Monday 24 December 2012

Contest : Love Story


Assalamualaikum



Happy Love Story

'Buat apa kau simpan movie tu sume dalam laptop kau, Is? Kau kan tak suka benda-benda cheesy ni,' Dalili buat muka pelik.

'Ahh kau ape tau? Ni sume untuk masa depan aku. At least, dengan movies sume ni, aku bleh yakinkan diri aku yang cinta sejati tu wujud. Em, walaupun sekadar movie.' Israra sambung menonton P.S. I Love You.

Bukan aku kisah pun sebenarnya. Hallemakk… mama pun satu. Mentang-mentang la dulu parents dia aturkan perkahwinan dia dgn daddy, dengan aku aku sekali jadi victim v for vendetta. Apa kes? Ingat aku tak boleh jaga diri sendiri ke? Aku pun ada pilihan hati aku sendiri. Eh kejap. Ada ke?

Aku takpercaya cinta~ Aku takpercaya cinta~ Aku takpercaya C.I.N.T.A!

'Woii Is! Kau nyanyi terjerit-jerit ni kenapa?' Sergahan Dalili memeranjatkan segala sistem saraf.
'Nak nyanyi pun takboleh. Yelahh. aku ni anak yatim. Piatu pulak tu.' Israra membuat muka seposen.
'Alaa Is. Rilekk laa. Aku memain je. Kau nyanyi la lagi. Nyanyi.' Dalili memujuk

'Kadang kadang aku sedar yang aku ni just nak main main. Tak serius. bukan betul betul sayang pun. tapi, taktaula kalau dengan dia,' Cakap sorang-sorang lagi budak ni. Dalili menggeleng kepala melihat Israra yang sedang bercakap dengan dinding.

'Kalau aku, aku nak bercinta sekejap, pastu terus kahwin' Dalili pula membalas

'Tapi, tak semestinya jugak weh. Jap eh aku nak share sumthing,' Kertas lusuh dihulur kepada Dalili.

Undang-undang Cinta Israra

-kalau ditakdirkan terjadi apa2 dalam sesuatu perhubungan, putus di tengah jalan dan sebagainya.. maknanya dia tak cukup baik untuk kita. Ada orang yang lebih baik yang telah diciptakan untuk kita.
-Kalau dia nak pergi, lepaskan...andai dia kembali, maknanya dia milik kita. Andai tidak, maknanya tiada jodoh.
-Sejauh manapun kita lari, sedalam manapun kita selam, setinggi manapun kita terbang, andai dia jodoh kita, dia pasti akan kembali.

'Tapi kan Lil, aku masih tercari cari cinta yang sebegitu. Ya aku masih mencari. Moga aku diberi peluang untuk menghirup kemanisan cinta yang unggul,'

'Pergh Is, apahal ayat kau macam karangan doe?' Dalili kembali buat muka sengal. Apa kes ntah dengan si Is ni. Dari semalam camni. Kekononnya sebab dengar citer mama dia. Kang kalau aku terjah Mama Husna kang... baru tau langit tinggi rendah. Entah-entah...betul Mama Husna ada love story baeekkk punya.

Israra termenung lagi. Entah apa-apa yang dia fikirkan, semua orang pun takdapat nak agak.

Cinta, hadirlah hadirlah hadirlah. Aku menyeru cinta. Namun aku khuatir hatiku pedih lagi. aku pun tak mengerti mengapa hatiku rasa pedih tatkala hal ini diungkit. Mungkinkah seseorang itu turut mencari aku? Sebahagian dari dirinya, tulang rusuk kirinya. Aku mahukan seseorang yang berkata 'u are my missing puzzle' kepadaku. Bilakah agaknya aku dapat bertemu dengan dia? Bukankah aku adalah tulang rusuk kiri yang paling dekat dengan hati, untuk disayangi, dikasihi dan dicintai? Yang dapat menghilangkan rasa pedih yang menjalar ke hati setiap kali soal cinta diperdebatkan.

Cinta memang sesuatu yang sukar dimengertikan. Cinta sepatutnya menjadi perasaan yang indah dalam hati tetapi, hmm..kenapa hatiku begitu sakit tatkala berbicara soal hati? Tanpanya, hatiku bagai malam yang tak akan kesiangan ...namun aku tak pasti dengan rasa hatiku sendiri...adakah aku benar benar ikhlas dengannya atau sekadar mengisi masa lapang? Aku bukan suka pun kat mamat tu. Alih-alih, kena kahwin pulak. Ciss.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Iffal bersiap-siap ke tempat kerja. Israra sedang berperang kat dapur. Masak nasi goreng agaknya. Dia masak untuk aku sekali ke? Entah-entah melantak sorang. Cehh. Kedekut punya bini.

Israra: Kalau nak makan, ada je ni untuk awak.
Iffal: Yeke? Alamak…saya dah lambat ni. Israra sayang, bleh tak awak tolong tapaukan untuk saya?
Israra: Hah?
Iffal: Boleh kan? Kan? Kan?
Israra: Yelah.
Iffal: Thank you. Have a nice day sayang.

Sesudah kereta Iffal hilang dari pandangan, Israra menjawab dalam hati, ‘What da heck! My nice day is having time with you,’ Tapi, takkan la aku nak halang dia g keje pulak.
Ergh… aku takbleh suka dia. Tapi, aku sayang dia. Hari ni masuk hari ke-50 aku nikah dengan dia. Gila ah cekal betul aku pegi kira hari kahwin.

Disogok cerita cerita cinta macam Ever After, Shakespeare in Love, Titanic dan Romeo & Juliet...buatkan aku pun nak alami kisah kisah seperti itu. Aduhhaii... ni mesti sebab pengaruh mama. Tapi sekarang… aku dengan Iffal dah kahwin. Takde satu scene pun sama dengan cerita love story yang hebat-hebat gitu. Wekk… rasa macam nak muntah pun ada.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Perbualan pertama selepas nikah.

Iffal: Saya suka kat awak sejak dulu lagi. Masa tu, kita tak penah kenal. Tapi, dalam hati saya ada awak sorang je tau.
Israra: Cakap pasal hati, hati aku tengah kosong sekarang ni, aku sengaja kosongkan hati aku. Yang kau pulak, apasal senang senang je confess pasal hati dan perasaan ni apa semua.
Iffal: But, i know you. i walked with you once upon a dream, Princess Israra
Israra: Ye ye je kenal aku konon~
Iffal: You’re elegant. Peaceful, lovely, thougtful, merendah diri, hormat dan patuh, setia serta rela berkorban, tak cerewet tak tinggi diri, tak sombong dan bukan pemarah. Tenang, aman, supporter, tak suka membangkang membantah manis lemah lembut bersih suka jaga kecantikan.

Israra terkedu. Gila, kata tak pernah kenal aku, yang kau observe aku sampai camtu sekali, pehal pulak! Sebelum dia merepek lebih lanjut, baik aku tidur.

Iffal: Even you close your eyes, you still could deliver love message and still could be understandable.
Israra: Kepala ikan tongkol betul mamat nih. Wei gila, aku pejam mata ni bukan nak deliver love message kat kau. Aku tengah ngantuk ni. Tau tak ngantuk! Aku benci kau. tapi, parents aku abstain aku dari membenci orang. kalau camtu, aku tak suka cara kau. oh ye, aku tak kenal pun kau.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Keji tak kejinya cara aku cakap dengan dia. Masa tu benci gila. Tapi sekarang....

Ya tuhanku, yang maha pengasih maha penyayang. Jauhkan aku dari cinta palsu. Peliharalah hatiku hanya untuk dia yang halal buatku. 


Yang wajib baca


UPDATED
~cancelled~

4 comments: