Ehh ehh, panjang pulak mukadimah aku. Intro blum lagi. Jom kita terjah encik intro.
Redha itu ikhlas, pasrah tu menyerah. Rite? Apa? Wey, aku baca novel ombak rindu tu dua kali. sekali masa darjah 4, sekali lagi masa darjah 6. Then, movie masa err.....takde darjah. Darjah dah habis. Tunggu dapat darjah kebesaran je ...dari Agong. Redha dengan pasrah yang aku nak cakap sekarang ni, takde kena mengena dengan ombak rindu. Bayangkanlah masa bila aku baca cerita tu. Dah basi bagi aku. plus, tak puas hati dengan movie dia lagi...kan. Mesti ramai yang cair tengok Aaron Aziz, Maya Karin, Lisa Surihani. Kan? Kan? Kan?
Actually, cerita tu bagus. Tapi, aku takberapa suka tengok cara Maya Karin pakai tudung, cara Lisa Surihani jadi mak singa. Lisa tak sesuai agaknya bawak watak tu. Well, pendapat masing masing berbeza kan? Lagipun, aku memang ada syndrome adaptation. Pantang kalau novel dijadikan movie. Rasa macam tertipu je bila apa yang kita baca, apa yang kita gambarkan...taksama. HAHA.
Okey...pasal redha dan pasrah aku ni. Sejak sekian lama, aku cuba latih diri aku supaya sentiasa sabar, tenang and chill...tak kisah apa sekalipun yang terjadi. Biarlah rumah aku bergegar sebab gempa bumi kat acheh sekalipun, aku tenang je sambung tidur dengan yakin kerana ...ALLAH ada menjaga aku. Biarlah ada insan yang marah, yang mengata aku, yang tuduh aku, yang tengking aku...aku tenang je tak balas balik kerana aku yakin mungkin kata-kata dia tu adalah refleksi tentang perangai aku yang perlu aku ubah. We're human. Human make mistake. So, aku tenang dan terima je segala apa yang insan tu buat. Biarlah aku takde duit nak makan, nak minum...supaya aku dapat rasa nikmat berlapardahaga. Kerana atas sebab itu, aku lebih menghargai nikmat dan rezeki yang ALLAH kurniakan. Kerana aku latih diri aku ...bahawa ada hikmah di sebalik kejadian. So, aku pun bergigihlah menghadapi apa yang terbentang di hadapanku. Dengan tenang, chill dan cool.
However, sebagai insan kerdil yang lemah lagi hina di atas muka bumi Allah yang maha luas...aku pun, tak mampu nak rasa chill at the very first place. Let say, something unexpected happened. or, something that could not reach our expectation, happened. At the very first place, aku pun akan menangis, sedih, sakit hati, confused somehow, dan macam macam lagi aura aura negatif yang amat takbest. Contoh macam...kita teringin nak makan ayam. But, pizza je yang kita dapat. Aku memang akan mengalami aura-aura negatif. Yelah...redha pun tidak...pasrah apatah lagi. Duk sedih je menangis nangis depan pizza tu.
Itu side otak belah kiri. Padahal, side otak belah kanan dah pujuk hati aku. Monolog dalaman pun berlagu riang dalam sistem saraf.
-Janganlah nangis...mungkin pizza ni lagi bagus untuk kau.
-Tapi, aku dah hancurkan harapan orang. Mereka nak aku makan ayam. Bukan pizza
-Eh, takpayah lah fikirkan orang. Mereka pun taktau apa yang baik buat kita
-Aku dah usaha supaya ayam tu jadi milik aku. Tapi, kenapa aku still dapat pizza?
-Ni semua ALLAH dah tentukan. Jangan sedih, kau kena kuat. Baik makan pizza tu.
-Tapi, aku malu la makan pizza. Makan ayam baru best. Mesti orang lain yang dapat makan ayam tu, bangga je.
-Tak semestinya. Ujian ALLAH tu datang dalam pelbagai bentuk. Pizza dan ayam pun satu ujian. Mungkin ALLAH nak tengok, kau bersyukur ke tak dapat pizza ni.
-Hurm...astaghfirullah..
See. Nampak tak analogi dia? even pizza dan ayam menjadi taruhannya. Tapi, dah jelas yang whether ayam or pizza, just treat both of them equally. Datanglah beribu pizza dan ayam sekalipun. Kalaupun burung puyuh goreng atau angry bird yang jadi taruhannya. Treat what you get equally. Ikhlaslah menerima dan memberi. pasrah lah dengan takdir. Mungkin itu yang terbaik buat kita. Dah tercatat dalam Al-Quran. Allah takkan menguji diluar kemampuan hambanya. Dan lagi, boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.
Memanglah, sebagai insan yang lemah bla bla bla...kita tak lari dari complaint, mengadu itu ini, tak puas hati sana sini. Tapi, latihlah diri kita supaya bersyukur. Sebab, kalau kita sentiasa bersyukur, ALLAH akan gantikan dengan sesuatu yang lain tanpa kita sedari. True story.
Hmm, ada sesuatu yang mengecewakan berlaku tadi. Ni kira, aku muhasabah diri balik lah. Nak back to normal kononnya.
Oh ye..Nak kongsikan satu lagu. Penantian by Kertas Band. Nak kata sedih tu taklah. Tapi, lagu ni feel.
Bulan dengarkan lantunku
Bintang temanilah aku
Terangi gelap malamku
Aku ingin engkau tahu
Ku kan selalu menunggu
Hilangkan rasa letihku
Bila nanti kau mengerti
Kumohon terangi aku
Dalam hatiku
Ingatkan aku
Untuk menahan rasa hati lelahku
Yang slalu ...
Rindukan tawamu dalam hatiku
Hanya dirimu ...
Beri malamku yang menghiasi jiwa
Yang rapuh
Ingkatkan aku ku kan tetap menantimu
Hingga hati itu
Kan jadi milikku
. K lah. dah merepek melalut terlebih lebih nih.
Akhir kata, kbai.
Akhir kata, kbai.
No comments:
Post a Comment