Sunday, 17 February 2013

Mohon perhatian: Kesinambungan Cerita Hud Hud

Assalamuaalaikum.

Entry kali ini kesinambungan daripada Cerita Hud Hud yang penuh kontroversi.


Nak mintak tolong sikitlah ye. Perasan tak blog ni dah disable ctrl+c??? Haish~ Aku ni sebenarnye takdela kedekut sangat nak share story. Nak kopipes bagai. Tak kisah pun. Biasalah tu manusia. Suka sangat plagiat kan? Tak heran pun.

Tapi, sekarang aku dah takbleh nak bersabar la nampak gayanya. Kalau entry-entry yang bersifat akademik pun uolss nak copy? Takkanla nak masuk pertandingan, kena guna teks yang plagiat? Aku ni budak baru belajar. Setakat tulis sikit sikit tu insyaALLAH boleh. Tapi, biarlah kena pada caranya. Contact aku kat twitter, ataupun mintak email ke apa ke senang cerita sikit.

Suka ke kalau uolss menang atas usaha orang lain? Mesti takbest kan? Kemenangan kita biarlah atas usaha kita sendiri. Di sini, aku tidaklah berlagak pandai mahupun bajet poyo. Cuma, aku takut perkara kecil sebegini menimbulkan masalah kepada orang lain. Kesian la dekat orang lain. Kami dah sama-sama bersusah payah memerah otak tulis cerita. Uolss senang-senang je amik. Aku dah settle dengan client aku tadi. So, aku terpaksa rela membuat balik cerita itu memandangkan cerita yang sekarang ni sudah dilihat oleh berpuluh-puluh orang mencecah ke ratus.

Aku share cerita tu sekadar perkongsian. Minda aku ni takterjangkau pulak ada orang yang akan baca. ambil, copy dan sebagainya. tapi, aku dah ada bukti yang uolss nak copy karya picisan aku. Sebabnya, walaupun uolss dah remove komen tu, tapi uolss punya komen masuk notifications email aku. Secara tidak langsung, aku dah terbaca niat murni uolss tu.

Aku terpaksa berhadapan dengan beberapa titik kemarahan kerana share cerita tu. Yelah. Aku tau aku salah sebab share mende tu. Dan aku taksangka pulak dengan keadaan segenting ini, uolss seronok pulak nak copy. Sungguh aku taksangka. Sungguh aku takperasan yang entry cerita hud hud tu mencapai viewers yang sangat tinggi dan memberansangkan. Itu mujur yang baik hati agaknya komen kat situ mintak nak copy. Yang tak mintak nak copy aku taktaulah. Haih~

Jadi, atas sebab ini... Blog aku dah tidakboleh dikopipes. Dan juga, cerita hud hud terpaksa aku sembunyikan. Nanti masa hari pertandingan, aku akan tengok siapa yang guna teks aku. Hukhukhuk. Tolong lah ye... pulangkan balik cerita itu. Kalau uolss nak mintak aku buat, insyaALLAH aku boleh buatkan. Just emailkan segala details...besertakan deadline yang munasabah. Nanti boleh aku tuliskan. Takde masalah. Dengan harga yang berpatutan, aku rasa we can do this. Cuma, tolong la berperikemanusiaan sikit terhadap aku.

Takkan la aku nak kena nyanyi lagu Pontianak Harum Sundal Malam pulak sekarang? Perlu ke aku nyanyi lagu Pulangkan yang Misha Omar nyanyi tu? Sudah semestinya aku mengharamkan setiap patah perkataan yang uolss copy tu. Aku malas la nak hadap uolss kat akhirat nanti mintak aku halalkan semua balik. Aku pun ada banyak urusan lain lagi masa tu. Cuma aku berharap uolss ambil masa untuk berfikir. Uolss orang bijak pandai. Takkan nak plagiat pula, kan? Buang masa belajar pandai-pandai tapi uolss ciplak hasil cipta orang lain.

Hmm...



Mungkin ini ujian dari Allah. Mungkin kifarah dosa-dosa masa lalu. Redha je lah. Pasrah sungguh aku kali ni. Cuma aku kesian dekat client aku je yang sama-sama tulis cerita dengan aku. Tolong kasihankan pada client aku jugak. Dah bermasalah pulak beliau dalam hal ni. Elok elok nak proceed dengan cerita tu, dah terbantut sebab uolss pun nak pakai jugak cerita tu. Haish laaa... mohon ampun, mohon maaf, mohon perhatian, mohon terasa, mohon tersinggung dengan kata-kata aku ni. Aku ni dah masuk dalam golongan yang teraniaya laa. Katanya, doa orang yang teraniaya ni makbul.

Akhir kata, maafkan aku sebab suka suki je share teks aku kat blog. Dan membuatkan uolss terkopipes. Yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari Allah juga namun bersandarkan atas kelemahan insan yang lemah cam aku ni.

Bukti notifications email aku taknak tunjuk kat sini. Sebab yang tu cam bahaya sikit. Aku just can share this one je.




5 comments:

  1. owh.. blh setting duhal.. hehe

    Jemput join segmen ni kalau belum.. 100 penyertaan TERAWAL akan dapat Sticker Fridge Magnet @ Button Badge dari Cenderahati Akamika Gift .. Cepat!! Cepat!! Hehe ^_^

    http://kampung-kameq.blogspot.com/2013/02/segmen-ucapan-selamat-hari-lahir-buat.html

    ReplyDelete
  2. maaf...sy hanya nk jadikan contoh dan panduan...
    contoh gaya bahasa dan format penulisan,
    selain teks anda, ad juga teks dari sumber lain..

    sbb tu sy remove 1st comment..jgn bimbang saya dah delete teks tu dr simpanan sy..permanently...

    sekali lg maaf sgt2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thankyou so much :)
      lega saya dengar :)
      saya minta maaf jugak ye :)
      kalau bleh share lah email, bleh kite contact2 :D

      Delete
    2. takpe awk :)
      so sorry 4 the inconvenient

      Delete