Sunday 12 August 2012

Warna Pakaian Mengikut Hari

Assalamuaalaikum students. Lecturers and all lovely awesome people.

Well well well. Sebelum le twin dan le Munirah tanya-tanya lagi, better aku hupdate this freakin blog.

Memandangkan semua orang nak further study. Ade yang selangkah ke degree. Selangkah ke obersi. Selangkah ke alam kerjaya. Macam le crush. *Ehem. Aku takde crush* Eh sekejap. Dah lama tak update, aku rasa macam font entry ni semakin cantik. Korang takrasa camtu ke?

Okey. Cut the crap.

The thing is... aku tengah confused nak pakai baju apa untuk keesokan harinya. Ada majlis iftar kat  Orient Star Hotel. Company abah la sponsor. And abah insists suruh aku pergi. Kalau ikotkan... malas sebenarnya. Makan banyak-banyak nanti, sape nak jawab kalau gain weight? Oh NO! Jadi, aku teringat satu article yang aku penah baca dalam majalah dulu.

Plus, aku adalah insan yang paling takreti pilih baju. Mostly aku akan grab aje apa yang aku nampak dulu. Dan hari-hari pegi kelas aku akan pakai aje baju kurung. Sebabnya? Lebih selamat. Takde sape nak marah bila kau pakai baju kurung. Dan yang paling best, bila orang takkan pandang kau lebih-lebih. Dan paling best bila orang akan cakap. Kau ni asyik pakai baju kurung je. Swag!

Hari Isnin
Seelok-eloknya, pakailah warna putih. Rasionalnya, hari pertama dalam satu minggu. So, keluarlah monday blues yang amat-amat takbest. Perasaan takpuas hati sebab nak kena masuk keje balek. Or ada class lagi... Kalau kelas pukul 12 tengahari takpe gak. Actually, hari ni hari otak tengah fresh. A lot of masalah korang boleh selesaikan dengan bernas dan effektifnya.

Hari Selasa
Pink or Violet. Ala-ala kaler ungu gitu.. Kononnya, hari ni terkenal dengan epic kasih sayang. Habistu, hari-hari lain takde kasih sayang ke? Ciss. Maybe sebab hari Isnin tu dah gloomy je. So, the next day jadi lebih energetik dan sayang-menyayang mungkin. Kalau korang nak luah perasaan ke, nak lamar bakal pak mentua ke... elokla buat hari ni.

Hari Rabu
Biru! Aint my faveret color. Kononnya hari ni adalah hari yang sesuai untuk presenting speech, info, debate. So nanti aku akan pilih wednesday untuk present apa-apa dalam kelas Presentation Skills BEL 492. Oh ya, dan jangan lupa pakai baju warna biru. Trust me. Somehow, the aura is sangat penting selain daripada practice. Markah presentation aku bila pakai baju yang aku suka lagi tinggi daripada pakaian yang aku kurang suka. Eceh. Tapi, ape-apepun, latihan tu paling penting. Lagi satu, warna biru boleh meningkatkan semangat kerajinan.

Hari Khamis
Warna Spongebob Squarepants please. Yeah. Pakaila baju kaler Kuning or Oren. Kasi menyala-nyala gitu. Barulah semangat. Lagipun, mana tak semangat. Dah nak dekat hujung-hujung minggu. Mesti happy. Lagi satu, seelok-eloknya berpuasa sunat sistem penghadaman tengah berfungsi secara optimum. By the way, kalau kuku dah sama panjang dengan leher zirafah, elokla potong je. Membela kuku panjang seumpama menjaga sekandang khinzir kamu tau tak.

Hari Jumaat
Hari yang paling awesome digalakkan untuk memakai pakaian berwarna hijau. Macam duta go green aje. Tapi, smartla jumaat pakai hijau. Hari yang sesuai untuk bersenaman, bercucuk tanam dan beriadah. Duta environment lah katakan. Hijau pun warna yang ceria. Yang menenangkan. Kalau nak mata yang sihat, selalu-selalulah tengok pokok. Dan objek-objek yang berwarna hijau. Yang ni cukup gua jaga sebab takmau rabun. Sobs.

Hari Sabtu
Merah! Selalunya, hari ni kita hang out, jumpa kengkawan dan mungkin hari yang lebih adventure berbanding hari yang lain. Penah dengar tak ''It's okay, it's allrite. Come on Merah fight! fight! fight!'' Err no no no. Bukan nak suruh korang bukak gelanggang fighter pulak kat sini. Tapi, nak instill semangat dan yeah pergi cuba sesuatu yang baru. sesuatu yang lasak. Dan bukan hanya makan Tutti Frutti lalu upload di facebook.

Hari Ahad
Hitam. Eloknye, duduk aje kat umah takpayah buat apa-apa. Maybe hari camni korang jalan-jalan kat Taman Tasik. tengok angsa berenang. Atau jalan-jalan pusing i-City. Camtu pun dah okey. Sebabnya, esok dah hari Isnin. Takperlu la memeningkan kepala sebelum waktunya. Since tomorrow is goin to be one helluva ridee.

Jadi uolss. I nak pakai baju apa ni? Apa ni? Apa ni?



6 comments:

  1. you can never go wrong with black..seriously..

    ReplyDelete
    Replies
    1. totally correct! aku pakai hitam putih law kau tau! HAHA

      Delete
  2. aku x nak ckp byk..tp aku rasa entry ni sgt menarik+funny..n lepas ni jgn tgk aq pelik kalo aku start ikut warna pakaian mengikut hari..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks mun. aku pakai baju kaler putih cm kau suggest

      Delete
  3. slalu buat mcm ni ..time asrama dulu. siap ada jadual kaler baju apa nk pkai time prep. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow! yeke? asrama kite ade seragam utk prep. HAHA

      Delete