Thursday, 30 April 2015

Where is the excitement?

Hi, yeah it’s me again. Siapa lagi? Duhh...

7tahun 7hari
Alhamdulillah aku dah beli buku Diana Nuzuin 7tahun 7hari. Sama macam buku buku indie yang lain, raw, fresh, pure n true. Setelah bertahun tahun baca karya yang you know, untuk jual semata mata. Bukan untuk share kepada sejagat manusia raya. Aku beralih dengan novel Awek Chuck Taylor dan semua novel Nami dan sekarang, Diana Nuzuin. Asyik disogok dengan cerita fantasi penulis yang semuanya indah belaka, cerita dato datin tan sri puan sri pakai lamborghini gallardo spyder bagai. Sampai aku rasa cinta ni untuk yang cantik kaya dan berpangkat je. Ingat aku ni sebagai rakyat marhaen tak bosan ke? Habis orang cam aku ni taklayak ke nak dipentaskan dalam drama? Mehhh...

Penulis 7tahun 7hari
Aku pun beralih dengan dunia yang realiti. Sebab tu aku baca buku Nami. Semua orang tahu Awek Chuck Taylor tu based on true story. Diana Nuzuin pun. Beriye aku stalk semua gambar dia kat instagram sampai dia private kan ig dia luls. Truth is, she inspires me a lot. Persoalan lelaki baik untuk perempuan baik yang dia pertikaikan tu buat fikiran aku betul betul tersentap. Well, untuk yang tau background aku macamana, mesti faham dah apa yang aku faham. Kita disogokkan dengan pemikiran perempuan baik untuk lelaki baik sejak azali lagi. Since tertulis dalam alquran. Masalahnya, kita tahu ke level kebaikan kita? Allah knows. Aku selalu rasa yang, oh yeah aku takbaik pun jadi maybe aku pun takde harapan nak dapat lelaki yang baik. Luls fuck.

Diaa datang dahhh dia datang dahhh...
Buat yang selalu ikut perkembangan Miss Chillax, aku dah slow menulis sejak degree life. Konon busy mengejar studies padahal alasan je. Busy ke atau tak letak menulis sebagai priority? Tapi, lepas aku kenal Diana Nuzuin melalui tulisan dia, hati aku pun memberontak untuk spill out my thoughts. Yeah I did. Sekarang pun, lepas je aku baca 7tahun 7hari tadi...ni haa terketar ketar tangan aku menaip benda benda yang mengalir daripada fikiran.

Life
Sekarang, internships. Alhamdulillah. Aku taktau macamana aku adapt suasana hidup kat KL ni dengan tenang dan adakalanya tersenyum senyum sorang dalam kereta sambil dengar radio era.fm yang kelakar gila. (Ke, aku yang mudah terhibur ni?) Bila flashback balik hidup ni, O Allah thanks for granting my wishes. Sebab dulu dulu aku pernah berangan nak hidup kat KL. Aku memang jenis perempuan yang prefer duduk kat bandar je. Yang ni aku inherit daripada mak aku. So, yeah dalam sesak kotaraya KL ni aku okay je walaupun minggu pertama dan kedua azabnya ya ampunnnnnn.

Depression over again
Untuk past few years ni, aku jadi macam apa yang aku jadi sekarang ni. Apa aku cakap ni? Tapi camtu lah. Segala experience past few years ni, ajar aku erti kehidupan. The idea of real life. What life taught us. Camtulah. Itulah surface dia. Tapi kalau diselam hingga ke dasar, aku rasakan... sejak setahun yang lepas, especially. February 2014 sampai February 2015, aku rasa macam kosong yang lain macam. Katanya, rasa kosong tu disebabkan perasaan terbeban dengan dosa. Tapi, kau apa tau? Kau tak rasa. Apa yang aku rasa hanyalah

‘Ya Allah, bila aku nak mati ni? Bila nak tarik nyawa aku ni, ya Allah?’

Mulalah orang cakap...

‘Amalan kau dah cukup ke yang sampai mintak mati ni?’

Aku rasa macam ek elleh, kau tak rasa bolehlah sembang. Puii.

Aku sebetulnya dah penat dengan dunia. Memanglah dunia ni tempat berpenat tapi aku betul betul dah menyampah dengan dunia. Aku taktau dah apa yang bestnya dengan dunia ni. Lost excitement in everything. And February 2015 buat aku betul betul rasa kemuncak lost excitement. Gila apa umur baru nak masuk 22 dah fed up dengan dunia.

Setiap orang lain ujiannya. I dont know abt yours if u didnt tell me. But mine is struggling with persoalan bila nak mati n kebencian dengan dunia.

Lost I
Aku betul betul bukan kategori perempuan high maintenance yang memang bergaya dan asyik up gambar dalam social media website. Aku post gambar pun kalau ada kengkawan share gambar melalui whatsapp. And aku memang malas amek gambar thru phone. Aku memang agak private n personal. Aku suka keep everything as secret. Sebab at the end of the day, nobody really care abt you. I mean, followers kau yang banyak banyak tu ke yang bagi kau duit makan? Takde. Lainla kalau kau ni selebriti yang memang dapat banyak hadiah free daripada ppl yang visit my ig visit my ig.

Aku tak. Baju baju aku semua mak yang beli. Aku takde teringin pun nak beli baju. Kalau ada pun orang bagi. And sampai mak bebel suruh pilih baju baru aku beli. (Itupun, mak yang bagi duit) Aku takpernah heran pun dengan fesyen terkini. Yang penting selesa, aku pakai. Tudung? Sejak aku buat bisnes jual tudung ni la baru aku belajar pakai tudung macam macam fesyen. Kalau tak, tudung tu tudung tu la aku ulang pakai. Kawan aku cakap:

‘Shira memang takselalu tukar baju baru, tapi Shira still kemas’

Yeah. Memang jarang la baju aku tukar tukar. Ulang ah pakai baju tu rotate ah lima pasang lima hari gi kelas. Aku memang bukan menghabiskan duit scholar belajar dengan baju sebagaimana yang diwarwarkan. (Aku habiskan duit kat makanan. Luls) Memang pakai beg lusuh yang sama bertahun sampai mak aku bising. I was blessed dengan mak yang asyik beli beli beli pastu bising suruh aku wear something proper. I guess so. Pernah sekali tu...

Mak: Pergi jalan jalan pakai kasut apa?
Aku: Erm, selipar Superman mak. Murah je RM5 kat pasar karat.

Right away mak bawak aku beli heels. Mak cakap, kalau jalan jalan gi kenduri ke apa ke takkan nak pakai selipar Superman? Pakai baju kurung kebaya kebarung cantik cantik takkan pulak nak pakai dengan sneakers? Mak memang camtu. Sangat particular bab pemakaian. Aku pulak? Ah belasah je la. Steadylah mak.

Aku dah lost excitement untuk berfesyen.

 Lost II
Aku ingat lagi Kak Izan, Kak Dibah n Kak Cah cakap

Shira tu takde boyfriend bukan sebab apa. Sebab dia susah nak senyum. – Kak Dibah

Shira tu susah sikit nak dapat boyfriend. Nanti dia tanya lelaki tu Maslow Hierarchy tu macamana, Linguistik tu bagaimana, Pragmatik tu apa... Mampus la lelaki tu nak jawab – Kak Izan

Me: Kak Cah, Shira berkawan dengan this one guy.
Kak Cah: So, dia dapat tak jawab persoalan persoalan pragmatik linguistik Shira tu?

Yeah. Aku boleh dikatakan tidak kenal diri aku sendiri. As ppl ask me describe yourself, I would be clueless and most of the time I said, I love book which is I do love book very much. But it is common n typical.

Lil that I know, I am very much suka dekat intellectual ppl. Someone yang bila kita cakap dengan dia, kita belajar macam macam. Means that bukan sekadar sembang bodo yang takde manfaat.

Secara jujurnya, aku memang jarang berjumpa lelaki yang baik. But this one guy yang aku jumpa baik doh. And asyik belajar banyak benda setiap kali dia call. Macam, soal ekonomi. Gila doh. Takpernah aku sembang isu isu yang bagus kalau cakap dengan lelaki. Asyik asyik benda bodoh soal hati dan perasaan puii ceh. Sikit sikit cerita lu punya perasaan terhadap perempuan kegemaran lu. Ada pekdah ke masalahnya? Perasaan cinta lu tu boleh kenyangkan perut lu ke? Asyik asyik sembang the-things-that-guys-cannot-do-but-they-make-promises-that-they-will. Sembang pasal masa depan gemilang aman dan bahagia kalau kita kahwin dengan dia. Sembang pasal bahan membahan sesama kita. Sembang pasal life yang hambar. Tapi dengan dia? Isu gay n lesbian, isu business. Future business plan. Pasal Tuhan, pasal agama. You know. Issues.

Tapi, number yang aku guna untuk dia contact aku, aku dah tamatkan perkhidmatan. Aku macam malas pulak dengan benda benda cenggini. Sume ni crap je. Tapi, rasanya dah banyak life lesson aku belajar daripada dia. As I believe setiap yang datang dalam hidup kita ni, akan ajar kita lesson utk menempuh hari mendatang, aku pun dah rasa cukuplah belajar daripada dia. Aku malas dah nak belajar daripada dia luls. Lepas ni aku harap aku takjumpa lelaki baik tu kat mana mana. Lepasni aku harap dia takdapat number aku kat mana mana. Lepasni aku harap aku dengan dia takkan contact dah sampai bila bila.

Aku dah lost excitement untuk berkawan.

Lost III
Mak cakap, doa la untuk dapat jodoh yang baik apa semua.

Dalam hati aku cakap, ah crap nye. Sorang sorang pun syok apa. As Nenek Melor said 27tahun baru boleh fikir, aku rasa macam eh sampai bila bila takde pun okay kot? Taklarat ah nak tambah commitment. Love is commitment bro. Kalau sekadar love tapi tak commit, buat apa?

Plus, aku memang insan yang selalu dimomokkan dengan cerita negative pasal relationship jadi aku memang pessimis dengan soal ni.

Diyanah tanya;

She, kau ada rancangan nak kahwin?

No, Di... aku rasa macam tak je.

Kenapa tidak? Kalau dia boleh terima mak aku macamana dia terima aku, apa salahnya?

Memanglah Di, tapi untuk berjumpa the right one tu. It’s really hard nak jumpa yang ada chemistry. So, I’ve decided untuk give up... Penat lah nak bercrap crap ni semua.

Lost excitement untuk ber-relationship


Apa lagi yang aku nak dalam hidup ni? Takde.
Cuma setiap hari bila bukak mata daripada tidur yang ditemani 1001 mimpi, aku akan niatkan hidup aku untuk hari tersebut, kerana Allah, sedekah fatihah kat mak n abah, seterusnya mencuba untuk buat baik dan buat baik pada orang.

Aku rasa setiap hari aku ni just struggling, surviving untuk hidup. Untuk bangun menghadap everything yang patut aku hadap. Bukan enjoying my life, not anymore. Memang banyak benda yang aku nak achieve dalam hidup ni. And aku buat juga sedikit demi sedikit. Tapi bila aku selam balik diri aku, ada pedih ada sedih yang takmampu aku rungkaikan. Sampai bila nak macamni? Kadang aku rasa, bila mati mesti dah takde rasa macamni. Sebab tu aku lebih suka busykan hidup aku. Penuhkan dengan macam macam kerja aku, kerja kerja yang perlu aku bereskan dalam target untuk membina empayar. Mungkin orang lain akan pelik, yelah kerja banyak amende lagi kan... intern je pun. Takde class takde assignment. But yeah. Aku ada sebundle to do list yang kene setelkan setiap bulan, macam macam sebenarnya. Benda benda tu la yang buat aku gigih membusykan diri dan sorokkan rasa pedih dan sedih tu.

Actually
Sungguh aku penat nak menahan luka. Luka luka yang entah dari mana. Parahnya kesakitan emosi ni. Cuma, alhamdulillah. Tiap tiap hari rasa sangat bertuah dalam pengharapan kepada rahmat dan inayah Allah yang sangat luas. Pengharapan kepada maha penyayang dan maha pemurahnya Allah kepada aku. Yelah, aku patut bergantung harap pada Dia saja lah. Moga moga Allah rawat parahnya kesakitan emosi ni. Sebab Allah kan Healer. Aku tengah dalam stage what’s next dalam hidup aku. Lepasni nak buat apa doh. Plan tu banyak. Tapi Our Creator’s plans are the best. Aku ikhtiar everything untuk phase next stage and Allah will give what’s best for me, eventually.

Enough with those wild midnite thought crap. Kbai.


No comments:

Post a Comment