Wednesday, 13 August 2014

F.R.I.E.N.D.

Assalamualaikum...

Inilah ceritanya.
Berlatarbelakangkan lagu A lil Piece of Heaven aku type entry ni. Bukannya apa, playlist tu main sendiri. Tadi dah makan cheese kek. Pastu teringin nak makan maggi. Eh macam macam la time buka puasa cenggini. Lepastu, aku taktau lah kenapa harini banyak sangat kerja. Lepastu banyak taksetel. Semua orang tak angkat phone what not. Takpelah, ada hikmahnya. Mungkin Dia nak suruh aku berehat sikitla. Lagipun Abah pesan jangan selalu drive malam malam. Oh ye. Memang aku bawak kereta study kat sini. Senang. Kalau kat Merbok dulu ada stesen bas dia akan terus shoot ke rumah aku, tapi sekarang takde. Dia gerak ke Teluk Intan ikut jalan lama, lepastu kau terima lah padahnya naik Transnasional puaka.



So, first time drive ke campus, aku bawak Encik Yu. Encik Yu sangat pantas dan efisien pembawaannya. Dia baik. Jarang sakit. Lepastu kau tau tak, aku memang tinggalkan kereta ni kat rumah kawan aku sebab aku duk kolej kan. Time tu takberani la nak langgar peraturan kolej. Manusia baik cam aku ni taksuka nak against the law. Kononnnnn. Lepastu, bila satu hari aku nak gerak balik Langat, aku suruh mamat ni bawak kereta aku sampai ke Fakulti. So, okeyla nanti aku shoot terus balik rumah. Malang takberbau... alarm dia takfunction. Maybe ada masalah sikit aa. Member aku si mamat tu bleh buat pandai pulak masukkan kunci bukak secara manual tak tunggu alarm. Memang mengamuk la Encik Yu aku sebab dia ingat ada penceroboh.



Member member aku yang time tu nak tumpang aku, terus blah. Mamat tu, mamat ni dengan dua gadis tunggu kejap. Sebab diorang ada hal mende ntah dengn mamat tu dan mamat ni. Aku okey je la. Sebab ada orang tunggu. Tapi segala cubaan tak membuahkan hasil. Mereka memang takdapat buat apa apa since diorang pun bukan belajar engineering. Diorang panggil mekanik pun haram takde datang. So, takpelah. Dah takboleh sangat diorang pun blah meninggalkan aku terkontang kanting di situ. Aku berjalan kaki meredah lautan kereta. Eceh takdelah. Acah je. Aku lintas guna jejantas je. Lol! Redah Pusat Komersil cari mekanik le jawabnya. Haram semua taknak tolong. Puii. Aku pusing dua row je. Belakang belakang dah takde daya. Fed up.



Call Abah, keluar air mata aku. Serius tak macho. Abah cakap jangan nangis. Pastu Abah cakap nanti Abah datang esok. Pergh nasib baik Abah memang dah get ready nak apply cuti. Macam tau tau je. Abah datang esoknya, aku dah sedih amat. Abah pergi kat kereta, Encik Yu still mengamuk. Sebab dia ingat dia diceroboh. Aku memang dari semalam dah cabut battery. So that dia tidur kejap. kalau Encik Yu jaga je, terus mengamuk dia. Pastu, redah cari mekanik dengan memandu Miss S. So, okeylaa. Bangla tu buat macamana ntah dia terus senyap. Tak mengamuk dah. Bawak bengkel, godek sana godek sini... RM300 melayang.



Sebenarnya nak highlight pasal kawan. It's hard bebeh. Susah nak cari kawan yang boleh stay dengan kau. Lepastu, bila kali kedua kali ketiga Encik Yu buat perangai, Zimah, Farhah dengan Qisya teman aku cari mekanik apa sume, aku terharu sangat. Sebab aku pernah kene tinggal dengan kawan kawan aku. Aku tau apa rasanya bila people care pasal kau sebab kau begini dan begitu. Bukan sebab kau adalah kau. Masa aku accident dengan Encik Yu jugak, kawan kawan Persatuan aku takde pun untuk aku. Kalau bukan sebab seorang perempuan ni, takdenye diorang nak tolong aku. Most of the time, I handle it alone. Betul cakap Mak. Kat Shah Alam tu, bukan semua orang akan tolong kita time kita ada masalah. Diorang akan tinggalkan kita. Take us for granted.



Sebenarnya nak cakap banyak pasal Qisya. Dia baik doe. Dia... selalu ada untuk aku. Dia yang call mekanik, dia yang teman aku, cakap dengan mekanik apa semua. Every single thing la time kereta aku breakdown tu. Dia dengan Ina lah yang bawak aku makan, tengok wayang, bagi hadiah birthday, (pergh, yang ni sumpah terharu) means that teman aku time aku nak pegi keluar. They always make time for me. As other people pulak, they will always look for me bila diorang nak keluar. Time aku nak keluar, diorang pulak busy kan. Letihla asyik kita je nak kene make time for them. Tapi dengan Qisya dengan Ina, even aku ajak bukak puasa last minute pun on je. Susah okey nak cari member camtu.



Aku kenal Qisya dah lama, since form 1. Tapi time tu aku macam aku. Pendiam tak banyak cakap. Bila dah form 2, kami sekelas. Baru jadi geng. Mula mula aku boleh klasifikasikan dia sebagai perempuan jiwang. Alah, perempuan mana yang hatinya tak berbunga? Tapi aku ni jenis hati bunga ala ala ais. So hot and cold gituuu! Tu yang aku rasa Qisya jiwang. Padahal semua perempuan pun jiwang. Cuma ada jenis yang jiwang ais, jiwang air. Perghh. Teori apa lah yang aku repekkan ni. Time form 2 pun aku takde lah banyak cakap sangat dengan dia. Bila naik form 3, geng kami dah kukuh. Time tu la kitorang asyik berceloteh, berbicara, bergossipp jangan sebut laa. Bersama sama selamanya gituu.



Plus, dia selalu mintak tolong aku ajar dia Bahasa Arab. Padahal aku takdelah terror mana. Aku just tolong dia apa yang aku mampu. Aku banyak kongsi cerita dengan dia time tu. Lepastu, dia suka gossipkan aku dengan Raimy. Sampaikan kad raya pun siap tulis 'Aku doakan kau dengan Raimy' padahal haram jadah sepatah pun takpernah sembang dengan Raimy tu. Raimy tu penyumbang terbesar buku buku time aku form 3. Tapi, aku takpernah pulak bercakap dengan dia. Mak Raimy ade lah. Qisya suka bagi notes kat aku. Kebanyakannya aku simpan. Dengan keychain CJ7. Time tu, aku jatuh cinta dengan alien comel tu. Hurmm. Form 4 aku pindah.

Form 4

Form 5

18 tahun

19 tahun

Time 18 tahun, kami ada contact jugak. Sikit sikit thru FB, phone. Lepastu kami ada Twitter. Masuk semester 1 Degree, aku jumpa dia balik sebab kami satu university. Kalau dulu dia suruh aku ajar dia Bahasa Arab, kalini dia suruh aku ajar Bahasa Inggeris. Tapi aku takdapat tolong dia sangat. Busy sangat dengan SUKSIS, assignment etc macam macam lah. Jumpa pun jarang jarang. Kadang sempatlah say hi kat bus stop. Semester 2 pun sama. Jumpa gitu gitu je. Hehe lepas aku ada kereta, life aku sendiri kat luar kampus ni ha. Barulah aku bebas jumpa dia. Takde lah tiap minggu. Tapi bolehlah kalau nak bandingkan dengan sem sem lepas. Takdelah sampai cair kek Secret Recipe sebab busy sangat taksempat nak jumpa. Sedih. Kali ni, siap dapat lepak The Sumbs. Not bad la concept The Sumbs tu. Cuma, kualiti makanan seperti Churros perlu ditingkatkan lagi.



Semester depan, dia bakal berpindah ke Puncak Alam. Actually, I'm so tired, and afraid. Tired and afraid of losing people that I care about. Eh by the way, aku tengah tweeting sekali ni tau. Ce tengok Imran Ajmain reply balik tweet yang aku tweet ke dia. Hehehe. First time speaking spanish. Dengan Imran Ajmain pulak tu! OMG! OMG! Relaku menunggumu~ Seribu tahun lama lagi~ Kehkehkeh. Serius aku hurai jawapan dalam paper final semantic guna lagu dia. Wakakaka. Nah bukti.



Okey berbalik kepada cerita Qisya, aku taktau la sama ada hubungan kami akan kekal macam dulu ataupun terputus disebabkan jarak. Puncak Alam takdelah jauh mana tapi azab jugakla kalau nak meredah hutan banat tu. Aku pulak, sem depan dah macam serik je nak main main macam sem ni. Nak study struggle betul betul sebab sem depan dah sem last aku masuk kelas. Aisehh. Lepastu aku practical kat France. Lagi bapak jauh sampai ke France, jadahnya nak jumpa Qisya time semester 6 :( Weh, even aku takcakap tapi aku syukur sangat dapat kawan macam kau. Kau dengan Ina. Kalau kau takde, takdelah aku kenal si Ina yang pandai buat kek coklat dan lain lain lagi. Kehkehkeh.



Korang kena ingat blog ni. Nanti kalau dah tua tua boleh cerita kat cucu cucu pasal sejarah hidup korang sebagai kawan yang baik. Okeybai dah takde idea.