Sunday, 9 February 2014

Oh Sophomore Year!

Assalamualaikum~

First of all, aku nak bagi warning.
Kepada sesiapa yang tak suka baca blog yang kekadang tu banyak cerita pasal diri sendiri, selfie sangat kann, boleh undur diri awal awal lah. Sebab this is soooo selfie! Aku taklarat nak pendam noks! Banyak benda nyah nak hadam, nak tulis pun... ada lah aku tulis sikit-sikit. Tak semua aku tulis. Emmmmm...



Sophomore Year
Sem ni, aku banyak berubah. Baru belajar erti hidup yang tak selalu indah. Bukan fairy tale. Nak kata berdikari sangat tu tak jugak tapi most of the time aku akan cuba untuk taksusahkan parents aku. Hmm. Harapan aku, kalian mendoakan yang terbaik untuk aku. Sophomore ni maksudnya, tahun kedua pengajian. Kalau tahun pertama dulu aku masih lagi crybaby sikit sikit mak, sikit sikit abah. Sekarang, InsyaALLAH takk.



Nak Cakap Apa Lagi Ek?
Sebenarnya, banyak betul nak taip. Kalau nak cerita satu satu...mungkin susah pulak nanti. Aku ni tengah bermasalah problem dengan keyboard laptop. Apalah seorang keyboard warrior tanpa keajaiban keyboardnya. Aku pun gigih la guna keypad touchscreen ni. Bukannya apa, kadang tengah syok syok type word gigih, bleh jadi gogoh. Aku kan antitypo. Hurmm. Kepada sesiapa yang mendapat rezeki lebih, dan bermurah hati...apa salahnya kalian menderma RM150 kepada aku. Ganti keyboard mahal tau. Kene 1 set. Takpecaya? Okey nanti aku tunjuk bukti!

Moga jadi gigih dan tabah
Katanya, jangan meminta untuk dipermudahkan sesuatu... Tetapi mintalah kekuatan dan ketabahan agar mampu menghadapi sesuatu. Rasionalnya? Kalau kita mintak untuk menjadi kuat, semuanya akan nampak mudah. Tapi kalau kita minta sesuatu itu mudah... sedang diri tak kuat untuk menghadapinya? Perkara yang mudah pun akan menjadi susah kalau tak ada kekuatan.


Cik Hati
Cikgu aku cakap... hati ni fungsi dia break down harmful substances. Tetiba cakap omputih pulak kan? Nak buat cemana, dah dulu dulu aku belajar science dengan biology dalam bahasa inggeris. Hmm. Ok sambung. So, bila tengah sedih, organ mana yang terkesan? Hati. Sebab dia lah yang regulate, control segala benda sebelum dia pass kat organ organ lain. Sebab tu time sedih tu hati kita yang sakit. Nak break down segala benda yang harmful. Tu kata cikgu aku, and i was like...perasaan sedih tu harmful substances rupanya.

Perasan tak?
Perasan takk bila korang sedih, mesti hati pun sekali join nak rasa pedih. Sakit je rasa dia. Segala kekecewaan, penderitaan, merana sangat. Of course it's harmful. Sebab boleh merosakkan diri. Takpayah pergi jauh laa, time korang sedoh, haa tengokk! Typo takhabis habis. Kejap sedoh kejap sedih. K, kalau korang sedih, sure taklalu makan. Takmakan, sakit perut. Kan harmful untuk badan?

Miss, who?
Buat julung kalinya aku rasa taklayak digelar miss chillax. Kenapa? K logiknya... Coz i'm always cool, chill tak kira masa dan apa jua yang terjadi. Untuk sesetengah perkara... ya, masih chill. Tapi, untuk sesetengah perkara matter, aku mudah sangat kecundang. Tewas dengan hati dan perasaan sendiri. Perkara sebegini memang di luar kawalan aku. Wuohooo, i'm not talking about easily fall in love ke apa ke. Tapi rasa sedih aku ni. Adakalanya aku perlukan seseorang untuk hamburkan segalanya. Adakalanya orang di sekeliling kita hanya bersikap nak ambil tahu, saja saja dan bukan sebab betul betul prihatin dan mengambil berat. Boleh digest tak apa yang aku cakap ni? It was something like... hey, look at her. She's not her anymore. Aku miss chillax yang dah tak mampu berlagak tenang.

Hati? Hati-hati di jalanraya.
Siapa kata aku takpernah faham perasaan orang mencintai, dicintai, melukai dan dilukai? Aku faham. Aku ada nilai empathy yang tinggi. Aku pernah kenal A, dan A...aku tinggalkan. Sebab? A suka sakitkan hati aku. Belajar belajar belajar, lepastu Alhamdulillah aku dapat result cemerlang masa tu. Sebenarnya, A lah punca. Aku nak berjaya, dan sebab tu aku study untuk berjaya dan lupakan A. Siapa dia? Kawan aku. K, tapi dah lama aku tak kawan dengan A.

Point Sebenar
Sesungguhnya aku pemilik pelbagai impian. Aku mahukan impian aku tercapai. Well, siapa taknak?! Oleh yang demikian...dari jauh ku berlari mengejar mimpi-mimpi... Eh? Macam lirik lagu pulak. K takpe. Dan antara impian impian aku tu, aku nak berubah, menjadi yang baik, lebih baik dan terbaik. InsyaALLAH aaminn. Aku sambung kat part 2 lahh. Adios!



No comments:

Post a Comment