Friday, 28 February 2014

Resepi jimat 1: Cucur bilis

Assalamualaikum. Salam Jumaat.
Harini kita bersama Chef jemputan kita, Chef Chilla Manisah! Haaa meriah nama chef ni kan uols? Sejak semua benda dah naik ni kan... GST lagi. Sebagai student, yang meminjam tabung pendidikan nasional haruslah sedar diri dan berjimat cermat. Huhh selama ni pun aku jimat jugak hape? Chef Chilla Manisah ni memang aku datangkan khas dari negara Chillaxsia dan dia mempunyai kepakaran untuk survive dengan duit yang takberapa nak ada.
Mesti korang terfikir, oh kamonlaaa! Cucur bilis je pun. Takpayah pejam mata, pakai kaki pun aku bleh buat. Takperlu poyo cari resepi bagai. Haaa tapi ini versi nak jimat. Haaa. Memandangkan korang dah power sangat dan terror buat cucur bilis, aku direct ke resepi jimat je lah.
'Chef Chilla Manisah, silakan..'
'Mekaseh, emm!'
Ermmm mula mula kupas bawang. Bawang merah boleh, bawang kecik pun okey. Lepastu, kupas 3 biji je tau. Emm!
Ermmm lepastu ikan bilis tu kan, buang kepala, najis dan basuh bersih bersih. Sikit je tau. Dalam 4,5 ekor. Ehh! Sikit sangat tu.. tapi jangan banyak banyak. 30 ekor pun dah cukup. Emm!
Ermm kalau nk letak sayur pun bolehh. Kucai ke... sikit je. Emm!
Ermm kemudian, perasa. Tapi, yang eloknya, takperlu. Nanti kos bertambah. Sudahlah tak sedap kalau letak perasa. Emm!
Amek mangkuk yang digunakan untuk makan maggi, yelah anything yang kecik. Bubuh tepung dan bahan bahan tadi. Emm!
Tambah air, gaul sikit. Okey, kat sini jangan excited sangat gaul secukup rasa. Lek lek je. Emm!
Amek kuali, panaskan minyak. Emm!
Sementara itu, bubuh kunyit, gaul sikit, rasa. Kot kot tak cukup masin, tambah sedikit garam. Sambil tunggu minyak panas tu tambah la 10ekor ikan bilis lagi. Emm!
Okey, kacau sikit je. Then masukkan adunan tepung ke kuali sedikit demi sedikit. Dah agak kekuningan tu angkat buh dalam pinggan. Emm!
Amek sos cili Life yang paket kecik tu, buh dalam piring dan makan! Emm.
Murah senang dan kenyang.
Adieu!

No comments:

Post a Comment