Tuesday 22 May 2012

Senandung Cinta Israra Part 1

Seluar tracksuit hitam dipadankan dengan t-shirt long sleeves berwarna merah jambu. Mukanya dioleskan dengan sunblock. Disarung tudung berwarna sama dengan baju dan dia mencampakkan wallet, handset, novel, spectacles purse, pen dan notebook ke dalam sling bag. Dia mengambil cincin dan bangle dari kotak aksesori. Buat seketika, memandang cermin di hadapannya.

'kalau takpakai sunblock ni karang, bising pulak mama.'
'Hahh, mengata mama ye?'
'Ehh, mana ada mama. Orang sebut nama mama je'
'Kata dengan sebut tu tak sama ke?'
'Ehh, lain ma..cuba check kat kamus Dewan Edisi ke-4. Nak precise lagi, kat edisi ke-5. Lain kan?'
'Yelah..nak pergi mana bersiap-siap ni?'
'Nak pergi keje lah ma. Kenapa? Cantik ke?'
'Kenapa takpakai blouse yang mama belikan hari tu? Tengok kak Isabella tu. Manis je'
'Yelahh..orang tak cantik...macam kak isabella'
'Alahai...merajuk pulak. Sape cakap anak mama tak cantik? Cantik lahh, comel lagi.'
'Yeayy! Mama puji jugak akhirnya. Trick ni memang effective!'
'Eh eh, macam tu pulak. Ish, cubit karang baru tau...bertuah betul.'
'Haha. Alala janganla marah ma. Okey bye for now. Saaaayanng mama'

Dicium pipi mamanya sebelum menyarungkan kasut shuffle yang baru dibeli semalam. Dia menyorong Kawasaki Ninja sebelum memecut laju ke tempat kerjanya. Wardah Husna menggeleng-gelengkan kepala melihat anak bongsunya berlalu pergi.

 *******

'Hoii is! Yang kau terhendap-hendap tu kenapa?!' Dalili menghempuk Israra dengan kotak hadiah yang kosong.
'Err...dia ada tak? Dia ada tak?' Israra bertanya Dalili sambil matanya melilau-lilau ke ruang kedai The Actual Bride.
'Takde! Tu hah...dia bagi bunga ros merah. Tiga kuntum lagi. Amek kaw' Dalili menunjukkan ros merah yang dimaksudkannya.
'Ros merah je? Ape laaa...tak educated langsung. Bagi la kuey tiaw goreng ke. Mee goreng ke. Pagi-pagi camni dahla lapar. Tadi tak sempat pulak nak sarapan. Mama la ni. Asyik usik-usik aku. Dah terlupa nak makan.' Israra menghempas-hempas ros merah ke atas meja.
'Israra Ismahadi!!!'
Israra tersentak. Dia berpaling ke belakang memandang Dalili. ~Amendenye Minah ni. Siap panggil nama penuh aku lagi. Perasan dia tu cikgu agaknya.~
'Kau kenapa? Tau la nama aku sedap. Tapi, takpayah la panggil nama penuh camtu. Kau ingat kau tu cikgu kelas aku ke? Panggil Is je dah laa...macam tak biasa pulak. Hihihihi' Israra mengedipkan matanya beberapa kali sambil tersenyum sumbing.
'Susah betul la dapat member sengal cam kau ni. Yang kau hempas hempaskan ros ni buat apa? Tak berfaedah betul. Baik laa kau letak dalam pasu ke...letak kat bilik ke...'
'Ehh, taknaklah. Aku hempas hempas ni, nak reuse balik bunga ni. Nak letak kat gubahan hantaran. Actually, aku dah terfikirkan idea nak buat apa dengan bunga ni. Well, mana tau. bakal-bakal pengantin suka dengan idea aku ni.'
'Yeke Is? Cun la kauu... Agak-agak, berapa kita bleh jual?'
'Wawawawawa. Aku tau...kau mesti takjadi nak marah punya. Sebenarnya, aku memang saja je hempaskan bunga ni. Eiii...taknak aku.' Israra terus melarikan dirinya ke bahagian stor kedai apabila Dalili membulatkan matanya sambil bercekak pinggang.

Dalili tidak kuasa untuk mengejar Israra. Sebaik sahaja Israra berlari lintang pukang, dia faham perasaan sahabat tawa dan dukanya itu. Terimbau kembali peristiwa beberapa ketika dahulu, saat seorang lelaki datang ke kedai ini untuk bertemu dengan Israra.

*****************

'Hai, Israra...dah lama saya nak jumpa awak. Sebenarnya, saya sukakan awak. Dah lama saya perhatikan awak. Setiap hari saya rindukan awak. Dan saya...' Kata-kata lelaki yang tidak dikenalpasti namanya terhenti apabila melihat Israra sudah teresak-esak di depannya.
'Eh, awak! Jangan la nangis. Saya minta maaf. Saya takde niat nak sakitkan hati awak. Saya nak luahkan perasaan saya je.' Lelaki itu mula gelabah tak tentu pasal. Esakan Israra semakin meningkat. Hipotesisnya, semakin meningkat tangisan Israra, semakin gelabah tak tentu pasal lelaki itu.
'Nah...ni untuk awak. Tolonglah jangan nangis.' Lelaki itu menghulurkan kek yang ditempah khas berbentuk huruf I dan sekotak coklat Ferrero Rocher.
Israra tidak menghiraukan lelaki itu. Namun, kek dan coklat itu tergeletak di atas meja di hadapannya. Dia mengalirkan air mata buat kesekian kalinya. sedikitpun tidak mengangkat muka. Tangisannya makin menjadi-jadi. Mujurlah Dalili datang tepat pada masanya.

'Encik, saya rasa eloklah encik balik aje. Mungkin encik tak kisah kalau kedai ni banjir. Tapi, saya kisah! Sebab saya yang kena mop pulak lepas ni. Esok-esok aje lah encik datang sini lagi. Itupun, kalau encik berjaya buat dia tak menangis.' Mendengar kata-kata Dalili, lelaki tersebut terus memohon maaf dan berlalu pergi.

Sementara itu, Israra terus menerpa ke arah Dalili dan teresak-esak lagi. Dia sangat takut. Dia tak tahu apa yang membuatkan dia takut dan menangis. Tapi yang dia tahu, dia perlu menangis bagi meredakan perasaan sakit yang tak tertanggung di hatinya. Entah kenapa, setiap kali situasi sebegitu berlaku, pasti akan berakhir dengan tangisan menyayat hati.

*************

'Amboi...jauhnya berangan' teguran mama membuatkan aku tersentak.
'Mama, apakah maknanya kalau kita diberi perhatian apabila melakukan kebajikan, kerja rumah dan tidak dipedulikan apabila tidak berbuat apa-apa. Apakah itu sebuah keikhlasan?'
'Kenapa tiba-tiba tanya soalan ni?' Soalan mama berbalik kepada aku. Kalau dengan mama, mesti soalan aku dibalas dengan soalan.
'Takde la ma...somehow, people surrounding us tak ikhlas. Prihatin bersebab. Ada tenuk disebalik semak. Kan ma?'
'Hmm. Rosak peribahasa kalau dapat kat Israra.'

Fikiranku menerawang lagi. Bak kata Asmidar, biar mimpi sampai ke bintang. Tapi, aku nak berangan sampai ke bintang.

'Ehh, dah sampai mana ni? Marikh? Zuhrah? Atau dah keluar dari galaksi?' Aku memandang muka mama sepintas lalu.
'Belum lagi. On the way. Baru sampai dekat situ.' Tanganku menunjukkan langit yang hitam pekat bergemerlapan ditaburi bintang.

Ketawa mama membuatkan aku lega. Ingatkan mama nak marah tadi sebab tak hiraukan dia.

'Mama... cinta tu apa?' Lancar mulutku bertanya. Aku pun takpasti kenapa soalan tu jugak yang keluar.
'Hmm. Cinta, Sleepless in Seattle. Israra dah tengok cerita tu? Oh mama lupa anak mama ni taksuka tengok cerita-cerita sentimental kan. Cinta ni, kompleks. True love somehow is kinda no explanation. Kadang-kadang kita taktau pun yang orang takberapa betul kita jumpa kat tepi jalan tu laa jodoh kita. All I could say was waalaikumussalam.'
'Yeke ma? Are you talking about daddy?' Aku sekadar serkap jarang. Habis tu, takkan mama cakap pasal makcik kantin kat office dia.
'Mama takcakap apa-apa pun' Mama menafikan. Namun disebalik senyuman semanis madu di bibir mama, aku cukup tahu.
'Biarku sentuh hatimu agar kutahu apa yang kau rasa. Biarku basuh hatimu agar hilang kebencian yang membelenggu diri. Biarku belai hatimu agar luput semua derita.' Aku sekadar mengungkapkan quote yang tertulis di atas kertas kumal. agak usang. terlekat di cermin meja solek mama.
Mama sekadar senyap. Aku serba salah. Sape tak cuak kalau terbuat mama dia tercuit hati. Mau kene denda seminggu.

Setelah beberapa ketika, mama membuka cerita. That quote belongs to daddy. To be spesific. Daddy pergi masa umur aku menjangkau 7tahun. Kerna cinta dan kasih sayang itu kekal biarpun orang yang dikasihi sudah pergi, takpernah sekali pun aku state kan the word 'arwah'. Malah, kak Isabella dengan Abang Islah pun sama. Even mama pun. Daddy still alive in our heart.

Saat angin bertiup, saat itulah jodoh mereka bertemu. Wardah Husna, dan Ismahadi. Macam mama cakap tadi, kat tepi jalan depan KLIA tu lahh daddy bagi salam dari seberang jalan. Mula-mula daddy tengok mama lama-lama. Daddy cakap fascinated. Kalau dia alihkan pandangan, dia tak boleh tengok dah untuk kali kedua. So, daddy pandang je mama lama-lama.

Mama pun dah cuak. Mama ingatkan, mama dah buat salah ke apa ke. Mama pun pandang la jugak orang takbetul kat seberang jalan tu. Tiba-tiba orang tu bagi salam. Mama pun jawablah. Lepastu, mama cepat-cepat lari. Mama cakap, sebelum ni, dia takpenah pandang lelaki yang tak dikenali camtu. Most of lelaki yang sape-sape ntah bagi salam, semuanya mama tak jawab.

Memang dah tertulis di luh mahfuz diorang akan berkahwin. Kalau tak, tak wujudlah aku, Kak Isabella dengan Abang Islah. Mama cakap, kebetulan Grandma Anis dengan Onny Eija tu kawan yang dah lama terpisah. Then, bila Onny Eija dapat contact balik dengan Grandma Anis, daddy pun ikut Onny Eija pegi umah Grandma Anis. Masa tu, mama tengah lepak-lepak kat buaian depan umah. Mana perasan ada orang datang. Time tu jugak, daddy lamar Grandma Anis.

Haaahhhhhhhh??!! Part tu, aku dah terkejut keldai. Biar betul daddy ni. Tapi, mama sempat tenangkan aku. Mama suruh sabar tunggu dia habiskan cerita.

'Will you be my mother-in-law?' penuh hormat daddy propose Grandma Anis.
Grandma Anis dengan Onny Eija terkejut lah. Terus kalut macam grenade jatuh. Yang mama pulak... baru sedar ada orang datang. Dengan selamba sardin, mama pun salam Onny Eija then, pegi buat air. Dia tak sedar langsung yang daddy dah pun propose dia indirectly. Actually, Onny Eija dah suka sangat time tu. Sebab daddy nak kahwin jugak akhirnya. Onny Eija dah risau sangat bila anak-anak kawan dia yang sebaya dengan daddy semua dah kahwin. Daddy aje chill tak kahwin kahwin lagi. Bila Onny Eija tanya, daddy jawab dia tunggu fallen roses from heaven. Tak ke haru nak tunggu? Grandma Anis je yang risau sangat-sangat sebab mama ni anti-lelaki. Boyish pulak tu. For sure mama tak setuju.

Entah macamana, mama setuju jugak akhirnya. Tanggal 12 Julai setengah abad yang lampau. Ismahadi dan Wardah Husna dinikahkan. Semuanya sebab nak jaga hati orang tua. Mama takut sangat dengan daddy. Rupa-rupanya, mama bukannya anti sebab benci. Tapi dia takut. She scared of falling in love or being in love. 5 tahun mama further study. 5 tahun diorang terpisah. Takde la terpisah mana. Kuantan dengan KL tak jauh mana aku rasa. Actually, that quote adalah permulaan segala-galanya. Akhirnya, mama belajar jugak mencintai daddy. Setiap hujung minggu daddy datang melawat mama kat kampus. Pernah sekali tu, daddy tanya mama...

'Kau tengah buat apa?' Tengokk. brutal tak brutal mama dengan daddy. Dah nikah pun ber aku, ber kau bagai. Takbleh blah. Mama cakap, masing masing segan. Takbiasa.
'Aku sedang belajar. Belajar untuk menjadi pencinta yang setia'

Tapi, dulu laa. dulu. Lepas 5 tahun baru mama panggil daddy dengan panggilan yang sepatutnya. Daddy pun sama. Part ni memang takbleh blah. Gelak guling-guling aku dengar mama bercerita. Yang aku tau, budak budak zaman sekarang belum apa-apa lagi dan ber abang sayang. dah ber ummi abi. ber honey hubby. Tu belum masuk gegurl dgn boboy.

Pada hari yang sama daddy bagi quote tu kat mama, mama pun reply dengan satu ayat tu. Kata mama, ayat tu dah lama dia catat kat notebook. Nak bagi pemilik hati, suatu hari nanti. Then, mama bukak wardrobe and keluarkan satu kotak baldu warna biru. Daddy punya aku rasa. Kat dalam tu banyak barang peribadi daddy. Kertas kertas kumal, notes, gambar. Mama keluarkan satu kertas...

'Memang aku tidak secantik Balqis untuk mencari teman sehebat Sulaiman, memang aku tak sekuat Siti Hajar untuk mencari teman seteguh Ibrahim, memang kasihku tak setulus Zulaikha untuk mengharapkan teman setampan Yusof, memang diriku tak sehebat Khadijah untuk mendambakan teman hidup sesempurna Rasulullah... Namun, aku mahu menjadi seperti Fatimah...yang seumur hidupnya tidak pernah dimalukan oleh Saidina Ali.'

Usai membaca, aku memandang mama. Masing-masing terasa sayu. Serentak itu mama bersuara.

'Hargailah sebuah cinta. Kerana nilainya amat tinggi. Tiada satu pun perbandingan dalam dunia ni yang boleh membayar harga sebuah cinta. Was told by Ahadiat Akashah.'

'Emm, lagi ma? Pastu apa? Sambung laa .. sambung la ma'
'Eh, tengok jam tu dah pukul berapa. Pegi tido ye sayang.'
'Ala.. mamaaa...'
'Now sayang...dah lewat. Next time, okey?'
'Erm...gudnite ma.'

Aku mencium kedua-dua belah pipi mama dan beredar.



4 comments: