Thursday, 14 February 2013

Gejala Ponteng

Assalamualaikum anak-anak muda di luar sana.

Haish. Aku lagi muda tahu! Sebaya kalian aje yang berumur 12tahun. Ehem

Hari ni nak bercakap pasal ponteng. Sebenarnya, sepanjang aku belajo kat sekolah dan university, aku dapat buat satu hipotesis.

Semakin banyak hari ponteng semakin berkurang bilangan A untuk peperiksaan. Melainkan kau genius!



Sobss.

Sad truth kan? Memang. Tapi, bila kau tak ponteng, macam-macam ilmu kau dapat kutip. Macam-macam benda best dan kelakar yang kau belajar. Tapi, kalau ponteng, duduk umah je. Paling-paling pun terbaring seharian atas katil. Ataupun, baca gossip terbaru kat internet. Mahupun up 2-3 das level men game. Takde mende pun. Takpecaye? Pegi tanya tokoh ponteng sedunia. Haha. Tapi, ade je tokoh ponteng sedunia dapat award kecemerlangan. Orang camtu kau kene tabik kat dia. Tapi, jangan ikot perangai dia. Kerana kau dengan dia tak sama.


Punca gejala ponteng 

1. Takde semangat
Sebenarnya, at one point in your life, kau akan rasa hidup kau meaningless dan tak bersemangat nak teruskan kehidupan. Kemonn... This is not the end of the world. Cikgu aku selalu pesan, orang muda kene selalu bersemangat. Kalau takde semangat, pegi jadi orang tua.

2. Masalah kat sekolah
Ni pun satu hal. Kekadang sekolah ni macam pressure cooker pun ada. Kasi pressure kat kite kan? kan? Kena pakai lencana, kene bawak buku berat-berat dan 1001 kepayahan kau kene hadapi. Semua tu demi mendapatkan ilmu!

3. Pressure
Tekanan. Kau tertekan dengan keadaan sekolah kau. Mungkin cikgu asyik condemn...ataupun masakan makcik kantin yang taksedap langsung. Paling tidak pun sebab makcik cleaner taknak bersihkan tandas elok-elok.




4. Kerja sekolah tak siap
Bila dah kerja sekolah tak siap pastu nak kene submit esok. Sape tak gelabah? Nak buat malas pulak kan. So, redha je lah ponteng. Takpayahla gelabah sangat. Kekadang cikgu tak mintak pun homework tu. Yang penting niat mesti betul.

5. High expectation
Bila orang meletakkan high expectation kat kau, mesti tak senang duduk jugak kadang-kadang. Hampir 2,000 orang warga sekolah kau termasuk makcik kantin dan makcik cleaner meletakkan harapan pada kau supaya dapat mengharumkan nama sekolah dengan memperoleh keputusan yang cemerlang. 2,000 orang! Larat ke nak tanggung sume tu?

6. Takut
Takut nak menggalas semua tanggungjawab nombor 5. Selain itu, takut nak tinggalkan rumah yang penuh dengan keseronokan. Tab, Smartphone, PS3 dan pelbagai gadget yang tidak mungkin kau boleh bawak pegi sekolah.

Langkah-langkah yang memotivasikan untuk menapak ke kelas.


1st 
Tanya diri sendiri. Kenapa malas sangat ni. Nak maki-maki diri sendiri pun takpe. Pastu, suruh diri sendiri insaf. Fikirkan betapa buruknya column attendance list yang ada tanda 0 berbanding dengan / ataupun korang punya signature. 

2nd 
Fikirkan perkara sampingan. Memangla betul kita pergi kelas tu semata-mata untuk menuntut ilmu. Tapi, fikirkan perkara sampingan lain yang boleh membuatkan uolss bersemangat. Contohnya, nak tengok pensyarah tu pakai baju warna apa, ataupun nak tengok awek cun pakai tudung style apa.. dan jejaka kacak buat rambut style Lee Min Ho. Ataupun, mungkin korang ada niat nak prank kan musuh dalam selimut. Apa-apa sahaja yang mungkin. Paling tidak pun, bergossip dengan kawan sebelah.


3rd 
Banyakkan membaca kisah-kisah nabi dan umat-umat terdahulu. Selidik balik apa punca kemurkaan Allah terhadap umat-umat terdahulu. Fikir. Supaya kita dapat kikis rasa malas dengan membaca perkara-perkara yang sudah berlaku.

4th 
Kalau dengan kehadiran kekasih kau dapat menginspirasikan kau untuk pergi kuliah atau sekolah, apa salahnya! Tapi jangan lari dari tujuan sebenar. Kita datang nak gi belajo. Bukan nak dating atau berbalas-balas surat kat bawah meja dan sebagainya. 



5th
Kalau rasa tertekan je dalam kelas, kau pandang muka cikgu kau. Kau tengok lama-lama. Nanti dapat pahala. So, walaupun kau takpaham dengan isi penyampaian dia tapi, bila kita tengok muka orang yang mengajar kita...ada la jugak pekdahnya. Mana tau kot kot melekat kat kepala. Lepas habis kelas, segera pergi makan aiskrim atau apa saja makanan yang kau suka. 

6th 
Kalau rasa bermasalah, cepta-cepat cari orang yang boleh menjadi pendorong terbaik ataupun orang kepercayaan kau. Ceritakan semua pada dia. Lepas habis tu, mesti rasa lega sikit sebab dah luahkan segala-galanya. Kalau masalah tu tak selesai, suruh parents bantu. Jangan peningkan kepala. Semua masalah ada penyelesaiannya.

7th 
Tulis kata-kata semangat kat sticky note. Tampal lah kat locker, wardrobe, papan tanda, pintu, katil, meja study, kereta, motor dan kat mana-mana je yang korang boleh tengok. Kalau kat rice cooker dengan water heater pun apa salahnya?

8th 
Doa. Dalam setiap doa tu selitkan doa mintak Allah lindung dari penyakit malas. Baca surah Yaasin setiap hari. Kalau tak sempat baca pun, dengar kat MP3. 

9th 
Sebelum tidur, niat kat dulu, esok pagi aku bangun mandi solat subuh apa sume gi kelas...pegi library pegi bengkel kereta, pegi padang...rencanakan semua yang korang nak buat hari esoknya. So, nanti esok automatically diri korang akan buat sebagaimana yang telah diniatkan. InsyaALLAH

10th 
Bagi hadiah kat diri sendiri. Contohnya, kalau sebulan ni kau tak ponteng, boleh pegi berjimba dekat Genting Highlands. Ataupun, kalau kau seminggu tak ponteng, boleh makan Ayam Nando's yang pedas. Atau mungkin kalau sehari tak ponteng, boleh baca novel and buat assignment 2-3pages je.

11th 
Walau apa pun yang mendatang, kena kuatkan semangat. Takboleh ponteng. Sampai kaki dah kudung pun still lagi kena pegi kelas. Tsk tsk!

12th 
Sarapan amat penting. Sekurang-kurangnya makan nestum. Emmm sedapnya! Sarapan yang berkualiti diambil pada pukul 6.30 pagi. So that korang tak mengantuk.

13th 
Pastikan kereta, motor mahupun kaki korang berada dalam keadaan yang baik. Kalau rosak, mesti takde mood nak pegi kelas kan. So, make sure in good condition ah. Kalau naik bas, tunggu la awal2 pagi morning sikit. Baru dapat bas tak rebut2. 

14th 
Baju tu siapkan awal-awal. Iron untuk seminggu lah seeloknya. Senang, esok pagi pagi takde lah kelam kabut nak iron tudung bagai.
15th 
Bangun malam. Buat tiga solat sunat. solat tahajjud, solat hajat, solat taubat. Buka tengok bola ye. Tsk tsk!

16th 
Jangan biarkan tempat kau bersepah. Pastikan segala barang diletakkan di tempatnya semula. Letak sesuatu di tempatnya! Ingat ye. So, esok pagi pagi takdelah kelam kabut cari itu cari ini. Buat rosak mood je.

17th 
Just keep calm and jangan ponteng





6 comments:

  1. BK jaranglah ponteng n xpenaah ponteng cme ngelat je dri msuk kelas

    ReplyDelete
  2. Nice sharing Sis ^_^
    Wilma memang cuba elak ponteng kelas melainkan terdesak...
    Sayang ilmu2 tu bah...Sudahlah Wilma nie boleh dikira lambat pick-up jugak ^_^ Mana tak lambat pick-up...Cikgu/Lecturer mengajar kat depan...Wilma sempat berangan lagi kahwin dengan Prince William...Hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahha. prince william pun boleh laaa
      jangan ponteng2 tau :D

      Delete
  3. tak selalu ponteng, cuma malas nak bangun pagi. hihi :D btw, dah follow awk. hit me back? :D

    ReplyDelete