Mukaddimah.
This is tanggal 31 yang special. Yang disambut meriah oleh warga Malaysia. Bukan 31 Mei. Bukan 31 Mac. Tapi ini 31 Ogos. Hari kebangsaan Malaysia. Time cenggini laa Petronas kuarkan iklan yang best best yang menyentuh perasaan gitu. Time cenggini laa orang duk sibuk kibarkan jalur gemilang. Time cenggini la penuh drama dan movie pasal Merdeka.
Jadi, aku mengambil kesempatan ini untuk mengadakan interview secara tak rasmi bagi mendapatkan pandangan atau perspektif merdeka dari anak muda. *Ehemm muda lagi*
Soalan aku: Apa makna merdeka bagi anda?
#Red
Sejak tak sekolah dan tak ada Minggu Kemerdekaan saya tidak lagi merasakan semangat kemerdekaan. Maafkan saya. Saya hanya jujur.
#Wansuden
Bagi gua merdeka ni adalah kebebasan dari segi mental dan fizikal dan tidak melanggar hukum syarak.
#Syuk
Merdeka bagi saya bermaksud bebas dari ancaman musuh luar yang pada zaman dulu, negara kita diancam musur dari Portugis, Jepun dan lain lain.
#Zaidan
Makna merdeka umumnya bebas, merujuk kepada kebebasan daripada cengkaman penjajah dan boleh hidup aman damai dan harmoni dan bagi skop pada diri masing-masing, merdeka daripada anasir-anasir jahat yang boleh merosakkan diri kita... salam merdeka semua.
#Madihah
Kemerdekaan ni terbahagi kepada banyak cabang, merdeka dari segi nafsu, dari segi masalah dan so on... Tapi sekarang, fokus on merdeka dalam konteks negara kan... Merdeka boleh diertikan sebagai kebebasan kita daripada kuasa penjajah.
#Zahidan
Bebas dari penjajahan dari sudut fizikal, mental, spiritual dan pengaruh luar yang mengubah jati diri bangsa.
#NurFitri
Merdeka bagi saya dapat bersama dengan yang tersayang tanpa ada perasaan takot. Merdeka bererti bebas dari apa jua ketakutan dan bebas melakukan apa saja. Btw, aku sayang mak dan adik aku.
#IzmerShafiq
Makna merdeka bagi saya kita bebas dari kezaliman FAM. Kikikikiki :P
#ZettyFaizura
Merdeka? Free? Free from corruption! But then, we're not free from it... *Random opinion
#Farie
Bebas daripada penjajah dan daripada terus dijajah.
#Myza
Merdeka, negara kita aman, dapat duduk dengan selesa without gangguan orang lain.
#MynaLyna
Satu pembebasan dari segi fizikal dan mental.
#Ummi Zainal
Makna merdeka adalah bebas... bukan dari penjajah jer tapi dari segala anasir luar. Walaupun kadang-kadang hati kita, diri kita masih dijajah oleh perasaan. Kite mesti lawan dan cuba menjadi diri kita yang terbaik.
#Sabrina
Merdeka ialah hari bersejarah di mana Malaysia yang dulunya dijajah sekarang bebas.
#Amin Abdullah
Kebebasan. Physically and mentally, kebebasan dari pelbagai sudut. Pentadbiran negara khususnya. Sebagai rakyat yang merdeka, kita patut rasa bersyukur dengan keamanan dan kebebasan yang dikurniakan oleh-Nya.
#Amirah Azize
Free atau bebas. Negara kita sendiri telah bebas dan telah berdiri di atas kaki sendiri untuk mentadbir negara setelah bebas dari ancaman orang asing on the other word, new country are born :)
#Zairil Azhar
Merdeka ni merupakan satu kehidupan yang bebas daripada segala beban dan kita berjaya meraih hak-hak yang kita inginkan. Yakni, kebebasan mental, fizikal dan spiritual.
#NorSharulAtikah
Merdeka ialah bebas dari penjajahan. Sama ada penjajahan negara ataupun minda kita sendiri.
#Ati
Kebebasan untuk mencorak kehidupan sendiri dari segi ekonomi, politik dan sosial. Bebas daripada penjajah.
#Aqilah Hamzah
Bebas dari penjajahan dari segi mentaliti, cara hidup, budaya dan segala aspek kehidupan
#NoraShikin
Merdeka to me is too subjective! Tak semestinya bebas daripada penjajah je. Well, kita kenalah jugak merdeka daripada typical mentalities yang tak boleh tengok orang lain lebih sikit. Apa salahnya merdekakan mentaliti untuk bersaing secara sihat. Jangan mudah berpuas hati dengan apa yang kita ada and jangan suka sangat pandang rendah atas kejayaan orang lain. Take it as a challenge.
#Qila Zainal
Merdeka tu bila kita bebas ada kereta tapi perlu ikut had laju. Bila manusia bebas merokok tapi ada tempat-tempat yang terlarang. Contohnya, sekolah. Means macam merdeka ni bebas. Tapi, kebebasan yang ada hadnya. In which the limit will determine the peace of the country. Ada orang kata merdeka tu bebas. Habis tu? bebas segala-gala ke? Tak jugak. Allah bagi kita hal untuk hidup. Tapi at the same time ada limit, ada larangan. Semua tu untuk kenaikan kita.
#Syaza Soraya
Merdeka adalah kebebasan. Kebebasan dari segenap aspek... Tingkah laku, perkataan dan setiap apa yang kita lakukan. Untuk sebuah kemerdekaan, tak kiralah dari aspek mana sekalipun..perjuangan perlu ada. Kalau tak rasa perit atau salah dan tiada niat untuk memperjuangkan kebenaran... Maka tiada lah timeline kemerdekaan. Kerana perjuangan dan kesedaranlah, kemerdekaan akan hadir.
#Siti Aisyah
Merdekanya negara bila mentaliti dan sikap rakyat dah tiptop. Contoh bila guna public toilet, flush jaga kebersihan. Dan bawa kereta pun boleh leklok takdak pentingkan diri.
#Afiq Anuar
Merdeka ni abstrak...bukan sekadar merdeka daripada penjajahan. Tapi, pemikiran seseorang pun harus merdeka. Pemikiran yang tidak dipengaruhi adalah sesuatu yang berharga.
#AsyrafCM
Kebebasan dari penjajah. Berkuasa memerintah negara sendiri tanpa campur tangan kuasa asing.
#Azzam
1. Bebas membuat keputusan sendiri
2. Bebas bergerak ke mana sahaja
3. Pendirian/iman/semangat yang kuat dan mampu mengubah apa sahaja.
#Ahmad NurFirhad
Bebas dari penjajah, bebas dari belenggu kemiskinan, bebas dari kesengsaraan hidup.
#Umi Fatonah
Merdeka adalah bebas. Freedom. Bebas dari negara kita dijajah, bebas dari sebarang ancaman buruk, bebas dari jiwa dibelenggu kejahilan, merdeka juga membawa kita erti sebuah pengorbanan, harta jiwa dan raga demi melihat kejayaan sendiri, anak cucu cicit, bangsa, agama dan negara.
#Najmin Shahnaz
Maybe a greenlight untuk kita hidup bermasyarakat, pelbagai kaum. Bagi kedudukan yang sama.
#Aerill Hassan
Merdeka secara keseluruhan. Dari pemikiran. Dari kehidupan dan juga still berpegang pada agama.
#Faeeqah Auji
Bebas dari segala penjajahan anasir luar dan juga mengingati pengorbanan pejuang-pejuang tanah Melayu.
#Arsyad Rashid
Aman. Damai. Bebas. Tenang. Pelangi. Permata. Jernih. Senyum. Gembira. Cantik. Bunga. Syurga Allah. Rahmat Allah.
#Zaid Rozali
Dalam konteks sekarang ni merdeka kita haruslah diaplikasikan dalam kehidupan kita seperti cara pemikiran kita, cara hidup kita, pemikiran kita haruslah bersifat terbuka, seperti kebebasan untuk bersuara agar diterima pendapat dalam konteks kerajaan Malaysia. Cara hidup kita juga seperti menjaga kebersihan awam juga seharusnya sudah 'merdeka', maksud merdeka di sini bertanggungjawab. Merdeka bukanlah hanya mengibar bendera semata-mata, tetapi ia lebih daripada itu, ia lebih kepada our mentality and our lifestyle.
#Assura
Kebebasan bersuara, berkomunikasi, bersatu pelbagai kaum dengan bebas, nikmat kebebasan sepenuhnya, hidup bermasyarakat yang bebas dan aman. Semangat perjuangan dan mempertahankan negara oleh pejuang-pejuang dahulu.
#Nana Al-Yahya
Bebas daripada segala anasir tidak baik... Kebebasan secara menyeluruh daripada segi mental mahupun fizikal.
#Syuhada Yusof
Merdeka bererti bebas. Suatu titik noktah satu perjuangan. Harus seiring jiwa dan minda yang merdeka. Di Malaysia ni kita patut bersyukur dapat sambut merdeka. Terasa kehangatan patriotisme tu, merdeka daripada dijajah... Sedangkan di Mesir, mereka sedang berjuang bermatian nak tegakkan Islam. So, persoalannya, merdekakah kita? Merdeka megah dengan laungan. Tapi minda rakyat masih belum merdeka. Jom tanya diri kita, merdekakah minda kita? Kalau merdeka, kenapa tiap-tiap hari kadar jenayah semakin meningkat? Kenapa kes-kes pembuangan bayi saban hari meningkat? Remaja-remaja kini ikut budaya-budaya barat. Dengan pergaulan bebas, hiburan yang melalaikan... kanak-kanak lagi dah diajar menyanyi, menari bukannya diajar dengan didikan agama yang sempurna. Kena faham betul-betul erti merdeka yang sebenar.
#Ehsan Zolkifly
Merdeka dari segi segala aspek, I mean merdeka dari cengkaman paksaan segala benda. We are democratically free. Tak tersangkut pada mana-mana cengkaman parti politik.
Konklusi
Terlalu banyak erti merdeka. Setiap orang mempunyai tafsiran yang berlainan. Sebagai seorang aku, merdeka itu datangnya dari perjuangan. Di sebalik kesenangan, pasti ada kesusahan. Tanpa perjuangan dan penderitaan dalam mengecapi kemerdekaan tanah tumpahnya darah kita, kita takkan senang-senang lepak depan tv, kita takkan happily membalas WhatsApp dan WeChat guna phonetaksmart.
Boleh bayangkan tak kalau hidup kita sekarang ni dalam keadaan darurat macam zaman komunis dulu? Ce imagine... nak kuar tengok bunga api dari rumah sendiri pun takboleh. Apatah lagi nak ke konsert Ambang Kemerdekaan bagai. Kehkehkeh. Apa yang pasti, setiap kali malam Merdeka, aku akan celebrate dengan family... kat rumah tanpa ada sekelumit pun rasa takut akan ancaman penjajah. Syukur ke hadrat Illahi atas kurniaan 56tahun kemerdekaan. Alhamdulillah thumma alhamdulillah.
Cukuplah setakat ini. Kita sambung Edisi Khas Merdeka 2 pada tahun hadapan insyaALLAH. Hehe.
*Al-Fatihah buat pejuang-pejuang tanah tumpahnya darahku*