Lately, aku sedar..... Without ME, it's just AWESO. Note that!
Kadang-kadang, aku rasa dunia ni pelik sangat. Or.... aku sorang je yang pelik? Ntahh...
Nasi Putih
Pertama, aku tak faham kenapa aku takberapa boleh nak menelan nasi putih. Kalau nampak aku makan nasi putih sampai habis tu...maknanya ada something wrong somewhere la dengan diri aku. Kebuluran tahap cimpanzi agaknya sampai bleh makan nasi putih dengan sukses. Ataupun, sebab takde pilihan. Tapi, takperlu la pandang aku macam alien bila aku makan spaghetti bolognaise untuk lunch. Dah memang aku ada gene tak makan nasi putih. Takkan nak jeles pulak? Daripada aku beli nasi, pastu aku tak habiskan.... kan membazir. Baik aku beli ayam goreng ke... begedil ke.... for sure habis.
Lagi satu, kalau beli makanan, mesti tak habis. Contohnya, beli kek satu slice... beli nugget seringgit, beli mi goreng sepinggan, beli makanan kalau makan dengan memember.... Standard ah tu kalau tak habis. Aku takde courage untuk habiskan makanan dengan memember. I'll tend to mintak tolong diorang habiskan makanan tu untuk aku. Mujur ada Kak Chah. Err, kekadang la in case kalau dengan si Iqbal tu.. dia pun tolong habiskan jugak. Hahaha.
Apologize
Then, kenapa kann...bila parents kita marah-marah. Well, biasalah kalau diorang marahkan kita. Kan diorang sayangkan kita, risaukan kita. Tapi, kenapa mak abah aku lepas marah-marah aku, diorang pujuk aku balik? Aku rasa macam dalam movie Si Tanggang versi moden pun ada. Boleh pulakkk... lepas diorang marah-marah, diorang mintak maaf balik. How sweeeeeeeeeeeet of them! Aku taknak la macamni. Kenapa setiap kali kita yang salah, they should apologize? Diyanah kata... kita adalah reflections mereka. So, maybe diorang rasa salah diorang jugak, aku jadi camni.. that's why they tend to apologize bila aku buat salah =.=" k. aku tauu. macam such a ungrateful son je bunyinya.
Shopping
Next, aku pun takpaham kenapa aku tak suka membeli belah sesuatu yang tak perlu. Macam baju, tudung dan kasut baru contohnya. Ohh, cakap pasal tempat beli-belah, mak aku kata.. Petaling Street, Chow Kit, Jalan Tar are the best kalau nak beli barang murah-murah. Kalau nak beli borong buat niaga bleh arr... And kalau bleh, takpayah la cari kat Wakaf Che Yeh. Sebabnya kat Wakaf Che Yeh tu harga dia tak murah mana pun. Okey. Drop that. Sambung balik pasal tadi. Selagi ada stok kasut, tudung dan baju aku...aku takkan beli! Aku team abah, aku taksuka shopping. Oleh sebab itu, aku dianugerahkan ibu bapa yang suka membeli belah untuk aku. =.=" Aku pernah rasa nak marah sangat dekat Dataran Cendekia. Kenapa perlu ada banyak booth jual baju tudung kasut bagai. Rasa cam nak halau je diorang berniaga. Kahkahkah. Kejam much? Camtu lah tahap kebencian aku terhadap shopping. Bukan sebab aku susah nak abstain diri aku dari membeli ke ape.. Tapi, aku memang tak suka. Menyemak je kat dataran tu. Okey sorry. Takbaik kan halang orang berniaga... Radhiah pernah tegur aku ...dia kata ..taulah taksuka shopping, tapi takpayah la sampai camtu sekali.. hahaha.
Wardrobe yang Kosong
Bertitik tolak dari kenyataan di atas, parents aku amat suka membelikan aku sesuatu. Kalau mak aku shopping baju, blouse... mesti dia belikan untuk aku satu. Kalau tak belikan... abah akan tanya samada mak belikan untuk aku sekali atau tak. Tapi, aku ni memang stock malas beli baju pun. Even raya pun aku tak de nafsu nak beli baju raya. So, inilah hadiah dari ALLAH. Rajin betul parents aku belikan baju untuk aku. Even kasut pun sama. Tu tak termasuk tudung dengan handbag. Oh my gudness. Kalau pasal beg...memang undescribable. Beg kuliah, beg raya, beg jalan-jalan, beg kenduri, beg pegi balek kampung, takde satu pun aku yang beli. Sume parents aku yang beli. Dan... more exhilarate, taste mak aku bukan stock mak mak punya taste. =.=" so, beg beg aku memang remaja ah. Takcaye? Tanya memember gua. Ngehngehngeh. Actually, aku sebenarnya taksuka tengok wardrobe aku penuh. Aku fobia sikit. So, kalau lapang je... aku suka ah. Biar kosong.
Facial
Aku pun taktau lah aku ni species apa. Tapi, aku bleh tahanla minum benda-benda jijik kalau masuk explorace. Well actually, takde la jijik pun. Sekadar kuning telur campur air garam. Jus peria dengan roti, cili, (This one the most enormous azab. Coz aku memang takpenah makan cili atau apa saja yang berasaskan cili) buah peria yang aumm aummm, dann... err apa lagi ek? Tu je lah kot? So, sape yang dapat satu group ngan aku.. memang selamat. Coz aku akan tolong makan kan bahagian diorang. Kire amek lebih sikit la. Pastu, buat muka tak bersalah macam takde pape berlaku. Aku anggap aku dah makan ayam Kenny Rogers pada hari yang bertuah itu =.=" sebab aku paham.. setengah orang dia takbleh langsung makan. Aku pulak sebenarnya cuba berlagak sporting dengan redha je 'rezeki' yang aku dapat haritu. Padahal dalam hati.... rasa macam nak keluarkan oesophagus je bagi mende-mende tu jangan masuk dalam sistem usus aku. Azab perit!
Eh? Jadi apa kene mengena dengan Subtajuk 'Facial' yang aku tulis tu? Err.. takpelah. Next!
Species aku ni memang takberapa pro sangat nak bercantik cantik gaya gaya macam perempuan sekeliling aku. Penah masa teman mak aku shopping, akak butik tu selamba poyo je tegur aku suh bergaya-gaya bagai. Dia cakap mak aku lagi pandai bergaya dari aku. Aku ni sebenarnya bukanlah takreti nak bergaya-gaya ni. Cuma... aku tak suka jadi centre of attraction. Ecehh. *Muntah jap* Aku cuba untuk jadi perempuan yang tidak dipandang. Agak rimas di situ. Penah je orang tanya aku kenapa takpakai heels. Bukanlah takreti sangat pakai heels tu. Tapi, kalau nak tengok aku jalan terpelecok lecok, tersenget-senget, tergeliat buku lali bagai.. buatlahh. Lagi satu, kan tak elok pakai heels. Nanti efek kat tulang. Kesihatan tulang amatlah perlu untuk dijaga yee. Nanti umur muda lagi dah sakit tulang. Nauzubillahh. And then... aku ni dikategorikan sebagai perempuan tinggi. Kalau aku pakai heels, galah panjang la jadinya. I have my own scheme of fashion. And kalau bab baju, aku prefer baju kurung je kelas. Kalau pakai selain dari baju kurung, aku takrasa mcm pegi kelas laa. Rasa macam g jalan-jalan pasar tani je. kahkahkah.
Blessed
And kalau bab muka aku... Aku bersyukur sebab ada yang tukang jaga. Mak aku amat particular bab ni. Pantang aku balik umah, mula lah dia ajak pegi skin lab. pegi buat facial treatment. Aku memang liat ala-ala Paul si sotong kurita laa. Kauorang gila? Sakit wooo buat facial treatment. Dahlah tisu kulit muka nipis je. Azab betul! Takcukup dengan itu, mak akan menyarankan aku pakai produk-produk tertentu untuk tujuan penjagaan. Lalu, tercetus la beberapa botol set penjagaan wajah dalam bilik aku. Leceh betul. Kena pakai tiap-tiap hari lak tu. =.=" Err... selalu je aku skip. Aku kan rebel. Sila jangan gtau mak aku. Terima kaseh!
Blur
Err.. aku ni kurang berperasaan sikit. Aku takpaham kenapa aku taksuka kpop. Kenapa? kenapa? Kenapaaa? Asal dengar lagu kpop kat radio Era.fm je aku alih channel lain. Maafkan aku! Tapi inilah hakikatnya. Aku lebih rela dengar klasik nasional =.= Memang paksa rela je lebih. Aku jugak nak berterima kasih kepada insan insan seperti cousin aku Daus dan ex-roomie aku Radhiah. Tanpa mereka, aku takkan kenal langsung menatang Kpop tu. Mungkin aku ingat ia adalah sejenis lollipop. Daus telah membawa aku kepada CN Blue, goguma couple, khuntoria, adam couple, heartsrtings. Eh? Heartstrings? Aku tengok takhabis pun. Sebab aku ni stok pemalas tengok drama. 16 episod sudah cukup untuk buat aku rasa azab. Dan menambah perasa pening aku... aku takfaham macamana aku bleh tengok How I Met Your Mother sampai 8 seasons =.= Kata anti drama. Tapi, bleh layan HIMYM. Confused betul. Kebetulan, Radhiah pun suka CN Blue... dan dia adalah fanatic Running Man (RM). Dulu aku ingat diorang cakap pasal Ringgit Malaysia, duk RM RM RM... Walaupun Radhiah gelak terbahak-bahak kat sebelah aku menyebarkan dakyah dan ideologi Running Man selama 1 sem, dan disambung dengan Intan, juga selama 1 sem. sedikitpun aku tak tergugat. Aku taktau bila aku akan tergugat. Hopefully, not till the end lahh. Aku taktau celah mana yang dikatakan Lee Min Ho itu hensem. Aku pun tak faham kenapa Nickhun dikatakan comel. Hal ini berlanjutan dengan jejaka jejaka di tepi jalan, shopping complex, restoren, KFC, pizza hut, yang bawak kereta mewah, yang pakai roller blade. Aku cuba untuk tidak memandang.
Buku
Oh aku gila sama buku. Since 3-4tahun, parents aku paksa aku blaja membaca. Jadi alhamdulillah. i can read newspapers, magazine and all the reading materials since i was a toddlers. Kegilaan aku terhadap buku bleh diumpamakan bagai perempuan dan shopping, street and skate, aur dengan tebing, isi dan kuku, sebegitulah aku dan buku. aku bleh duduk berjam-jam dalam library. Bercinta dengan Popular, Kinokuniya, Boarders, MPH. Aku bleh shopping buku macam beli pisang goreng je. Normal laa kalau nampak aku beli 5-6buah sekali harung. Aku baca Ramlee Awang Mursyid, Hlovate, JK Rowling. Kalau dulu dulu yelah sume novel aku bleh masuk. Sekarang, otak dah tepu dengan novel cinta. Segala ayat dan plot dia cerita cinta sume dah bleh dibaca. Jadi, rasa macam tak adventure lak pembacaan aku.
Akhir kata.. it's gonna be legend-.... wait for i... and I hope you're not lactose intolerant because the second half of that word is dairy! Legendary!!!
nasib baek tak suka shopping bda yg tak pelu..
ReplyDeletejimat sikit..
jimat baaanyaaak! haha
Deletepasal membazir tu..beli yang first berkenan ja..pastu stop.. next visit maybe..
ReplyDeletekalau tak, memang nak beli saja
yeke? btl jgk tu.
Deletetak berapa suka juga shopping.. selagi boleh pakai, selagi tu tak beli baru.. ^_^
ReplyDeletesuka hlovate punya cerita...
sunan pun suka gak... :)
yeah! gimme 5!
Deleteade geng :D
"lee min hoo hensem celah mana" ehemmm
ReplyDeleteahahahahha. saje je amek lee min ho. nak suh kau baca. hahaha
Deletehaha..serously, mmg lain betul..tp oklar tu ada ibu bapa yg amek taw psal benda tu smua..
ReplyDeleteanak tunggal kowt..=)
hahaha. er kite anak sulung :D
Deletemacam sama je :P hehehe
ReplyDeleteyeah! ade gang! gimme five :D
DeleteMeaning u are simple person..
ReplyDeleteTapi yang pasti parent u sangat sayangkan awak!!!
thanks :D
Deletewah! sy pun xjenis yg x makan nasi putih sangat. lebih prefer kuih-muih, kerepek n so on.. hehe :)
ReplyDeletewah kite gang! :D
Delete