Tuesday, 22 January 2013

Warkah


Nia menepuk-nepuk pipinya. Ada yang tak kena sepanjang minggu pertama tahun baru 2013. Serasa lain. Amat lain. Terkadang rasa mahu menangis. Perasaannya tak tenteram. Dia kerap merasa sebak. Tangisannya melimpah dalam hati. Nak menangis betul-betul nampak macam sadis. Sudahnya tangisan itu dipendam sendiri. Dia benar benar tidak tahu bencana apa yang melanda dirinya.

Solitary.

That's the word. Yeah. Dia memang sedih dan terasa sunyi akhir-akhir ni. Pil tidur sudah ditelan. Berharap akan menjadi penawar insomnianya. Sudah beberapa hari dia tak dapat tidur. Semua kebimbangannya datang menerpa tatkala kepala mencecah bantal. Ah! Tak guna. Macamana aku nak tidur ni? Ni dah malam ketiga! Dibuka buku-buku di atas meja study. Erghh! Apa semua ni? Bosan! Bosan! Bosan!

Dia bangun. Melangkah ke tingkap. Melihat langit malam yang kelam. Bintang dan bulan semua takde. Yang ada hanyalah dia. Oh solitary. Dia menggumam sendiri. Apa nak jadi ni Nia... Kenapa sume nampak takbest? Jiwanya mati. Tenggelam dalam kesedihannya. Tadi dia pergi ke restoran yang paling gempak kat Malaysia. Hehh. Supposed to be best lahh. Namun, dia tetap rasa kosong sekosong kosongnya. Chicken Hawaiian Honey Soup with Blue Wings terasa pahit ditekaknya. Makanan memang nampak cantik macam angel. Nak telan rasa macam nasi goreng basi je.

Berharap akan ada yang menelefonnya. Ibu dan ayahnya mungkin sudah tidur pada larut malam sebegini. Ayah dengan ibu selalu risau akan dirinya. Nia taknak ibu dan ayahnya tahu kesakitan yang membarah di hatinya. Cukuplah. Sudah banyak yang telah dilalui oleh ibu dan ayah untuk menjaga seorang Nia. Takperlu susahkan mereka lagi. Ahh. Dah kenapa takboleh tidur ni? Dia dah telan segala pil tidur bagai masih takboleh tidur?

Ah nanges laa nanges! Please Nia. Come on! You can do it. Empangan sungai air mata pecah juga akhirnya. Dia sakit. Dia tahu yang dia tak mampu nak hadapi semua ni sorang-sorang. Titis-titis air mata membasahi pipi jatuh pada sekeping gambar. Adam. Dia rindu Adam. Tapi, dia yang tinggalkan Adam. Saat Nia meninggalkan Adam, dia telah mula merindui lelaki itu. Walau beribu kali Adam melaungkan dont go, dia sudah nekad untuk tinggalkan Adam.

Bullshit ah. Adam... Nia rindu. Cepatla datang ambil Nia... Nia taknak mati sorang-sorang. Dia tahu Adam takkan dengar suara hatinya. Dia dengan Adam bukan ada kuasa telepati. Ingat ni Harry Potter ke? Seriously bukan. Dan takkan jadi Harry Potter. Adam... could you call me... Please.

I dont belong here. We gotta move one dear. Escape from this afterlife. Cause this time I'm right to move on and on. Far away from here.

Sape pulak call ni?  Unknown number? United Nation kot? (UN)

UN: Nia..do you hear me?
Nia: Hmm...*Kejadah
UN: Nia.. Nia...
Nia: I know who you are..
UN: That's good. Dont hang up... I miss your voice.
Nia: Me either :(
Cause I was born to tell you i love you, and I am torn to do what I have to, to make you mine. Stay with me tonight. I know everything you wanted isn't anything you have. 
UN: Gudnite Nia..
Nia: .....

Dia berbaring semula. Handset telah dimatikan. Pedih rasanya hati ini. Takkan nak heret Adam dalam rasa yang tak tertanggung camni. Adam... Maafkan Nia. Nia sakit...

Sepucuk surat sudah tersedia. Esok mesti ibu akan tolong poskan. Dia sudah memaklumkan perkara itu kepada Wan Cha. Nanti mesti Wancha bagitau ibu.

Adam...
Ingat tak masa kita jumpa kali pertama... awak tegur Nia... awak cakap awak dalam kecemasan. Ada barang hilang. Nia tanya what can i do for you... awak suruh Nia pulangkan balik barang tu. Seriously Nia bingung. Memangla Nia selalu curi tisu kat fast food restaurants. Tapi, Nia dah bayar government tax tau... Masa tu awak buat-buat pengsan. Nia mati-mati ingat awak betul-betul sakit. Tiba-tiba awak cakap Nia dah curi hati awak. Nia marah betul bila awak main-main camtu. But, that was my fondest memories I've ever had.

Adam...
Awak perasan tak yang Nia selalu demam... awak cakap sebab Nia comel sangat. Sebab tu bakteria suka dekat. Mengada-ngada betul Adam ni. Hahaha. I dont know whether your joke is absolutely hillarious or i just cant abstain myself to fall for you. Again and over again. Nia memang sayang Adam. Sayang sangat-sangat. Sejak pertama kali kita jumpa. Kenapa buat Nia jatuh cinta kat Adam? Tak kesian ke kat Nia asyik fall for you.. ^_~

Adam...

Mungkin Nia takdapat lafazkan apa yang ada dalam hati Nia. Adam selalu tanya, apa yang ada dalam hati Nia. Adam selalu tanya, apa perasaan Nia. Adam selalu tanya, cinta dan sayang Nia. Bukan Nia tak cintakan Adam. Bukan Nia taknak gtau Adam. Tapi, Nia takmampu menatap mata Adam. Nia tahu, tanpa Nia lakarkan pada warkah ini pun Adam mampu baca hati Nia :) Sebab dalam hati Nia, ada Adam sorang je tau. Kalaulah Nia diberi peluang sekali lagi, Nia nak selalu berada di sisi Adam. Nia takut Adam tinggalkan Nia... Sebab tu, Nia kuatkan hati Nia...untuk jauhkan diri dari Adam. Walaupun sebenarnya, Nia rindu. Rindu. Rindu. Rindu sangat-sangat kat Adam :'(

Adam...



Adam berhenti membaca. Kertas itu lunyai. Figur-figur perkataan bertinta biru itu kelihatan seperti kembang. Adam tahu, air mata Nia yang membasahi warkah yang dipegangnya... Dia menahan perasaan.
Adam tak mampu lagi untuk membaca keseluruhan warkah tersebut. Dia tenggelam dalam kesedihan...

Takkan lagi aku menunggu
kau hadir di dalam mimpi-mimpiku
puasku mengharapkan dirimu
seperti mereka yang punya cinta
Diriku tanpa dirimu
kau tempuhi penuh bahagia
diriku mahu kau tahu
pedih ini kau tak terasa
Warkahku mengharapkan dirimu
seperti yang aku kenali dulu
setiaku menantikan dirimu
seperti setianya terhadap diriku
Tapiku melepaskan mu
melangkah namun tak berdaya
terusku terus menunggu
cinta yang takkan pernah ada




No comments:

Post a Comment