Tuesday, 22 January 2013

Kahwin Muda?

Assalamualaikum orang-orang muda.

Suatu masa dulu ketika asasi, aku masih lagi gempak tanya mak abah pasal hal ni. Masa tu, mak abah takde halangan pun. Dan... hampir saja aku..................... shhh!



Oh, ni cerita lama. Cut those craps. Continue with these.

Tadi aku saja la bikin gempak tanya parents aku...

Sesi 1 (Dalam kereta menghala balik ke Rumahku Syurgaku)

Miss Chillax: Mak, boleh tak kalau orang nak kahwin?
Mak: Boleh.
Miss Chillax: Betul ke?
Mak: Kahwinlah... Dah ada calon?
Miss Chillax: ... Takde calon lagi =.= (Part ni memang aku nak gelak pecah perut laa.)
Mak: Elehhh. Yelah tu!
Miss Chillax: Betul laa. Sape la nak kat kite ni. Dah la clumsy. Asyik terlanggar benda, jatuhkan barang, tumpahkan air, kekadang merepek bukan-bukan. Ketawa pun dah macam sepupu pontianak Maya Karin je... :-/

Yeah. Aku buat sesi Question & Answer berani mati tadi. Okey, memanglah benda tu dah agak normal sekarang ni. Tapi, mak abah aku ni jenis tak ikot segala tok nenek isu masa kini.

Sesi 2 (Dalam kereta lagi)

Miss Chillax: Sambung balik. So, boleh la kahwin?
Mak: Yelah.
Miss Chillax: Ehh still nak belajar...
Mak: Kahwin masa belajar...
Miss Chillax: Tapi kan mak... kalau kahwin, mak dah tak bagi duit belanja ke?
Mak: Boleh. Tapi, tanggungjawab suami...bagi duit belanja sekadar termampu...
Miss Chillax: Macamana kalau suami orang tengah belajar. Takkan nak susahkan dia pulak?
Mak: Hmm...sekarang ni semua benda perlukan wang.
Miss Chillax: Haa? Habis tu kene kahwin dengan orang yang dah keje? Dah sah-sah dia ada gaji tiap-tiap bulan.
Mak: Yelah.
Miss Chillax: Kalau sama-sama belajar?
Mak: Dah ada calon ea? Siapa?
Miss Chillax: =.="

Sesi 3 (Selepas dinner, sebelum maghrib)

Miss Chillax: Mak, kalau kahwin suami bagi RM50-RM100 je sebulan ikot kemampuan dia, boleh?
Mak: Abang.... Abang... Sini kejap bang..~ ( Hallemakk.. Mana aci! Mak panggil abah pulak)
Miss Chillax: Yelah mak... dia kan belajar lagi? Mak tolong la orang...:(

Sesi 4 (Abah datang~)

Mak: Abang... dia dah nak kahwin.
Abah: Haa? Alaa, macamana ni? Duit abah tak cukup lagi ni. Kurang-kurang mesti buat kat hotel (Abah memang suka propa =.=)
Mak: Boleh je kan bang?
Abah: Dah nak kahwin ke?
Mak: Hmm...
Miss Chillax: Couple tu kan haram. Tapi, jatuh cinta suatu fitrah.
Abah: Cepatnya nak kahwin... dah jatuh cinta ke?
Miss Chillax: Mana adalahh...
Abah: Tak susah ke kalau kahwin sekarang?
Mak: Betul la dia cakap tu. Dia taknak la keluar, jumpa, dating sume tu. Haram. Kalau dah jadi suami isteri, takpelah keluar sama-sama pun.
Abah: Sape calonnya?
Miss Chillax: Takde calon lagi =.=
Mak: Kalau nak kahwin sekarang... kena saling percaya mempercayai. Jangan cepat jeles taktentu pasal.
Miss Chillax: Tunduk. Angguk-angguk paham. 'Ni soalan memakan diri namanya! Nyesal lak tanya soalan camnih'
Mak: Apa???
Miss Chillax: Err...takde pape mak.
Abah: Dengan siapa? Cinta sejati ke?
Miss Chillax: HAHAHAHAHAHAHHAHAHA. Abah ni laaa. Drama sangat~
Abah: Bawak la jumpa abah...
Miss Chillax: Kena bawak jumpa abah dulu? *Mana aku nak cekau orang bawak jumpa abah lak ni*
Abah: Yelah. Pastu parents dia jugak. Kite discuss bincang apa sume.
Miss Chillax: *Hallemakk cam betul betul pulak.* (Rasa nak nangis)
Abah: Orang Mana? Belajar kat U mana?
Miss Chillax: Err....

Sesi 5 (Menghala ke Bandar Permai. Keluar jenjalan)

Abah: Mana nak cari lembu ni...
Miss Chillax: Nak buat apa abah?
Abah: Nak buat kenduri.
Miss Chillax: Kenduri siapa?
Abah: Laaa... kan kamu dah nak kahwin.
Miss Chillax: Mana ada lah. Orang memain je. Nak dapatkan degree, kereta, rumah, kedai sendiri, master... Tadi tu saje je tanya. Sekarang ramai orang kahwin muda.
Mak: Mak tak kisah...
Abah: Kalau betul-betul pun apa salahnya. Tak salah pun kalau anak abah ni kawin sekarang. Tapi, dengan orang yang betul lah. Ini... calon pun takde!
Miss Chillax: =.=

Okeyh. The end.

Kesimpulannya, aku did it on my purpose. A blurry one. Aku pun taktau kenapa aku tanya. Saja nak test kemampuan diri dalam bertanya soalan maut agaknya. Mereng. Hmm, boleh nampak tak cemana sempoinya parents aku jawab handle soalan aku? Parents aku jenis keep calm and let them marry. =.= Jadi aku rasa parents korang pun boleh consider hal-hal camni dengan korang. Korang semua dah matang kan? Cuba kalau...korang yang dah ada calon, pasangan, teman tapi mesra, why not korang gi redah tanya je. Pastu, kahwin. Pastu. Aku boleh makan nasi minyak korang. Deal?

Ni kawan twitta!
Cc: Norashikin :P





6 comments:

  1. heee., soalan maut tuu.,hehe xD
    btw., sporting nya family., hee

    ReplyDelete
  2. hahaha...bez nyer dialog.kalau iman..mak suh blaja gak smbug dgree keje betoi2 bru kwin.pahdhal mak berat hati iman kwin

    ReplyDelete