Tuesday, 18 February 2014

Sleepless in Kristal

Assalamualaikum.

Sleep, sleeping, sleepy
Lately, asyik takberapa boleh nak tidur. Susah sangat. Penat woah berkalih kiri kanan pusing sana sini. Pegi toilet keluar toilet, paksa mata untuk pejam. Bayangkan tengah pejam mata tu, boleh pulak menguap. Boleh faham tak cemana perasaan aku? Mengantuk. Tapi takboleh tidur. Lena punyalah sekejap, lepastu terjaga. Penat tau? Penat. Bila dah subuh, lagi macam macam sakit. Seolah olah aku tak dapat rehat secukupnya, yelah. Dengan tidur pun takberapa nak tidur.



Banyak fikir ke?!
Katanya, kalau sleepless ni, mesti sebab banyak fikir. Tapi, tengah cuti tapi tak cuti ni, aku mana ada fikir apa apa. Just relax relax sekadar kursus bahasa yang 2malam tu, apelah sangat. Tak membebankan pun. Aku takde pun terfikir benda benda pelik. Takut sikit sikit ye normal lah kan. Tapi, fikiran aku takdelah tersasar sampai burung Merak kat Merbok. The one on the rooftop in the morning, and evening. Dulu dulu aku selalu rasa itu, Merak aku. Hahaha!



Cakap pasal Merak
Teringat pulak zaman Asasi dulu, seronok sangat. Ada yang takseronok pun jadi seronok sebab ada Yana, dengan Fitri. Dan kekadang ada Amir. Tapi bila further degree, semua dah busy. In fact, bukak semester 4 ni diorang semua akan tinggalkan aku. Yang tumbuh takkan sama dengan yang patah. Yang berganti takkan sama dengan yang hilang. That's reality. And reality is ferocious. So true, so hurtful, and so deep. If friendship is your weakest point, you are the strongest person in the world. - Abraham Lincoln



Akibat
Sebagai akibat ketidakbolehtiduran aku ni, aku pun mengalami sakit kepala, sakit perut, sakit badan, dan letih mengantuk sebab malam tadi takcukup tidur. Oleh yang demikian, terhasil lah post ini tanpa tujuan sebab idea nak menaip dah terbang bersama sakit sakit ni semua. Apa pun tak boleh. Cuma kalau nak share peringatan tazkirah 2-3 das bolehlah kot. Tapi kalau nak taip entry panjang panjang macam selalu, tak kot? Walaupun pelbagai perkara yang ingin aku kongsikan, tapi maybe next time. Penangan kesakitan yang bertubi tubi ni. By the way, aku dah makan ubat.

Pernah terfikir tak?
Your life is blessed and it is blissful. Dengan jalanraya yang bersimpang siur kereta banyak. Highway pun dilimpahi dengan lori, banyak terdedah dengan bahaya. Macamana kita boleh sentiasa selamat? Dengan dosa yang kita banyak. Dengan hati ni dipenuhi kekotoran terlalu banyak titik titik hitam. Ape cer pulak kan? Agak agak doa kita ni boleh senang senang makbul tanpa hijab? Sebenarnya, kita mungkin didoakan oleh orang orang sekeliling kita, yang kita taktau. Yang mungkin kita membenci dia, tapi dia sayang kita. Dan lagi satu kene ingat, doa mak abah korang. Kene ingat sikit, kita menjadi orang yang hebat, kerana doa ibu bapa kita. Tanpa mereka, kita ni ntah sape sape je la kan.



Terima kasih
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi, terima kasih, syukran, thanks dan merci kepada semua yang mendoakan aku. Hehehe. Result aku dah kuar. And overall, aku nak amek kesempatan ni nak wish thanks kat korang semua yang tolong aku, bagi semangat kat aku, temankan aku, marah aku, paksa aku suruh study, hmmm. Apa lagi ek? Yang kejutkan aku pagi pagi, roomate aka Mak Tiri guwa, dan semua lah yang doakan aku. Merci beaucoup!



Tetiba
Kekadang, sesetengah orang tak faham... Kereta aku bergerak menggunakan minyak. Dan minyak dibeli dengan duit. Duit pulak datang dari keluarga dan scholarships aku yang tak kerja lagi ni. Parents aku keje teruk teruk tau. Bukan senang lenang je demi sesuap roti dan KFC. Aku ni pun, scholarships yang datangnya daripada study aku. Kalau tak study tak datang la scholarships. Rezeki masing masing kan. Pantang aku laa kalau orang cakap soal pahala, ikhlas, jangan berkira. Lu orang berkira takpe pulak? Time guwa lapar kais pagi makan pagi, kais petang makan petang... lu orang ke bagi guwa duit untuk makan? Takde kan? Abah guwa yang bagi duit. Kalau abah guwa keje cop duit takpe moi. Kalau guwa dah keje jadi jutawan, aku pun tak heran nak sponsor lu orang. Tapi, guwa ni duit makan pun terkial kial der. Jadi kalau lu orang fikir faham dan hayati keperitan guwa before nak tumpang, guwa cukup berbesar hati dan lebih senang hati nak hantar amek korang.

Okeylah, sebelum aku merapu lagi. Dahlah tengah demam ni kan. Kang tak memasal je. Guwa undur diri dulu. Kbai.

No comments:

Post a Comment