Saturday 18 August 2012

Selamat Hari Raya Eid-ul Fitri 2012

Hello world. Happy raya to cute and handsome friends, chillers, readers, and aviders.

Konon kental sangat taknak buat entry pasal raya. Tabahlah. Raya is vital. Kalau takde raya, takbermakna hidup kita. Contohnya macam bunga raya, balai raya, kad raya, pasar raya, biskut raya, baju raya, bandar raya, duit raya. Perasan tak. Words ni sume nampak grand sebab ada word raya. Ce kalau omit those raya. Dia akan jadi bunga, balai, kad, pasar, biskut, baju, bandar dan duit. Common sangat la benda-benda ni kan? Same goes to hari raya. Setiap hari kita rasa cam biasa je. Takde makna. Tapi, kalau HARI RAYA. Wow! Hati rasa riang ribena aje. kelass gitu.

Teringat pulak pesan Cikgu Sivik aku masa tingkatan 3. Beliau berpesan, kalau ikot yang sebenar-benarnya...perkataan Aidilfitri tu salah. I'm not sure whether Dewan Bahasa Pustaka ada explain sume ni. Terlupa nak bawak. Currently in Langat sekarang ni. Takpe takpe. Tunggu aku take over DBP. Kita buat apa yang patut. Kehkehkeh. It should be Eidulfitri. Jadi, aku yang amat-amat kurios pasal bahasa bahasa ni sume kaji la balik. Well, you know. Kuriosity kills the kucing.

Kalau dalam kamus dewan bahasa, aidilfitri is perkataan yang diambil dari bahasa Arab.
So, ejaan sebenar dia Eidulfitri yang bermakna eidul is hari or perayaan in Arabic.
Sementara fitri kat sini takde kene mengena dengan fitrah ke ape ke.
Fitri here means berbuka puasa.
So, pencerahannya...
Hari  kembali berbuka puasa slash perayaan berbuka puasa.
That's why disunatkan makan dulu before solat raya.


Pencerahan ni, dibuat berdasarkan language and syarak.

K aku tau khatib kat masjid bagi definisi lain kan? Some khatib bagi pencerahan yang berbeza kan? Okey ce tengok hadis ni :
Dari Abu Hurairah, sesungguhnya Nabi Muhammad SAW telah bersabda : Soum/puasa itu ialah hari kamu berpuasa, dan Fitri itu ialah hari kamu berbuka. Dan Adha itu ialah hari kamu menyembelih haiwan.
The thing is dear handsome and cute friends, Fitri here kalau dieja dalam bahasa arab is Faa Thaa Ra. Dan Fitrah ade Thaa Marbuthah kat belakang. About spekulasi/pendapat seperti 'kembali kepada asal', 'fitrah', 'suci bagai dilahirkan' dan 'pengampunan dosa'. Cuba kita go through balik dengan hadis ni :

Semasa Rasulullah menaiki tangga untuk menyampaikan khutbah, baginda berhenti selepas menaiki satu anak tangga. Kemudian baginda naik satu lagi dan berhenti lagi, dan satu lagi anak tangga baginda naik, dan berhenti lagi. Setelah itu para sahabat bertanya, apa yang dilakukan baginda.
Rasulullah menjawab, "Jibril datang kepadaku dan berkata celakalah tiga golongan ini :
1) Celakalah bagi mereka yang mendengar sollahu'alaihiwassalam tetapi tidak menjawabnya.
2) Celakalah bagi mereka yang mana kedua orang tuanya masih hidup tetapi tidak dapat masuk syurga.
3) Celakalah bagi mereka yang sempat Ramadhan datang kepadanya tetapi tidak mendapat keampunan ALLAH
Nauzubillah...

Kat sini dapat tangkap tak? Yang ketiga tu terutamanya. Tak semua yang dapat keampunan ALLAH, nauzubillah. Hanya yang menghidupkan Ihya' Ramadhan sahaja. Kalau setakat hari-hari main mercun, malam malam balik rumah makan tidur. Masih ada ruang keampunan ke? InsyaALLAH ada....
Abu Hurairah RA dari Nabi Muhammad SAW bahawa baginda bersabda: "Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharap pahala, maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu. Dan barang siapa menghidupkan Lailatul Qadr dengan penuh keimanan dan mengharap pahala. Maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu. (Hadis Riwayat: Bukhari dan Muslim) 
Keterangan cerah kan?

Actually, ni semua bahasa/lughah/languange matter. Sama gak la case malam Lailatul Qadr tu. It should be Lailatul Qadr only or malam al-Qadr.

Juadah Raya
Teringin nak makan lemang cicah kaya. Ketupat daun palas dengan rendang. Kuih raya Mama Carey dengan Melting Moment. McD yang taksempat singgah langsung sepanjang Ramadhan. Ketupat petak petak tak minat sangat. Tart Nenas pun takbleh masuk. Samperit pun tak de perasaan. Maybe, satay will do. Nasi Dagang, Laksam dengan Nasi Kerabu dialu-alukan. Jangan risau, aku ni makan tak banyak. Sikit-sikit je. Takcaye? Takcaye tanya Syafiq.

As a human being yang memang banyak salah dan khilaf. Yang juga merupakan bakal jenazah. Amatlah berbesar hati kalau uolss ampunkan dosa-dosa iolss. Mintak maaf samada sengaja, taksengaja, atau saja-saja punya kesalahan. Mohon ampun maaf dari hujung tudung bawal sampai hujung sneakers. Even sepatutnya, maafkan semua orang sebelum tido should be lebih afdhal. Teringat pesan Kak Mili, kalau takbleh maafkan semua orang sebelum tido... jangan tido. X_X

23 comments:

  1. Salam. Kunjungan balas. hehe.. Kalo nk diikutkan DBP nie slalu ubah2 ejaan rumi mcm xde keje lain. Kalau dulu perkataan redha skrg jd reda. sharikat jd syarikat. huhu.. mcmana pun x kisah eja ruminya yg penting maksud sampai. paling penting dpt duit raya. hohoho...

    (nantikan entri khas sempena merdeka di www.pawakadaksina.blogspot.com)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kisahnyaaa. hahaha. yezza. duit rayer tu yg pentinG :D betul! betul! betul!

      Delete
  2. wahhh.....giler lah mmg penuh dgn info...selamat hari raya jugak yer

    do visit n follow mine
    http://myaleo.blogspot.com/2012/08/selamat-hari-raya-aidilfitri.html

    ReplyDelete
  3. nice sharing..
    selamat hari raya..=)

    ReplyDelete
  4. selamat hari raya :) btway , follow you done . hit me back dear :) thx !

    ReplyDelete
  5. Selamat Hari Raya Aidilfitri..
    Maaf Zahir & Batin.

    ReplyDelete
  6. singgah balas dari segmen phat. maaf lambat.

    alhamdulillah entry yg berguna. byk ilmu dlm ni syabas sis :)

    #selamat hari raya. maaf zahir batin :)

    ReplyDelete
  7. trime kasih ats ingatan

    slamat hr raya ye

    ReplyDelete
  8. ps: tirah bru mkn mekdi smlm...hihi

    ReplyDelete