Hurm, tak sangka entry facebook dah tukar nama jadi terhangat di pasaran. Facebook dah jadi lovebook. Dont you know? Let me tell you this one. it is called lovebook now . True story.
Why on earth facebook becomes lovebook?
Aku taktahu la kalau korang tak alami perkara ni, masalahnya aku berhadapan dengan berderet-deret news feed pasal cinta. kisah boyfriend marah girlfriend. kisah girlfriend makan hati dengan boyfriend. kisah boyfriend remuk hati dengan girlfriend. Kadang tu, ade yang sampai cakap..."sedih aku, rasa macam taknak hidup lagi."
What is the highlight or aim in your life a human being?
Guys, pleaseee...hidup kita ni untuk bercinta je ke? Kamonlaa... banyak lagi benda yang bleh kita buat kat dunia ni. Bukan sekadar bercinta sahaja. Aku akui, tanpa cinta mungkin jiwa kita kosong, tapi, korang kena faham. Jiwa jadi kosong sebab takde pengisian. So, kenala topup. Nak topup macamana? Dekatkan diri dengan ALLAH. Buat apa dikejar cinta manusia kalau cinta ALLAH lebih hakiki?
Sedih?
Korang pernah tak rasa macam sedih je. Rasa lonely. Ala-ala forever alone gitu. Kalau gegurl cun yang minat korea, macam lagu CN Blue, I'm a loner. Pernah tak? Rasa macam nak nangis dan merindukan seseorang. Bak kata pepatah, bagai Misschillax rindukan bulan. Ustaz Azhar Idrus kata, perempuan memang begitu sebab hati mereka halus. Tapi, tau tak remedy untuk semua ni. Apa penawar rasa sedih ni sume? It is Zikir. Ketahuilah anda anda anda dan anda semua bahawa berzikir itu mampu menenangkan hati kita.
Kawan atau kekasih?
Okey, okey, sebelum aku tersasar jauh dari landasan topic hari ini, maka aku mulakan dengan perkataan FRIEND. Yes, friend. Siapa kat sini takde kawan? Pathetic woahh. Koman-koman pun, mesti ada sorang BFF. Best friend forever gituww...bukan BOYFRIEND FOREVER! Honestly, aku percaya ramai di antara kalian yang sedar hakikat bahawa friend is more important rather than your sweetheart. Kalau buat survey, letak friend or sweetheart questionnaire, for sure more than 50% will choose friend. Kenapa? Kerana dirimu begitu berharga. Eh eh, apa pulak komersial Maybelline masuk kat sini. Focus, focus.
Apakah antara famous issue regarding love and friendship history?
Famous issue regarding love and friendship adalah saat your friend fall for you. Macam cerita Harry Potter. Ron Weasley end up with Hermione Granger. Macam tu lah lebih kurang cerita. Kalau kisah camni, takpelah. Happily ever after lah your life. But, oh...ade but nya pulak. But.......kalau macam kisah sinetron Mutiara. Tiara tolak cinta member dia sebab sayangkan friendship diorang. See? Tak ke makan hati kau sendiri tu namanya? Most of the time people will say "aku dah korbankan cinta demi persahabatan". It means that they just ignoring their feeling sebab lebih appreciate friendship value in their relationship.
Kawan? Apa tu?
Actually, definition of kawan tu meluas. Kawan tu...cerita dia lebih kurang macamni :
Miss Chillax : Sakit kepala lah. Agak-agak, apa puncanya?
Intan : Maybe stress kot, takpun penat sangat.
Miss Chillax : Ooo...agak-agak kalau makan biskut IKO untuk sarapan, roti for lunch, and Ayamazz. Cukup tak untuk sehari? Adakah saya takcukup makan dan perlu membeli apa-apa untuk dimakan? Ataupun...cukup dengan minum cereal seperti oat sahaja?
Intan : Meals seperti di atas sesuai untuk orang yang takde aktiviti yang aktif. Tapi, kalau untuk student macam kita ni, tak sesuai. Takut badan tak cukup tenaga, nanti terpengsan pulak.
Miss Chillax : Terima kasih atas free legal advice anda. Selepas ini, saya akan beli sesuatu yang lebih berat untuk dimakan. Hal ini kerana, ketika naik bukit untuk ke kelas, terasa seperti mahu pengsan.
Intan : This advice is not free!! HAHA...okie dokie. Sila jaga kesihatan anda. Anda sihat...kami gembira. =)
See? Friend is someone that care about us. Kawan juga seorang yang ingatkan kita dan tegur kesalahan kita. Kawan juga seorang yang buat kita ketawa huha huha. Kawan juga seorang yang buat kita nak bergaduh dengan dia. Yelah. Pernah dengar tak orang cakap. "Weh, taksyok la kau takde. Aku nak gaduh dengan sape. Bosan woah". Kawan juga seorang yang boleh temankan kita shopping dan makan sama-sama. Takde lah forever alone sangat makan pizza hut sorang-sorang.
Oh ye! Makan kat pizza hut sorang-sorang adalah sangat epic. Hal ini kerana, para waiter and waitress akan rasa pelik bila kau masuk, duduk, order dan makan sorang-sorang. Korang kena paham, kalau KFC punya slogan. So good. Kalau Pizza Hut, Eat. Laugh. Share. Inilah yang membuatkan korang takbleh makan kat pizza hut sorang-sorang. Kalau take away or delivery, takpe. Okey, cuba bayangkan...Eat. Agak normal kalau makan sorang-sorang. Laugh. Takkan nak gelak sorang-sorang ye tak. Kang tak pasal je check in kat Hotel Bahagia. Then, Share. Nak share dengan sape since makan pun sorang-sorang? Huhh. Nak makan kat Pizza Hut sorang-sorang menikmati Creamy Carbonara, Prawn Olio, dan 7 Ultimate Cheesy Cheese? Lupakan.
Next, kawan tu jugak seorang yang boleh share hal-hal kelakar. Kawan jugak seorang yang ingat segala benda penting yang jadi kat kau. Kawan jugak seorang yang akan gelakkan kau kalau kau jatuh. Yang akan naikkan semangat kau bila kau down. Yang akan sokong minat kau. Kawan jugak seorang yang sudi jadi listener. Yang dengar kau menangis. Kawan jugak someone yang mengusik-usik kau. Laga-lagakan kau dengan sape-sape. Gossip-gossip manja. Kawan jugak someone yang akan tolong kau as well. Yang akan bising-bising suruh kau makan ubat. Kawan jugak someone yang akan pow duit kau. Kawan jugak someone yang ajak kau jadi businesspartner. Kawan jugak someone yang akan rindukan kau. Sayangkan kau. Yang selalu hantar mesej macam
Kenal tak lama tapi mesra. Kasih tak dalam tapi kekal. Senyuman takmanis tapi ikhlas. Hati tak cinta tapi rindu. Sayang tak selalu tapi berpanjangan. Mesej tak bagi tapi ingat selalu.Kawan is someone yang akan kongsi rasa sakit yang kau rasa. Bak kata pepatah, cubit paha kiri, paha kanan tak rasa apa-apa. Sebab yang kena cubit ialah paha kiri. Bukan paha kanan. Kawan lah tempat kau aplikasikan perangai gila-gila kau. Yang akan hacked FB account. Yang akan temankan kau main DOTA, Skyrimm, NFS, FIFA. Kawan juga tempat kau tanya pasal blog dan bertukar-tukar pendapat pasal entry. Haha.
Kawan juga someone yang dah lama terpisah. As well as yang baru. Kawan juga seorang yang suka korea sedangkan kau tak suka. Kawan itu seorang yang suka Lee Min Ho sedangkan kau tak suka. Kawan ialah someone yang akan syorkan kau 'pergi google sahaja' kalau kau tanya apa-apa. Kawan juga seorang yang suruh kau click segala macam advertlet, iklan, churpchurp. Kawan juga adalah friends di facebook, follower di twitter. And especially, follower of your blog. I love y'all. Kawan juga someone yang akan menangis di bahu kau sambil ceritakan masalah dia.
Dan yang paling penting, kawan adalah someone yang akan mendoakan kesejahteraan kau. Yang nak kau happy selalu. Yang tak sanggup tengok airmata mengalir dekat pipi korang.Yang mendoakan kejayaan korang dalam peperiksaan, mendoakan korang agar tabah dan chill dalam menempuh dugaan hidup. Tahu tak, doa seorang sahabat untuk sahabatnya sangat mustajab. Oh my, i knew that i'm serious when there is no Haha in my paragraph. So, Haha.
Itulah kawan, sahabat dan teman.
wah,terharu ko letak header aq...so,hargailah kawan anda x kira baik buruknya sikap dia
ReplyDelete@munirah
ReplyDeleteyup, enough said. haha.