habiskan sem dengan assesment, assignment, quizzes, tests dan presentations. Chill je lah. Belajar redha dengan pasrah. Man jadda wajada rite? Siapa yang menanam, dia menuai... siapa yang berusaha, dia berjaya. As simple as winking. Lepas appear result tu sepatutnya, sujud syukur dulu.

Macamana nak berhadapan dengan orang sekeliling?
Yang aku perasan, kebanyakan orang kat Malaysia nih, kalau dapat result gempak... satu Malaysia dicanang. Kalau dapat result biasa-biasa saja... gtau kat orang orang terdekat je. Kalau dapat result yang takmemuaskan, diam sorang-sorang. Macam yang aku kata sebelum ni, treat those impostors equally. Kenapa nak bias or berat sebelah dengan result sendiri? Hahaha. Kecik hati result kau.

Nak jawab apa kalau orang tanya result?
Maksu aku ajar... kalau orang tanya soalan macam...

"Kau dapat berapa?"
"Amacam exam?"

Jawapan yang terbaik ialah
ALHAMDULILLAH...

Student A: Kau dapat berapa?
Student B: Alhamdulillah :)
Student A: Wahh mesti dekan ni.
Student B: Hehe. Amiinnnnnnnnn....

Walaupun student B tak dekan, tapi tanpa ragu-ragu dia mengaminkan kata-kata student A. Yelah. Kan doa  tu. Bukan senang orang nak doakan untuk kita. Agak-agak korang... nama korang ade tak dalam doa kawan-kawan? Hehe, takperlu fikir camtu lah. Doakan je kejayaan kawan-kawan korang. Benefits will come to you tanpa disangka-sangka. InsyaALLAH.

Masalahnya, saya takbleh tidur la bila nak kuar result ni. Camane?
Mula-mula wuduk... solat witir dua rakaat dan terus landing. Pastu baca doa.



Sekarang, result pun dah dapat. Nak buat apa ni? Update status kat facebook dulu ke? 
Hehe. Normal la tu kan? Dunia laman sosial. Seelok-eloknya sujud syukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan. Kau patut bersyukur dengan apa sahaja result yang appear. Sebabnya, ada sesetengah daripada kita, lagi sedih sebab result dia tak kuar. Ada yang takmampu nak bayar yuran, jadi result barred. Ada yang tak buat SUFO. Ikot unibersiti korang ler.



Perlu ke share result dengan orang?
Share lahh. Suke hati kamu. Tapi ingat... jangan bias atau berat sebelah dengan result kau. Time dekan kau share, time tak dekan kau senyap senyap. Huk alohh. Eloknye, kau share dengan orang yang tanya. Kalau sekadar acah acah tanya

"weh, kau amacam? Mesti gempak kan? Aku biase je"

Takpayahla share. Dia acah je tu.

"Woii! Kau bagitau result kau sekarang! Kalau tak aku panggil Gangster Celop Bukit Bintang! Biar dia belasah kau cukup-cukup"

Melibatkan nyawa? Huhh, baik kau bagitau dia dengan kadar segera. Dikhuatiri melayang nyawa kau nanti.

Dan jadi... apakah yang sepatutnya saya buat lepas ni? 
Kau bersiap sedia untuk semester seterusnya. Kalau dah last sem, bersedia untuk apa sahaja yang mendatang. Coz it's gonna be one helluva ride!

6 comments:

  1. ehehe sebijik mcm mase sy study dulu...biase sy yg kat no.1 & 3 ...ehehe :)

    ReplyDelete
  2. Saya laa org diam2 kan result sebab result teruk even bagi org lain result tu okey sudah. MANUSIA. memang tak pernah puas dgn apa diri sendiri ada. reflect kat aku sendiri. (-.-')

    ReplyDelete
  3. berusaha je.. kptusan result bukan segalanya dlm idup.. kalau gagal dlm exam x brmkna gagal dlm idup.. nk share result ke tak tu hak2 msing2 kan.. hihi

    ReplyDelete