Tuesday 22 January 2013

Campus Life: Attitude yang Perlu Dielakkan

Assalamualaikum semua!

Haish seharian aku sapu sawang-sawang kat blog ni. Dah lama tak update entry merapu. Paling tidak pun, join contest, giveaway dan segmen. Kenapa aku selalu join? Coz me, never deny blogger's favor. Sedang memikir-mikir intipati merapu kali ni, tetiba terkeluar ayat:
"Tak follow maka tak cinta. Dah follow macam celaka la kau punya ejaan"
Tanpa membuang masa, kat sini aku nak senaraikan beberapa attitude yang tak patut ada dalam diri korang bila korang jejak kaki ke universiti, belum jejak dan sudah habis jejak.

SATU
Jangan takut untuk bertanya atau ditanya. This is university. Universiti is beyond limitations. Kat sini la korang nak keluarkan idea-idea yang awesome. Kalau kat sekolah, we have to dengar cakap cikgu. Kat sini tak. Kalau ada pape yang tak faham, shoot! Terus tanya. Takperlu nak peram soalan lama-lama. Takkan jadi pekasam punya. Korang tau tak kalau korang tak tanya soalan-soalan yang menari-nari dalam fikiran, 1 neuron terputus? So, macam dia takbleh nak bersambung la gitu. Kalau orang tanya soalan pun sama, kau jawab je. Kisah apa salah betul? Tak mati pun. Yang penting, courage untuk jawab soalan tu!

DUA
Ponteng. Jangan sesekali ponteng even kalau tak sihat tapi masih boleh bergerak, semangat kena kuat! Pegi bangun gosok gigi dan hadir ke kelas~ InsyaALLAH ada ganjarannya buat orang yang rajin! Huh, berlambak pulak exclamation marks! Hehe~ Semangat!

TIGA
Ini agak penting. Jangan bersikap POYO! Okey, poyo ni ada banyak maksud i guess. Maksud yang aku rasa paling tak relevan ialah, poyo means cantik. Betul ke? Aku tak ingat la pulak nak belek Kamus Dewan semata-mata nak cari perkataan poyo. Rasanya, bahasa slanga yang digunakan anak muda masa kini untuk gambarkan orang yang bajet bagus. Tapi, makna dalam Wikipedia paling best. Poyo is singkatan bahasa Inggeris, Proud Of Your Own. So, jadi poyo. Style kan? Hahaha. K, sebenarnyaa poyo is NO GOOD. Macam kau lah paling pandai, paling style, paling awesome. Bak kata Justin Bieber Malaysia, ini semua POYO! Trending kat Twitta uolss. Amaran keras aku bagi, jangan POYO! Bajet you know everything...pandai, pastu kerek. Piirahhhhh. Kefahaman yang kau dapat tu, Allah kasi pinjam je. Ingat-ingat sikit.

EMPAT
Watch you mouth bak kata omputih. Bukan suh kau tengok mulut kau sendiri. It's an idiom yang suruh kita do not saying rude words. Sebenarnya, 70% daripada badan kita contains water. Penah dengar tak kalau kita baca ayat-ayat quran kat air masak ke air mineral ke...nanti molekul air tu jadi cantik an? Same goes to us human. Nanti jadi cantik ah dalaman kita. Bila seseorang mempunyai innerself yang cantik, nanti terpancarlah kecantikan luaran. Hmm, kelas uolss! Tapi, yang aku penah baca... seseorang yang kuat carut ni, dia jujur. Hahaha

LIMA
Jangan malu tak bertempat. Malu tu bagus. Tapi, biar bertempat. Takbleh la malu nak tanya lecturer. Malu nak tanya kawan. Malu nak pegi library. Malu nak buat assignments. Malu nak presents. Malu nak pakai tie dengan baju kemeja. Ahh gasaklaa. Kat university nih. setiap usaha tu ada nilainya. Kau tanya soalan masa sesi presentation pun dapat markah. Kau pakai ikot  etika berpakaian, sahsiah rupa diri pun dapat markah. See? All those matter. Ingat sesaje ke pakai tie?

ENAM
Jangan mengutuk orang sesuka hati. Bayangkan korang jadi bahan satu university ni kutuk korang. Suka ke? Suka? Kalau suka cakap awal-awal. Aku bawak geng gosip aku nanti pastu kitorang gosipkan kau je. Nak?
Biasanya sekali kau mengata orang, berkali-kali orang mengata kau. Jangan la buat perangai kata-mengata, ngumpat-mengumpat. Buat dosa kering je. Agak-agak kau rasa baik hati nak sedekah pahala, buat ah. Nobody's perfect! Semua orang ada kekurangan masing-masing. Perfectly imperfect. So, takperlulah kau keluarkan semua aib dia. Kau pun ada jugak kekurangan beria nak mengata orang. Hampeh!

TUJUH
Kat university, semua benda cepat. Kau belajar hari ni, esok exam. Jadinya, haruslah uolss pantas pantas pantas. Bukannya kalut. Tapi, expressway is more better. Hahaha. Kena cepat faham. Kalau takfaham, dan dan tu jugak kau kena pastikan kau faham. Banyakkan makan kismis, jangan melaghakan diri, focus! Catat semua yang lecturer kau cakap. Dengan pantas! Satu pun takbleh tinggal. Kalau termelayang, cepat-cepat jeling kawan sebelah tengok kau tertinggal huruf apa. Lagi satu, pastikan kawan sebelah pun buat perkara yang sama. Ini, tidakk! Kawan sebelah hanyut, kau pun hanyut. Aisehmann.

LAPAN
Behave dalam kelas. Sebab ada sesetengah lecturer tak kisah kau nyanyi ke, melompat ke, jamming ke,  berkompang apa sume kat belakang kelas. Tapi, ada sesetengah lecturer amek kesah! Besar kemungkinan, dia halau kau. Baru ada akai! Duduk sopan sopan dalam kelas, senyum kasi nampak ikhlas sikit, cakap berlagu-lagu sume, jangan jerit-jerit lak dgn lecturer. Gila eh. Cool, chill. Kalau lecturer kau jenis sempoi gossipkan kau, ngata kau apa sume, kutuk kau depan-depan. Kau chill je. Cakap dengan diri sendiri, challenges accepted! Ataupun, dalam bahasa Melayu, cabaran diterima! Sambil flip table dalam hati. Eh?

SEMBILAN
Listen! Jadilah pendengar yang baik. Dengar cakap lecturer. And kalau kawan kau ada masalah, dengar masalah dia. Bagi cadangan-cadangan yang baik. Jangan buat derkk je. Tolong dia, give her moral supports. Sebab apa? Sebab kau tak tau nanti bila kau susah, sape yang akan tolong kau. Apa salahnya kau tolong the needy persons? Taksalah pun. It will benefit you sooner or later. Sepanjang aku kat kampus, alhamdulillah, aku sentiasa ada Diyanah, ada Fitri, kekadang  ada Amir, buat magic dengan kereta dia. Walaupun aku hampir-hampir fikir yang aku akan diculik masa tu. =.= Walaupun kami lain-lain course, aku ada Radhiah, aku ada Juju, aku ada Syidah, aku ada Mama Bena. Thanks uols.


SEPULUH
Yang terpenting juga! Dont you ever procrastinate! It is the thieves of time. Bahaya doe kalau kau asyik bertangguh. Kau jangan cakap la perkara-perkara mustahil macam 'makan dululah, nanti baru buat keje', 'tido lima minit, pastu buatlah assignments', 'tengok movie dua tiga das, esok aku start buat', 'lepas ni aje aku belajar, sekarang masa rehat'. Memang tak ah. Tu hanya penyedap hati yang tak relevan! Memang tak jalan keje kau. Seminggu kemudian baru siap. Esok deadline, hari ni baru kau lari lari anak pegi library cari bahan. Kem salam kalau nak dapat markah tinggi-tinggi. Melainkan kalau kau genius.

SEBELAS
Jangan sibuk nak bercinta aje. Pelajaran tah kemana. Kalau kau bercinta, pastu dapat straight A's...that's good. Maknanya, kau memang boleh bercinta. Kena ingat yang kau masyuk sangat cintan cintun tu bukan kau punya suami. Poyo sangat bercinta. Duit topup pun guna PTPTN.. ada hati nak salahguna. Cehh. Ingat sikit, mak abah kita bagi duit suh kita belajar. belajar. belajar. Mak abah aku tu sanggup berhabis apa saja atas nama memudahkan aku untuk belajar. *sebak lak tetiba* Melainkan mak abah kau suh kau bercinta dengan seseorang yang diorang suka. Ataupun kau cakap siap-siap kat parents kau, 'mak, ni duit yang mak bagi ni orang nak buat beli topup, malam ni nak gayut sampai esok pagi' kalau camtu takpelahh.

DUA BELAS
Yang amat penting lagi vital! Jangan minum kopi dan makan pasta. Err, maksud aku kopipes. Atau dalam bahasa Melayu nya, Salin dan Tampal. Ahh senang cakap jangan copy paste. Kalau kau copy paste, orang bleh dakwa kau sebab curi idea. Sume hasil kajian, akademik or non-academic, bertulis mahupun tidak, semuanya ada copyright. Ala ala hak cipta terpelihara gitu. Ni dunia akademik, kau nak copy and paste masa buat assignments memang silap besar laa. Semua lecturer ada plagiarism checker punya software. Kalau boleh, janganla buat gitu k. Buat malu je kau siap awal tapi banyak salah. Ciplak pulak tu. Haish

TIGA BELAS
Jangan kecoh kepoh kepochi sangat. Kau chill, kau relaks, takpayah nak sempoi sangat, takpayah nak cuak sangat. Chill saja sesedap rasa. Takperlu nak jaga tepi kain orang dalam konteks melampau-lampau. Kau jaga boleh, tak kisah. Tapi jangan sampai kau tak perasan tepi kain kau yang koyak. Ehh faham ke metaphor yang aku guna ni? Jangan sibuk sibuk hal orang. Sibukkan hal kita dulu. Sesetengah orang taksuka. Sesetengah orang suka. Kalau ada banyak sangat orang sibuk hal kau, cuba kau pandang diri kau kat cermin, kau ada tak sibukkan hal orang lain. Mesti ada kan?

EMPAT BELAS
Takperlu lah jadi talam dua muka. Depan orang ni kau suka dia, puji dia, ampu dia macam-macam. Belakang dia? Kau kata macam-macam pulak. Takbaik bhai. Kalau benci, benci betul-betul. Terus terang je kat dia, Woi! Aku nyampah gila lah dengan kau. Haa. Kalau kau rasa okey je dengan dia, berkawan lah elok-elok, jangan buat taik pulak dengan orang yang baik dengan kau. Pleaselah ye. Dunia ni dah penuh dengan orang hipokrit. Buat apa kau nak tambah jumlah manusia hipokrit atas muka bumi ni. Eloknya kau tambah jumlah manusia jujur.

LIMA BELAS
Yang ni cam penting la jugak. Berhati-hati dengan persekitaran. Kita taktau yang mana baik, yang mana kurang baik. Kat university kau akan jumpa dengan macam-macam orang. Kekadang, orang yang paling kita benci tu lah yang akan tolong kita. Kekadang orang yang kau suka tu akan tinggalkan kau. Pilihlah kawan yang betul. Kawan yang akan gelakkan kita masa kita jatuh dan tolong kita lepas dia gelakkan kita. Jangan pilih kawan yang gelakkan dan tinggalkan kita masa kita jatuh. People changes. Kekadang berubah ke arah lebih baik. Kekadang lebih buruk. Just dont judge people.

ENAM BELAS
Kat university ni, kawan yang penting. Mak abah kita jauh kan? Adik beradik lagi laa. Atok nenek takpayah cakap ah. Kawan kau yang jaga kau masa kau demam, kawan yang akan belanja kau makan, kawan yang akan belikan kau aiskrim, kawan yang akan belikan kau slipper bila slipper kau putus, kawan yang akan temankan kau tengok futsal kalau kau frust, kawan yang akan temankan kau tengok wayang kalau kau tengah putus fius, kawan yang akan temankan kau tidur kat library, kawan yang temankan kau lintas jalan pergi beli A&W, kawan yang akan temankan kau berjalan dari dewan Raja Muda Musa sampai ke Seksyen 7 Shah Alam, kawan yang akan temankan kau makan KFC, kawan yang akan temankan kau makan western food, kawan yang akan temankan kau naik bas, bayarkan tambang sume tu. Haa, banyak ah! So, jangan KHIANAT kawan kau!

TUJUH BELAS
Discussion tu penting bila kau kat university. Make sure kau reachable bila time buat assignments. Susah lah kalau semua orang sibuk dengan family, sibuk dengan boyfriend, sibuk dengan aktiviti koku, sibuk dengan makanan makanan lazat. Habis, sape yang nak sibuk dengan assignments? University, kau perlu spend banyak masa untuk buat assignments. Bukan sekadar main sep sep tom tom riang ria kat kampus. Nak riang ria tunggu raya lah. Sampai seminggu cuti. Semua orang ada urusan. Priority. Tetapkan prioriti, yang mana satu lebih penting. Takkan lah taktau nak bezakan yang mana penting, assignment dengan acara lari dalam guni? Kemon ah.

LAPAN BELAS
Penampilan pun penting juga. Eloknya simple je lah. Janganla pakai macam kau nak gi kenduri. Ataupun, macam nak pegi fashion show. Sempoi sudahh. Aku lagi suka kalau pakai baju kurung je gi kelas. Senang. Takde pak guard yang akan saman kau. Takde cikgu yang akan halau kau. Takde sape sape yang akan marah kalau kau pakai baju kurung. Jangan gedik sangat pakai dress lip lap lip lap... Boleh je kalau hari kau nak present tu. Baru meriah ye dokk? Tapi kalau hari biasa yang perlukan kau bergerak pantas pastu kau bantai pakai baju bling-bling yang berat, memang no no~

SEMBILAN BELAS
Elakkan silly mistakes. Macam... kau dah tanya orang tu that particular soalan. Pastu, kau tanya lagi sekali. Macam... kau baru makan dengan dia, pastu kau tanya dia, kau dah makan? Huh. Silly questions. Ataupun, tengah lecturer kau cakap benda-benda  penting, yang kuar dalam exam, time tu la kau buat bising. So silly. Seolah-olah kau mencabar lecturer tu. One more thing, dalam exam biasa sangat aku dengar orang meniru apa sume ni. Aku tak kisah sebab masing-masing dah besar kan. Mostly yang sambung degree ni, paling muda pun 19. Takpayah merepek macam taktau mana baik mana buruk. Kalau nak tiru boleh, tapi jangan ajak aku. Aku just bleh tolong kalau diorang tanya. Untuk sama-sama jadi zirafah tengok jawapan orang lain, memang tak. Aku taknak markah exam aku jadi haram.

DUA PULUH
Respons. Kalau orang bercakap dengan kau, respon sikit. Jangan buat bodoh macam tak faham. Kalau orang tanya ke apa ke. Kau jawab la. Takperlu buat muka blur buat-buat tak paham. Aku pun pelik wujud juga perangai orang sebegini. Bayangkan kalau kau tanya dia kat mana tandas, pastu dia buat derk je. Mau kiamat dunia kau. At least kalau dia cakap tak tau, bleh kau pegi tanya orang lain ye dok? Please lah ye. Berubah ke arah kebaikan. Cermin diri sendiri dan topup apa yang kurang.

Kesimpulannya, kbai!

22 comments:

  1. manyak nyer mende yg kena perlu dlm campus life

    ReplyDelete
  2. nice post , hahak ! seram ni ... pew pun serba sedikit dpt bantu Arina bila nak masuk U ni hehe ganas r sis ni takuttttt !! hahai =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. all the best :)
      i memang ganas, ala ala catwoman gitu! Hahahaha

      Delete
  3. ehehe selalu sy nmpak yg no 11 tu je yg slalu jd batu penghalang sbb kejab cinta kejab brek kejab smbung balik.ingat tali ker hape?ehehe ape pun cinta mase kt U mmg buang mase... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. taksemestinya, auntie dengan uncle i bercinta masa uni, kekal sampai sekarang. hahahaha

      Delete
  4. Replies
    1. dah rasa. sebab tu bleh tulis. memang sakit ah bila hadap orang2 camni.

      Delete
  5. terbaek! This is the true fact about life! Sekurang2nya sye taw tak semua orang hiprokit di dunia ni. feewwww lega jiwa. XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. yep. dunia tak terllau kejam. tak terlalu indah.

      Delete
  6. eh, 20 jek.. ingat panjang lagi tadi..k.bai

    ReplyDelete
  7. that POYO thing mmg betul sangat.haha

    ReplyDelete
  8. Sambil membaca sambil tersenyum2...
    Teringat zaman study dulu ^_^
    Anyway, nice entry :-)

    ReplyDelete
  9. Campus life isn't that harmful,ttpi banyak rupanya pantang larangnya ya :)

    btw,saya follow sini :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelah. unless kita akan menyakitkan hati orang sekeliling.

      Delete