Sunday 27 May 2012

Akademi Pengajian Bahasa?

Assalamualaikum Malaysian yang comey lotey.

Di hari yang mulia ni, segala puji bagi Illahi kerana masih menggerakkan tangan aku untuk menaip. Hehe. Dah macam ayat sekapur dua kapur sirih. Hari ni, nak bercakap mengenai sesuatu yang tak pasti sebenarnya. Nampak tak kat post title tu ada tanda soal? Means, aku keliru tentang apa hala tuju post ni. Mari kita sama-sama saksikan.

Sebenarnya, ... sebelum apa-apa... aku bersyukur sangat sangat sebab dapat panggilan temuduga untuk ijazah sarjana muda bahasa gunaan -bahasa melayu untuk komunikasi professional. Aku pun seriously takpaham. course ni blaja apa? Lalu, setelah aku googling, katanya... course ni belaja bahasa, tatabahasa, etika, yeah sumthing like that. ketrampilan pun ada uolss!

Perasaan aku bercampur campur sebenarnya masa nak pegi interview. seriously takde perasaan sebenar. sume dah bercampur campur buatkan aku menayangkan muka toye sepanjang mase. masa pegi interbiu tu best sebab macam biase, paksu, maksu, along and family aku akan gigih menemani aku. Syok tak? Hehe. syok kann family aku?

Hurm.. walaupun ramai yang berharap aku akan buat main2 untuk interbiu kali ni dan focus dgn law. Mak siap cakap kat paksu.



Mak : Masa aku pegi melawat anak aku kat kedah... kat bilik diorang, ya ALLAH...kertas bersepah sepah kat serata bilik. Banyak sangat. Taktaula macamana diorang duduk dalam bilik tu. Tidur kat mana ntahlaa.

Then, seperti biasa, dengan chill dan sempoinya paksu balas balik...
Paksu : Yelah... nanti bila dia dah jadi lawyer, kertas-kertas tu semua akan bertukar menjadi duit. HAHA

Mak aku buat muka versi *huh tak ingin aku* sambil mencebik.

Well, masa interview kat sana... aku jumpa kawan kawan sefakulti dengan aku dulu. happy gila baq hang bak kata orang kedah. makanya, aku pun pegi interview like a boss. aku buat macam tempat tu, atok aku yang punya. HAHA. Memang confident macam haremmmm. Kids, dont do this at home. Tapi, kalau nak pegi interview memang kena confident. Watlek Watpeace. Chill. Masa interview tu, dia taktanya soalan susah pun. Just tanya...

1. Expectation tentang course tu.
2. Konsep 1Malaysia
3. pembelajaran semasa asasi
4. Kenapa pilih course tu.

Well... hurm. ade yang dia tanya dalam bahasa inggeris, dan tak lupa... bahasa melayu. since course ni bahasa melayu kann.

Baru perasan. Kenapa banyak sangat well dalam entry ni? Aku nak pergi terjun well agaknya. Hoho! The thing is, pengalaman interview amat best. takperlu cuak kalau nak interview. Chill saja. Dulu, penah dah pegi interview TESL. Best sangat sebab dia tanya soalan senang je. See. As i've mentioned earlier.. dia takkan tanya soalan susah pun. InsyaALLAH. Tapi, janganla jadikan alasan ni sebagai satu tiket untuk korang takperlu prepare apa apa. Aku chill ... so, memang preparation aku sedikit demi sedikit sehingga ke hari interview. Means that, berterusan laa. Tapi, sedikit je la. HAHA. Sila jangan tiru perangai otai aku ni.

Masa kat sini jugak. Aku jumpa kawan baru. Madihah namanya. So baik and so sweet. Oh ye, masa kat sana, punya la banyak insan-insan yang baru lepas STPM. Crazy betul. let say aku dapat further course tu, classmates aku nanti sume bergelar kakak kakak dan abang abang. Well, for university students memang benda tu normal. But, masa asasi sume sebaya kot! Jadi mungkin aku akan kekok nak panggil kakak or abang kat classmates aku nanti.

Intan dengan Nabilah pun ade gak kat sana. My beloved classmates. masa mula mula sampai tu memang diorang dah ade. aku insan yang ter paling last sekali datang. See, aku dah cakap kan tadi... aku pergi interview like a boss. Pastu, nama aku dan rakan-rakan asasi yang lain takde. Sebab we have to isi borang dulu. Then, baru proceed pergi berkumpul kat panel yang sepatutnya. Like seriously aku slumber masa tu. Cam nak pegi jumpa member member je. Mungkin sebab before this dah penah pegi interview TESL tu kan?

Masa interview TESL, dia tanya soalan :

1. Hobby
2. Issue househusband.
3. Books that you've read
4. Why TESL

See? Setandad aje soalan dia. Taktau la kalau interview benda benda lain dia tanya pasal Torres atau Spain. Itu, Wallahu'alam.

Okey goodbye for now. Nanti kalau dah kuar result aku bagitau satu dunia. Hoho.

#updated : i got those freaking course!!! aku dapat tawaran untuk course ni!!!!
#updated: Bakal habis study degree. Stay tuned.

9 comments:

  1. kalau gelabah time interview mmg susah...he2

    ReplyDelete
  2. @aidajusoh
    memang pun. hahaha. ape2pun, alhamdulillah semuanya dah berakhir. :)

    ReplyDelete
  3. akak amik course ni ke dulu? blaja ape je ek? cmne plak dgn kerja lps abis blaja?

    ReplyDelete
  4. boleh jadi cikgu x dgn jurusan ni?saya nak thu sgt2..

    ReplyDelete
  5. hi ;)
    as u mention before kan..soalan dia tanya xsusah..tapi mmg wajib akan ada satu soalan relate to current issue ka cemana..and ada writing test ka masa interview tu..any tips yg sgt bermakna please??

    ReplyDelete
  6. akak lepasan mane ea ? uitm ke ? kalau uitm saya nak mintak tunjok ajar .

    ReplyDelete